31 May 2012

Rezeki - dari mana dan ke mana ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah.

Seronoknya kalau jadi budak budak sekolah sekarang ni sebab boleh nak bersuka ria berehat rehat di rumah atau pulang ke kampung menghabiskan cuti sekolah. Tak pe la, usia muda zaman sekolah ni bukan berkekalan pun. Tunggu je la akan datang bila dah abis belajar di sekolah dan masuk ke alam pekerjaan, baru tau. Hehehe..


Buat rakan rakan yang berkerjaya pulak tak kira la apa kerjanya, berikan la dedikasi dan berkerjalah dengan ikhlas dan penuh amanah menjalankan tanggungjawab. Tak kira juga samada kira berkerja untuk orang lain atau berkerja sendiri kerana hasil yang akan kira perolehi tu bergantung pada diri kita juga.

Bagi yang berkerja di sektor kerajaan yang dah pasti setiap hujung bulan akan menerima upah gaji yang ditetapkan, biar apa pun pangkat kita tu kerjalah dengan jujur dan ikhlas. Pikul amanah yang diberikan dengan bertanggungjawab. 

Bagi yang berkerja di sektor swasta pulak, tak banyak bezanya. Setiap tugasan yang diberikan kepada kita tu janganlah dianggap sebagai beban pulak kerana sudah itu tanggungjawab yang kita perlu laksanakan.


Bagi yang berkerja sendiri juga, buatlah setiap tugasan yang kita kerjakan tu dengan penuh ikhlas. Jangan sebab kita menjadi majikan untuk diri sendiri ianya membuatkan kita boleh nak buat kerja sesuka hati. 

Dan bila beroleh sesuatu upah dari apa yang kita kerjakan tu, janganlah pula kita bazirkan atau belanjakan ke arah sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat. Dan jangan pula kita menjadikan diri kita bakhil atau kedekut untuk bersedekah di jalan Allah. 

Tak kira berapa juga pendapatan kita tu, pastikan ianya datang dari sumber yang halal dan dibelanjakan juga ke jalan yang halal. Mencuri tulang, kerja tak ikhlas, melaksanakan tugas dengan tidak jujur, semuanya boleh menjadikan rezeki halal yang kita perolehi tu diragui statusnya. Dan haruslah kita sentiasa ingat, setiap yang haram itu hanya layak menjadi bahan bakar api neraka.


Carilah rezeki dengan bijak dan belanjakanlah rezeki yang diperolehi tu dengan bijak juga. Kerana ianya nanti akan ditanya, dari mana kita perolehi dan ke mana kita belanjakan. Bukan hanya untuk keuntungan di dunia, biarlah keuntungannya berpanjangan hingga ke akhirat. Sama samalah kita bermuhasabah diri, sementara masih berkesempatan di dunia fana ni.



30 May 2012

29 May 2012

Kenapa menunggu tua ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberikan taufiq dan hidayah dalam memperkukuhkan ketaqwaan terhadap Allah.

Kalau sebelum ni kita dah berkongsi minda berkenaan umur kita di dunia ni, insyaAllah hari ni kita sambung pula tentang usia muda kita, bagaimanakah ianya diperlakukan.


Zaman sekarang ni ramai antara kita yang berlumba lumba mengejar dunia. Bukan menjadi kesalahan pun kalau nak mengejar dunia tapi cuma perlu diingati selalu agar akhirat jangan sesekali kita lupa. 

Dalam kehidupan yang semakin meningkat taraf hidupnya ni, berbagai pelaburan yang kita nak kejar agar mendapat kesenangan hidup di usia tua. Tu pun kalau yakin mencapai usia tua la. Jangan sampai kita hanyut dengan matlamat kehidupan dunia hingga terlupa matlamat kehidupan kita di akhirat sana.

Jangan sia siakan usia muda kita dengan dunia semata mata. Kalau sanggup menghadirkan diri ke seminar seminar nak jadi jutawan dunia, takkan tak sanggup menghadirkan diri ke majlis majlis ilmu agama. 


Kalau kita sanggup melaburkan wang simpanan kita untuk menggandakannya di masa akan datang, takkan nak menghulurkan sedikit sedekah ikhlas ke tabung masjid untuk menjadi pelaburan kita di akhirat kelak pun sangat berkira.

Dan kalau di usia muda ni kita sanggup bersengkang mata berkumpul bersama rakan rakan di meja kopitiam membicarakan hal hal keduniaan, takkan nak meluangkan sedikit masa bertahajjud untuk-Nya kita berasa berat mata sedangkan masa yang kita luangkan bersama rakan rakan tu juga adalah kurniaan-Nya.

Muhasabah diri semula. Apakah yang telah kita perlakukan terhadap usia muda kita ? Adakah penuh dengan perkara kebaikan atau hanya hanyut dengan tipu daya dunia ? Adakah kita perlu menunggu di saat usia meningkat tua baru nak merubah diri ?

Sementara berkesempatan memanfaatkan roh yang dipinjamkan Allah ni, marilah kita sama sama memperbaiki diri dan orang orang yang kita cintai agar di sana nanti mudah untuk kita melepaskan diri dari soalan bocor yang telah Nabi SAW tinggalkan untuk umatnya.



28 May 2012

Bahana solat punggung terkeluar

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Entri kali ni insyaAllah kita sama sama membincangkan pasal perkara yang berlaku dalam solat. Disebabkan solat tu adalah tiang agama yang perlu kita sentiasa tegakkan, maka dalam nak menegakkan tiang agama tu kita perlu juga tahu serba sedikit perkara perkara yang terkandung dalam solat tu.


Baru baru ni ketika bersolat jemaah jumaat di masjid, pandangan mata aku tertarik pada seorang ahli jemaah selang dua saf di hadapan. Masih muda belia dan segak bergaya ibarat lelaki kacak yang sering menjadi tarikan pandangan wanita di luar sana.

