28 July 2012

Nafsu luar biasa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Dua tiga hari ni baru terasa suasana ramadhan. Manakan tidak, dengan cuaca terik matahari sampai asyik teringat kat minuman berais je. Tapi walaupun begitu kesabaran dalam menghadapi dan menjalani ibadah puasa bulan ramadhan ni tetap menebal.

Kebiasaannya bila tiba je bulan ramadhan ni ada satu fenomena yang sering melanda. Aku sendiri pun kadang kadang terkena jugak tempias fenomena ni. Semuanya berkisarkan nafsu luar biasa di bulan ramadhan je.


Selain dari di bulan ramadhan ni, tak pernah aku rasa bila tengok kat lori jual cendol tu memanggil untuk dibeli cendolnya. Padahal bila bulan ramadhan ni, tengok dari jauh pun terasa macam nak beli banyak banyak je cendol dia tu.

Bukan aku sorang je, malah boleh dikatakan seluruh umat Islam kat Malaysia ni. Perhatikan saja bagaimana sesaknya bazar ramadhan setiap petang. Dan perhatikan juga sesaknya jari jemari memegang juadah yang dibeli.

Berbanding waktu zaman kegemilangan remaja dulu memang aku agak tamak haloba bila berbelanja di bazar ramadhan ni. Apa saja yang kelihatan sedap pasti akan dibeli. Bila dah meningkat dewasa ni tabiat buruk tu semakin terhakis dan berjaya dikongkong.

Cuma terkadang tu teringin jugak nak menikmati juadah yang enak ketika berbuka puasa. Tak salah rasanya nak meraikan kejayaan berpuasa di siang hari bulan ramadhan dengan sedikit juadah yang enak asalkan tidak berlaku pembaziran.

Untuk semalam, aku dan isteri tercinta teringin berbuka dengan berlaukkan ikan bakar. Tiga ekor ikan kembung bakar untuk santapan isteri tercinta aku tu dan tiga ekor ikan keli bakar untuk aku. Sendiri bakar je sampai penuh berasap dalam rumah dibuatnya. 

Gila kau sampai tiga ekor sorang. Ala, bukan besar sangat pun ikan dia tu. Lagipun kami agak jarang menjamah lauk ikan ni sebab ikan agak mahal dipasaran. Sekali sekala bila beli ikan tu memang akan dijadikan hidangan terbaik. 

Hari ni pulak kami suami isteri terlajak lena. Bila sedar je rupanya sudah jam 6 pagi. Terlepas sahur. Baru je berangan nak layan bersahur nasik putih berlaukkan ikan masin berlada. 

Menu untuk berbuka hari ni, ayam panggang. Nasik yang dimasak lewat malam tadi yang kononnya untuk bersahur mungkin akan dijadikan nasi goreng cendawan buat santapan waktu berbuka nanti bersama ayam panggang tu. 






9 comments:

  1. Apa yang penting tidak ada pembaziran.

    ReplyDelete
  2. sy skrg lebih suka bubur lambuk jer hurm..mkn lain tak berapa bangat

    ReplyDelete
  3. @akubiomed

    bila ada pembaziran tu yang tak patut berlaku di bulan ramadhan ni..

    ReplyDelete
  4. heheh..biasa la tu..bila time puasa..nampak semua di depan mata..kalau boleh nak beli..tp bila da masuk waktu berbuka..baru jamah sikit..da kenyang..ekek

    ReplyDelete
  5. wahh...cendol tu sedap tu.... mujur tgk pic ni awal pagi... kalau tgh posa mau kebulur cheq ni ha.... utk Ramadhan kali ni, x berapa gemar bersesak2 kat bazar... pening bila ramai2 mcm tu... masak secara ala kadar je utk berbuka asalkan x membazir...

    ReplyDelete
  6. wah, menarik cendol tu nmpak.. titan mesti suka ni..

    mmg ramai pun, hari tu kebetulan rasa nak pergi, saja2 je. tak sampai habis pun, beli kuih sikit dan air utk anak terus patah balik.. ramai org, tak sanggup..

    ReplyDelete
  7. michael kors uk, http://www.michaelkorshandbag.co.uk/
    michael kors uk outlet, http://www.michaelkorsoutlet.org.uk/
    ray ban uk, http://www.raybansunglass.co.uk/
    replica handbags,replica handbags outlet,cheap handbags,purses and handbags,wholesale replica handbags,replica bags,bags outlet,replica handbags wholesale,cheap purses,discount handbags,handbags sale,wholesale purses,handbags and purses,replica purses
    wedding dresses, http://www.cheap-weddingdresses.net/
    jordan 13, http://www.airjordan13s.com/
    pittsburgh steelers jersey, http://www.pittsburghsteelersjersey.com/
    los angeles clippers, http://www.clippersjerseystore.com/
    tiffany and co jewelry, http://www.tiffanyandco.in.net/
    tods shoes, http://www.todsshoes.us.com/
    louis vuitton bags, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    giants jersey, http://www.newyorkgiants.us/
    adidas wings, http://www.adidaswings.net/
    chicago bears jerseys, http://www.chicagobearsjerseys.us/
    tiffany outlet, http://www.tiffany-outlet.us.com/
    chanel outlet store, http://www.chaneloutletstore.us.com/
    basketball shoes, http://www.basketballshoes.us.com/
    new york giants jerseys, http://www.newyorkgiants.us/
    louis vuitton bags cheap, http://www.louisvuittonbag.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutlets.in.net/
    oakley sunglasses outlet, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    coach outlet, http://www.coachoutletstores.com.co/
    hermes outlet store, http://www.hermesoutletstore.us.com/
    tiffany outlet, http://www.tiffanyjewelleryoutlets.co.uk/
    futbol baratas, http://www.futbol-baratas.com/
    2015812caihuali

    ReplyDelete