12 June 2012

Kontest - Juara EURO 2012

  27 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Dunia sukan seluruh dunia sekarang ni tenggelam dalam gelombang piala EURO 2012. Di mana mana saja kebanyakannya bersembang mengesahkan tentang bola sepak. Hinggakan di pejabat juga bermerahan mata menahan mengantuk akibat menonton siaran lansung perlawanan EURO 2012. 


Dunia blog juga tidak kurang hebatnya dengan menaikkan trafik melalui penangan EURO 2012 ni. Dalam usaha memeriahkan carian google dengan entri entri berkaitan EURO 2012 ni, blog Denaihati telah mengadakan kontest ringkas lagi mudah untuk disertai.

Dengan tajuk 'EURO 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak', rakan rakan blogger hanya perlu menulis satu entri tentang pasukan pilihan yang akan menjadi juara EURO 2012 dan seterusnya meninggalkan link entri pada ruangan komen blog Denaihati. 


Hadiahnya bukanlah tiket penerbangan pergi balik percutian ke Bali, tapi blog Denaihati menjanjikan hadiah berupa 10,000 trafik blog dan T-Shirt Denaihati untuk semua pemenang yang pasukan pilihannya menjadi juara EURO 2012. Dan manalah tahu kot Adidas nak jadi sponsor bersama, maka bertambah la hadiahnya nanti.

Sembang banyak sangat pun tak guna jugak sebab belum tentu aku dapat mendominasi hadiah yang ditawarkan tu. [hahaha..] Cuma sebelum tu aku nak bagitau kepada bro Denaihati, walaupun bola itu ditakdirkan empat segi pasukan Oranje tak mungkin masih berpeluang menjadi juara EURO 2012. [lawak je bro..jangan marah..]


Juara EURO 2012 pilihan lelaki kacak sudah semestinya pasukan dari negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Negara yang pernah berada dalam pemerintahan Bani Umaiyyah dan menjadi pusat keilmuan dan kesenian Islam sebelum dijajah oleh kerajaan Kristian Aragon dan Castile pada abad ke 15.

Dengan sejarah bermulanya sukan bola sepak di negara ni sejak abad ke 20, pastinya pasukan Sepanyol bakal dinobatkan sebagai juara EURO 2012 sepertimana mereka menjuarai EURO 2008 yang lepas. 


Bagi yang mahu memeriahkan kontest 'EURO 2012 Juara pilihan Lelaki kacak' anjuran blog Denaihati ni, penyertaannya dialu-alukan tak kira jantina sebenarnya walaupun tertera di situ 'pilihan Lelaki kacak' kerana anda hanya perlu meletakkan tajuk entri "Juara EURO 2012" sebagai tanda penyertaan. 


Tarikh tutup penyertaan pada jam 11.59pm, 14/6/2012. 










27 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....wah !! menarik nyer...:)

    ReplyDelete
  2. erk..mana satu yg menag jangan jumap nujum pak belang keY

    ReplyDelete
  3. mahal tu baju hee klu dpt mmg sorak sakan ar jawabnya

    ReplyDelete
  4. terima kasih menyertai contest Juara EURO 2012 dan good luck

    ReplyDelete
  5. banyak juga syarikat2 ambil
    kesempatan buat peraduan kan..
    power root pun ado..huhu

    ReplyDelete
  6. untunglah sapa yang terpilih sbg kacak tu... sbb bola sanggup bersengkang mata...
    cayalah...

    ReplyDelete
  7. betul ke sepanyol boleh menang nih hehe

    ReplyDelete
  8. sy parti bebas...sokong malaysia..yeah..haha..lari tajuk..bab2 bola sy x reti sgt

    ReplyDelete
  9. xde hadiah sweeter ke??

    (ceewah demand lak kan?) hehe

    ReplyDelete
  10. Assalam..
    hehehe...harap2 Spanyol menang,
    boleh kita dapat t-shirt ramai2..

    ReplyDelete
  11. @maszull

    waalaikumsalam..

    sekadar memeriahkan pertandingan..hehehe

    ReplyDelete
  12. @suri

    bukan nujum pak belalang, tapi nujum pak kupu2..hehehe..

    ReplyDelete
  13. @Denaihati

    Percaya la..mesti Sepanyol juara nanti tu..hehehe..

    ReplyDelete
  14. @Ati Masrif

    sib baik kedai2 mamak takde yang buat peraduan sempena EURO 2012 ni..

    ReplyDelete
  15. @cik lala

    hehehe..pastinya walau tak terpilih pun semestinya kacak jugak..

    ReplyDelete
  16. @Yumida

    Malaysia ok jugak..dah kalahkan SIngapura dalam perlawanan kedua..

    ReplyDelete
  17. @mr.syazwan

    hehehe..penganjur cakap nak bagi t-shirt je..

    ReplyDelete
  18. ada chance nak menang nie..GK tak follow sgt pasal euro nie...tapi umah GK sekarang start 12 tengah malam sampai ke pagi tak payah pakai security guard dah...ramai yg sanggup berjaga malam...pas nie bil elektrik kompem meningkat...jajan2 tue stok cukup utk 3 malam je pastu beli lg huhuhuhu...

    ReplyDelete
  19. Peminat Sepanyol rupanya. Agak-agak pasukan Sepanyol dapat mempertahankan kejuaraan mereka?

    ReplyDelete
  20. uit.. ni peminat belanda lagi sorang nak marah ni..hehhee

    tapi tu lah, kali ni, pasukan oren sedikit terumbang ambing la.. walau pun minat belanda, tapi tak rasa boleh juara la..

    ReplyDelete
  21. InsyaALLAH sepanyol akan menang :)

    ReplyDelete
  22. Cantek!

    Spain mmg feveret. Pagi tadi belasah pulak Ireland smpai 4-0.

    Tp aku harap spain tak menang, sbb aku teka Itali...hahahaha

    ReplyDelete