Ringkas pakaian yang dikenakan. Cuma berseluar jeans levi's 501 biru dan baju T-shirt berbelang hitam dan merah. Bajunya agak kelihatan sendat, mungkin sengaja dipakai untuk memperlihatkan bentuk tubuh yang biasa biasa saja. Tu tak termasuk lagi seluar dalam boxer jenama renoma yang kelihatan ketika si dia duduk bersila.

Di rakaat terakhir solat jumaat berlansung selepas duduk antara dua sujud dan ketika hendak melaksanakan sujud terakhir sebelum tahiyat akhir, aku terpandang si dia bersujud bersama jemaah lain. Sujudnya sempurna namun ada sesuatu yang menjelikkan.

Kerana baju T-shirt yang dipakainya tu agak kecil dan seluar yang dipakai juga mungkin dilondehkan sedikit mengikut fesyen, jadi ketika bersujud maka terserlahlah sedikit alur punggungnya yang lansung tak menyelerakan walaupun cuba ditutup dengan seluar dalam boxer jenama renoma tu.


Selesai imam memberi salam, tak sempat aku nak bertegur sapa dengan lelaki kacak tersebut kerana pantas dia berdiri dan keluar dari masjid. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah tentang aurat kita ketika solat. Antara syarat sah solat tu ialah menutup aurat. Bagi lelaki auratnya diantara pusat dan lutut. Bagi perempuan pula keseluruhan anggota tubuh badan kecuali bahagian muka dan tangan (dari pergelangan tangan hingga hujung jari).

Terdapat perbincangan ulama tentang hukum terbuka aurat ketika bersolat yang mengatakan terbatal solat jika terbuka aurat kecuali dalam keadaan tidak sengaja (ditiup angin). Walaupun bagi perempuan terkeluar sedikit rambut ketika bersolat maka wajib baginya untuk mengulangi solatnya.

Jadi kalau kejadian seperti yang aku ceritakan tu, seharusnya kita yang lelaki ni lebih berhati hati dalam berpakaian. Jangan kita asyik sibuk bebel kat kaum wanita pasal etika berpakaian diorang tu tapi kita terlupa diri kita sendiri. Tak salah kalau nak bergaya seperti lelaki kacak asalkan kita tahu batasannya.

Itulah bahananya bila bersolat tapi punggung terkeluar. Jangan jadikan ibadat kita sia sia akibat kelalaian kita. Jelas di situ kiranya terbuka aurat ketika solat maka batallah solatnya. Kadang kadang tu perkara kecil camni kita pandang remeh je tapi perkara remeh macam ni la yang menjadi tunjang arah tuju kita di akhirat kelak.



27 May 2012

Aktiviti cuti sekolah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga mahupun rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah.

Cuti sekolah dah bermula, maknanya pasti penuh aktiviti sepanjang cuti sekolah ni dengan berbagai bagai majlis. Jemputan menghadiri majlis walimatulurus sudah semestinya ada. Mungkin juga ada ibu bapa yang mengambil kesempatan mengkhatankan anak anak bujang yang semakin meningkat usia tu. 


Mungkin juga ada yang mengambil kesempatan di musim cuti sekolah ni membawa keluarga melancong, pergi menunaikan umrah, pulang ke kampung atau sekadar beriadah di taman taman tema berhampiran.

Atau mungkin juga menghabiskan masa mengadap komputer melayari laman laman blog rakan rakan atau pergi mengintai ke blog blogger blogger terkenal seperti Fatin Liyana, Radiusite, Red Mummy, abang Nara dan ramai lagi. Atau mungkin bersantai di rumah melayan karenah anak anak.

Walau apa juga yang kita lakukan, jangan la sampai kita menjadi lalai dan leka dari mengingati Allah. Pelihara penampilan kita mengikuti garis panduan syariat Islam sebenar. Peliharan ibadah solat kita tak kira di mana juga kita berada. Sentiasa ingat Allah, insyaAllah apa juga yang kita lakukan pasti akan diberkati-Nya.



25 May 2012

Bukti cinta mu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati dan marilah kita bersama sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah mudah mudahan kehidupan kita di dunia ni akan diberkati dan dirahmati Allah.

Bila berbicara tentang cinta, kasih dan sayang pastinya ramai dari kita yang lebih mengerti akan maksudnya. Anak anak pastinya cinta, kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa dan adik beradik. Ibu bapa pula semestinya cinta, kasih dan sayang kepada anak anak mereka. 


Namun bagaimanakah cara kita membuktikan cinta, kasih dan sayang kita tu kepada mereka ? Adakah cukup dengan hanya mengucapkan melalui kata kata ? 

Buat ibu dan bapa mahupun bakal ibu dan bapa terutama yang beragama Islam, jika benar kita menyintai, mengasihi dan menyayangi anak anak kita, usahlah kita abaikan penerapan nilai nilai syariat dalam kehidupan mereka. Pastikan mereka mematuhi rukun iman dan rukun islam sepanjang hayat mereka. Didik mereka dengan ajaran islam yang mengikut syariat sebenar.

Adakah kita rasa kita cukup memberikan mereka cinta, kasih dan sayang dengan hanya memastikan mereka berjaya di dunia semata mata ? Sudah semestinya kita sebagai ibu bapa akan merasa bangga jika anak anak kita mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburinya di dunia ni. Tapi jika kita mengabaikan kehidupan mereka di akhirat kelak, cukupkah cinta, kasih dan sayang yang kita berikan itu ?

Buat anak anak pula, jangan dipersoalkan kenapa ibu dan ayah menyuruh mendirikan solat atau mengerjakan ibadah puasa ketika umur baru meningkat 7 tahun dan belum mencapai baligh. Walaupun di sekolah diajarkan antara syarat wajib ibadah tu adalah mencapai usia baligh. Sememangnya andai tidak dilakukan tidak menjadi kesalahan bagi kita namun tidakkah kita mahu Allah memberikan 'bonus' untuk ibu dan ayah kita atas usaha kita mematuhi perintah dan suruhan Allah tu ?


