08 May 2012

O positif

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung sekalian mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Dah nak sampai penghujung hari selasa baru sempat aku nak masukkan entri untuk hari ni. Sejak anak aku dah dibenarkan pulang ke rumah tempohari, jadual harian kami suami isteri dah ada penambahan sikit.

Maklum saja la kadang kadang tu anak kecil ni tak nak tidur malam malam. Nak kena didukung dan didodoi baru la lena semula. Bukan reti nak tengok jam pun, kira ikut suka dia je nak bangun jam berapa. Cuma biasanya isteri aku la yang terlebih peka bila anak aku tu menangis tengah malam. Hehehe..


Pagi tadi sekali lagi kami terpaksa membawa anak kecil kami tu ke klinik untuk pemeriksaan susulan tahap bilirubin dalam darah bagi masalah jaundice. Alhamdulillah selepas ujian darah dilakukan di makmal klinik, tahap bilirubin dalam darahnya cuma 8.8 bermakna faktor risiko kesan sampingan jaundice tu semakin berkurangan.

Terima kasih kepada rakan rakan yang memberikan petua dan cadangan dalam menangani masalah jaundice untuk bayi yang baru lahir ni. Sewaktu anak yang pertama dulu memang tiada masalah jaundice ni walaupun pernah disyaki mengalami jaundice namun setelah pemeriksaan darahnya, doktor mengesahkan anak aku tu normal je tahap bilirubinnya dan tak perlu sebarang rawatan.


Cuma anak kedua ni pulak yang memberikan kami suami isteri pengalaman menghadapi jaundice. Menurut doktor yang kami temui, faktor isteri aku yang memiliki darah kumpulan O positif memang agak tinggi kemungkinan untuk anak mendapat jaundice. Pada aku tu semua dari sudut kajian saintifik dan pastinya setiap apa yang berlaku tu adalah atas kehendak dan kuasa Allah jualah.

Bagi bakal bakal ibu bapa yang ada tu, jaundice ni adalah perkara biasa yang kemungkinan akan berlaku kepada setiap bayi yang baru lahir. Cuma kita sebagai ibu bapa, perlu la bersedia dan belajar berkenaan jaundice ni betul betul agar kita dapat fahami penyebab, kesan dan akibatnya. Sekurang kurangnya bila kita dah ada sedikit pengetahuan tu, ianya akan memudahkan kita dalam membuat sebarang keputusan.


Makan malam tadi kami menikmati sajian yang nak kata klasik tu tak la jugak. Tiba tiba isteri aku teringin pulak nak makan McDonalds Chicken Foldover lepas tengok iklan dia kat TV. Suatu masa dulu sekitar tahun 2006, hidangan foldover ni memang agak popular di McDonalds tapi kemudian menghilang pulak dari menu namun kini kembali menghantui restoran restoran McDonalds seluruh negara. 



10 comments:

  1. comelnya baby dia...suka tengok...anak kita tak pernah kena jaundice...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. montelnya baby ni. dulu Rayn jaundice kami lakibini terpaksa mencari susu kambing. mahal!

    ReplyDelete
  3. Che Rosliza Che mat :

    tak semua baby baru lahir akan kena jaundis..tapi kebanyakannya akan mengalami jaundis la cuma tahapnya je yang berbeza..

    ReplyDelete
  4. miya :

    mane tak montel kalo asyik nenen je kejenye..hehehe

    ReplyDelete
  5. eh ni pasal mkn md ke pasal anak haa...dua dlm satu entri shbtku ini..

    pssstt..suka tgok wajah2 comel..sampi satu tahap ckp kewn sy amik pic anak dia dlm laman fb heee

    ReplyDelete
  6. Memang diketahui Jaundice ini boleh memberi kesan kepada bayi tetapi ada rawatan untuk memulihkan masalah Jaundice ini.

    Syukur anak bro semakin pulih daripada penyakit Jaundice ini.

    ReplyDelete
  7. syukur lah baby semakin pulih.. :)

    ReplyDelete