29 August 2012

28 August 2012

Tangani bersama

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Seronok betul ada anak ni. Tanya la pada ibu-ibu yang mengandung, walaupun mulut kata serik nak bersalin tapi dalam hati tu gembira sungguh bila ada anak ni. 

Pada bapa-bapa pulak jangan ditanya la. Kalau boleh sebulan sekali para ibu bersalin pun takpe. Tapi kalau diperingatkan pasal kena jaga anak-anak tu mungkin boleh tekan brek sikit kot.

Alhamdulillah anak-anak kami ni membesar dengan sihat. Sebagai ibubapa pastinya sentiasa ada perasaan risau kiranya sesuatu berlaku pada anak-anak. 


Dan boleh juga dikatakan andainya sebelum ada anak, suami sentiasa memikirkan dan mengambil berat tentang isterinya tapi bila dah ada anak ni tumpuannya lebih kepada anak pulak.

InsyaAllah tak lama lagi anak kami yang sulung akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke empat manakala anak kedua pulak akan mencapai usia empat bulan. 

Si kakak selain dari semakin petah berkata-kata, semakin bertambah pula karenahnya. Namun sudah bijak juga mempamirkan tanggungjawabnya sebagai kakak dengan membantu papa dan mamanya menjaga adik dia tu.


Si adik pulak semakin hari semakin lasak. Sudah kuat memanggung kepala bila menirap dan tak sabar-sabar pulak tu nak mengesot merangkak. Berguling ke sana sini tu kalau tak diperhatikan memang sampai 'hilang' di bawah meja kopi. 

Memang banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak-anak ni namun jika kita pandai menangani segalanya bersama dengan pasangan kita insyaAllah biarpun anak bersusun sepasukan bolasepak takkan jadi masalah.






"10 entri terbaik Denaihati"

  9 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Rasanya masih belum terlewat untuk aku berkongsi trafik carian google dalam kontest yang dianjurkan oleh Denaihati


Mana tahu ada rezeki untuk anak yang bakal menyambut hari ulangtahun kelahiran pada 2 September ni nanti.

Di bawah ni aku senaraikan 10 entri terbaik Denaihati dan pastinya pilihan bacaan aku sejak mula bertandang ke blog Denaihati adalah penulisannya tentang Kisah Kehidupan.

  1. Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
  2. Gali lubang tutup lubang
  3. Kakak panik datang bulan pertama
  4. Ujian adalah sebahagian daripada hidup
  5. Benci bilang cinta
  6. Nun disana cita-cita kita dan keluarga akhirnya
  7. Pengorbanan seorang wanita
  8. Kesalahan besar suami
  9. Bapa bukan hanya cari rezeki
  10. Apa yang kita ingin dalam hidup ini
Alhamdulillah melalui kisah-kisah yang dikongsikan tu memberikan sedikit sebanyak inspirasi jugak pada aku dalam melayari hidup ni.

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.



27 August 2012

Rumah terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat rakan rakan pengunjung yang sudi bertandang mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Masih lagi dalam bulan merayakan kejayaan setelah sebulan diuji penuh kesabaran dalam mempertingkatkan ibadah yang mengembalikan kita kepada fitrah taat kepada Allah.

Aku dan isteri masih belum berkesempatan melakukan puasa sunat Syawal. InsyaAllah harap-harap tak terlepas peluang untuk melakukan ibadah yang khusus hanya dalam satu bulan ni je.


Dan kebiasaan sepanjang Syawal ni terutama pada minggu-minggu awal, pastinya ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka sempena meraikan hari raya Aidil Fitri.

Cuma konsep rumah terbuka tu terasa seperti kurang keterbukaannya. Boleh disebut separuh terbuka mungkin sebab biasanya tetamu yang hadir tu kebanyakannya tetamu jemputan yang dikenali sahaja.

Mungkin juga sebab tahap kesopanan yang tinggi dikalangan masyarakat kita membuatkan konsep rumah terbuka ni sedikit tertutup. Mau tak segan kalau sesuka hati nak singgah ke rumah orang yang kita tak kenal. 