Dan apabila semakin meningkat dewasa dan berlumba lumba mengejar kehidupan dunia, janganlah kita lupa untuk mengasihi kedua ibu bapa kita. Bukanlah kiriman wang setiap bulan mahupun limpahan harta boleh dijadikan bukti cinta, kasih dan sayang kita kepada mereka. Itu semua hanyalah habuan di dunia yang tidak bekekalan sifatnya.

Tiada cinta, kasih dan sayang yang lebih berharga untuk kita berikan kepada kedua ibu bapa kita selain mengharapkan cinta, kasih dan sayang itu datang dari Allah yang Maha berkuasa. Doa yang tidak putus putus dari seorang anak untuk kedua ibu bapanya sebagai bekalan berpanjangan membawa ke akhirat la antara bukti sebenar betapa kita menyintai, mengasihi dan menyayangi kedua ibu bapa kita.

Namun kiranya hidup kita sendiri pun bergelumang dengan tipu daya dunia, adakah pasti ada masa untuk kita mengangkat kedua tangan merendahkan diri di hadapan-Nya memohon agar Allah memberikan ampunan dan kasih sayang-Nya buat kedua ibu bapa kita ? Jangan pula kita rasa sudah cukup kasih sayang kita berikan kepada kedua ibu bapa kita di dunia ni dan kelak di akhirat kita menuding jari menyalahkan mereka pula kerana membiarkan kita tewas dengan segala fitnah dunia.




24 May 2012

Apa ada pada usia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. Kebelakangan ni agak lewat sikit memasukkan entri bukannya apa, agak sibuk menguruskan rumahtangga sejak dah ada ahli baru ni.

Bagi perkongsian hari ni adalah kesinambungan dari entri soalan bocor yang lepas. Hari tu tak sempat nak mengulas lanjut sebab banyak urusan yang perlu ditangani jadi biarlah terkupas satu persatu supaya lebih mudah untuk kita serapkan dalam minda.


Apabila ditanyakan tentang usia atau umur kepada kita, ada yang begitu mudah menjawabnya dan ada jugak yang menjadi perahsia hinggakan merahsiakan usia sebenarnya. Mungkin takut dianggap warga emas barangkali bila diberitahu usia sebenar.

Kalau lelaki mungkin nanti takut dikatakan berperangai tak serupa usia. Kalau perempuan pulak mungkin juga takut dikatakan begitu begini tak padan dengan usia sebenar. Apa nak risaukan sangat dengan usia umur kita kat dunia ni sampai perlu dirahsiakan. 

Apa yang penting bagi kita semua adalah apa yang telah kita buat selama mana usia kita di dunia ni. Dari tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, minit berganti minit dan saat silih berganti detiknya, apakah amalan yang telah kita perbuat untuk Allah ?


Mungkin tak perlu kita fikirkan sejauh dari awal usia kita di dunia ni hinggalah ke hari sekarang. Cukup hanya kita memikirkan waktu ketika sepanjang hari ni je. Dari bangun tidur awal subuh tadi hinggalah saat sekarang ni. Sudah berapa jamkah umur kita bertambah untuk hari ini ? Dan dari jarak waktu tu, berapa banyakkah ibadah yang kita penuhkan untuk hari ni ?

Jangan panik dan risau sebenarnya. Islam tu kan cukup indah. Hinggakan kalau kita tidur yang tak sedar tu pun boleh dijadikan ibadah dan mendapat pahala. Cuma segalanya bergantung pada niat dan hasil usaha kita tu la. Ibadah bukan bermaksud duduk di tikar sembahyang semata mata.

Selepas bersolat subuh, dalam kita bersiapkan diri untuk ke tempat kerja tu pun dah dikira ibadah. Nak pakai baju, baca bismillah. Tengok cermin nak sikat rambut, baca doa. Makan sarapan, mulakan dengan doa. Nak keluar pintu rumah, baca doa. Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, berzikir dalam hati. 

Bukan ke semua tu pun dikira sebagai ibadah ? Cuma orang tak nampak je la apa yang kita buat tu. Dan insyaAllah andainya kehidupan kita sepanjang hari dipenuhi dengan perkara perkara kebaikan sebegitu, takkan sia sialah usia umur kita di dunia ni. Dah pasti bila hati sentiasa mengingati Allah, takkan tergamak untuk kita melakukan perbuatan mungkar.

Bila ada rakan rakan kita yang meninggal di usia muda, kita bersimpati padanya. Kita rasa kesian kepada mereka kerana tidak dapat nak mengecapi kehidupan dunia. Mungkin kita lupa, betapa beruntungnya mereka kerana terlepas beban mengharungi fitnah dunia ni.


Bila kita mendengar seseorang berusia hingga ratusan tahun umurnya, kita rasa kagum dan mengkaji apakah rahsianya berumur panjang dengan harapan kita juga mampu untuk hidup beratus tahun. Namun begitu adakah usia yang beratus tahun tu terisi dengan amalan amalan membawa ke syurga ? Atau hanya sia sia menjadi bahan bakar api neraka ?




23 May 2012

Kontest untuk bapa bapa seMalaysia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu yang tanpa berkata kata buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan segala urusan kita dipermudahkan, diberkati dan dirahmati Allah.

Entah kenapa tiba tiba hari ni terasa nak 'berkata kata' pulak di hari tanpa kata kata ni. Segalanya adalah kerana keterujaan menyertai satu pertandingan bergambar sempena hari bapa yang bakal tiba tak lama lagi.


Untuk memeriahkan majlis, kepada bapa bapa yang kacak di luar sana tu bolehlah menyertainya kalau berkenan. Ibu ibu pun boleh juga kalau nak menyertakan suami suami atau bapa bapa bertanding sama. Hadiahnya boleh tahan la jugak. Hadiah utama berupa sebuah kamera Canon EOS 600D dan hadiah kedua berupa Canon IXUS 500 HS.

