05 June 2012

Susu ibu - Hak mutlak si kecil

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam keberkatan dan rahmat dari Allah.


InsyaAllah hari ni aku nak berkongsi tentang susu ibu. Ada ke sesiapa yang tak tau apa susu ibu tu ? Susu ibu tu ialah susu yang dihasilkan oleh para ibu. Kalau tak faham lagi, sila bertanya kepada ibu ibu.

Sebenarnya banyak kebaikan dan manfaat yang terkandung dalam susu ibu ni. Walaupun kita dipengaruhi oleh iklan iklan susu formula untuk menjamin tumbesaran bayi kononnya susu yang diberikan mengandungi berbagai khasiat dan zat mencukupi untuk bayi namun ianya tidak mungkin dapat menandingi susu ibu.


Dari pengalaman mengandung melihat anak membesar di hadapan mata sendiri, anak aku yang pertama tu memang diberikan susu ibu sejak dari awal kelahiran hinggalah usianya hampir mencecah 3 tahun. 

Alhamdulillah walaupun pada mulanya isteri aku agak kekok untuk menyusukan anak pertama yang baru lahir tu sebab takde pengalaman menyusukan bayi, namun hasil tunjuk ajar dari aku jururawat semasa berada di wad hospital menjadikan urusan menyusukan anak ni sangat mudah.

Dan hasil dari penyusuan badan tu jugak, alhamdulillah anak aku yang pertama tu dulu tak pernah mengalami masalah yang serius. Memang jarang sekali menghidapi demam kecuali selepas diberikan suntikan vaksin (tu pun sehari je demamnya). Selsema pun memang jarang sangat walaupun anak aku tu tidurnya lansung tak suka pakai selimut dan asyik nak berkipas sepanjang masa.


Dan bila anak aku tu mengalami kecederaan pun memang singkat masa penyembuhannya terutama kalo bab luka luka tu. Selain tu jugak, kelebihan memberikan susu ibu ni menjimatkan perbelanjaan. Tak perlu nak pening kepala memilih susu yang terbaik untuk anak sebab Allah dah memang sediakan susu paling super terbaik untuk pembesaran anak anak.

Tiada alasan bagi para ibu semua sebenarnya untuk memberikan susu ibu tu kepada anak kerana dengan adanya kumpulan sokongan penyusuan ibu di hospital hospital seluruh negara, mereka dapat memberikan khidmat nasihat dan perundingan dalam menjalankan kempen penyusuan ibu untuk bayi ni.


Buat para bapa dan suami sekalin, berikanlah sokongan kepada isteri isteri tercinta untuk memberikan susu ibu kepada anak anak. Jangan kita lupa bahawa susu ibu itu adalah hak anak anak kita. Janganlah kita menafikan hak mereka. 

Buat para ibu dan isteri sekalian, janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Allah menciptakan buah dada itu kepada kaum wanita ada fungsinya sendiri. Bukan untuk dibanggakan tahap kekencangan atau ketersembulannya tapi ianya adalah untuk menyempurnakan hak anak anak tu semata mata. 




20 comments:

  1. erm..lama gak ye anak sulung pipoq menyusu..chii pun hanya sampai 2 thn..

    tp mmg x nafikan..antobodi anak2 yg menyusu ibu lebih kuat berbanding mereka yg minum susu formula..

    ReplyDelete
  2. @chii

    masa anak sulung tu kalo bukan sebab mama dia terpaksa balik Sabah sorang dulu tu rasanya ntah bila nak berenti menyusu tak tau la..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...betul tu susu ibu hak mutlak utk anak2kan...:)

    ReplyDelete
  4. syahmi pun masih nenen
    susu cap gantung lagi...hehe

    ReplyDelete
  5. banyak khasiat rupanya...
    patut la bayi disarankan minum susu ibu..
    eheheee

    ReplyDelete
  6. dah besar minom susu lembu pulak....

    kan?

    ReplyDelete
  7. perkongsian dari seorang blogger yang lain pula...

    jika si bapa sibuk2 nak minum susu ibu..akan bawa mudarat pada anak...

    ReplyDelete
  8. @maszull

    waalaikumsalam..

    tapi malangnya ada ibu ibu yang menafikan hak anak anak mereka..dengan alasan nak jaga badan..

    ReplyDelete
  9. @Ati Masrif

    berapa umur hero kak ati tu sekarang ? tak pueh lagi nak berkepit ngan mama dia ye ? hehehe

    ReplyDelete
  10. @mie

    khasiat dari sumber asli lagi tu..hehehe..tak boleh nak celen punya kalo ciptaan Allah ni..

    ReplyDelete
  11. @-gedek!

    hehehe..kalo dah beso takpe minum susu lembu..dah tua pun digalakkan minum susu lembu..kang kalo gi nenen cap gantung, ape pulak orang kata..hahaha

    ReplyDelete
  12. @nabilah_2908

    hehehe..gatai sungguh bapa2 yang nak sibuk menyusu gak tu..bagi je la kat anak..

    ReplyDelete
  13. mmg tak dapat dinafikan kebenaran entry ni..

    lama tu sampai 3 tahun.. saya, anak pertama sempat 1tahun lebih, sbb berpisah, kena outstation, dan masa tu tak cukup bekal stok susu ibu..
    anak kedua, lelaki, pun setahun lebih gak, sbbnnya dia sgt kuat nyusu, hingga terpaksa berhanti sbb de masalah sikit..

    pun rasa bersalah setiap kali terkenangkan hak mereka yg tak cukup 2 tahun nyusu.. dah nekad, tapi mampu setakat itu je.. harap pas ni mampu lebih lama, utk anak ketiga.. lau de la..

    tul, sokongan ayah2 sgt2 diperlukan isteri ketika tgh nyusu ni.. lau suami turut bgn masa malam2 tu, selesa sgt rasa, bersemangat nyusu..

    betapa rindunya nak nyusu lagi.. rilek dulu la..
    ** pjg sungguh komen ini

    ReplyDelete
  14. @fiezaradzi

    sekurang kurangnya mereka menerima bahagian hak diorang.. :)

    salah satu cara sy bangun / terbangun tengah malam utk bagi baby gi nenen mama dia ialah dengan tidur ngan baby..hehehe

    ReplyDelete
  15. kata ust. azhar- tuan punyer susu ibu adalah suaminya..kalo isteri jdi ibu susuan, hanya suami sahaja yang boleh beri kebenaran..

    ReplyDelete
  16. @jelah

    itu sudah semestinya la bila jadi ibu susu..maknanya bukan anak hasil dari suaminya..mesti la kena mintak izin dari suami..

    ReplyDelete
  17. betul betul...sgt setuju.

    hubungan anak beranak pun erat

    ReplyDelete
  18. Penyusuan antara ibu dan anak mengeratkan hubungan kasih sayang.Sudah semesti susu ibu lebih berkhasiat berbanding susu formula.

    ReplyDelete
  19. ada ke patut ada orang cakap kat wife saya

    'nak jimat sangat la tu breastfeeding'

    adoi..dia tak tahu la tu khasiat susu ibu . Dalam AlQuran pun ada sebut pasal susu ibu

    ReplyDelete