30 June 2012

어깨동무 / Eoggaedongmu / Who's got the tape

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah hari ni keadaan cuaca di Ipoh kelihatan redup je. Kemungkinan hujan tu tak pasti jugak sebab takde nampak awan hitam di kaki langit cuma sinaran mataharinya tak berbayang.

Lama jugak tak buat ulasan filem pilihan. Disebabkan sekarang ni dah ada pulak ahli baru dalam keluarga ni yang tak mungkin dapat nak duduk diam bila dibawa masuk ke dalam panggung wayang, layan aje la filem filem yang ada dalam YouTube tu.


Apa yang akan berlaku jika samseng berpura pura menjadi polis. Bukan setakat polis biasa, malah sebagai pasukan khas yang kononnya menyamar bagi mendapatkan bukti jenayah yang dilakukan oleh seorang ketua penjenayah ?

Filem dari negara Korea Selatan masih lagi menjadi pilihan utama bagi tontonan di YouTube. 어깨동무 / Eoggaedongmu / Who's got the tape, begitulah judul filem yang aku dan isteri tonton baru baru ni. 

Filem arahan Jo Jin-Gyu yang diterbitkan pada tahun 2004 membariskan para pelakon seperti Yoo Dong-Geun, Seong-Jin Lee, Lee Mun-Shik, Jo Mi-Lyeong, Kim Mu-Saeng, Kim Ah-Joong, Cha Tae-Hyun, Baek Seung-Hyeon, Choi Ryung, Kim Ku-Taek, Kim Kyeong-Ryong dan Park Yong-Jin.

Bagi peminat peminat filem komedi, pastinya anda tidak akan kering gusi melayan filem yang aku maksudkan ni. Beberapa aksi lawak spontan tentunya membuatkan anda sakit perut menahan ketawa. 

Namun terdapat beberapa adegan pendek yang tak sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak. Bimbingan dari ibu bapa dan penjaga amat diperlukan apabila menonton filem ni.

Secara keseluruhannya, aku bagi 9/10 bintang untuk filem Who's got the tape ni. Bagi yang sedang berduka tu, filem ni pastinya akan membuatkan anda ceria ketawa.













29 June 2012

Kehidupan - Teluskah kita ?


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah serta diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita menyusuri perjalanan hidup di dunia yang sementara ni.


Sekali sekala melayari laman laman berunsur politik dikala ramai orang sibuk memperkatakan bilakah tarikh PRU-13 bakal diadakan dan dalam kehangatan dunia bolasepak EURO 2012 di mana pasukan Itali berjaya menyingkirkan pasukan Jerman untuk bertemu Sepanyol bagi penentuan juara.




Aku sebenarnya tak berapa berminat untuk berbicara tentang politik. Cukup la dengan laman laman berunsur politik yang sekarang ni rancak bidas membidas antara satu sama lain mengalahkan sidang parlimen negara. 


Ada yang mempertikaikan keadilan dan ketelusan kepimpinan negara. Ada yang mempertahankan kesediaadaan. Masing masing dengan sokongan tersendiri.


Namun jangan kita lupa. Dalam kita menilai keadilan dan ketelusan orang lain, sudahkah kita melihat ke dalam diri kita sendiri ? Adakah kita sendiri cukup adil dan telus dalam 'mentadbir negara' ?


Andainya kita sebagai penjawat awam, pernahkah kita menipu dalam tuntutan perjalanan ? Adakah kita taat mematuhi jam waktu berkerja ? Atau kita saban hari mencuri waktu dengan terlebih rehat dari berkerja. 


Tak termasuk lagi dengan memberikan alasan cuti sakit hingga sanggup membeli surat cuti sakit dari doktor sedangkan dianya berseronok bercuti ke sana sini. 


Memang tak salah bagi kita sebagai rakyat biasa untuk kita siapa yang lebih layak untuk duduk di kerusi kepimpinan. Namun dalam bab mempertikaikan keadilan dan ketelusan tu, tanyalah pada diri sendiri terlebih dahulu. Kalau diri kita sendiri tak berapa nak adil dan telus, apa mungkin Allah akan mendengar doa kita ?





27 June 2012

26 June 2012

Dewasa melalui pengalaman

  14 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dikurniakan petunjuk dan hidayah-Nya agar kita sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Bila terbaca tentang pasangan yang berumahtangga sekian lama namun masih belum dikurniakan cahaya mata, terasa sedikit simpati juga tapi ketentuan Allah takkan boleh kita nak nafikan.

Bila terbaca pulak tentang pasangan yang tak bertangga rumahnya tu membuang anak sesuka hati bagi menyembunyikan kegiatan dan aktiviti tak baik diorang tu, terasa amat sedih memikirkan nasib anak yang tak berdosa tu tapi tu juga ketentuan Allah yang tak mungkin dapat kita nafikan takdirnya.



Bila terbaca pulak tentang anak anak kecil yang didera oleh pengasuh atau ibu bapa sendiri, terasa terkilan dengan sikap pelaku tu yang semestinya lebih berakal dari anak kecil yang diperlakukan sebegitu.

Aku takde pengalaman menantikan cahaya mata yang dinanti-nantikan walaupun isteri aku pernah mengalami keguguran di awal kehamilan pertama yang lansung tak diduga namun tak lama selepas tu isteri aku hamil kembali dengan jayanya.