Nak menyertainya mudah je. Cuma bermodalkan RM1 dan gambar terkacak bapa bapa bersama anak tak kira la anak lelaki mahupun perempuan asalkan bukan gambar bersama anak kucing sudah la. 

Langkah pertama yang perlu dilakukan sediakan gambar bapa bapa bersama anak. Kedua pulak dengan menggunakan telefon bimbit korang, taipkan FATHER <nama> <no kad pengenalan> dan hantar ke 33138. Dan selepas tu mintak saudara mara, ahli keluarga, rakan rakan, sahabat handai, jiran tetangga, ahli kariah masjid atau surau, ahli mesyuarat tingkap dan sesiapa saja yang korang mampu raih undi mereka untuk mengundi penyertaan korang tu. Tapi perlu dimaklumkan kepada para pengundi tu bahawa setiap undian mereka akan dikenakan cas RM0.50. (sila cari pengundi yang pemurah)


Dan dikesempatan yang ada ni, dengan tersenyum manis dan muka berseri seri, aku memohon dari rakan rakan semua untuk mengundi penyertaan aku dengan penuh ikhlas. Hehehe..Kalau berhasrat untuk mengundi untuk aku, hanya perlu taipkan FATHER 48 (<-- ni nombor penyertaan aku) dan <nama korang> dan hantarkan ke 33138. Senang kan ? Tunggu apa lagi, keluarkan telefon bimbit canggih korang tu dan tekan je. 

Untuk maklumat lebih lanjut dan nak tengok penyertaan yang ada tu, sila kunjungi laman web ni.






22 May 2012

Soalan bocor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Minggu ni boleh kita katakan minggu peperiksaan untuk adik adik, anak anak dan rakan rakan kita yang masih berjuang menuntut ilmu di medan pendidikan masing masing. Dan kalaulah diberikan soalan bocor sebelum memasuki dewan peperiksaan alangkah seronoknya rasa sebab memudahkan kita untuk menjawab setiap soalan yang diberikan.

Itu persoalan untuk menghadapi kehidupan di dunia. Bagaimana pula untuk menghadapi kehidupan semasa di akhirat kelak ? Sudah bersediakah kita untuk menjawab semua soalan yang bakal ditanyakan oleh Allah ? 


Nabi Muhammad SAW begitu sayangkan kita umatnya. Hinggakan perkara persoalan penting di akhirat kelak pun baginda SAW 'bocorkan' soalannya untuk kita supaya kita dapat menyediakan diri untuk menghadapinya kelak.

Namun begitu, adakah kita benar benar sudah bersedia untuk mempersiapkan diri bagi menjawab soalan yang bakal ditujukan kepada kita di akhirat nanti ? Atau kita sekadar menganggap segala kisah kehidupan selepas kematian itu hanyalah perkara remeh dan tidak penting berbanding kehidupan di dunia ni.

[bersambung]








20 May 2012

Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21

  26 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung bersama keluarga atau rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita dirahmati Allah.


Buat adik adik yang bersekolah, jangan lupa mengulangkaji matapelajaran sekolah sebab insyaAllah esok dah mula ujian peperiksaan penggal pertama. Sebelum menjawab kertas soalan tu, tenang tenangkan dulu diri. Banyakkan berselawat dan usah terburu buru menjawab soalan peperiksaan. Selepas selesai menjawab kertas soalan tu, bertawakkal la kepada Allah mudah mudahan apa yang kita usahakan tu beroleh kejayaan cemerlang.

Entri perkongsian kali ni mungkin buat peminat peminat sukan hoki seluruh dunia. Buat julung kalinya, Ipoh sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah untuk kali yang ke 21 pulak. Bakal berlansung mulai 24 Mei ini sehingga 3 Jun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh. 


Juara bersama tahun 2010, pasukan India dan Korea Selatan juga bakal beraksi untuk kejuaraan kali ni. Selain itu, Pakistan, New Zealand, Argentina, Great Britain dan Malaysia juga bakal mempamirkan kehebatan masing masing bagi merebut gelaran juara kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21 ni. 

Bagaimanapun juara piala Sultan Azlan Shah edisi ke 20 bagi tahun lepas pula, pasukan Australia tidak dapat menyertai kejohanan edisi ke 21 ini. Bagi tujuh pasukan yang bertanding untuk kali ni, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bermain di atas padang turf biru bagi persediaan menghadapi sukan Olimpik di London nanti. 


Dikatakan bahawa padang turf biru yang diperkenalkan ni berlainan dari padang turf hijau seperti yang selalu digunakan di padang padang hoki. Ianya lebih anjal, licin dan pantas berbanding padang turf hijau. 

Setelah pasukan hoki remaja negara berjaya merangkul kejuaraan piala hoki asia di Melaka baru baru ni, diharapkan pasukan hoki senior negara juga dapat meraih semangat bagi menaikkan kembali nama negara di mata peminat peminat sukan hoki negara seterusnya di peringkat antarabangsa.

Kemasukan untuk menyaksikan kejohanan hoki yang akan berlansung mulai 24 Mei hingga 3 Jun ini ada percuma. Jadual perlawanan bagi setiap pasukan dan info terkini serta ulasan bagi kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web rasmi www.azlanshahcup.com.


Dan diharap insiden yang berlaku ketika pasukan hoki remaja negara menjadi juara piala Hoki Asia baru baru ni tidak akan berulang pula di Ipoh nanti. Dilaporkan dalam meraikan pasukan negara kita di atas padang, ada pula insan insan yang mengambil kesempatan dalam ramai ramai tu mengambil beberapa kayu hoki milik pemain. 

Mungkin nak dijadikan barang kenangan kot. Tapi tersangat la tak patut diperlakukan sebegitu. Kerana kebiasaannya kayu hoki milik pemain tu adalah hak milik peribadi mereka yang dibeli dengan wang mereka sendiri dan bukannya ditaja oleh mana mana pihak. Dan harga bagi sebatang kayu hoki bertaraf profesional camtu bukanlah murah malah boleh mencecah dari RM700 ke RM1000. [sumber]

Jadi kepada peminat peminat sukan hoki semua, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyokong pasukan pasukan hoki yang bertanding. Tak perlu risau tentang penginapan kerana terdapat banyak hotel hotel selesa untuk dipilih seperti tune hoteltower regency hotelsyuen hotelregalodge hotelexcelsior hotel dan banyak lagi hotel hotel lain boleh menjadi pilihan. 


