24 June 2012

Fruttare dikala panas

  14 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Setelah jerebu yang melanda kian menipis dan berkurangan, cuaca pula semakin memijar panasnya. Biar terkadang awan mendung kelihatan di kaki langit namun belum tentu hujannya akan turun. Mungkin juga cuaca panas sebegini sebagai 'persiapan' menghadapi bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak berapa hari saja lagi.

Bak kata Mama Maszull yang baru menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 22 Jun yang lepas, kalau cuaca panas macam ni memang sedap kalau pekena aiskrim sundae McDonald's groovy lime with nata de coco yang baru tu. Mesti tak cukup kalau beli satu je. 


Ais Kacang pun menyelerakan jugak bila cuaca panas macam ni. Dengan timbunan ais yang disagat halus memenuhi mangkuk yang diisi dengan hirisan lengkong, kacang merah, kacang tanah, kacang panjang, cendol dan berbagai lagi variasi bahan yang dimasukkan, dituang pulak air gula merah, air gula sirap, jagung manis dan susu cair pastinya menyegarkan tekak yang kekeringan.

Kegilaan aku yang terkadang tak dapat dikawal ketika cuaca panas sebegini pasti akan bersinggahan ke kebai serbanika 7-Eleven mencari Slurpee yang kedinginan ais halusnya membuatkan kita mengalami 'sphenopalatine ganglioneuralgia' jika keterlaluan menyedut aisnya.

Termasuk juga anak sulung aku yang anti-selimut tu, ketika cuaca panas sebegini permintaannya terhadap aiskirm semakin menjadi-jadi. Terkini setelah puas dengan Mat Kool, kegemarannya beralih kepada Fruttare pula. Aiskrim terbaru keluaran Wall's. Keempat-empat perisa sudah dicuba. Namun yang menjadi pilihan hanya perisa laici dan anggur merah sebab yang perisa buah kiwi tu tak disukai dan perisa buah strawberi pula terlalu masam bagi anak aku tu.


Tapi dari apa yang aku tau, sebenarnya ada banyak lagi perisa yang seangkatan dengan produk Fruttare ni. Atau mungkin aku je yang belum menemui kesemuanya.



14 comments:

  1. tengok gambar je dh terliur...

    nyummyyyyy...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq....sedapnya kalau dpt makan benda yg sejuk2 mcm ni kan nyaman nyer...:)

    ReplyDelete
  3. waduhh enak sekaliii.. pengen coba nih jaadinya.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau cuaca panas dapat pekena ais krim memang layan. Saya tahu anak bro memang suka makan. :-)

    ReplyDelete
  5. time cuaca panas camnilah sodap lyn cendol,ABC,eskrem dengan segala mak nenek yg sejuk tu..
    nyaman je tokak ni ha...

    ReplyDelete
  6. kegemaranku sejak musim panas ini hee semestinya ice crem

    ReplyDelete
  7. dah cam medan iklan tanpa berbayar ar plk bro kita ni hee ;) ni bt org serbu kodai ais krim

    ReplyDelete
  8. kalau zaman sekolah aku ni semangkuk 20sen zaman sekarnang abang pegi buat sendiri kalau nak 20 sen

    ReplyDelete
  9. GK pun suka makan aiskrim ...hari nie GK tak posa boleh cari aiskrim juga la sat gi...depan nie ada jual...

    ReplyDelete
  10. Fuh,memang time cuaca2 panas cm ni, minuman berais dan aiskrm akn menjadi pilihan hati. Hehe.

    Fruttare? Chii x cuba lg. Tgk kakak mkn,terasa nk beli jap lg la

    ReplyDelete
  11. postingan yang bagus tentang Santai - Fruttare dikala panas

    ReplyDelete