Terutama kalau majlis rumah terbuka dikawasan kejiranan. Tahap kemaluan tu memang sangat ketara. Dan penganjur pulak biasanya membuka rumahnya hanya untuk jemputan terpilih je.


Cuma yang agak menghairankan tu bila berkunjung ke rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin atau orang-orang besar, hilang pulak kemaluannya tu. Agaknya mungkin sebab disitu tiada siapa yang mengenali. Lagipun boleh makan tanpa had.

Berbanding kalau nak menghadiri rumah terbuka di kejiranan, mungkin takut nanti akan dikenali pulak. Atau risau dikatakan tidak mesra jiran dan cuma hadir bila ada jamuan makan semata-mata.

Sepatutnya bagi kawasan kejiranan tu mungkin perlu disingkirkan sedikit kemaluan dan keseganan tu sebab mungkin dari acara dan majlis sebegitu dapat mengeratkan hubungan kejiranan tu sendiri.

Dan tuan rumah penganjur rumah terbuka tu pulak perlu la bersikap lebih terbuka dalam menjemput dan meraikan semua tetamu yang hadir tanpa mengira pangkat dan darjat mereka.


p/s : Teringat budaya kenduri kendara di Sabah. Biasanya membawa sampai dua hari dua malam dan ianya memang terbuka untuk sesiapa je yang nak meraikan majlis. 




26 August 2012

Jangan lupa

  6 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Hari terakhir bercuti sempena sambutan hari raya Aidil Fitri agaknya memberikan semangat atau terasa berat untuk memulakan tugasan kembali bermula esok pagi ? 

Bagi pengguna jalanraya yang berhemah dan mematuhi peraturan sepanjang kesibukan cuti raya ni, alhamdulillah dan teruskan sikap yang baik camtu sepanjang hayat. 


Bagi yang baru tiba kembali ke rumah masing-masing selepas beraya sakan tu, rajin-rajinkan la diri untuk mengelap habuk-habuk yang sudah bertompok diperabot dan lantai tu.

Anak anak pastinya seronok dalam masa seminggu ni mengumpul duit raya je. Mak ayah pulak silap haribulan kena 'pinjam' duit raya anak-anak untuk tampung belanja sementara menunggu gaji masuk hujung bulan September nanti.

Walau apa pun, jangan kita terlupa 'kem ibadah' kita selama sebulan yang lepas tu pulak. Mentang-mentang syaitan dah terlepas, kita pun bergabung tenaga kembali dengan diorang tu. 




22 August 2012

20 August 2012

Duit raya

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan keberkatan dari Allah.

Alhamdulillah hari ni kita dan masuk 2 Syawal. Masih lagi dalam mood gembira meraikan hari raya dengan kunjung berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. 


Buat anak-anak pulak pastinya masih lagi teruja dengan memperolehi pemberian duit raya dari setiap rumah yang dikunjungi. Mungkin paling minimum diperolehi pun RM1. 

Cerita pasal duit raya ni, memang waktu zaman kanak-kanak la yang paling seronok untuk dikenangkan kembali. Seingat aku masa awal tahun 80-an dulu bila dapat duit raya dari sebuah rumah walaupun hanya 50 sen pun terasa banyak jumlahnya.

Pastinya dari awal pagi selepas selesai solat sunat hari raya, berkumpul dengan kawan-kawan merancang untuk melakukan perjalanan raya (yang sebenarnya rancangan mengumpul duit raya) dari rumah ke rumah.

Terutama sekali bila berada di kampung, walaupun tak pernah sekali pun menjejak kaki ke rumah yang dikunjungi tu kecuali di hari raya namun semangat berziarah tu (dan mengumpul duit raya) tetap terserlah.

Waktu tu biasanya akan ditemuduga juga la oleh tuan rumah bertanyakan empunya diri ni anak kepada siapa (andai tidak begitu dikenali). Dan itu jugak la peluang untuk mengetahui sesiapa pun.