Sambil tu jugak mungkin boleh membawa ahli keluarga dan anak anak meneroka keindahan negeri Perak ni bersempena tahun melawat Perak 2012 ni. Kebetulan juga minggu depan kan dah cuti sekolah, elok sangat la tu kalau nak melancong ke negeri Perak ni. Ape lagi weh, moh kite ke Perak !!




19 May 2012

Terima kasih Katak

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dikurniakan taufiq dan hidayah serta diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

"Hujan oh hujan, kenapa engkau turun ?"
"Macam mana aku tak turun, katak panggil aku"

"Katak oh katak, kenapa kau panggil hujan ?"
"Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku"

"Ular oh ular, kenapa nak makan katak ?"
"Macam mana aku tak makan, memang makanan aku"


Korang semua pernah dengar seloka rakyat ni ? Aku tak berapa pasti maksud sebenar seloka ni tapi apa yang pasti terkandungnya sindiran dan sifat sifat menyalahkan orang lain tanpa mahu mengaku kesilapan diri di situ. 

Dan pastinya sewaktu aku kanak kanak, aku telah ditanamkan kepercayaan sedikit karut melalui sumber sumber seloka sebegini. Asalkan katak berbunyi, itu tandanya hujan akan turun dan apabila hujan turun, sang ular tidak dapat untuk memakan katak tersebut. Cuma terkadang tu, irama sang katak tu sangat membuatkan malam kita terganggu.

Kak Kujie mungkin ada jawapannya kenapa sang katak berbunyi. Dan dari hasil pengamatan yang aku lakukan sejak dua hari yang lepas, rupanya ianya bukanlah irama untuk menggamit hujan turun setelah bumi Ipoh disinari terik mentari. Bukan juga kerana diintai sang ular yang kelaparan.


Dua malam tidur anak kecil aku terganggu dengan teriakan sang katak yang bersahutan terasa teramat hampir. Punca dikesan dari sebuah kolam kecil yang diletakkan dihadapan rumah sebagai habitat flora air dan seekor ikan milik anak sulung aku tu.

Awalnya aku berseloroh dengan isteri mengatakan bahawa kemungkinan hujan akan turun dikegelapan malam setelah bertalu talu teriakan sang katak bersahutan. Namun di langit lansung tiada tanda tanda hujan akan turun. Terbentang luas dengan bintang bertaburan sesekali terlihat pesawat penumpang tinggi melintas.

Tak tahan dengan raungan dan pekikan sang katak, aku segera menyiasat. Bertemu jua dengan pemilik suara nyaring tu. Bukannya solo dan bukan berduet, rupanya persembahan berkumpulan. Ada yang berlansung dari tebing kolam. Ada juga yang berlansung dicelah rimbunan flora renek penghias laman.


Setelah berjaya aku membubarkan perhimpunan okestra sang katak dengan menghambat seekor demi seekor keluar dari kawasan laman rumah aku agar mereka mencari kawasan lain yang lebih sesuai tanpa menggangu tidur anak anak kecil, barulah tenang lena anak aku tu.

Dan semalam kami dikejutkan lagi dengan jeritan sang katak. Masih lagi kedengaran dari kolam kecil dihadapan laman rumah. Namun tanpa sebarang sahutan. Persis penyanyi solo yang membuat persembahan tanpa disaksikan oleh penonton.

Segera aku bertemu mata dengan sang katak, dengan penuh rasa hormat kepada makhluk kecil yang kegersangan mencari pasangan aku katakan padanya bahawa di kolam kecil itu tidak sesuai untuknya mencari jodoh dan menyambung zuriat. Malah teman temannya juga sudah aku khabarkan meninggalkan kolam kecil itu. 


Mungkin akur dengan ketentuan dan mengerti alasan yang aku katakan, sang katak menerima takdirnya. Aku izinkan dia bermalam di kolam kecil, mungkin untuk kali yang terakhir namun haruslah tanpa sebarang teriakan menggoda sang katak betina untuk beradu bersama. Mengerti maksud, dan malam tadi hanya sang cengkerik je bersahutan. Terima kasih sang katak.

Info : 

Setiap spesis katak memiliki bunyi dan irama mereka yang tersendiri bagi memudahkan mereka berkomunikasi sesama sendiri mengikut jenis masing masing. Malahan, antara katak jantan dan katak betina juga memiliki bunyi yang berlainan. Bunyi katak biasanya terhasil dari getaran yang dikeluarkan melalui kantung dibawah mulutnya yang dikembangkan dengan angin. Dan sang katak berbunyi bukanlah kerana memanggil hujan ataupun takut dimakan sang ular, tetapi ianya adalah irama kurniaan Allah untuk mereka dalam proses mencari pasangan bagi menyambung zuriat. Ala ala lawan pantun orang nak kawin tu jugak la kot.









18 May 2012

Bukan milik kita

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat meraikan hari jumaat yang mulia ni dengan memperbanyakkan selawat serta zikir dan juga ibadat mudah mudahan kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah.

Seperti yang kita maklum baru baru ni diadakan sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa guru guru yang memberikan kita semua pendidikan. Mungkin masih berkesempatan untuk aku mengucapkan "terima kasih cikgu" kerana telah berkongsikan ilmu kepada anak anak murid tak kira di mana juga anda berada.


