18 May 2012

Bukan milik kita

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat meraikan hari jumaat yang mulia ni dengan memperbanyakkan selawat serta zikir dan juga ibadat mudah mudahan kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah.

Seperti yang kita maklum baru baru ni diadakan sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa guru guru yang memberikan kita semua pendidikan. Mungkin masih berkesempatan untuk aku mengucapkan "terima kasih cikgu" kerana telah berkongsikan ilmu kepada anak anak murid tak kira di mana juga anda berada.


Semalam aku sedikit rasa terharu dan teruja kerana terkena sedikit tempias hari guru ni. Aku bukanlah seorang guru formal yang berdaftar cuma sekadar seorang yang mengasihi ilmu dan suka untuk berkongsi ilmu malah masih lagi mencari cari ilmu. Sepertimana guru-guru lain yang ikhlas menaburkan ilmu yang diperolehi, sebegitu juga aku. 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya ; "Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah (pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang berterusan pahalanya) iaitu (1) Sedekah jariahnya, atau (2) Ilmunya yang memberi faedah kepada orang lain, atau (3) Anak soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Seperti halnya hari ibu tu, seharusnya kita bukan hanya mengenang jasa guru-guru kita sekali dalam setahun. Walaupun tanpa sambutan atau sebagainya, cukup sekadar kita mengingati guru yang menaburkan ilmunya kepada kita ketika mana kita berada di setiap tangga kejayaan. 


Jangan kerana kita berjaya mendapat taraf pendidikan yang tinggi membuatkan kita melupakan jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita. Dan jangan pula kerana itu kita merasakan bahawa kitalah manusia yang memiliki segala ilmu mengalahkan orang lain.

Walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun, jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang lain walaupun orang itu hanya seorang kanak kanak yang masih berhingus belajar di tadika. Mungkin benar ilmu yang kita miliki mengatasi ilmu yang baru dipelajarinya tapi belum tentu ilmu yang diperolehinya tu mampu untuk kita ketahui.

Dan jangan pula kerana ilmu, kita menjadi manusia yang sombong. Ingatlah kembali kisah tentang Nabi Musa a.s yang termaktub di dalam Al Quran pada surah Al Kahfi ayat 60 - 82 dimana Allah 'mengajarkan' kepadanya supaya tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana pasti ada orang lain yang lebih berilmu kerana sesungguhnya ilmu Allah itu teramat luasnya.


Dan jangan juga kita berasa puas dengan ilmu yang kita perolehi atau berasa cukup. Pentingnya ilmu tu untuk kehidupan kita di dunia ni malah boleh menjadi bekalan untuk ke akhirat. Tidaklah Allah mengajarkan perkara lain kepada Nabi Adam a.s selepas penciptaannya kecuali ilmu pengetahuan. Begitu juga wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tak lain adalah tentang kepentingan ilmu.

Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat di dunia ni. Sebarkanlah ilmu agar bermanfaat untuk semua manusia. Hormatilah guru-guru tak kira yang mengajar kita di sekolah atau mungkin hanya seorang budak yang mengajarkan kita doa menaiki kenderaan. Hargailah ilmu yang kita miliki dengan berkongsi dengan yang lain. Ingat, ilmu itu milik Allah jua yang hanya dipinjamkan kepada kita untuk dimanfaatkan. 






28 comments:

  1. Hormati guru, insyaAllah hidup kita akan lebih tenang dan sukses. insyaAllah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...betul tu manfaatkanlah ilmu yang kita ada moga ianya akan tetap jadi sebutan hingga akhirnya....:)

    ReplyDelete
  3. rindu dgn cikgu2 kat sekolah dulu...

    ReplyDelete
  4. jadi guru mmg kaya dg ilmu..malaha da ckp guru ini ibarat perpustakaan bergerak =)

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru pada memegang status guru..tetiba pula ingat guru2 yg pernh mengajar saya dulu2 heee

    ReplyDelete
  6. dulu ada niat nak jadi guru...
    ehehheee

    ReplyDelete
  7. terlalu banyak jasa guru2 tak kira kat sekolah, universiti atau guru agama, Allah saja yg boleh membalasnya.

    ReplyDelete
  8. hafizmd :

    InsyaAllah..walaupun guru tadika kita pun perlu juga kita hormati..

    ReplyDelete
  9. maszull :

    waalaikumsalam mama..
    sebenarnya kita semua pun guru dalam masa yang sama murid..

    ReplyDelete
  10. :

    bila teringat kisah kenakalan masa zaman sekolah dulu2 cam kesian pulak pada cikgu2 yang pening dengan karenah kita tu..

    ReplyDelete
  11. suri :

    baru pertama kali dengar kata ibarat tu..

    ReplyDelete
  12. mie :

    sekarang pun boleh je kalau nak jadi guru..sebarkan je ilmu yang ada tu maka otomatik anda seorang guru..

    ReplyDelete
  13. Denaihati :

    mudah mudahan begitu la, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa guru guru kita..

    ReplyDelete
  14. jgn kedekut ilmu..jgn sombong dgn ilmu yg ada. x berkat nnt

    ReplyDelete
  15. Saya sudah jadi tenaga pengajar dalaman syarikat lama dah. :-)

    ReplyDelete
  16. skr byk gugru2 blog baik hati heeee..tu pun kira menuntut ilmu gak heee

    ReplyDelete
  17. Berkongsi ilmu yang baik biar seribu kali ,Ilmu yang buruk jangan sesekali

    ReplyDelete
  18. chii :

    betul tu..nak kedekut apesal ye tak sedangkan ilmu yang ada tu pun bukan datang sendiri..

    ReplyDelete
  19. akubiomed :

    insyaAllah ilmu yang kita ada bila dikongsikan pasti akan lebih bertambah..

    ReplyDelete
  20. suri :

    asalkan ada sedikit ilmu yang dikongsikan, otomatik kita juga sebahagian dari insan bergelar guru..

    ReplyDelete
  21. onlajer :

    hehehe..kalo ilmu yang buruk nak dikongsikan sebagai pengajaran buat yang belum terjebak tu mungkin boleh dikongsikan sekali je la kot..

    ReplyDelete
  22. oh...En Pipoq ajar anak MB Perak la ye..huhu... :)

    ReplyDelete
  23. nabilah_2908 :

    alhamdulillah rezeki anak anak..hampir 3 tahun dah sy berkhidmat mendidik anak bongsu mereka..

    ReplyDelete
  24. air jordan shoes for sale, http://www.airjordanshoes.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    ray-ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
    louis vuitton outlet online, http://www.louisvuittonus.us.com/
    toms shoes, http://www.toms.us.com/
    longchamp outlet, http://www.longchampoutlet.name/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinestores.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlet.us.org/
    thomas sabo, http://www.thomassabos.co.uk/
    nike outlet store, http://www.nikeoutletstore.us/
    mont blanc outlet, http://www.montblancpensoutlets.com/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
    michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net/
    the north face outlet store, http://www.thenorthfaceoutletstores.org/
    prada handbags, http://www.pradahandbagsoutlet.co.uk/
    vikings jerseys, http://www.minnesotavikingsjersey.us/
    chanel handbags, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    replica watches, http://www.replicawatchesforsale.us.com/
    oakley outlet store, http://www.oakleyoutlet.in.net/
    wedding dresses, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
    chicago blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    ralph lauren polo, http://www.ralphlaurenoutlet.in.net/
    toms outlet store, http://www.tomsoutlet-stores.com/
    nike air force 1, http://www.airforce1.us.com/
    chanel handbags outlet, http://www.chanelhandbags-outlet.us.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete