01 May 2012

Mama mana ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menyambut hari pekerja buat semua rakan rakan pengunjung yang dihargai mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah petang tadi dah selamat menghantar isteri aku daftar masuk ke dalam wad untuk persediaan menyambut kelahiran. Mungkin esok baru akan dimasukkan ke dewan bersalin. 


Malam ni tinggal la aku berdua je dengan anak aku tu. Tadi pun masa sampai ke rumah dia dah bertanya mamanya mana. Aku jelaskan je mamanya tinggal di hospital nak tunggu adik keluar.

Sebenarnya ada kerisauan jugak andai kemungkinan isteri aku terpaksa sekali lagi melahirkan melalui pembedahan. Namun andainya terpaksa demi keselamatan isteri dan anak dalam kandungan, pasrah je la.

Sebabnya hingga ke hari ni pun isteri aku masih lagi belum ada tanda tanda untuk melahirkan samada pecah air ketuban, keluar darah mahupun sakit kontraksi untuk melahirkan. Padahal dah memang terlebih tarikh jangkaan bersalin.

Apa pun terima kasih aku ucapkan kepada rakan rakan yang mendoakan untuk isteri aku. InsyaAllah mudah mudahan Allah akan membalas setiap kebaikan yang kalian semua berikan. 



7 comments:

  1. Assalam..
    Moga selamat semuanya..
    Saya dulu terlebih 11 hari tapi langsung tak rasa sakit nak bersalin, anak pun dah besar bila keluar, kena la bedah..

    ReplyDelete
  2. waa dah nk dapat baby baru...
    tahniah insyaAllah semua selamat....

    ReplyDelete
  3. dah selamat deliver ke?pic plz...tahniah btw...hehe

    ReplyDelete
  4. moga Allah permudahkan segalanya ya... Amin... :)

    ReplyDelete
  5. wahh.baby baru!!

    moga semua selamat. hehe

    tahniah

    ReplyDelete