Lima rumah terawal dalam kunjungan mungkin akan disantap juadah berat seperti ketupat dan lemang. Masuk je rumah seterusnya, hanya kuih yang diminati ataupun juadah yang jarang ditemui je bakal disentuh. Seterusnya hanya menanti tuan rumah menghulurkan sampul duit raya.

Terkadang tu hanya meneguk air minuman untuk membasahkan tekak selepas penat berkayuh basikal. Bila tuan rumah mula menghulurkan sampul duit raya, pantas je nak menuju ke rumah seterusnya.

Biasanya menjelang lewat petang baru akan pulang ke rumah dengan poket yang tebal dan perut yang kekenyangan. Kalau di hari raya pertama segak dengan baju melayu, hari kedua pastinya melaram dengan baju dan seluar baru.



18 August 2012

Tutorial solat sunat Aidil Fitri

  2 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai bersama keluarga tercinta menantikan kehadiran 1 Syawal yang bakal menjelma kurang 24 jam lagi ni. Mudah mudahan dalam apa jua yang kita lakukan, Allah memberkati dan merahmatinya.

Dalam kita bersemangat menyediakan persiapan menyambut hari raya ni tak kira la samada mengemas rumah ke, menyediakan juadah ke atau apa saja pun jangan pulak kita lupa menunaikan kewajipan kita sebagai hamba-Nya. 

Dan insyaAllah pagi 1 Syawal nanti kita akan ramai-ramai berjemaah untuk bersolat sunat Aidil Fitri. Kalau kat Ipoh ni kebanyakan masjid dan surau akan melaksanakan solat sunat Aidil Fitri tu pada jam 8:30 pagi.


Sebelum keluar rumah untuk berjemaah solat sunat Aidil Fitri tu, elok la kita mandi sunat Aidil Fitri terlebih dahulu kemudiannya bersarapan dan barulah keluar menuju ke masjid atau surau. Kalau masjid atau surau tu berhampiran je dengan rumah, lebih baik kiranya berjalan kaki je.

Solat sunat Aidil Fitri ni antara solat sunat yang dituntut untuk dilakukannya. Ianya terdiri dari solat sunat dua rakaat dan diiringi dengan dua khutbah selepas selesai solat.

Bagi yang ingat-ingat lupa tutorial solat sunat Aidil Fitri ni (maklum la solatnya setahun sekali), jom kita sama-sama segarkan semula ingatan kita.

Lafaz niat solat sunat Aidil Fitri,


Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala"

Kemudian selepas doa iftitah pada rakaat pertama, bertakbir intiqolat 7 kali mengikut imam diselangi dengan lafaz tasbih seperti di bawah.


Selesai rakaat pertama selepas bangun dari sujud, bertakbir intiqolat 5 kali mengikut imam diselangi dengan lafaz tasbih seperti di atas.

Selepas selesai solat dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam, luangkanlah sedikit masa untuk mendengar khutbah yang disampaikan sebelum kita meneruskan aktiviti menziarah tu.

Mudah mudahan tutorial solat sunat Aidil Fitri ni sedikit sebanyak dapat membantu ingatan kita untuk melaksanakannya nanti. 



Mungkinkah akan bertemu lagi ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Ramadan semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Terasa tak puas pulak mengharungi bulan beribadah ni. Mungkinkah akan bertemu lagi ? Harapnya masih berkesempatan lagi untuk bertemu dengan Ramadan tahun akan datang.

Dalam kita bergembira berseronok menghitung detik untuk meraikan syawal, janganlah kita lupa pulak apa yang sudah dan telah kita lakukan sepanjang Ramadan ni.


Andainya dalam bulan Ramadan ni kita rajin membaca Al-Quran, bersedekah, bersolat sunat dan sebagainya tu, jangan pulak bila berakhir je Ramadan maka berakhir la jugak episod amalan kita tu.

Kiranya rasa tak mampu nak beramal banyak, buat je sikit-sikit asalkan jangan ditinggalkan terus ibarat acara tahunan umpamanya. Takkan kita nak jadi macam 'syaitan yang dibelenggu di bulan Ramadan' ? Bila berakhir je ramadan maka kita kembali kepada sikap yang lama.