Debaran menantikan kelahiran anak pertama memang amat penuh dengan keterujaan. Bila tiba saat kelahiran anak pertama pulak, takde apa yang lebih menyentuh perasaan dan memberikan kegembiraan bila isteri dan anak yang baru lahir tu berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pengalaman menjaga isteri dalam pantang dan anak yang baru lahir tu memang takkan boleh diperolehi dari mana mana. Segalanya diuruskan sendiri. Mak mertua jauh di luar negeri. Mak sendiri pulak lebih jauh di luar dunia. :-)

Pengalaman berjaga malam di kala enak dibuai mimpi untuk mendodoikan anak yang meragam. Menyediakan makanan buat isteri yang di dalam tempoh pantang. Melakukan kerja rumah ibarat suri rumah separuh masa. Tak lupa juga setiap kali lawatan ke klinik pastinya akan cuba bertanyakan kepada jururawat atau doktor bertugas tentang sebarang masalah yang boleh dielakkan.

Tu baru sikit, banyak lagi kalau nak dikongsikan. Berkenaan klu yang aku perkatakan minggu lepas, antara yang mungkin cerah masa depan dalam memohon jawatan pembantu tadbir N17 KKM baru baru ni sekiranya calon itu berusia sekitar 19 - 26 tahun, perempuan, mempunyai pengalaman kerja sebagai pembantu tadbir itu satu kelebihan, dan masih bujang.

Itu dari apa yang sempat aku bualkan bersama panel temuduga setelah sesi temuduga aku selesai (dan aku sendiri memastikan perbualan tu bukan sebahagian dari sesi temuduga). Namun rezeki dan ketentuan tu semuanya datang dari Allah. Bagi yang rasa takde ciri ciri yang aku cakap tu, jangan lemah semangat pulak.

Kita semua hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Dipanggil untuk temuduga tu pun kan rezeki. Menghadiri temuduga tu usaha. Selepas berusaha, jangan lupa pulak untuk bertawakkal kepada Allah. Nantikan saja keputusannya dengan sabar. Bila keluar keputusannya nanti, redho saja dengan apa yang diterima. 

Andai berjaya, tahniah dan laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab. Andai kurang bernasib baik, sabar dan redho. Mungkin ianya bukan terbaik untuk kita. Usaha dan teruskan usaha hingga berjaya, insyaAllah di sana pasti ada bahagian tersedia untuk kita.



25 June 2012

Kehidupan - Berani atau takut, biarlah bertempat

  14 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan-rakan yang yang dihormati mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Kalau sebelum ni kita disajikan dengan lambakan filem-filem atau drama berunsur seram dengan banyaknya, sekarang ni nampaknya tarikan menakutkan tu dah semakin berkurangan. Menunjukkan masyarakat kita semakin berani.

Keberanian yang tertanam tu terbawa-bawa hingga ke alam realiti. Memang bagus bila kita jadi orang yang berani. Memang tak patut kalau nak takut kepada makhluk lain selain dari Allah. Tapi bila terlebih berani pun mendatangkan masalah juga.


Berapa banyak peraturan yang dengan beraninya dilanggar ? Berapa banyak larangan yang tidak dipatuhi ? Berapa banyak penguatkuasaan yang tidak diendahkan ?

Mungkin kerana balasan atau hukuman yang dikenakan jika melanggar setiap peraturan, larangan dan penguatkuasaan tu terlalu mudah untuk diselesaikan atau mungkin juga ianya dianggap hanya momokkan yang tiada erti.

Mudah kata, belum kena batang hidung mungkin takkan sedar diri. Walaupun dinyatakan bentuk hukuman dan sebagainya tu, selagi tak dihadapi buat apa nak takut melakukan apa kesalahan sekalipun. 

Seperti kisah neraka yang disediakan bagi orang-orang yang ingkar, kisah seksaan alam kubur yang diceritakan oleh Nabi SAW, kisah-kisah balasan dan seksaan bagi kaum yang ingkar. Segalanya belum terkena batang hidung maka dianggap satu kisah dongeng yang tak perlu ditakuti.

Berani atau takut, biarlah bertempat. Allah kurniakan akal fikiran kepada kita, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan tunggu sampai sudah terkena batang hidung baru nak terfikir untuk berubah.



24 June 2012

Fruttare dikala panas

  14 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Setelah jerebu yang melanda kian menipis dan berkurangan, cuaca pula semakin memijar panasnya. Biar terkadang awan mendung kelihatan di kaki langit namun belum tentu hujannya akan turun. Mungkin juga cuaca panas sebegini sebagai 'persiapan' menghadapi bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak berapa hari saja lagi.

Bak kata Mama Maszull yang baru menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 22 Jun yang lepas, kalau cuaca panas macam ni memang sedap kalau pekena aiskrim sundae McDonald's groovy lime with nata de coco yang baru tu. Mesti tak cukup kalau beli satu je. 


Ais Kacang pun menyelerakan jugak bila cuaca panas macam ni. Dengan timbunan ais yang disagat halus memenuhi mangkuk yang diisi dengan hirisan lengkong, kacang merah, kacang tanah, kacang panjang, cendol dan berbagai lagi variasi bahan yang dimasukkan, dituang pulak air gula merah, air gula sirap, jagung manis dan susu cair pastinya menyegarkan tekak yang kekeringan.

Kegilaan aku yang terkadang tak dapat dikawal ketika cuaca panas sebegini pasti akan bersinggahan ke kebai serbanika 7-Eleven mencari Slurpee yang kedinginan ais halusnya membuatkan kita mengalami 'sphenopalatine ganglioneuralgia' jika keterlaluan menyedut aisnya.

Termasuk juga anak sulung aku yang anti-selimut tu, ketika cuaca panas sebegini permintaannya terhadap aiskirm semakin menjadi-jadi. Terkini setelah puas dengan Mat Kool, kegemarannya beralih kepada Fruttare pula. Aiskrim terbaru keluaran Wall's. Keempat-empat perisa sudah dicuba. Namun yang menjadi pilihan hanya perisa laici dan anggur merah sebab yang perisa buah kiwi tu tak disukai dan perisa buah strawberi pula terlalu masam bagi anak aku tu.


