09 June 2012

Gadget - Skrin pecah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bermula malam tadi, tauke tauke restoran 24 jam senyum melebar. Manakan tidak, setelah dipasangkan skrin besar di hadapan restoran pastinya menjadi pilihan peminat peminat bola sepak Eropah berkumpul menyaksikan UEFA-Euro 2012 yang telah pun mula bersiaran.


Tapi entri hari ni bukan nak berkongsi cerita tentang bola. Entri hari ni aku nak berkongsi cerita tentang telefon bimbit. Bukan tutorial tentang aplikasi telefon bimbit dan bukan juga ulasan jenama telefon bimbit tapi sedikit kisah yang berlaku berkenaan telefon bimbit.

Al-kisahnya kejadian berlaku melibatkan telefon bimbit milik isteri aku. Sudah ditakdirkan telefon bimbit yang baru berusia 7 bulan 'tercedera' mukanya. Suspek utama kemalangan tu adalah terpijak. Silap jugak sebab masa tu telefonnya diletakkan di hamparan tilam di ruang tamu ketika berguling-guling dengan anak anak.

Bukanlah telefon yang mahal pun. Cuma Samsung Corby II yang bersesuaian juga la tahap penggunaannya untuk isteri aku. Walaupun bukanlah 'kecederaan' yang parah namun sedikit sebanyak menjejaskan juga pandangan akibat skrin TFT nya yang sedikit pecah di bahagian bawah.


Oleh kerana ianya tergolong dalam golongan yang dikatakan sebagai 'kemusnahan kosmetik' [patah, pecah, calar dan sebagainya] maka kerosakan seperti ni tidak meliputi dalam jaminan produk. Maksudnya aku sebagai pemilik perlu la mengeluarkan duit untuk menampung kos baikpulih.

Sebelum ni telefon berjenama Nokia model 6500 slide milik aku pun pernah bermasalah dengan skrin dia tu. Disebabkan di Ipoh ni terdapat Nokia Care Center yang terletak di Bandar Baru Bistari berhampiran Kinta City Ipoh maka aku terus menghantar telefon yang bermasalah tu ke sana untuk dibaik pulih.

Sememangnya kos untuk membaik pulih skrin telefon Nokia aku tu agak mahal jugak la dalam anggaran RM160 bagi menggantikan keseluruhan skrin yang bermasalah tu tapi agak berbaloi jika dibandingkan dengan harga untuk sebuah Nokia 6500 slide.


Kes Samsung Corby II milik isteri aku tu pulak aku usulkan kembali ke kedai di mana aku membelinya. Oleh kerana kerosakan yang dialami tu bukan dalam jaminan produk jadi aku tak pasti samada ianya dihantar ke pusat servis Samsung untuk dinilai atau dihantar ke pusat servis milik kedai terbabit.

Kos yang dianggarkan untuk menggantikan skrin Samsung Corby II yang pecah tu adalah sebanyak RM180 sebagaimana yang diberitahu kepada aku melalui panggilan telefon. Kerana itu aku mengambil keputusan untuk membatalkan usaha baik pulih dan akan mencari alternatif lain kemudian hari.

Harga Samsung Corby II di pasaran adalah RM299. Memang berbaloi untuk memilikinya jika anda seorang yang bukan terlampau menggunakan teknologi telefon untuk segalanya. RM299 - RM180 = RM119. Sila beri aku petunjuk andai ada yang lebih arif.

Adakah benar sebegitu harga bagi sebuah telefon separuh pintar ? Untuk Skrin sahaja sudah melebihi separuh harga keseluruhan telefon ? Ada pihak dari Samsung sendiri yang boleh menjelaskan perkara ni kepada aku ? 


Bagaimana pula jika sebuah Galaxy S III yang berharga RM2199 di pasaran menghadapi masalah yang sama [skrin pecah dalam] seperti yang aku alami ? Adakah kos untuk menukar skrin Galaxy S III bernilai RM1000 ? 

Terasa macam tak berbaloi pulak nak membayar RM180 untuk skrin semata mata. Cuma tambahkan RM119 dah tentu boleh dapat yang baru. Tu belum lagi orang kedai tu bagitau kalau aku antar kembali untuk dibaiki, aku akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM30. Berbaloi sungguh ...



17 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...alamak kesian nyer nasib baik masih boleh guna tapi x sedap juga la bila memandangnyakan...:)

    ReplyDelete
  2. salam kenal..
    sy skrg pakai smsung note..ms sy beli..memng org kedai tu ckp, skrin hp smsung sgt mahal..hoho..android ni sensitif katanya kepebendantah..huhu..beli baru je la kot tu..hehe

    folow awk..

    ReplyDelete
  3. @maszull

    waalaikumsalam..

    tu la..nasib baik masih boleh digunakan walaupun tak sedap memandang..

    ReplyDelete
  4. @qasehraihan

    bila fikirkan kos untuk membaikpulih pun hampir menyamai kos untuk membeli satu set yang baru, rasanya mungkin akan beli yang lain pulak la..hehehe..

    thanks for following

    ReplyDelete
  5. kadang2 atau banyak kes, beli baru lebih baik dari repair.

    ReplyDelete
  6. @Denaihati

    lepas mengetahui kos untuk baikpulih tu hampir lebih separuh harga set yang baru, rasanya akan beli yang baru je la lebih berbaloi..

    ReplyDelete
  7. Strategi pemasaran berkesan. Elok beli baru je.

    ReplyDelete
  8. penah kena jugak. nokia, kena tukar dlm 100 lebih jugak.. terpaksa lah, lau tak.. huhu.. nak beli baru, tak mampu.. huhu.. sebab pakai 3g kan..

    tukar baru je lau macam tu.. silap, beli baru.. harga pun lebih 50% kan.. hihi

    ReplyDelete
  9. beli baru is the best solution..hehehe..mahal sgt kos baik pulih..

    ReplyDelete
  10. Sayang pula hendak keluarkan kos semata-mata untuk tukar skrin lebih baik beli baru sahaja.

    ReplyDelete
  11. somaga dengan hal menjadi pelajaran untuk mencapai sebuah ke suksesan yang sejati..

    ReplyDelete
  12. motif suruh tukar yg baru jeaa, strategi pemasaran.

    ReplyDelete
  13. Very Good Site and awesome writing too , and great thanks to the writer

    Nifty options

    ReplyDelete
  14. I would like to give huge thanks for the efforts you've put in writing this article. I hope we would find some interesting post in future as well. Trade with best Stock Tips.

    ReplyDelete