Adakah kita hanya 'menyeksakan' diri kita selama sebulan untuk akur dengan tuntutan Ramadan ? Atau mungkin terbawa-bawa dengan fahaman ibadat setahun sekali ?

Mudah mudahan bila berakhirnya Ramadan yang tinggal berapa detik saja lagi ni bukan bermakna berakhirnya episod peningkatan amalan ibadah kita yang selama sebulan kita gigih memenuhinya.

Dan dalam kita bergembira menyambut kedatangan Syawal jangan pulak kita terlupa pada saudara seagama kita yang kurang bernasib baik seperti kita. 



15 August 2012

14 August 2012

Jangan jadi mangsa

  8 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah TV baru dah sampai. Bukan TV sempena raya tapi menggantikan TV lama yang dah keuzuran. Agak lama jugak rancangan nak membeli TV bagi menggantikan TV yang lama. Kebetulan pulak TV jenama SHARP ni berada dalam julat kemampuan untuk membayarnya, takkan nak lepaskan peluang pulak.


Berpinar jugak mata dibuatnya. Manakan tidak, dari TV jenis tiub bersaiz 15 inci terus membesar kepada TV saiz 32 inci (yang lagi besar tak mampu pulak). Luas mata memandang. Lepas ni boleh la nak ikut jejak langkah kak jie berlatih dan membidik gambar-gambar menarik bermula dengan hanya dari depan TV.

Sekarang ni nak guna internet pun agak menggerunkan. Silap haribulan walaupun bukan kesalahan dilakukan oleh kita sendiri, belum tentu kita boleh selamat. 

Memang tak dapat nak dinafikan sekarang ni berapa ramai yang menyalahgunakan teknoloji internet ni. Dengan fitnah bertaburan sana sini. Kata mengata kutuk mengutuk dah macam sambal belacan je dalam dunia maya ni.


Yang menjadi mangsa, pengguna yang lansung takde kena mengena dengan segala onar tu tapi berkemungkinan dipergunakan tanpa mengetahuinya pun. Bila dah dapat tau pun mungkin dah terlambat untuk bertindak.

Mudah mudahan kita semua terhindar dari segala perkara-perkara buruk tu semua. Dan mudah mudahan kita takkan teraniaya hasil mahsul dari perbuatan orang lain. 



11 August 2012

Tak malu tak puasa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Minggu ni dalam kelas aku tu budak-budak asyik cakap pasal raya je. Teruja sangat sebab hari raya bakal menjelma. Macam aku dulu masa budak-budak pun sama jugak. Paling tak sabar nak tunggu hari raya (sebenarnya tak sabar nak kumpul duit raya).

Dalam minggu lepas jugak rasa macam tercatat rekod masa menunggu paling lama kat klinik. Bayangkan la dari jam 8 pagi kami menjejakkan kaki ke pintu klinik, jam 12 tengahari baru selesai urusan.


Kalau bukan sebab anak kedua aku tu perlu mendapatkan suntikan, mau lari balik rumah tidur je. Tapi sebab sudah ditemujanjikan, bersabar aje la. Dan tak pasal-pasal anak aku tu nak kena disuntik BCG sekali lagi sebab katanya suntikan terdahulu tak berparut.

Dan boleh dikatakan jugak dalam minggu ni agak banyak aktiviti keluar. Dan kebanyakannya tak berapa nak dirancang. Minggu sebelumnya tu tanpa dirancang, boleh pulak tersampai ke AEON Station 18. Tu pun tak sempat nak ronda habis sebab masa tak berapa nak mengizinkan.

Dengan anak yang meragam dan meragam. Ye, dua-dua sekali meragam. Memang fenin kepala jugak dibuatnya. Nak cuci mata pun tak puas. Tapi ruang surau yang disediakan memang amat selesa berbanding kompleks beli belah yang ada sekitar Ipoh ni.