Semalam aku sedikit rasa terharu dan teruja kerana terkena sedikit tempias hari guru ni. Aku bukanlah seorang guru formal yang berdaftar cuma sekadar seorang yang mengasihi ilmu dan suka untuk berkongsi ilmu malah masih lagi mencari cari ilmu. Sepertimana guru-guru lain yang ikhlas menaburkan ilmu yang diperolehi, sebegitu juga aku. 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya ; "Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah (pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang berterusan pahalanya) iaitu (1) Sedekah jariahnya, atau (2) Ilmunya yang memberi faedah kepada orang lain, atau (3) Anak soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Seperti halnya hari ibu tu, seharusnya kita bukan hanya mengenang jasa guru-guru kita sekali dalam setahun. Walaupun tanpa sambutan atau sebagainya, cukup sekadar kita mengingati guru yang menaburkan ilmunya kepada kita ketika mana kita berada di setiap tangga kejayaan. 


Jangan kerana kita berjaya mendapat taraf pendidikan yang tinggi membuatkan kita melupakan jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita. Dan jangan pula kerana itu kita merasakan bahawa kitalah manusia yang memiliki segala ilmu mengalahkan orang lain.

Walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun, jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang lain walaupun orang itu hanya seorang kanak kanak yang masih berhingus belajar di tadika. Mungkin benar ilmu yang kita miliki mengatasi ilmu yang baru dipelajarinya tapi belum tentu ilmu yang diperolehinya tu mampu untuk kita ketahui.

Dan jangan pula kerana ilmu, kita menjadi manusia yang sombong. Ingatlah kembali kisah tentang Nabi Musa a.s yang termaktub di dalam Al Quran pada surah Al Kahfi ayat 60 - 82 dimana Allah 'mengajarkan' kepadanya supaya tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana pasti ada orang lain yang lebih berilmu kerana sesungguhnya ilmu Allah itu teramat luasnya.


Dan jangan juga kita berasa puas dengan ilmu yang kita perolehi atau berasa cukup. Pentingnya ilmu tu untuk kehidupan kita di dunia ni malah boleh menjadi bekalan untuk ke akhirat. Tidaklah Allah mengajarkan perkara lain kepada Nabi Adam a.s selepas penciptaannya kecuali ilmu pengetahuan. Begitu juga wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tak lain adalah tentang kepentingan ilmu.

Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat di dunia ni. Sebarkanlah ilmu agar bermanfaat untuk semua manusia. Hormatilah guru-guru tak kira yang mengajar kita di sekolah atau mungkin hanya seorang budak yang mengajarkan kita doa menaiki kenderaan. Hargailah ilmu yang kita miliki dengan berkongsi dengan yang lain. Ingat, ilmu itu milik Allah jua yang hanya dipinjamkan kepada kita untuk dimanfaatkan. 






17 May 2012

Ajarkan saya Al Quran

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Baru baru ni aku berkesempatan melihat satu demonstrasi meningkatkan daya kerja otak untuk kanak kanak khasnya ketika berada di kediaman DSZ. Aku tak pasti la betul ke tak namanya tu tapi apa yang pasti ianya berkenaan minda la. Dengan hanya menyentuh sesuatu tanpa melihat pun dah boleh tahu ape ke bendanya atau ape yang ditulis di atasnya tu.


Tapi bukan tentang itu aku nak kongsikan hari ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal perkara tu, boleh la jenguk jenguk ke http://gmcinternational.org/ supaya lebih faham apa yang aku maksudkan tu. 

Imam Al Tabarani ada meriwayatkan daripada Saidina Ali r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya ;

"Didiklah anak anak kamu atas tiga perkara. (1) Cinta kepada Nabi kamu, (2) Cinta kepada kaum keluarganya, (3) Serta membaca Al Quran. Sesungguhnya, para pembaca Al Quran itu berada dalam naungan 'Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama sama para Nabi-Nya dan orang-orang suci-Nya"

Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak kanak dulu, seawal usia 5 tahun lagi aku dah diajarkan membaca muqaddam setiap kali selepas solat maghrib oleh arwah mak aku. Faham faham aje la waktu usia macam tu memang umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Tak cukup dengan tu dimasukkan pulak ke tadika Islam supaya dapat belajar asas agama.


Bila dah masuk darjah satu, masih lagi bertatih mengeja setiap mukasurat dalam muqaddam tu. Cuma kali ni arwah mak aku semakin tegas. Dengan rotan disisi, jangan harap nak mengelat. Terkadang tu dengan deraian air mata dan sedu sedan menghabiskan bacaan tapi lansung arwah mak aku tak peduli atau kasihan.

Alhamdulillah berkat kesabaran arwah mak aku mengajarkan kami adik beradik mengenal dan membaca Al Quran, sehingga sekarang pun tak jadi masalah nak membacanya. Dan bila meningkat dewasa, mengetahui pulak kelebihan dari membaca Al Quran ni membuatkan aku semakin ingin mendalami Al Quran bukan setakat untuk diri sendiri, malah untuk anak cucu cicit aku nanti jugak.

Berapa ramai ibubapa sekarang ni lebih mementingkan pelajaran akademik untuk anak anak dari pendidikan Islam. Jika anak meninggalkan solat tidak mengapa tapi jangan sekali kali meninggalkan kelas tuisyen matematik. Anak tidak kenal huruf Al Quran tak menjadi masalah asalkan anak dapat mengenali not muzik. 

Andainya kita sendiri memang dibesarkan oleh ibubapa kita dengan sebegitu rupa, janganlah kita menzalimi anak anak kita pula dengan menyediakan kehidupan mereka sebegitu. Biarlah kita sahaja yang jahil namun jangan biarkan anak anak kita mewarisi kejahilan kita tu. 


Andai pula kita pernah dibesarkan dengan asas Islam oleh ibubapa kita suatu masa dahulu, jangan pula kita terlalu terikut dengan arus kemodenan dan melupakan apa yang telah dididik kepada kita. Kalau kita sendiri sudah melupakan setiap didikan yang kita terima sewaktu kecil dahulu, jangan pula kita membiarkan anak anak kita hanyut tenggelam tanpa pegangan.

