20 May 2012

Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21

  26 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung bersama keluarga atau rakan rakan tak kira di mana juga anda semua berada mudah mudahan kita dirahmati Allah.


Buat adik adik yang bersekolah, jangan lupa mengulangkaji matapelajaran sekolah sebab insyaAllah esok dah mula ujian peperiksaan penggal pertama. Sebelum menjawab kertas soalan tu, tenang tenangkan dulu diri. Banyakkan berselawat dan usah terburu buru menjawab soalan peperiksaan. Selepas selesai menjawab kertas soalan tu, bertawakkal la kepada Allah mudah mudahan apa yang kita usahakan tu beroleh kejayaan cemerlang.

Entri perkongsian kali ni mungkin buat peminat peminat sukan hoki seluruh dunia. Buat julung kalinya, Ipoh sekali lagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah untuk kali yang ke 21 pulak. Bakal berlansung mulai 24 Mei ini sehingga 3 Jun di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh. 


Juara bersama tahun 2010, pasukan India dan Korea Selatan juga bakal beraksi untuk kejuaraan kali ni. Selain itu, Pakistan, New Zealand, Argentina, Great Britain dan Malaysia juga bakal mempamirkan kehebatan masing masing bagi merebut gelaran juara kejohanan hoki piala Sultan Azlan Shah edisi ke 21 ni. 

Bagaimanapun juara piala Sultan Azlan Shah edisi ke 20 bagi tahun lepas pula, pasukan Australia tidak dapat menyertai kejohanan edisi ke 21 ini. Bagi tujuh pasukan yang bertanding untuk kali ni, pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk bermain di atas padang turf biru bagi persediaan menghadapi sukan Olimpik di London nanti. 


Dikatakan bahawa padang turf biru yang diperkenalkan ni berlainan dari padang turf hijau seperti yang selalu digunakan di padang padang hoki. Ianya lebih anjal, licin dan pantas berbanding padang turf hijau. 

Setelah pasukan hoki remaja negara berjaya merangkul kejuaraan piala hoki asia di Melaka baru baru ni, diharapkan pasukan hoki senior negara juga dapat meraih semangat bagi menaikkan kembali nama negara di mata peminat peminat sukan hoki negara seterusnya di peringkat antarabangsa.

Kemasukan untuk menyaksikan kejohanan hoki yang akan berlansung mulai 24 Mei hingga 3 Jun ini ada percuma. Jadual perlawanan bagi setiap pasukan dan info terkini serta ulasan bagi kejohanan ini boleh dilihat melalui laman web rasmi www.azlanshahcup.com.


Dan diharap insiden yang berlaku ketika pasukan hoki remaja negara menjadi juara piala Hoki Asia baru baru ni tidak akan berulang pula di Ipoh nanti. Dilaporkan dalam meraikan pasukan negara kita di atas padang, ada pula insan insan yang mengambil kesempatan dalam ramai ramai tu mengambil beberapa kayu hoki milik pemain. 

Mungkin nak dijadikan barang kenangan kot. Tapi tersangat la tak patut diperlakukan sebegitu. Kerana kebiasaannya kayu hoki milik pemain tu adalah hak milik peribadi mereka yang dibeli dengan wang mereka sendiri dan bukannya ditaja oleh mana mana pihak. Dan harga bagi sebatang kayu hoki bertaraf profesional camtu bukanlah murah malah boleh mencecah dari RM700 ke RM1000. [sumber]

Jadi kepada peminat peminat sukan hoki semua, jangan lepaskan peluang untuk bersama menyokong pasukan pasukan hoki yang bertanding. Tak perlu risau tentang penginapan kerana terdapat banyak hotel hotel selesa untuk dipilih seperti tune hoteltower regency hotelsyuen hotelregalodge hotelexcelsior hotel dan banyak lagi hotel hotel lain boleh menjadi pilihan. 


Sambil tu jugak mungkin boleh membawa ahli keluarga dan anak anak meneroka keindahan negeri Perak ni bersempena tahun melawat Perak 2012 ni. Kebetulan juga minggu depan kan dah cuti sekolah, elok sangat la tu kalau nak melancong ke negeri Perak ni. Ape lagi weh, moh kite ke Perak !!




26 comments:

  1. salam..
    mmg nak pergi kerja ada je nampk baner dia kt pekan heee sy keje kat greentown he,,,

    ReplyDelete
  2. sy tak amik port sb tak berapa suka sgt sukan ni hee..tahun melawat perak tapi cma tader apa2 aktiviti..,,tak nampak akan kemeriahan tu..cam kat melaka..kl..ternggganu yg sarat dg pelbagai aktiviti bagai..

    ReplyDelete
  3. sbgt ada pergi ke perlawanan tu? sy dah dok ipoh nak 3 tahu tak pernah tgok hee.adui.

    ReplyDelete
  4. suri :

    penginapan rasmi media ngan pasukan bertanding tu kat hotel impiana tu..tu yang banyak pasang banner kat sana..

    tahun melawat perak ni event2 dia dibuat di merata perak..tak tertumpu kat ipoh je..leh tengok kat laman web dia kalo nak tau event yang akan dan sedang berlansung..

    setiap tahun ada Sultan Azlan Shah Cup ni..sy ngan family pun jarang jugak pegi sebab nak kena bawak anak kecik ni yang tak reti nak duduk diam..sekali dua je pernah pergi..tak larat nak pegi hari hari tiap tahun..tapi masuk memang percuma..