Kat situ jugak dalam 'mengejar' anak yang berlari riang, sempat lagi aku menunaikan kewajiban membayar zakat fitrah bila terserempak dengan amil zakat yang menanti kat situ. Nak bayar dekat kariah sendiri tak berkesempatan lansung nak bersua dengan amil.

Semalam masih lagi dalam suasana aktiviti luaran. Dari tujuan asal untuk menjelajah pencarian TV bagi menggantikan TV lama yang dah mula menunjukkan tanda-tanda penghujung usia, terus jadi aktiviti berbuka puasa.

Cuma acara makan tu agak dilewatkan sikit. Selepas berbuka puasa dengan hanya sedikit juadah dan air, kami bergegas pulang dulu. Lepas selesai bersolat jemaah isya dan tarawikh baru la acara makan bermula.


Hari ni pun ada aktiviti luaran. Sebab semalam aku ada membelikan untuk isteri tercinta satu kuali La gourmet, hari ni kononnya nak memrasmikannya dengan memasak Lamb Chop tapi sahur tadi aku dah robek keperawanannya dengan memasak telur dadar. 

Esok mungkin berehat kat rumah je. Tak larat jugak nak keluar selalu dengan cuaca yang terik ni. Kering tekak tau. Lagipun takkan nak selamba je tak berpuasa macam budak-budak belia generasi sekarang ni yang cukup tak malu lansung minum disiang hari bulan ramadan ni.




08 August 2012

06 August 2012

Tewasnya kita kepada dunia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Hari ni cuti umum di negeri Perak dan negeri-negeri seangkatan dengannya sempena sambutan hari Nuzul Al-Quran. Dan sehari dua ni jugak beberapa tempat di Ipoh menerima taburan hujan menjelang petang. Memang berterabur jugak la manusia-manusia yang memenuhi bazar ramadan bila ditimpa hujan ni.

Tak lupa juga aku nak menasihatkan diri sendiri dan rakan rakan semua agar bersabar kerana aiskrim percuma Baskin Robbin tak menjadi milik kita setelah tewasnya Lee Chong Wei kepada Lin Dan dalam aksi perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik London 2012.


Malah agak ramai juga antara rakyat Malaysia yang turut sama tewas malam tadi bersama-sama Lee Chong Wei selepas memuaskan perut dengan juadah berbuka seterusnya melekat dihadapan peti televisyen sehingga terlewat bersolat isya dan mungkin juga sanggup meninggalkan berjemaah isya dan sunat tarawikh di masjid atau surau hanya kerana tak sanggup melepaskan aksi jaguh negara tu.

Malam tadi agak surut jemaah di surau mengerjakan solat isya dan sunat tarawikh berjemaah. Mungkin bertumpu ke London. Mengharapkan ganjaran aiskrim percuma andai beroleh kejayaan dunia. 

Nasib baik tak menang. Kalau tak pastinya lepas tu tertumpu kat Baskin Robbin pulak jemaahnya. Demi mendapatkan ganjaran dunia yang tak seberapa.



05 August 2012

Oh anakku sayang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.


Siapa kata ada anak ni seronok ? Belum ada anak memang la boleh cakap seronok. Cuba dah ada anak sendiri yang 24 jam kat depan mata. 

Sebelum lahir lagi anak tu pun kehidupan dah tak seperti dulu. Masa isteri kita yang tercinta tu memboyot perutnya membawak zuriat kita tu, dah bermacam dugaan perlu kita tempuhi.

Bagi yang mengandung tu, dah tentu sakit sana sini. Tak termasuk lagi teringin nak itu ini atau dalam bahasa mudah fahamnya mengidamkan sesuatu yang tak pernah-pernah teridam waktu belum mengandung.

Bila si isteri sudah mengidam, dah tentu la para suami yang penyayang ni cuba untuk memenuhi setiap idaman isteri waktu mengandung tu. Dibuatnya pulak nak mendapatkan apa yang diidamkan tu menduga kesabaran, memang mencabar tu yeop.

Dah lahir pulak anak tu memang la seronok. Terkadang tu ada suami seronok dapat anak baru sampai terlupa pada isteri. Terutama kalau anak pertama. Seronok tak terhingga la kononnya.

