26 July 2012

Siaran percuma dari astro untuk aku ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Sehari dua ni aku sering kali menerima gangguan panggilan telefon dari macam macam pihak. Kelmarin dari pihak Astro yang memandai nak tawarkan perkhidmatan tontonan percuma kesemua siaran selama sebulan sampaikan sesuka hati je diubah langganan aku yang sedia ada tu.

Padahal aku baru je sambung kembali perkhidmatan astro tu yang digantung perkhidmatan sebab tak cukup bayar bil. Masa aku lambat bayar dulu tu operator khidmat pelanggan astro tu dah macam 'along'. Setiap hari telefon aku bertanyakan bila aku nak bayar sampai satu tahap aku abaikan je bila diorang telefon.


Ni pulak bila aku dah selesai bayar kesemua baki tertunggak yang penuh dengan kontroversi, pandai-pandai pulak diorang nak ubah-ubah langganan aku tu. Bayangkan la sedang aku menikmati tayangan kartun di disney channel tu tiba-tiba keluar mesej bahawa siaran tu tak termasuk dalam langganan aku.

Mana tak aku hangin separuh badan. Nasib baik la bulan Ramadhan, kalau tak mau hangin satu badan jugak la dibuatnya. 

Kronologi kejadian yang menimpa kehidupan aku dalam minggu ni memang agak menjengkelkan. Sengaja je nak menghabiskan kredit telefon aku.

Hari kedua umat Islam meraikan bulan Ramadhan, aku menghubungi pihak astro untuk penyambungan semula perkhidmatan selepas aku menyelesaikan keseluruhan baki bayaran. 

Operator yang bertugas ketika tu kedengaran agak lurus-lurus bendul sebab aku cuba berseloroh pun diingatnya ayat penyata serius. Komitmen sungguh. Tanpa prejudis dia memaklumkan perkhidmatan astro aku akan disambungkan dalam jangka masa 24 jam. 

Tiada desas desus mengenai sebarang promosi perkhidmatan malah sedikit maklumat mengelirukan yang diberikan kepada aku berkenaan dengan bayaran tetap bulanan. Disebutnya harga pakej tanpa sebarang tambahan bayaran cukai kerajaan. 

Mungkin kesilapan dipihak aku jugak sebab bila berkenaan bayaran bil apa pun aku lebih suka menggenapkan jumlahnya kepada puluhan yang tertinggi. Senang nak buat bayaran guna perbankan internet kalau macam tu. Dan lebih mudah untuk aku membuat perkiraan.

Petang kelmarin aku ada menerima panggilan telefon yang tak sempat aku sambut sebab masa tu aku sedang mengajar. Awal pagi semalam pun ada satu panggilan tidak berjawab sebab aku tidur ketika tu.

Sedang aku menaip kertas ujian untuk anak-anak murid aku sambil menonton rancangan di disney channel, tiba-tiba siarannya hilang. Tak cukup dengan tu, saluran astro movie yang aku langgan pun hilang.

Bila aku hubungi pihak astro, katanya akaun aku tu telah dirombak kepada langganan asas untuk menikmati perkhidmatan promosi percuma semua siaran selama satu bulan. Tanpa apa apa persetujuan dari aku pun.


Operator bertugas menjawab panggilan aku waktu tu ada bertanyakan samada aku ada menerima sebarang panggilan telefon sebelum itu. Apa yang dapat aku katakan hanya tentang dua panggilan yang tidak sempat aku jawab dan aku pun tak tahu panggilan tu dari siapa. 

Setelah operator bertugas tu menerangkan permasalahan yang melanda langganan perkhidmatan astro aku tu, aku cuma memintanya untuk menyambung kembali perkhidmatan aku tu seperti biasa. 

Dan sedikit pujian aku boleh berikan, seketika selepas aku menamatkan panggilan, operator bertugas astro tu menghubungi aku kembali untuk menerangkan dengan terperinci tentang segala apa yang berlaku. 

Selepas mengakui kesilapan tu memang berpunca dari pihak astro sendiri, sejuk jugak la hati aku sebagai pelanggan. Dengan lembut aku menolak tawaran perkhidmatan promosi tayangan percuma tu atas alasan aku malas nak menghubungi pihak astro kembali selepas tamat tempoh promosi semata-mata untuk menetapkan kembali langganan yang dirombak tu.

Tak sampai sejam pun selepas tu, langganan perkhidmatan aku kembali seperti biasa. Kredit telefon pun perlu ditambah semula akibat kesengalan pihak lain. Dan tak lama kemudian, aku menerima lagi panggilan. Bukan dari pihak astro, tapi panggilan dari satu pihak yang aku paling malas nak layan. 

Bukan panggilan hangit dari Hot FM tu. Kalau nak tahu panggilan dari mana, insyaAllah dalam entri lain aku akan ceritakan. Selamat berpuasa dan beribadah.





