10 July 2012

Orang lama Jawi baru

  20 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Hampir sebulan sudah aku menjadi tenaga pengajar secara rasmi di SRAR Sg Rokam, Ipoh tu. Bagaikan bidan terjun je ketika aku menerima tawaran mengajar tersebut dari pihak Pejabat Agama Daerah. 

Manakan tidak, hari rabu aku dihubungi untuk pemberitahuan tawaran mengajar. Hari khamis aku mendengar taklimat dan tandatangan persetujuan di Pejabat Agama Daerah. Hari jumaat terus melapor diri dan terus mengajar.

Bermula dengan agak kekok jugak sebab selama ni aku hanya mengajar secara persendirian dan tak mengikut silibus yang ditetapkan. Tiada buku kedatangan pelajar. Tiada buku ringkasan mengajar.

Dari meniarap, aku sekarang ni dah boleh sedikit duduk sendiri. Rentak mengajar dan pengajaran untuk pelajar semakin aku fahami. Tugas aku tak la susah sangat. Tak perlu nak jalan jauh jauh keluar masuk kelas.

Aku diamanahkan untuk menjaga dan mengajar satu kelas je. Kelas yang dipenuhi seramai 41 orang murid tahun 4. Dan aku juga perlu mengajar semua subjek pelajaran.

Tak la susah sangat pun berbanding jika aku mengajar persendirian tu sebab bila aku mengajar persendirian ni tajuk perbincangannya lebih mendalam. Mengajar kat sekolah ni ikut tajuk buku teks yang disediakan. Cuma nak memberi faham kepada pelajar je la yang aku selalu tekankan.

Cuma dalam banyak banyak subjek yang aku tangani, subjek bahasa arab je yang agak mencabar sikit. Terdapat beberapa perkataan yang aku sangsi maksudnya dan perlu merujuk ke kamus. 


Dan yang selalu aku tersilap bila menulis perkataan jawi. Maklum la sekarang ni menggunakan penulisan jawi baru berbanding waktu zaman aku belajar dulu tu masih menggunakan jawi lama. Orang lama dah biasa dengan jawi lama.  Bila pekena dengan jawi baru, terkial kial jugak la nak mengikut rentak tu. Nasib baik la anak anak murid aku tu memahami.



20 comments:

  1. kitab mutaalbadrin pun dah tak pakai ya tak

    ReplyDelete
  2. Jawi baru mmg kadang2 mengelirukan aku jugak bro...

    Tp, kalau ada asasnya insyaAllah akan dipermudahkan Allah...ameen

    p/s- moga terus bersemangat mendidik anak2...yeahhh!

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Kalau dulu: sin alif ya min alif kaf nun alif ya min, sekarang ni sin alif ya alif min alif kaf alif nun alif ya alif min ke?
    Dulu masa sekolah, main tulis ikut sedap mulut je mengeja.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq....lama2 dapat dilakukn selalu n biasa la tu ...:)

    ReplyDelete
  5. dah jadi ustaz sekolah agama eh..tahniah... :) :)

    ReplyDelete
  6. sabar makan mas anak mentelaah ambik ana nal faham bila benar yakin blh ,majukan pd ank2 murud heee

    ReplyDelete
  7. patutlah diam rupanya tgh megajar anak2 murid hee..best tak layan karenah anak2 sekecil itu

    ReplyDelete
  8. guru yg ajar jgn garang klu garnag nntia nak murid lari

    ReplyDelete
  9. kalau ustaz macam bro boleh silap, yg tak terror ni lagilah kot.

    ReplyDelete
  10. Itulah mcm sy sekarang, nk baca jawi lama agak lambat sikit..
    tp arwah ayah dgn mak mmg teror dgn jawi lama...

    ReplyDelete
  11. I wish to share this comment on Bible food
    http://www.facebook.com/notes/fabien-bastin/acts-of-the-jewish-apostles-chapitre-10-et-11/192074627471598

    ReplyDelete