Waktu isteri dalam pantang mungkin seronok lagi la sebab ada mak mertua atau mak sendiri tolong jaga. Masa tu tak payah pikir sangat nak tukar lampin anak, nak mandikan anak, nak dodoi anak yang menangis tengah malam. 


Balik je mak mertua atau mak kita tu ke kampung dengan alasan ayam itik dah 40 hari tak makan, telan air liur jugak dibuatnya. Masa tu baru la terkekok-kekok nak google cara-cara mandikan anak, nak tukar lampin anak dan sebagainya tu.

Tu belum lagi main tolak-tolak dengan suami atau isteri bila anak meragam tengah malam. Masing-masing bagi alasan letih. Silap haribulan ada yang buat-buat tidur tak sedar diri.

Kalau yang ada amah tu mungkin la dia boleh tolong jagakan. Tapi kalau sampai mak bapak anak tu sendiri pun asyik tolak kat amah tu je semuanya mana tak dibawaknya lari. 

Bila anak tu tidur memang nampak comel je. Tunggu la dia bangun melalak. Masa tu baru la tiba-tiba nak buat sibuk dengan kerja masing-masing. Tak pernah-pernah suami masuk dapur kupas bawang tiba-tiba dah siap pakai apron dengan sudip kat tangan.

Meningkat je usia anak tu dah pandai pulak nak mintak macam-macam. Pantang nampak kedai mainan mesti nak serbu. Tak cukup dengan serbu, siap merengek mengamuk mintak dibelikan. Seronok je orang lain tengok kita melayan karenah anak tu. Kita ? Menyirap tul.

Kalau kat rumah pulak jangan harap la nak pakai kertas dinding. Lebih baik pakai dinding jubin macam bilik mandi je kat semua ruang. Biar anak-anak tak boleh nak conteng. Lagipun senang nak padam. 

Bab buat sepah memang serahkan je pada anak-anak. Dalam rumah ? Luar rumah ? Dalam kereta ? Semuanya pasti tak jadi masalah. Cuma sabar je banyak-banyak. Sebab ada anak ni kan seronok.


TAPI, walaupun banyak liku-liku yang menguji kesabaran bila bergelar ayah dan ibu ni janganlah kita sesekali pegi tempeleng terajang pulak anak-anak kita tu. 

Apa yang diorang tahu ? Ingat diorang tu lahir je terus pandai ke ? Ingat kalau sekali kita bagitau, diorang terus boleh faham ke ? 

Sebelum nak tempeleng terajang anak tu, fikir dulu kesilapan diri sendiri. Apa yang tak cukup lagi ? Didikan bagaimana yang kita terapkan pada diorang tu ? Jangan sebab geram sampai angin satu badan, kita terus lepaskan je. 

Lagipun dah memang fitrahnya anak-anak ni amanah dari Allah untuk kita yang bergelar ayah ibu ni. Bila dah namanya amanah, pasti la ada syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaganya.

Okay, memang seronok sebenarnya ada anak ni. Tak tipu. Walaupun geram dan sebagainya tu keluar tapi setiap saat kita bersama anak tu adalah satu pengalaman yang takkan boleh nak dibeli kat mana-mana. 

Sayangilah anak-anak kita tu walau macam mana pun gaya dan karenah diorang tu. Sebab kita sebagai ayah ibu ni makin lama makin berusia. Anak-anak pulak makin membesar. 

Sampai satu masa nanti, pada siapa lagi kita nak harapkan untuk tukarkan lampin yang kita pakai. Nak mandikan kita yang terlantar. Nak suapkan makanan. Nak temankan kita sampai tertidur.

Takkan nak harapkan amah pulak. Nanti kalau dibawaknya kita lari macam mana ? 




02 August 2012

Rakyat Malaysia terkaya di dunia ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

London2012 Olympics masih lagi meriah dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan dimana negara China masih unggul mendahului dalam pungutan pingat. Malaysia ? Masih belum menunjukkan taring barangkali.