27 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...betul tu astro ni ikut suka dia je nak buat apa kat atas akaun kita kalau tertunggak sedikit pun kena potong...kekadang tu geram juga la tapi nak buat mcm manakan...:)

    ReplyDelete
  2. nak kenakan panggilan hangit ada chance ni...hehe.. ;P

    ReplyDelete
  3. heheeh..byk sgt ye panggilan yg tak tak terjawab..tp tak patut la dorang ikut suka hati je nak rombak..tp nasib baik kat umah chii x de astro.so xde la berangin kalau tgh syok2 tgk disney channel :p

    ReplyDelete
  4. alamak astro kzue dah kena potong...bila 'abang' nak bayar ni?

    ReplyDelete
  5. macam2 hal astro ni kan.. haha.. igt nak rombak juga, tapi kena ikut en suami la, sbb yg tu dia yg bayar.. heheee

    ReplyDelete
  6. astro ni sekarang ikut suke dier jek...
    tak tau la sistem diorg mcm mane..
    kdg2 buat x fhm jek..

    rase mcm nak pegi buat lawatan kat astro jek..
    tanyer mcm mane prosedur diorg...hihihih

    ReplyDelete
  7. dah lama xtgk astro..
    kat rumah pun dah reject perkhidmatan astro..
    ehehehee

    ReplyDelete
  8. teknik promosi yang mengarut dan menyusahkan....saya pun pernah kena juga dengan astro kes tiada siaran langsung. dah kena bayar cas perkhidmatan repair lagi pastu kena bayar bil telefon yang melambung...memang hampeh...

    ReplyDelete
  9. ingat aku dah tak pakai sejak 2009, aku tukar ariel rumah baru siaran dari singapura dan indon dah dapat tak payah lah aku pakai astro lagi. hehe.

    ReplyDelete
  10. harr tu dia hangin gara2 astro hee sabar..sy pun mgu pertama ni pent sgt huu sabar...

    ReplyDelete
  11. byk degar astro ni part2 ada tak ok hee.. jadi sbg pelanggan kena tahan sabar.. hee..

    sy slu ikut suami out station kl mujur hotel ada sedia astro movie2 yg best dok bosan heee

    ReplyDelete
  12. Astro menunggu competitor ajer baru beringat. Jika diberi peluang sebegini, ni lah jadinya.

    p/s: layan disney yerr. petang ke malam?..heeeee

    ReplyDelete
  13. Menduga betul di bulan puasa ini.

    ReplyDelete
  14. @maszull

    w'salam..

    bila kita lambat bayar dah macam ahlong je menuntut bayaran..

    pehtu sesuka hati je nak buat ape tanpa persetujuan kita..

    ReplyDelete
  15. @nabilah_2908

    nasib baik di bulan puasa..hehehe..

    kalo tak mau jadi panggilan hangus je..

    ReplyDelete
  16. @chii

    tak sempat menjawab kekadang tu..diorang nak buat panggilan tak kena masa..hehehe

    ReplyDelete
  17. @zue

    kena 'kejar' ngan operator jugak ke ? hehehehe

    ReplyDelete
  18. @fiezaradzi

    kalo bukan sebab KBS tu mungkin tak langgan astro ni..hehehe..

    ReplyDelete
  19. @Gadis

    apa yang penting kita kena tau hak kita sebagai pengguna..

    walaupun kekadang kita keliru dengan prosedur diorang tu, tapi kita boleh suarakan hak kita sebagai pengguna..

    ReplyDelete
  20. @mie

    atas laut tengok TV satelit lagi syiok..hehehe

    ReplyDelete
  21. @daddydee

    yang penting sebenarnya kita kena tahu hak kita sebagai pengguna..kalau tak pasti tu, mintak penjelasan lanjut sampai kita betul betul faham..

    ReplyDelete
  22. @onlajer

    dasat ariel umah ko..kalo aku guna kat Ipoh ni boleh dapat jugak ke ? hehehe

    ReplyDelete
  23. @suri

    sebenarnya dah banyak kali jugak 'gaduh' dengan operator astro ni sejak melanggan kali pertama..hehehe

    ReplyDelete
  24. @irsah

    tu la..dengar cerita kekonon ada perkhidmatan tv satelit baru nak jalan, tapi macam ikan bilis je buat astro tu..

    hohoho..layan disney di pagi hari ngan anak..

    ReplyDelete
  25. @akubiomed

    memang terduga bro..tetiba je tengah syok bersantai boleh diganggu..

    ReplyDelete
  26. ujian kesabaran du bulan ramadhan. company gergasi dan customer ramai, kadang tersasul juga

    ReplyDelete
  27. @Denaihati

    mungkin nak kena ada pengganti yang baru dan muda kot..hehehe

    ReplyDelete