26 June 2012

Dewasa melalui pengalaman

  14 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dikurniakan petunjuk dan hidayah-Nya agar kita sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Bila terbaca tentang pasangan yang berumahtangga sekian lama namun masih belum dikurniakan cahaya mata, terasa sedikit simpati juga tapi ketentuan Allah takkan boleh kita nak nafikan.

Bila terbaca pulak tentang pasangan yang tak bertangga rumahnya tu membuang anak sesuka hati bagi menyembunyikan kegiatan dan aktiviti tak baik diorang tu, terasa amat sedih memikirkan nasib anak yang tak berdosa tu tapi tu juga ketentuan Allah yang tak mungkin dapat kita nafikan takdirnya.



Bila terbaca pulak tentang anak anak kecil yang didera oleh pengasuh atau ibu bapa sendiri, terasa terkilan dengan sikap pelaku tu yang semestinya lebih berakal dari anak kecil yang diperlakukan sebegitu.

Aku takde pengalaman menantikan cahaya mata yang dinanti-nantikan walaupun isteri aku pernah mengalami keguguran di awal kehamilan pertama yang lansung tak diduga namun tak lama selepas tu isteri aku hamil kembali dengan jayanya.

Debaran menantikan kelahiran anak pertama memang amat penuh dengan keterujaan. Bila tiba saat kelahiran anak pertama pulak, takde apa yang lebih menyentuh perasaan dan memberikan kegembiraan bila isteri dan anak yang baru lahir tu berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pengalaman menjaga isteri dalam pantang dan anak yang baru lahir tu memang takkan boleh diperolehi dari mana mana. Segalanya diuruskan sendiri. Mak mertua jauh di luar negeri. Mak sendiri pulak lebih jauh di luar dunia. :-)

Pengalaman berjaga malam di kala enak dibuai mimpi untuk mendodoikan anak yang meragam. Menyediakan makanan buat isteri yang di dalam tempoh pantang. Melakukan kerja rumah ibarat suri rumah separuh masa. Tak lupa juga setiap kali lawatan ke klinik pastinya akan cuba bertanyakan kepada jururawat atau doktor bertugas tentang sebarang masalah yang boleh dielakkan.

Tu baru sikit, banyak lagi kalau nak dikongsikan. Berkenaan klu yang aku perkatakan minggu lepas, antara yang mungkin cerah masa depan dalam memohon jawatan pembantu tadbir N17 KKM baru baru ni sekiranya calon itu berusia sekitar 19 - 26 tahun, perempuan, mempunyai pengalaman kerja sebagai pembantu tadbir itu satu kelebihan, dan masih bujang.

Itu dari apa yang sempat aku bualkan bersama panel temuduga setelah sesi temuduga aku selesai (dan aku sendiri memastikan perbualan tu bukan sebahagian dari sesi temuduga). Namun rezeki dan ketentuan tu semuanya datang dari Allah. Bagi yang rasa takde ciri ciri yang aku cakap tu, jangan lemah semangat pulak.

Kita semua hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Dipanggil untuk temuduga tu pun kan rezeki. Menghadiri temuduga tu usaha. Selepas berusaha, jangan lupa pulak untuk bertawakkal kepada Allah. Nantikan saja keputusannya dengan sabar. Bila keluar keputusannya nanti, redho saja dengan apa yang diterima. 

Andai berjaya, tahniah dan laksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab. Andai kurang bernasib baik, sabar dan redho. Mungkin ianya bukan terbaik untuk kita. Usaha dan teruskan usaha hingga berjaya, insyaAllah di sana pasti ada bahagian tersedia untuk kita.



14 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....betul tu redha la dgn apa yg dikurniakan kalau ada rezeki x kemana...:)

    ReplyDelete
  2. Mcm abg chii dan kakak ipar,msh belum ada rezeki lg eventho da lbh 2 thn usia perkahwnan. Chii percaya,mungkn ada hkmah d sebaliknya. Bersangka baik je la. :)

    ReplyDelete
  3. Satu pengalaman yg berharga tu. Beruntng isteri pipoq. Pasni da x kekok lg kan nk uruskn ank kck dan isteri yg berpantang. Hehe. Pengalaman yg x boleh d beli

    ReplyDelete
  4. Memang dengan pengalamanlah kita jadi semakin dewasa..

    Insyllh kalau ada rezeki takkan kemana..
    Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal...

    ReplyDelete
  5. rezeki ni bro...dtg dalam pelbagai bentuk..
    kita ni aja yg kadangkala kecikkan skop kepada material..

    kesihatan...anak anak yg baik...jiran yg baik...selamat dari malapetaka...Tu semua rezeki Allah

    ;)

    ReplyDelete
  6. @Daddy Ziyyad

    tul tu..duit takde = takde rezeki..

    sedangkan dapat menghirup oksigen setiap detik tu pun dah kira banyak benor rezeki Allah bagi..

    ReplyDelete
  7. Saya pernah menanti hampir 4 tahun untuk mendapatkan zuriat. Selama tahun saya mengalami macam-macam pandangan dengan persepsi orang sekeliling.

    ReplyDelete
  8. mudahan temuduga berjaya, insyaAllah.
    s/khabar hari ni kisah buang anak dlm bonet kereta(kes bulan mei), satu lagi kes buang anak yg tak habis2.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam.. Nice post..

    ReplyDelete
  10. postingan yang bagus tentang Dewasa melalui pengalaman

    ReplyDelete
  11. mmg menantikan anak pertama tu, suatu yg mdebarkan.. anak kedua pun.. hehe.. bagusnya dapat jaga sendiri, saya bercita2 nak berpantang sendiri.. gatal.. hihi..

    oh, de juga kriteria macam tu ye, lau dah kawen, susah sikit le ye.. ye, rezeki tu dari Allah, lau dpat alhamdulillah

    ReplyDelete