Agaknya sebab tu ada pihak tertentu yang berani mempertaruhkan jutaan ringgit untuk habuan bagi setiap rangkulan pingat emas kerana sudah mengetahui tahap kecemerlangan atlet negara barangkali.


Dan kebelakangan ni juga sudah entah berapa juta ringgit dibelanjakan dan mungkin akan terus dibelanjakan demi janji yang perlu ditepati. Memang kaya raya sungguh rasanya.

Namun andainya gunung emas sekalipun saban hari ditarah pastinya akan menyusut dan kurang hasil nilainya. Kalau nak menampung kembali setiap kekurangan yang telah dikikis tu seharusnya memerlukan pengorbanan.

Mana nak cari duit yeop ? Kalau berniaga tu ada juga barangnya untuk mendapatkan keuntungan. Tetap juga memerlukan sedikit pengorbanan. Tapi kalau nak mengumpul dana secara halus, banyak sikit la nak dikorbankan.

Pak Abu menunggang motorsikal untuk berjemaah di masjid yang letaknya satu kilometer dari rumah. Berkain pelikat dan segak berbaju melayu, beliau menunggang dengan cermat menyusuri jalan raya.

Beberapa ela dari pagar masjid, beliau menempuh satu sekatan jalanraya yang diadakan. Disebabkan Pak Abu ni seorang warga emas yang menunggang motorsikalnya hanya untuk ke masjid maka beliau tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Disebabkan itu Pak Abu diberikan dua pilihan, motorsikalnya akan disumbat di pusat tahanan kenderaan atau BAYAR SAMAN KESALAHAN SERTA MERTA untuk dilepaskan dan dimaafkan kecuaiannya tu. Atas alasan mendidik agar tidak mengulangi kesalahan dikemudian hari.


Seronok la mat rempit lepas ni. Cuma perlu sediakan wang secukupnya untuk membayar saman lepas tu boleh merempit kembali. Diorang tu bukan kejam sangat pun sampai tak nak bagi merempit atau buat kesalahan jalanraya. Apa yang penting BAYAR je SERTA MERTA.

Bak kata orang inggeris, "you pay me money i close my eyes and you can go". Dalam dunia ni agaknya negara kita je sebegitu. Mesti ada yang bersetuju kononnya andai dibuat begitu, takkan ada insan yang melakukan kesalahan undang-undang.

Lebih hebat dari hukum yang diperkenalkan Allah. Hudud yang perlu disoal siasat dan dilihat sebab penyebab sebelum dijatuhkan hukuman tu pun dianggap KEJAM, ni pulak terus dihukum.

Tapi takpe, rakyat Malaysia kan kaya. Takde duit ada orang bagi duit. Pusing-pusing kat situ je. Teringat masa borak-borak dengan seorang kenalan tentang keberkesanan hukuman.

Soalnya adakah adil untuk seorang rakyat warganegara Malaysia menanggung hukuman yang ditetapkan untuk hanya berapa peratus rakyat yang melakukan kesalahan ?

Isu kad pengenalan hilang antara contohnya. Sekali hilang sudah ada ketetapan bayarannya. Hilang untuk kali kedua, pastinya semakin meningkat denda bayarannya. Andai hilang ketiga kali ? 

Alasannya agar rakyat warganegara Malaysia tercinta ni tidak cuai dan tidak ada teringin nak menjual kad identiti diri tu pada warga asing yang sebetulnya andai mereka hendak membeli pastinya harga yang berkali ganda ditawarkan dari nilai denda tu.

Sepuluh kali hilang pun (sebenarnya dijual) apa nak hairan ? Tapi kalau la ianya benar benar terjadi pada warganegara yang tidak berdosa, mungkin kerana sedikit kecuaian.

Patut la ramai warga asing sanggup datang Malaysia secara haram. Patut la ramai peminta sedekah. Patut la ramai anak-anak muda yang tak perlu berkerja. Patut la banyak jenayah ragut, rompak, curi, pecah rumah dan sebagainya tu.

Rupanya memang rakyat warganegara Malaysia ni kaya raya dan mungkin terkaya di dunia.




01 August 2012