Tapi dari apa yang aku tau, sebenarnya ada banyak lagi perisa yang seangkatan dengan produk Fruttare ni. Atau mungkin aku je yang belum menemui kesemuanya.



23 June 2012

Santai - Cemburu seorang isteri

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Sejak kebelakangan ni terasa sedikit kekurangan masa untuk melayari internet. Sibuk jugak nak melayan karenah dua orang anak ni. Itu pun nasib baik juga la yang bongsu tu baru berusia sebulan lebih. Tapi bila tiba masa dia nak meragam tu memang rasa macam nak nangis dibuatnya.


Terkadang tu bila memandang ke wajah anak-anak terasa macam tak percaya pulak akan diri ni dah menjadi seorang ayah kepada dua orang anak. Berbeza masa sebelum ada anak tu, asyik pandang isteri je terkadang macam tak percaya jugak diri dah menjadi suami.

Semasa isteri aku disahkan hamil anak kedua dulu tu sebenarnya ianya bukanlah ada dalam perancangan. Tapi bukan la maksudnya kami tak mensyukuri kehadiran anak kedua ni pulak, cuma kadang-kadang terfikir macam tak puas lagi nak memanjakan anak sulung tu tiba-tiba dah ada anak kedua pulak.

Mula-mula tu agak risau jugak takut-takut bila lahir anak kedua ni, anak sulung akan menjadi cemburu atau sebagainya. Namun alhamdulillah walaupun kemanjaan anak sulung aku ni kadang-kadang sukar nak diduga, dia dengan gembiranya menerima kehadiran adik baru dia tu.

Cuma pada beberapa keadaan berlaku perebutan kasih sayang antara anak sulung aku tu dengan adiknya terutama bila tiba masa nak tidur malam. Walaupun di waktu jaganya anak sulung aku ni lebih rapat dengan aku (mungkin sebab aku selalu manjakan dia) berbanding mama dia tapi bila tiba waktu nak tidur asyik nak melekat dengan mama dia je. 

Dan terkadang tu sewaktu aku atau isteri sedang mendodoikan adik dia tu, waktu tu jugak la dia nak mintak perhatian. Rasa serba salah juga dibuatnya bila dalam keadaan begitu. Harap-harap jangan bila dah besar nanti masing-masing begaduh pulak sudah la.

Dan bila dah semakin besar keluarga ni dengan tiga perempuan dalam kehidupan aku sehari-hari untuk merebut cinta dan kasih sayang aku memang agak mencabar juga persaingannya.


Dan sejak kehadiran anak kedua ni, kecemburuan isteri aku semakin menebal bila aku lebih banyak mencium anak dari mencium isteri. Hehehe..



21 June 2012

Kehidupan - Pengalaman pertama temuduga SPA

  16 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Alhamdulillah urusan temuduga SPA yang aku hadiri telah selamat aku tempuhi. Dan bagi peringkat di Ipoh ni, temuduga bagi jawatan pembantu tadbir (p/o) N17 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia akan berakhir esok. 


Terasa agak pelik pulak bila dah berusia hampir mencecah warga emas (?) ni baru nak memohon jawatan gred N17 tu. Sebenarnya permohonan melalui SPA Online tu dah agak lama jugak aku isi dan sentiasa kemaskini namun rezeki untuk dipanggil menghadiri temuduga tu baru diperolehi.

Pengalaman pertama jugak menghadiri temuduga sektor awam ni. Dalam tempoh seminggu sebelum menghadiri temuduga ni jenuh juga nak mengasah otak untuk dipenuhi dengan pengetahuan umum. Manakan tidak, kononnya persediaan terakhir yang dibuat malam tadi dengan mengulangkaji habis-habisan tentang pengetahuan am dan sebagainya tu.

Melihatkan senarai calon temuduga yang sepatutnya hadir pada hari ni lebih kurang 50 orang kesemuanya namun yang hadir hanyalah sekitar 20 orang calon termasuk aku. Dan dari keseluruhan yang hadir, hanya tiga orang calon lelaki kacak berbanding yang lainnya adalah wanita dan yang pastinya aku la lelaki terkacak untuk hari ni.

Sebagai calon ke sebelas memasuki bilik temuduga dan calon lelaki kacak pertama menghadapi penemuduga, terasa agak sedikit gementar juga lagipun ini adalah pengalaman pertama aku bertemuduga di sektor awam. 

Dalam kepala aku ni segala pengetahuan am yang dah aku hafal semalam berlegar-legar menantikan untuk dikeluarkan andai disoal. Namun selepas memperkenalkan diri setelah diminta oleh penemuduga, boleh aku katakan tidak ada satu pun pengetahuan am yang aku dah hafal skripnya tu disoal oleh mereka.

Dan rasanya dari semua calon yang hadir temuduga untuk hari ini, aku adalah calon yang tertua yang tercalon dari 12,765 calon seluruh Malaysia. Di tempat lain aku tak pasti la pulak. 

Melalui sesi yang aku lalui dimana lebih kepada sesi berbual mesra (pegawai temuduga tu panggil aku 'ustaz' lepas mengetahui aku mengajar KAFA) tu, ada beberapa klu yang kami bualkan tentang perjawatan pembantu tadbir di sektor awam kerajaan ni.

Kalau nak tau apa klunya, insyaAllah akan aku kongsikan dalam entri akan datang. 



18 June 2012

Kehidupan - Fesyen ranggi muslimah ?