    ReplyDelete
  5. aku tak tahu pula tahun ini tahun melawat perak.

    ReplyDelete
  6. Salam.. Tahun 2012 nie Tahun melawat Perak yer.. Kurang promosilahlah rasanya..

    Tuan mohon izin tuan untuk linkkn blog saya dengan blog tuan. Blog saya http://blogbualsukan.blogspot.com. Mohon izin untuk saya linkkn blog tuan ke blog saya juga.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. ermm xpela...
    xminat sangat sukan sampai nak pergi jauh2 ni...
    hihi

    ReplyDelete
  8. all d best utk skuad hoki kita.. moga berjaya lagi kali ni..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah masuk stadium free, harap ramai penyokong negara menonton da n yg penting beri semangat

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum pipoq...semoga skuad hoki negara kita akan berjaya hendaknya....

    ReplyDelete
  11. GK kurang minat sgt hoki nie..bola jaring GK minat la...tapi GK nak ucapkan syabas kat kelantan pasal menang bola sepak...

    ReplyDelete
  12. permainan hoki semakin dapat perhatian ramai kan..?

    kalau tak sebelum ni..tak bola sepak, badminton.... :)

    ReplyDelete
  13. ha mmg tahun2 ada sy mals nk pergi tahu ada baner adalah sukan tu he...


    takat ni dok umh jer bro malas nk jln2 cuaca skrg panaskan...

    ReplyDelete
  14. Tahun 2012 adalah tahun melawat Perak.

    ReplyDelete
  15. onlajer :

    hehehe..kurang promosi kat media tu..

    ReplyDelete
  16. Bual Sukan :

    kekurangan promosi di media elektronik dan media cetak menyebabkan ramai yang tak sedar tahun 2012 adalah tahun melawat perak..

    InsyaAllah tak jadi masalah untuk link..

    ReplyDelete
  17. iema ackles :

    ya..sy tahu..tapi kalo makan mesti mau ye tak ? hehehehe

    ReplyDelete
  18. fiezaradzi :

    harap harap pasukan senior hoki negara boleh cemerlang macam skuad junior..sebab dari tahun lepas berada dalam kedudukan tercorot dalam kumpulan..

    ReplyDelete
  19. Denaihati :

    mungkin sebab sukan hoki kurang mendapat sambutan rakyat negara kita, tapi bagus juga dibuat secara percuma kemasukan stadium tu..selalu nampak ibubapa yang bawa anak anak menonton perlawanan hoki..mungkin untuk menanam semangat untuk menjadi pemain hoki juga rasanya..

    ReplyDelete
  20. maszull :

    waalaikumsalam..
    harap harap begitu la..lepas skuad junior berjaya merangkul gelaran juara Asia, semoga skuad senior pun boleh bangkit dari kekalahan..

    ReplyDelete
  21. Gadis Kampung :

    ramai yang berspekulasi kemenangan Kelantan adalah disebabkan konspirasi pengadil..

    ReplyDelete
  22. nabilah_2908 :

    mungkin sejak skuad hoki remaja berjaya menjadi juara Asia membuatkan semakin ramai meminati sukan hoki ni..

    ReplyDelete
  23. suri :

    memang panas sekarang ni..nampak awan mendung pun tak leh percaya sangat hujan nak turun..

    ReplyDelete
  24. akubiomed :

    memang banyak jugak acara2 yang diadakan sempena tahun melawat perak ni tapi kekurangan promosi menyebabkan ramai yang tak mengetahui program yang diadakan tu..

    ReplyDelete
  25. Never miss. . InsyaAllah hari ni pun turun lagi tengok malaysia vs india.

    ReplyDelete
  26. michael kors uk, http://www.michaelkorshandbag.co.uk/
    michael kors uk outlet, http://www.michaelkorsoutlet.org.uk/
    ray ban uk, http://www.raybansunglass.co.uk/
    replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
    wedding dresses, http://www.cheap-weddingdresses.net/
    jordan 13, http://www.airjordan13s.com/
    pittsburgh steelers jersey, http://www.pittsburghsteelersjersey.com/
    los angeles clippers, http://www.clippersjerseystore.com/
    tiffany and co jewelry, http://www.tiffanyandco.in.net/
    tods shoes, http://www.todsshoes.us.com/
    louis vuitton bags, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    giants jersey, http://www.newyorkgiants.us/
    adidas wings, http://www.adidaswings.net/
    chicago bears jerseys, http://www.chicagobearsjerseys.us/
    tiffany outlet, http://www.tiffany-outlet.us.com/
    chanel outlet store, http://www.chaneloutletstore.us.com/
    basketball shoes, http://www.basketballshoes.us.com/
    new york giants jerseys, http://www.newyorkgiants.us/
    louis vuitton bags cheap, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlets.in.net/
    oakley sunglasses outlet, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
    hermes outlet store, http://www.hermesoutletstore.us.com/
    tiffany outlet, http://www.tiffanyjewelleryoutlets.co.uk/
    futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    2015812caihuali

    ReplyDelete