05 July 2012

Kehidupan - Persediaan bakal ibu bapa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada di dalam rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah.

Selepas aku menulis entri berkenaan disebalik kisah indah tu, aku mendapat beberapa maklum balas yang positif dari rakan rakan pengunjung yang kemudiannya memberikan aku beberapa idea untuk berkongsi lebih lagi tentang pengalaman keibubapaan ni.

Bagi rakan rakan yang baru menerima cahaya mata seperti cikgu naman, qema, eyriqazz dan sesiapa saje yang tak tersebut di sini aku ucapkan tahniah atas kelahiran anak terkini tu. Mudah mudahan sihat membesar dan menjadi umat Nabi Muhammad yang berjaya dunia dan akhirat.

Buat rakan rakan yang bakal menimang cahaya mata seperti cik (puan) chempaka, puan Ain dan sesiapa saje yang tak tersebut di sini, harap dapat menimba seberapa banyak ilmu tentang keibubapaan ni agar dapat menjadi bekalan menghadapi alam baru selepas melepasi alam rumahtangga.

Antara yang bakal bakal menjadi ayah dan ibu ni perlu sentiasa ingat, sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu adalah di bawah ketentuan Allah. Memang setiap dari kita apabila menerima berita bakal menjadi ayah dan ibu pastinya keterujaan tu mengatasi tahap keterujaan saat baru nak nikah tu.



Apabila mengetahui berita gembira tu, pertama kalinya buat pasangan bakal ayah dan ibu ni banyakkan bersyukur dan berdoa kepada Allah atas kurniaan rezeki daripada-Nya. 

Penantian selama 9 bulan tu memang terasa ada sedikit tekanan terutama bagi si isteri. Selain perubahan hormon yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi emosi saat ketika kehamilan, sokongan padu dari suami amat penting agar tiada sebarang konflik berlaku sepanjang kehamilan tu.

Suami juga harus memahami situasi isteri yang terkadang sukar untuk difahami. Bila dah bergelar suami dan bakal pulak menjadi seorang ayah tu, lebih lebihkan la masa terluang yang ada tu untuk bersama keluarga. 

Bila mana kehamilan melepasi trimester kedua tu, biasanya doktor sudah dapat untuk mengenal pasti andai anak yang berada dalam kandungan mempunyai masalah atau tidak. Andai ditakdirkan kita menerima berita kurang enak, banyakkan bersabar dan jangan terus berputus asa.

Begitu juga kiranya saat kelahiran bukanlah satu berita yang menggembirakan, janganlah kita menyalahkan takdir. Segalanya adalah dari qudrat Allah, sebagai ujian buat kita sebagai hamba-Nya. 

Jika sebaliknya pulak, jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Tunaikan amanah sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab. Banyakkan bertanya dan membaca untuk memantapkan ilmu keibubapaan ni. 



12 comments:

  1. bahagian hamil lagi..tahniah dri saya spa2 yg hamil tu hee....

    terus ingt entri sy tgg air gula haa...larat ke idak minumnya..?

    ReplyDelete
  2. bagi sy klu hamil tu mmg rezeki..klu tak tak mngap ada sebab mgpa Dia tak izinkan.bukan main2 tpi bersebab semunya..

    jgn salahkan takdir Tuhan tpi anggap itu stu hadiah yg tak ternilai dlm mjdi umatnya yang terpilih sbg penemu dugaan. bgi ada anak maka didik sebaik2 umat.kata org jgn tahu buat anak tpi jaga tak mmpu yg tu mmmg tak sedp d degar. jadi ibu bapa harap anak2 kita akan jadi lebih baiks ebaik dri kita. Insyallah..

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada yg sdah dan bakal menimang chya mata.. :)

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudhan proses kehamilan menjadi kenangan manis dalam hidup ni =)

    Moga semuanya dipermudahkan jua...ameen

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq...betul tu kena ada persediaan yang rapi moga berjaya menjadi seorang ayah n mak yg baik buat anak2...:)

    ReplyDelete
  6. asikkk mau dapet anak nie yee.....

    ReplyDelete
  7. Saya baru menyambut anak buah pertama yangjuga seorang perempuan pada hari Jumaat yang lalu. Pengalaman baru kepada adik dan ipar saya menjadi ibubapa buat pertama kalinya.

    ReplyDelete