  12 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Tak habis-habis dengan isu fesyen terutamanya bagi kaum wanita. Memang fitrahnya kaum wanita ni diciptakan Allah mempunyai tarikan bagi kaum lelaki. Dan sememangnya Allah menciptakan kaum wanita ni cantik dipandang mata lebih-lebih lagi dimata kaum lelaki.


Cuma yang menjadi masalahnya, bila dah cantik tapi masih terasa tak cukup-cukup cantiknya. Walaupun dah cukup untuk membuatkan kaum lelaki tertarik, masih tak cukup-cukup nak menarik.

Berhias bagi kaum wanita tidaklah menjadi satu kesalahan, namun ianya terbatas mengikut syariat Islam. Berhias hanya untuk suami. Haram jika berhias untuk dipandang oleh kaum lelaki lain selain dari suami.

Walaupun alasannya berhias untuk suami, bukan untuk menayang kecantikan berhias tu kepada orang lain namun jika perbuatan berhias tu hanya diaplikasikan ketika hendak keluar rumah, apakah ada niat terselindung disebalik alasan berhias untuk suami tu ?

Ada juga yang memberikan alasan kononnya supaya suaminya akan merasa bangga jika dirinya berhias dan akan diperkatakan orang ramai bahawa si isteri kepada si polan itu cantik dan pandai bergaya. Adakah benar suaminya bangga ?


Terbaru pulak di hari ni, fesyen ranggi muslimah yang kononnya mengikut garis syariat Islam. Dalam bab penutupan aurat tu aku tak nafikan la sudah tertutup sebahagiannya tapi tidakkan syariat Islam melarang kaum wanita ni berhias secara tabarruj atau berlebih-lebihan ?

Mungkin di dunia ni kita terasa cantik berfesyen bergaya begitu dengan apa yang kita pakai hingga menjadi kemegahan dan ikutan generasi namun ingatlah sabda Nabi SAW tentang tabarruj dalam berpakaian.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah)
Peringatan Nabi SAW melalui sabdanya ni bukanlah tertumpu semata-mata bagi kaum wanita malah kaum lelaki juga perlu beringat agar tidak berlebih-lebih dalam berpakaian.

Janganlah kita mudah terperdaya dengan kata-kata mempermudahkan syariat Islam. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka itu ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Muka dah cantik semestinya menarik pandangan lelaki. Ditambah pulak dengan berpakaian fesyen terkini yang semestinya lebih menarik pandangan lelaki, kemudiannya akan dingorat lalu berkapel. Bila dah berkapel akan semakin menambah tahap kefesyenannya, belum sah hubungan sudah berpegangan tangan ke panggung wayang, ke taman bunga. Dan akhirnya silap haribulan dibisik oleh syaitan lalu hanyut.

Beringatlah sementara tubuh dan nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita ni belum ditarik kembali. Kita menerima tubuh dan nyawa ni dalam keadaan suci bersih, adakah patut kita memulangkan kembali tubuh dan nyawa pinjaman ni kepada pemiliknya dalam keadaan kotor bernoda dosa ?



17 June 2012

Kehidupan - Salam Israk Mikraj

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Dengan keadaan cuaca yang agak berjerebu ni rasanya kena la kurangkan aktiviti luar rumah. Di Ipoh ni pun pagi tadi bila buka pintu terasa macam berada di kawasan tanah tinggi pulak cuma bezanya ianya bukan la kabus dingin tapi jerebu yang semakin meningkat.


Hari ni umumnya kita sebagai umat Islam mengetahui merupakan hari sambutan Israk dan Mikraj walaupun terdapat berbagai perselisihan pendapat ulama dalam menentukan tarikh sebenar peristiwa Israk Mikraj ni. 

Namun bukanlah tarikh itu yang menjadi persoalan untuk kita fikirkan. Cukup jika kita memikirkan dan menghayati sejarah peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi SAW ketika kerasulan Baginda.

Pelbagai kisah yang sentiasa kita dengari melalui peristiwa Israk Mikraj ni bagaimana Nabi SAW diperlihatkan berbagai peristiwa yang boleh menjadi peringatan dan panduan bagi kita dalam menjalani kehidupan di dunia ni.


Antaranya Nabi SAW diperlihatkan satu kaum yang sedang menuai hasil tanaman mereka. Setiap kali dituai, keluar pula hasil tanaman yang baru seperti belum lagi dituai dan ianya berterusan tanpa hentinya. Jibril menerangkan kepada Nabi SAW bahawa itulah kaum yang berjihad 'fisabilillah', di mana kebajikan yang diberikan itu menjadi berganda-ganda hasilnya.

Kemudian Nabi SAW diperlihatkan sekumpulan manusia yang memecahkan kepala mereka. Setiap kali pecah kepala mereka, maka sembuh seperti sediakala semua lalu dipecahkan kembali. Nabi SAW diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang berat kepalanya untuk sujud (solat) kepada Allah.

Malah terdapat banyak lagi kisah, peristiwa, pengajaran dan teladan yang boleh kita dapati melalui peristiwa Israk Mikraj Nabi SAW ni. Kebetulan pula hari ni bersamaan sambutan hari bapa, buat bapa bapa sekalian mudah mudahan kita dapat menjadi contoh dan idola terbaik buat pasangan dan anak anak.




16 June 2012

Kehidupan - Rezeki anak anak

  8 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Dua hari tidak bersiaran dengan entri terbaru akibat beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah, segalanya rezeki untuk anak anak yang telah ditentukan Allah.

Bermula hari khamis lepas aku mendapat panggilan telefon dari Pejabat Agama Daerah Ipoh untuk mengambil surat lantikan sebagai guru KAFA. Mulanya terkejut jugak sebab masa selepas aku ditemuduga untuk jawatan guru KAFA yang lepas, aku tidak menerima sebarang khabar berita atau keputusan temuduga tu dan aku sendiri mengganggap permohonan aku tu telah ditolak.


