05 May 2012

Wahai anak anak ku

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Dalam keterujaan menimang cahaya mata baru ni, terasa juga beban tanggungjawab yang semakin bertambah namun amanah yang diberikan oleh Allah ini pasti tidak akan diabaikan.

Pesanan Luqman Al Hakim kepada anaknya  seperti yang termaktub di dalam Al Quran sentiasa teringat di dalam hati. Malah pesanan Nabi SAW kepada umatnya juga sentiasa bermain di minda. Anak anak itu ibarat kain yang putih bersih, maka kedua ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkannya.

Wahai anak anak ku,

Andainya nanti papa dan mama memberitahu kepadamu bahawa dunia ini penuh dengan fitnah dan pancaroba, janganlah engkau merasakan khuatir dan takut kerana kita dikurniakan Al Quran dan Hadis sebagai panduan untuk menempuhinya.


Andainya nanti papa dan mama menyuruhmu melaksanakan kewajipan solat, janganlah engkau anakku merasa terpaksa dan melaksanakannya kerana disuruh oleh papa dan mama sedangkan kewajipan itu adalah tuntutan dari Allah yang menciptakan kita semua.

Wahai anak anak ku,

Andainya nanti papa dan mama melatihmu untuk menahan lapar dan dahaga disiang hari di bulan Ramadhan, janganlah engkau anakku merasakan ianya satu bentuk kekejaman dan penderaan. Ketahuilah bahawa diluar sana terdapat insan insan lain yang bukan hanya di bulan Ramadhan terpaksa menahan lapar dan dahaga. 


Andainya nanti papa dan mama menegur cara berpakaianmu apabila engkau anakku meningkat dewasa, janganlah engkau anakku menganggap papa dan mama ketinggalan zaman. Fahamilah syariat yang telah Allah dan Nabi SAW telah titipkan buat panduan kita semua agar terpelihara kehormatan kita.

Wahai anak anak ku, 

Andainya nanti papa dan mama meningkat tua, janganlah engkau anakku berasa malu untuk memeluk dan mencium kedua ibubapa mu ini dihadapan rakan rakanmu kerana sejak dari saat kelahiranmu, tiada insan lain yang lebih mengambil berat tentangmu selain dari kedua ibubapa mu jua.


Andainya nanti papa dan mama terlantar sakit, janganlah engkau anakku merasa terbeban untuk menguruskan kedua ibubapa mu. Janganlah engkau merasa jijik kiranya terpaksa membersihkan najis dari ibu bapa mu kerana papa dan mama tidak pernah sekalipun merasakan sebegitu sepanjang hayatmu.

Wahai anak anak ku,

Andainya nanti papa dan mama tidak menghantarmu ke kelas muzik seperti rakan rakan mu yang lain tetapi menghantarmu pula ke kelas agama, janganlah engkau merasa rendah diri kerana papa dan mama mahukan engkau anakku menjadi insan yang lebih mulia disisi Allah yang menjadikanmu.


Andainya nanti papa dan mama tidak mampu untuk mewariskan harta dunia yang banyak kepadamu, janganlah engkau anakku merasa menyesal dilahirkan bukan dari keluarga hartawan. Ketahuilah wahai anakku, engkau jugalah harta yang paling bernilai yang pernah papa dan mama miliki.

Wahai anak anak ku,

Andai kelak engkau anakku menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa, janganlah engkau menyombong diri. Papa dan mama tidak akan pernah bangga dengan kejayaanmu kiranya ianya menjadikan mu manusia yang lupa diri.


Andainya nanti papa dan mama pergi menghadap Ilahi buat selamanya, janganlah engkau anakku melupakan kedua ibubapa mu. Bukan kunjungan di pusara yang papa dan mama harapkan, cukup hanya dengan doa dari mu sebagai bekalan buat papa dan mama di sana.

Wahai anak anak ku, 

Andainya nanti papa dan mama tersilap tidak menunaikan hak yang sepatutnya terhadapmu, janganlah engkau anakku memendamkan perasaan mu itu. Jangan biarkan perkara itu membuatkan api neraka bisa menjilat kedua ibu bapa mu di akhirat kelak.


Andainya nanti engkau anakku mengerti kenapa dan mengapa papa dan mama mu begitu cerewet dalam menyediakan dirimu meniti perjalanan di dunia ini, panjatkanlah kesyukuran itu kepada Allah kerana papa dan mama mu tidak sekali kali pernah ingin engkau anakku menjadi hamba Nya yang dimurkai.

InsyaAlah kemungkinan petang ni isteri dan anak aku akan dibenarkan pulang ke rumah. Dengan itu maka bermulalah episod baru dalam menjalani rutin harian nanti. Walau macam mana pun, sebenarnya aku tak sabar nak melaluinya.



12 comments:

  1. happy tul kakak bila dapat adik ye...senyum melebar...hehe.. :)

    sy lak terasa sebak bila baca kata2 ni..huhu... :)

    En Pipoq dah fikirkan nama baby girl ni..? ;)

    ReplyDelete
  2. betu tu...bila kita dah ada anak..kita dah mula ada tangunnggjawab besar.. kena didik betul.... like this entry
    !

    ReplyDelete
  3. salam

    semoga mereka menjadi anak2 yang penyejuk mata dan penenang dihati...

    ReplyDelete
  4. wahhhhhh seronok la kakak die ade adik

    ReplyDelete
  5. besarnye tanggungjawab sbgai ibubapa

    ReplyDelete
  6. teruja dapat adik...
    insyaAllah.. sama2 kita berdoa dapat anak2 yang soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum pipoq....peringatan yg baikutk anak2 n seronoknya kakak dah ada adik yer....:)

    ReplyDelete
  8. Jangan ajar anak-anak dengan kemewahan duniawi sangat masa kecik-kecik. kelak, corak sudah tidak tercorak lagi. =)

    ReplyDelete
  9. Sayang betul kak Yong dengan adiknya. :-)

    ReplyDelete
  10. seronoknya dia ada adik..
    ehehehee

    ReplyDelete