10 April 2012

Tiga bulan pertama

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Orang kata cabaran membesarkan anak ni berbeza beza. Aku tak pasti la sangat penyataan tu sebab anak pun baru sorang dan bakal menerima sorang lagi dalam masa terdekat ni insyaAllah. Cuma yang aku pasti, untuk membesarkan anak ni memang mencabar.


Surah Al Isra', ayat 31


Kalau nak membicarakan bab perbelanjaan bila dah ada anak tu sebenarnya sebagai umat Islam yang beriman kita tak perlu risau sebab sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi setiap makhluk Nya rezeki masing masing. Tak perlu la berasa khuatir dan bimbang sampai terniat nak 'membuang' anak yang dikandungkan tu. InsyaAllah setiap anak yang dilahirkan tu pastinya ada rezekinya masing masing.


Tiga bulan pertama selepas kelahiran anak sulung mungkin agak kekok bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata sebab belum berpengalaman. Bagi yang mendapat bantuan dari ibu bapa tu mungkin agak mudah la sebab dah pasti sebarang kekekokan tu dapat diatasi oleh ibu bapa kita yang lebih berpengalaman.


Waktu tiga bulan pertama ni la antara suami dan isteri yang baru menimang cahaya mata ni kena saling bantu membantu. Maklum saja la bagi si isteri masih lagi berada dalam masa berpantang. Tubuh badan pun masih belum kuat sepenuhnya namun tetap juga perlu menjaga anak yang baru lahir tu. Jadi bagi si suami pulak, jangan mengharapkan isteri untuk menyediakan segalanya.




Walaupun penat setelah pulang dari kerja, ringan ringankan la badan untuk turut membantu isteri tu. Sediakan makan malam ke, kemas kemas rumah sikit ke, mandikan anak tu ke dan macam macam la lagi yang boleh nak dibuat. Dan kalau anak menangis tengah malam pun, jangan merungut banyak atau marah marah pegi lari tidur kat bilik lain pulak. Apa salahnya bangun sebentar tengokkan anak yang menangis tu. Bukan anak orang lain pun yang banyak meragam tu ye tak ?


Selain tu jugak, dalam tiga bulan pertama ni aspek kesihatan ibu dan anak tu perlu diambil berat jugak. Bagi bayi bayi baru lahir ni masalah yang biasa dialami tu tak lain tak bukan jaundice atau kuning tu la. Tu sebab kena diperiksa selalu masa dua minggu pertama kelahiran tu. Ibu yang melahirkan pun sama jugak. Tahap kesihatan selepas melahirkan anak pun kena dipantau selalu.


Dan seboleh bolehnya dari awal kelahiran anak tu, berikanlah makanan yang terbaik untuknya. Tak perlu keluarkan belanja yang tinggi pun. Susu ibu dia sendiri jugak yang paling terbaik sepanjang tumbesarannya. Takde yang lebih baik dari apa yang telah Allah ciptakan untuk setiap makhluk Nya. Tak payah takut nanti kendur ke ape ke. Dah memang hak anak kita tu kenapa perlu ditahan tahan pulak ? 




Banyak kelebihan yang diperolehi melalui amalan menyusu badan ni. Jimat duit tu dah tentu. Badan cepat slim pun insyaAllah. Anak yang menyusu pun mudah hadam susu ibunya. Kenser payudara ? InsyaAllah terhindar. Begitu jugak dengan kanser ovari, kurang risikonya bila menyusu badan ni. Susu ibu ni jugak ada imunisasi untuk anak yang menyusu tu. Melalui pengalaman anak sendiri yang hanya menyusu badan dengan mama dia, alhamdulillah tak pernah bermasalah demam yang teruk, jaundice atau sebagainya tu. 


Tu baru tiga bulan pertama. Selalunya tak terasa pun tiga bulan tu berlalu. Cuma dalam masa tiga bulan pertama ni buat pasangan suami isteri yang baru menimang cahaya mata tu, tak kira la yang ke berapa pun cahaya matanya tu kalau boleh bantu membantu la sesama sendiri. Jangan hanya buat anak je seronok tapi nak jaga anak rasa tak seronok. 


InsyaAllah nanti kita kongsi pulak pengalaman selepas tiga bulan tu. Kalau ada rakan rakan yang berminat nak berkongsi pengalaman jugak, jangan lupa tinggalkan di ruangan komen. InsyaAllah boleh la dihighlightkan untuk dikongsikan bersama dalam entri akan datang. 





6 comments:

  1. Assalam..
    Memang mencabar nak besarkan anak2. Tambah2 kalau bersalin czer. Sokongan dan bantuan keluarga memang sangat2 perlu terutamanya suami yang selalu on call.

    ReplyDelete
  2. Iza Teratak Usang :

    w'salam..

    dari pengalaman isteri yang bersalin czer memang memerlukan perhatian lebih jugak sebab tak sanggup nak biarkan isteri jaga anak sorang sorang keletihan..

    ReplyDelete
  3. Saya sudah 4 kali melalui pengalaman tersebut. Suami perlu membantu apa yang patut untuk meringankan beban isteri.

    Kalau melihat ibubapa dikampung. Ibulah mengambil tugas mengasuh anak dan bapa pula membanting tulang dengan kerja-kerja kampung untuk membesarkan anak.

    ReplyDelete