Awal bulan lalu juga aku sekali lagi mengisi borang dan menghantar untuk jawatan guru KAFA buat kali kedua. Alhamdulillah dalam aku dan isteri agak pening kepala memikirkan kos belanja yang semakin meningkat ni tiba-tiba aku ditawarkan jawatan guru KAFA tu tanpa perlu untuk menjalani ujian mahupun temuduga dan tanpa ragu-ragu juga aku menerimanya.

Dalam masa yang sama juga, beberapa hari selepas aku menghantar borang permohonan guru KAFA tu aku ada menerima surat panggilan temuduga dari KKM. InsyaAllah aku bakal menduduki temuduga tersebut pada hari khamis depan. Segala sijil-sijil sudah disediakan berserta surat sokongan cuma persediaan nak menjawab soalan penemuduga je yang masih dalam proses. 

Semalam hari pertama aku mula mengajar. Agak kekok jugak sebab selama ni aku hanya mengajar dalam keadaan tak formal. Tak perlu isi buku laporan guru, tak perlu menanda kedatangan murid dan sebagainya. Cuma yang agak istimewanya aku hanya ditugaskan untuk mengajar di sebelah petang.

Dengan kapasiti anak murid dalam kelas aku tu seramai 40 orang yang kebanyakkannya masih berfikiran kanak-kanak (darjah 4), insyaAllah aku harap aku mampu untuk mencurahkan ilmu kepada mereka dengan sebaiknya.

Buat rakan rakan yang sudi menjenguk ke blog aku selama aku kesibukan tu, aku ucapkan terima kasih dan maaf kerana tidak dapat nak menjelajah ke blog rakan rakan semua dalam masa tu. InsyaAllah bila masa dah teratur, segala urusan dapat dikawal dan punya masa terluang pasti aku akan berkunjung seperti biasa.




13 June 2012

12 June 2012

Kontest - Juara EURO 2012

  27 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Dunia sukan seluruh dunia sekarang ni tenggelam dalam gelombang piala EURO 2012. Di mana mana saja kebanyakannya bersembang mengesahkan tentang bola sepak. Hinggakan di pejabat juga bermerahan mata menahan mengantuk akibat menonton siaran lansung perlawanan EURO 2012. 


Dunia blog juga tidak kurang hebatnya dengan menaikkan trafik melalui penangan EURO 2012 ni. Dalam usaha memeriahkan carian google dengan entri entri berkaitan EURO 2012 ni, blog Denaihati telah mengadakan kontest ringkas lagi mudah untuk disertai.

Dengan tajuk 'EURO 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak', rakan rakan blogger hanya perlu menulis satu entri tentang pasukan pilihan yang akan menjadi juara EURO 2012 dan seterusnya meninggalkan link entri pada ruangan komen blog Denaihati. 


Hadiahnya bukanlah tiket penerbangan pergi balik percutian ke Bali, tapi blog Denaihati menjanjikan hadiah berupa 10,000 trafik blog dan T-Shirt Denaihati untuk semua pemenang yang pasukan pilihannya menjadi juara EURO 2012. Dan manalah tahu kot Adidas nak jadi sponsor bersama, maka bertambah la hadiahnya nanti.

Sembang banyak sangat pun tak guna jugak sebab belum tentu aku dapat mendominasi hadiah yang ditawarkan tu. [hahaha..] Cuma sebelum tu aku nak bagitau kepada bro Denaihati, walaupun bola itu ditakdirkan empat segi pasukan Oranje tak mungkin masih berpeluang menjadi juara EURO 2012. [lawak je bro..jangan marah..]


Juara EURO 2012 pilihan lelaki kacak sudah semestinya pasukan dari negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara yang pernah berada dalam pemerintahan Bani Umaiyyah dan menjadi pusat keilmuan dan kesenian Islam sebelum dijajah oleh kerajaan Kristian Aragon dan Castile pada abad ke 15.

Dengan sejarah bermulanya sukan bola sepak di negara ni sejak abad ke 20, pastinya pasukan Sepanyol bakal dinobatkan sebagai juara EURO 2012 sepertimana mereka menjuarai EURO 2008 yang lepas. 


Bagi yang mahu memeriahkan kontest 'EURO 2012 Juara pilihan Lelaki kacak' anjuran blog Denaihati ni, penyertaannya dialu-alukan tak kira jantina sebenarnya walaupun tertera di situ 'pilihan Lelaki kacak' kerana anda hanya perlu meletakkan tajuk entri "Juara EURO 2012" sebagai tanda penyertaan. 


Tarikh tutup penyertaan pada jam 11.59pm, 14/6/2012. 










11 June 2012

Lelaki ke neraka akibat wanita ?

  9 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Bagi adik adik yang bersekolah pulak, selamat kembali menjalankan amanah sebagai pelajar selepas bercuti hampir dua minggu. Selalunya bila lepas cuti ni memang mood nak memulakan pembelajaran tu lambat sikit nak datang. Apa pun yang penting, hak dan amanah sebagai pelajar tu perlu juga ditunaikan.

Bercakap tentang hak dan amanah ni, ingin aku kongsikan sedikit peringatan untuk diri agar dapat menjadi panduan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;
"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 
Bila baca hadis di atas ni, kaum lelaki jangan senyum memanjang pulak. Terasa kononnya selamat bila tak disebutkan oleh Nabi SAW. Tentang ramainya kaum wanita dalam neraka seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW tu insyaAllah kesempatan lain akan dikongsikan.