Hantarlah anak anak kita ke kelas tuisyen akademik, namun jangan sekali kali kita biarkan mereka mengabaikan tuntutan ibadah seperti solat khususnya. Tajamkanlah minda mereka dengan mempelajari seni muzik atau sebagainya, namun jangan pula kita karatkan hati mereka dengan keduniaan semata mata. 

Jangan berasa malu apabila suatu hari nanti anak anak kita berkata, "Ajarkan saya membaca Al Quran wahai ayah dan ibu". Bacalah, pelajarilah dan hayatilah Al Quran tu bersama sama dengan mereka, mudah mudahan kehidupan kita semua akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya yang maha berkuasa.




16 May 2012

15 May 2012

Fikirkan sejenak

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Apa khabar rohani kita hari ni ? Kalau ditanya khabar kesihatan fizikal, insyaAllah mudah untuk kita jawabkan. Andai ada tersalah baring tidur malam tadi mungkin terasa sengal sengal badan. Mungkin juga semalam tercedera kaki ketika beriadah bermain futsal bersama rakan rakan. Namun bila ditanya khabar rohani, agak sukar juga untuk diberikan jawapannya.


Dalam dunia serba maju ni bermacam macam produk kesihatan yang terjual dipasaran. Bukan je produk untuk dimakan atau minum malah peralatan untuk menjamin kesihatan pun dah seperti bawang yang dijual di pasar tani. 

Tu tak termasuk lagi pusat pusat kesihatan yang menawarkan berbagai pakej untuk memastikan pelanggannya terus sihat. Boleh dikatakan kita sekarang ni memang kalau boleh nak memastikan kesihatan fizikal kita benar benar berada dalam keadaan yang paling sempurna.

Namun dalam kesibukan kita menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita yang semakin hari semakin meningkat usianya, terkadang kita terlupa untuk menjaga kesihatan rohani pulak. Padahal kesihatan rohani kita ni pun sama penting dengan kesihatan fizikal kita. 


Mengambil contoh sebuah rumah yang kelihatan indah pada luarannya. Dengan laman dihiasi rimbunan bunga bungaan, tumbuhan renek menghijau dan alunan aliran air dari kolam ikan koi yang mengasyikkan. Tetapi andainya bahagian dalamannya tidak dijaga, dengan sampah sudah berulat , aroma yang kurang menyenangkan menyengat deria hidu dan permandangan yang menyesakkan penglihatan.

Adakah situasi sebegitu layak untuk dipanggil sebuah rumah ? Atau layakkah sebuah rumah sebegitu dipanggil rumah untuk didiami oleh manusia atau apa makhluk sekalipun ? Sudah semestinya la tidak. Begitu juga la dengan diri kita.

Kalau hanya luaran fizikal kita je yang kita jaga kesihatannya tapi dalaman rohani kita ni kita abaikan pulak, layakkah kita dipanggil manusia ? Mungkin boleh la dipanggil manusia tapi mungkin lebih mesra kalau dipanggil manusia jadian. 


Apa yang kita bekalkan untuk santapan rohani kita setiap hari ? Dari apa yang kita pandang, apa yang kita baca, apa yang kita dengar semuanya diserap oleh hati rohani kita. Belum kira lagi apa yang dihadam oleh suapan ke dalam mulut kita setiap hari. 

Andai apa yang kita pandang, apa yang kita baca, apa yang kita dengar tu terlebih keburukannya dari kebaikan maka begitulah tahap kesihatan rohani kita ni. Terkadang kita tak sedar betapa tenatnya rohani kita dengan segala macam pencemaran yang kita ambil setiap hari.

Mata melihat kepada perkara perkara yang tidak baik. Mulut memperkatakan perkara perkara yang tidak baik. Telinga pula mendengar perkara perkara yang penuh dengan fitnah dan umpatan. Mungkin sebab tu la dalam sedar dan tidak sedar puncanya kita ni boleh jadi hamba Allah yang lalai kerana hati kita tenat dengan segala kejelikan sebegitu.

Tubuh badan kita mungkin sihat, kuat dan bertenaga. Setahun dua kali buat pemeriksaan kesihatan lansung takde simptom nak menghidap penyakit merbahaya. Sakit jantung, darah manis, kencing tinggi kencing manis, darah tinggi semuanya takde. Tapi kita terlupa malaikat maut tu takde nak tangguh kerja dia. 


Biar la otot berketul ketul macam roti bun sekalipun. Biar la kulit tegang tak kedut lansung. Biar la sihat cergas macam mana pun bila ajal tu tiba, tak boleh nak elak dah. Jadi selagi masih berpeluang ni, marilah kita sama sama muhasabah diri kita masing masing. Gunakan peluang yang ada ni sementara kita masih waras untuk berfikir.

Pergi la berjogging setiap petang. Nak main futsal setiap malam pun takpe. Nak duduk dalam gym tu dua tiga jam pun tak salah. Tapi dalam kita meningkatkan tahap kesihatan fizikal kita tu, jangan dilupakan kesihatan rohani kita sama. 

Berzikirlah sambil beriadah tu. Dalam hati pun takpe, tak perlu nak kuatkan suara. Bertahmidlah memuji setiap pemberian Allah kepada kita. Bertasbihlah mengkagumi setiap ciptaan Allah di bumi ni. Bertakbirlah mengakui bahawa hanya Allah yang paling hebat berbanding dengan kita yang ape la sangat ni. 

Kalau kita boleh meluangkan masa lepas bersenam ape semua tu di kafe bersama rakan rakan sejam dua, apa salahnya kita luangkan masa membaca Al Quran, berzikir, bermunajat, bermuhasabah diri dan beribadat untuk Nya sejam dua jugak. Kalau rasa tak nak, fikirkan sejenak...layakkah kita untuk hidup di bumi ciptaan Nya ni ?



14 May 2012

Tak salah bertanya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati, diberkati dan diberikan hidayah dari Allah.

