13 July 2012

Peluang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Dalam kehidupan kita ni rasanya entah berapa banyak kali sudah kita diberikan peluang ? Terutamanya peluang untuk memperbaiki ketaqwaan setelah 'ditegur' oleh Allah sepanjang hidup kita di dunia ni.

Selalu kita dengar dan baca, bila kehidupan di dalam keadaan senang dan lapang amat jarang untuk kita mengingati Allah. Biasanya kita akan leka dengan kehidupan dunia yang hanya menjanjikan kebahagiaan sementara.

Apabila ditimpa sedikit atau banyak kesusahan dan kesempitan, ketika itu baru kita terkial kial menadah tangan untuk berdoa memohon ihsan agar diberikan kelonggaran dan penyelesaian agar dipermudahkan kehidupan.


Terkadang kita berkali kali menghampiri kematian. Diuji dengan demam dan sakit perut. Lambakan produk kesihatan menjadi penggantungan diri kita hingga terlupa siapa yang lebih berkuasa memberikan kita nyawa.

Kita tidak perlu menjadi seorang yang alim untuk menangisi kekurangan diri kerana kita sendiri tidak pernah menjadi seorang yang merdeka untuk ketawa bagaikan terjamin dirinya dari apa apa cela.

Sama samalah kita saling beringat, peluang hidup yang diberikan hanya sekali. Mana mungkin dapat untuk kita hentikan masa atau kembali untuk memperbaikinya apabila janji sudah ditepati. Mudah mudahan kita tidak kerugian dalam kehidupan.



10 comments:

  1. Insyllh..
    sbb tu tiap2 hr kita kena sedar dan insaf ttg kematian...

    ReplyDelete
  2. sambil baca...sambil angguk-anggukkan kepala...setuju sangat...

    terima kasih atas peringatan ini.... :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...insyaAllah mudah2an kita akan sentiasa menginsafinya...;)

    ReplyDelete
  4. betul tu..ramai yg da diberi peluang..tp mensia2kan peluang yg ada..bila da sakit teruk atau dilanda musibah yg keterlaluan .dok mengeluh..pastu meratapi ..kata Allah x adil..sedangkan peluang yg da diberi dpn mata..disia2kn..

    terima kasih utk peringatan bersama :)

    ReplyDelete
  5. Peluang datang sekali dan beruntung kalau diberi peluang kali ke 2.

    ReplyDelete
  6. Assalam..
    Kadang kala manusia sering lupa untuk bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete
  7. mudahan kita sentiasa tabah dengan setiap ujianNya.

    ReplyDelete