Berbalik kepada kaum lelaki yang tersenyum lebar tu, jangan fikir kita terselamat dari ancaman api neraka tu pulak. Walaupun dikatakan oleh Nabi SAW yang ramai di dalam neraka itu adalah wanita, kita yang lelaki belum tentu selamat kerana mereka mampu untuk menarik kita bersama sama menjadi penghuni neraka.

Bagaimanakah semua itu boleh terjadi ? Kalau kat dunia ni kita boleh katakan tidak adil sama sekali. Tapi apa yang nak hairannya, sedangkan di dunia ni pun jika kita katakan tidak adil diperlakukan begitu dan orang yang diperlakukan begitu boleh dibela kerana mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya, begitu juga di akhirat kelak.


Ketahuilah wahai lelaki, yang bergelar ayah, yang bergelar suami, yang bergelar abang atau adik, yang bergelar anak, bahawa mereka kaum wanita yang hidup bersama kita sebagai anak perempuan, isteri, kakak atau adik perempuan dan bergelar ibu, mereka mempunyai hak dan amanah yang boleh dituntut di akhirat kelak.

Sebagai seorang bapa, ayah, walau apa juga panggilannya, jika di dunia ni tidak lansung memperdulikan anak anak perempuannya. Tidak diajarkan menunaikan rukun-rukun islam, tidak menyuruh anak anaknya menutup aurat dan sebagainya, hanya kemewahan dunia yang diberikan untuk anak anaknya. Maka untuk itu tunggulah saatnya di gamit oleh anaknya ke neraka jahanam.

Sebagai seorang suami pula, andai membiarkan sikap isteri tidak terkawal bergaul bebas, berhias diri bukan untuk suami malah untuk menjadi perhatian kaum lelaki yang bukan mahram di luar sana, walaupun suaminya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid, nantikanlah kehidupan sehidup semati bersama isteri tercinta yang dibiarkan itu di neraka.

Bagi yang bergelar abang atau saudara lelaki pula, apabila ketiadaan ayah maka disitulah tanggungjawab yang harus dipikul bagi menjaga setiap amalan, akhlak dan maruah diri saudara perempuan kita tu. Biarpun sudah berkeluarga sendiri, tanggungjawab itu masih terpikul selama mana mereka belum bersuami. Andai kita mengabaikannya, salahkanlah diri sendiri bila adik adik perempuan kita menarik kita bersamanya untuk ke neraka.


Buat yang bergelar anak, bukanlah dinamakan menderhaka apabila kita menegur kesalahan ibu kita sendiri yang terpesong dari syariat Islam. Mahukah kita membiarkan ibu kita diseksa di neraka kerana perbuatan mendedahkan aurat, mengumpat, mengata dan memfitnah ketika di dunia ? Sebagai anak yang 'baik' sekiranya membiarkan ibu kita berada dalam dosa sepanjang masa, mungkin lebih baik juga dapat menjadi peneman ibu ketika di neraka.

Sebagaimana hebatnya tarikan wanita di dunia ni begitu juga hebatnya tarikan wanita di akhirat kelak. Untuk itu marilah kita bermuhasabah diri memperbaiki apa yang kurang dalam kehidupan kita di dunia ni agar kita dapat memperolehi kejayaan dan kebahagiaan bukan saja di dunia malah hingga ke akhirat sana insyaAllah.



10 June 2012

Review jenama - Set selepas bersalin Nona Roguy

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 

Sejak semalam lagi kelihatan kenderaan memenuhi jalan raya berikutan musim cuti sekolah yang akan berakhir hari ni. Bagi rakan rakan yang memandu ke mana jua destinasi didoakan semoga selamat sampai dan sentiasalah beringat dan berhati-hati ketika memandu.


Bagi entri ulasan jenama hari ni, aku nak berkongsi pengalaman berkenaan set selepas bersalin. Sepatutnya aku nak suruh isteri aku yang jadi penulis jemputan tapi malu-malu kucing pulak dia.

Jenama yang aku nak kongsikan hari ni adalah seperti yang pernah aku kongsikan dalam entri persediaan menyambut kelahiran dulu tu. Jenama set selepas bersalin yang aku maksudkan tu ialah set selepas bersalin Nona Roguy.

Set selepas bersalin Nona Roguy ni mengandungi enam produk didalamnya. Antaranya tablet PhytoNatal, paket Akar herbanika, minyak herbanika, herbanika barut, paket uncang cuci herbanika dan serbuk herbanika lulur. Kesemuanya didatangkan khas dalam satu kotak set bersalin keluaran Nona Roguy.

Jika sewaktu anak pertama dahulu, isteri aku menggunakan set bersalin keluaran HPA. Walaupun ianya agak memuaskan juga namun kebanyakan item yang terkandung dalam set bersalin tu tidak mencukupi sehingga habis tempoh pantang. Namun itu bukanlah masalah kerana produknya boleh dibeli secara berasingan dan harganya juga tidaklah sebegitu mahal.


Bagi kelahiran anak yang kedua pula, isteri aku memilih untuk menggunakan set selepas bersalin keluaran Nona Roguy. Tidak aku nafikan bahawa harga untuk satu set selepas bersalin Nona Roguy ni agak mahal namun ianya agak berbaloi untuk digunakan.

Rasanya tidak perlu untuk aku mengulas setiap satu produk yang terkandung dalam set bersalin Nona Roguy ni. Dari pengalaman isteri aku sebagai pengguna, alhamdulillah menurutnya memang terasa perbezaan ketara jika nak dibandingkan dengan produk yang digunakan sebelum ini.

Dan katanya yang lebih penting sekali [mungkin juga bagi semua wanita] selepas menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni, penurunan berat badan jelas ketara. Selain tu jugak, badan terasa lebih bertenaga dan tiada masalah sembelit atau buang air kecil yang tidak lawas.