Kalau kita sedar sekarang ni ada satu fenomena yang melanda yang boleh la kita namakan fenomena suka bertanya hukum. Alhamdulillah perkara sebegini adalah sangat baik kerana umat Islam terutama anak anak muda zaman sekarang ni suka nak tahu hukum dalam Islam. Macam macam persoalan hukum ditanya menunjukkan satu keadaan positif hendak memahami Islam.


Siapa tak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus sekarang ni ? Seorang guru yang begitu mudah untuk didekati oleh generasi muda mudi. Aku sendiri pun suka dengan pendekatan yang dilakukannya. Tanpa memperdulikan apa status orang yang bertanya, segala persoalan pasti akan dijawabnya.

Cuma yang aku rasa masalah sikit tu, adakah mereka yang bertanya soalan tu benar benar mahukan ilmu dari jawapan yang diberikan atau sekadar nak berseronok mendengar jawapan ? Maklum saja la dari apa yang aku perhatikan kadang kadang tu persoalan pelik pelik ditanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus tu malah dijawabnya juga walaupun terkadang jawapannya berunsur sindiran yang dipandang sebagai lawak oleh sebahagian pembaca.

Aku teringat masa zaman aku masih belajar dulu. Ada beberapa kawan sekuliah yang sikapnya memilih guru. Alasannya cukup mudah. "pensyarah yang itu suka berjenaka". Begitu juga kalau mengikuti kuliah pengajian di masjid atau surau atau pergi mendengar syarahan agama. Bukan tajuk kuliah atau syarahan yang diteliti tapi siapakah penyampainya tu.


Kalau penyampainya tu seorang yang berperawatakan serius dan tegas, jangan harap la nak menyertai. Tapi kalau penyampainya tu dikenali dengan sikap suka berjenaka, sebelum majlis bermula pun dah diperkatakan tentang jenaka jenaka yang pernah diikutinya tu. 

Jadi tu semua untuk apa ? Ilmunya atau jenakanya untuk dijadikan bahan ketawa ? Atau untuk menunjukkan kepada rakan rakan lain betapa dirinya tu seorang yang mementingkan hukum hakam sedangkan kehidupannya tunggang langgang.

Tak salah nak bertanya. Malah memang kita umat Islam diwajibkan menuntut ilmu sepanjang hayat kita di dunia ni. Lebih lebih lagi ilmu berkaitan tentang Islam. Namun begitu janganlah sampai kita yang jahil ni menjadi semakin jahil akibat sikap kita yang hanya fikir nak keseronokan je walaupun melalui jawapan persoalan agama. 

Bagus juga ada yang bertanya apa hukum menyambut hari itu ini seperti sambutan hari ibu yang berlaku semalam. Memang jelas di dalam Islam tiada hari khusus meraikan ibu. Biasanya yang disoal tu pulak permasalahan umum. Cuba tanyakan masalah diri sendiri agar umum dapat pengajaran seperti contoh "Ibu saya suka pakai baju ketat, apa hukumnya ?". Ada berani ? 



13 May 2012

Bukan sehari

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama keluarga mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. Saban tahun setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan Mei, rakyat negara kita meraikan sambutan hari ibu. Memang terdapat berbagai persoalan mengenai menyambut hari ibu ni tapi pada aku asalkan ianya tidak menyimpang dan memesongkan akidah, tak salah andainya kita meraikan lebih sedikit ibu kita sendiri pada hari yang digazetkan sebagai hari ibu ni.


Apa yang kita sibuk sangat nak mengetahui apa hukum menyambut hari ibu dan sebagainya tu sedangkan kita tahu dalam sirah sejarah Islam memang lansung tak wujud hari hari khusus seperti sambutan hari ibu ni. Lebih baik dipersoalkan apa hukumnya jika melalaikan solat, mendedahkan aurat dan sebagainya tu kalau benar benar kita ni nak menjaga syariat diri dan agama.

Takde salahnya nak meraikan ibu kita sendiri. Sebagai anak sepatutnya kita menghargai dan meraikan ibu kita sepanjang masa bukan hanya semasa hayatnya malah selepas ibu kita meninggal pun kita sebagai anak tak boleh berhenti dari menaburkan bakti buat ibu kita.


Kita kena ingat selalu bukan mudah ibu kita mengharungi hari sejak dari awal penciptaan kita dalam perut ibu kita tu. Dengan rasa tak selesanya mengalami alahan diawal kehamilan. Dari badan ibu kita lansing ramping kemudiannya menjadi gebu dan montel. Tak cukup dengan tu tambah lagi dengan parut regangan di kulit perutnya yang dahulunya halus mulus. Tak termasuk beban yang dibawa selama kita membesar dalam perut ibu kita sepanjang kehamilan tu.

Tanyakan pada ibu kita, berapa lamakah kesakitan yang ditanggungnya ketika saat kita hendak dilahirkan ? Bagaimanakah sakitnya hendak melahirkan kita sewaktu itu ? Berapa banyakkah darah ibu yang hilang sepanjang melahirkan kita tu ? 

Selepas kelahiran kita, berapa kalikah ibu kita bersengkang mata setiap malam memastikan kita selesa lena tidur ? Apa yang kita tahu ketika tu hanya menangis merengek minta ditenangkan. Tapi tak sedikit pun ibu kita merungut dengan segala karenah kita yang memenatkan tu. 


Kerana itu la Islam amat memuliakan wanita terutamanya yang bergelar ibu. Hinggakan sampai akhir hayat kita di dunia pun kita diiringi nama ibu. Dan hinggakan dikatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Raikan la ibu kita, bukan setakat hari ni je tapi raikan mereka sepanjang masa. Kerana pengorbanan yang ibu kita lalui sepanjang membesarkan kita bukan sehari lamanya. 

Selamat hari ibu buat isteri tercinta, mak mertua yang berada di Ranau Sabah dan seterusnya kepada rakan rakan pengunjung yang bergelar ibu mahupun bakal ibu mudah mudahan kalian semua dikasihi Allah sebagaimana anda semua mengasihi anak anak kalian.