Disebabkan anak kedua aku hari tu terkena jaundis hingga terpaksa ditahan di wad hospital, mulanya rasa agak risau juga untuk isteri aku menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni. Tapi alhamdulillah sejak anak aku tu dibenarkan pulang dan berterusan menyusu badan dengan isteri aku, tiada masalah bagi isteri dan anak aku tu.

Dan yang paling penting sekali, set selepas bersalin Nona Roguy ni memang mencukupi untuk bekalan sepanjang tempoh berpantang. Kecuali la kalau ingin meneruskan penggunaan beberapa produk dari set bersalin ni, ianya boleh dibeli secara berasingan di stokis atau kedai kedai jamu berhampiran.

Disokong penggunaannya oleh mak mertua aku sendiri jugak, bagi produk set selepas bersalin jenama Nona Roguy ni aku dan isteri bagi 9/10 markah dari sudut keberkesanannya, 7/10 untuk harga yang ditawarkan. 




09 June 2012

Gadget - Skrin pecah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bermula malam tadi, tauke tauke restoran 24 jam senyum melebar. Manakan tidak, setelah dipasangkan skrin besar di hadapan restoran pastinya menjadi pilihan peminat peminat bola sepak Eropah berkumpul menyaksikan UEFA-Euro 2012 yang telah pun mula bersiaran.


Tapi entri hari ni bukan nak berkongsi cerita tentang bola. Entri hari ni aku nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit. Bukan tutorial tentang aplikasi telefon bimbit dan bukan juga ulasan jenama telefon bimbit tapi sedikit kisah yang berlaku berkenaan telefon bimbit.

Al-kisahnya kejadian berlaku melibatkan telefon bimbit milik isteri aku. Sudah ditakdirkan telefon bimbit yang baru berusia 7 bulan 'tercedera' mukanya. Suspek utama kemalangan tu adalah terpijak. Silap jugak sebab masa tu telefonnya diletakkan di hamparan tilam di ruang tamu ketika berguling-guling dengan anak anak.

Bukanlah telefon yang mahal pun. Cuma Samsung Corby II yang bersesuaian juga la tahap penggunaannya untuk isteri aku. Walaupun bukanlah 'kecederaan' yang parah namun sedikit sebanyak menjejaskan juga pandangan akibat skrin TFT nya yang sedikit pecah di bahagian bawah.


Oleh kerana ianya tergolong dalam golongan yang dikatakan sebagai 'kemusnahan kosmetik' [patah, pecah, calar dan sebagainya] maka kerosakan seperti ni tidak meliputi dalam jaminan produk. Maksudnya aku sebagai pemilik perlu la mengeluarkan duit untuk menampung kos baikpulih.

Sebelum ni telefon berjenama Nokia model 6500 slide milik aku pun pernah bermasalah dengan skrin dia tu. Disebabkan di Ipoh ni terdapat Nokia Care Center yang terletak di Bandar Baru Bistari berhampiran Kinta City Ipoh maka aku terus menghantar telefon yang bermasalah tu ke sana untuk dibaik pulih.

Sememangnya kos untuk membaik pulih skrin telefon Nokia aku tu agak mahal jugak la dalam anggaran RM160 bagi menggantikan keseluruhan skrin yang bermasalah tu tapi agak berbaloi jika dibandingkan dengan harga untuk sebuah Nokia 6500 slide.


Kes Samsung Corby II milik isteri aku tu pulak aku usulkan kembali ke kedai di mana aku membelinya. Oleh kerana kerosakan yang dialami tu bukan dalam jaminan produk jadi aku tak pasti samada ianya dihantar ke pusat servis Samsung untuk dinilai atau dihantar ke pusat servis milik kedai terbabit.

Kos yang dianggarkan untuk menggantikan skrin Samsung Corby II yang pecah tu adalah sebanyak RM180 sebagaimana yang diberitahu kepada aku melalui panggilan telefon. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk membatalkan usaha baik pulih dan akan mencari alternatif lain kemudian hari.

Harga Samsung Corby II di pasaran adalah RM299. Memang berbaloi untuk memilikinya jika anda seorang yang bukan terlampau menggunakan teknologi telefon untuk segalanya. RM299 - RM180 = RM119. Sila beri aku petunjuk andai ada yang lebih arif.

Adakah benar sebegitu harga bagi sebuah telefon separuh pintar ? Untuk Skrin sahaja sudah melebihi separuh harga keseluruhan telefon ? Ada pihak dari Samsung sendiri yang boleh menjelaskan perkara ni kepada aku ? 


Bagaimana pula jika sebuah Galaxy S III yang berharga RM2199 di pasaran menghadapi masalah yang sama [skrin pecah dalam] seperti yang aku alami ? Adakah kos untuk menukar skrin Galaxy S III bernilai RM1000 ? 

Terasa macam tak berbaloi pulak nak membayar RM180 untuk skrin semata mata. Cuma tambahkan RM119 dah tentu boleh dapat yang baru. Tu belum lagi orang kedai tu bagitau kalau aku antar kembali untuk dibaiki, aku akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM30. Berbaloi sungguh ...



08 June 2012

Keluarga - Bahagia dan berjaya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Di hari yang mulia ni marilah kita memperbanyakkan amalan zikir dan selawat dan memohon kepada Allah agar diberikan cahaya keimanan dalam sanubari kita semua.

Bila kita membayangkan tentang kehidupan, antara elemen penting yang menjadi impian kita semua pastinya berjaya dan bahagia. Begitu juga di dalam membina keluarga, sudah tentu kejayaan dan kebahagiaan menjadi agenda utama untuk masa depan keluarga.


Terutama sekali apabila keluarga yang dibina bermula dari hidup berdua bersama pasangan, kemudiannya bertambah pula dengan kehadiran zuriat yang di nanti-nantikan. Dari situ  pun pastinya sebagai ibu bapa sudah merancang dan meletakkan satu matlamat bagi setiap anak yang lahir.

Malangnya bagi sebahagian dari kita yang hanya menjadikan keluarga yang dibina  cukup sekadar bahagia dan berjaya di dunia semata mata malah lebih mengutamakan kebahagiaan dan kejayaan dunia sebagai titik perbezaan darjat kehidupan dalam masyarakat.

Lebih lebih lagi bagi para suami yang menjadi ketua keluarga haruslah memastikan setiap ahli keluarga bawah tanggungannya bukan sahaja bahagia dan berjaya di dunia, malah biarlah hingga bahagia dan berjaya di akhirat sama.

Adakah benar tindakan kita yang kononnya sayangkan pasangan dan anak anak seraya itu kita cuma cukup sekadar sekali menegur misalnya dalam menyuruh menunaikan solat. Apakah kita fikirkan dengan sekali teguran itu sudah cukup terlaksana tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga ?

Bahagia dan berjayakah kita membina keluarga impian andainya kebahagiaan dan kejayaan itu hanya mampu kita kecapi di dunia sahaja ? Buktikanlah cinta kita terhadap keluarga yang kita bina dengan membawa mereka bersama menikmati kebahagiaan dan kejayaan hingga ke sana yang lebih kekal abadi.

Belum terlambat andai kita belum bermula. Andai sudah bermula, teruskan usaha agar jadi keluarga yang bukan sahaja berjaya dan bahagia di dunia malah bawalah kebahagiaan dan kejayaan itu sehingga akhirat sana.



07 June 2012

Pokkits - Indah khabar dari rupa

  30 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Mata terkabur dengan iklan ?

Sememangnya pengiklanan di media media mampu mempengaruhi minda tak kira penonton dewasa atau kanak kanak. Contohnya seperti anak sulung aku tu. Pantang nampak iklan yang menarik perhatiannya mesti dia akan paksa aku untuk tengok dan akhirnya meminta aku untuk membelikannya kelak.

Nasib baik la pengaruh iklan tu hanya ketika menonton di kaca televisyen je. Kalau terbawa bawa sampai ke situasi realiti mau bocor poket seluar aku dibuatnya. Dan dari iklan iklan di media tu jugak sampaikan anak aku dah kenal bermacam macam jenama terutamanya restoran makanan segera la. 

Tidak menghairankan la kalau dia mengetahui di mana arah tuju kalau nak menikmati ayam goreng yang enak, membaham burger dan kentang goreng yang menyelerakan dan melayan menu pizza terbaik di pasaran. 

Jujur dalam perniagaan, pengguna harus menerima hakikat sebenar

Namun begitu, bukan kita tidak menyedari pun sebenarnya bahawa kebanyakan iklan tu semuanya mengaburi mata dengan tayangan yang tidak serupa seperti yang dilihat. Dan kita semua pun memang sedia maklum apa yang dipaparkan melalui iklan itu hanyalah untuk ilustrasi semata mata. Aku tak pasti la kalau ada iklan yang benar benar jujur dalam menjalankan strategi pemasaran syarikat.

Contoh terbaik yang boleh aku kongsikan kat sini dari pengalaman sendiri ketika menikmati makan malam semalam. Atas rasa keteringinan nak merasa dan membandingkan perbezaan antara dua produk dari dua pengeluar berbeza, aku pun layankan je.

Hasilnya untuk makan malam semalam aku memilih untuk mencuba produk terbaru dari restoran makanan segera KFC, pokkits. Aku tak pasti kenapa mereka mencipta menu pokkits ni sedangkan mereka sudah menyediakan menu Toasted Twister yang sekian lama berada dalam menu pilihan.

Ini apa yang digambarkan dari pembungkus

Maaf kalau aku hanya dapat memberikan rating 1/10 untuk produk terbaru KFC ni. Kalau diberikan pilihan, aku lebih menyukai toasted twister keluaran mereka. Dengan harga yang diletakkan untuk set pokkits RM3.60 setiap satu terasa tidak berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Aku tak pasti bagaimana penyediaan produk pokkits ni disediakan. Mungkin apa yang aku terima semalam tu tidak disediakan secara segar, bermakna ianya sudah siap tersedia untuk beberapa masa sebelum diberikan kepada pelanggan. 

Bukan nak menuduh, tapi sebagai seorang yang agak biasa dalam bidang penyediaan makanan selama hampir 8 tahun ni aku boleh membezakan makanan yang dihidangkan segar atau makanan yang tersimpan sedia.

Ini apa yang terkandung dalam bungkusan

Berbanding dengan twisted toaster yang mana rasa dan kualitinya lebih menyelerakan, pokkits ni umpama satu produk gagal yang dikeluarkan oleh pihak KFC. Seandainya mereka ingin mempertahankan produk bernama pokkits ni di pasaran, aku cadangkan mereka menambah baikkan kualiti produk pokkits ni sesuai dengan harga yang dikenakan.

Bagi orang lain yang mungkin peminat setia KFC agaknya tak menjadi masalah untuk mereka menyukai produk terbaru dari KFC ni namun tidak untuk aku dan keluarga. Cukup hanya beberapa produk sedia ada di dalam menu menjadi pilihan sejak dulu lagi. 

Dengan tagline "The end is the best" tu, aku tak pasti la di mana yang dikatakan the best sebab aku tak rasa best lansung dan untuk kesekian kalinya, kalau takde peningkatan kualiti tak mungkin aku akan membelinya lagi.