14 August 2012

Jangan jadi mangsa

  8 Komen    
label: , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah TV baru dah sampai. Bukan TV sempena raya tapi menggantikan TV lama yang dah keuzuran. Agak lama jugak rancangan nak membeli TV bagi menggantikan TV yang lama. Kebetulan pulak TV jenama SHARP ni berada dalam julat kemampuan untuk membayarnya, takkan nak lepaskan peluang pulak.


Berpinar jugak mata dibuatnya. Manakan tidak, dari TV jenis tiub bersaiz 15 inci terus membesar kepada TV saiz 32 inci (yang lagi besar tak mampu pulak). Luas mata memandang. Lepas ni boleh la nak ikut jejak langkah kak jie berlatih dan membidik gambar-gambar menarik bermula dengan hanya dari depan TV.

Sekarang ni nak guna internet pun agak menggerunkan. Silap haribulan walaupun bukan kesalahan dilakukan oleh kita sendiri, belum tentu kita boleh selamat. 

Memang tak dapat nak dinafikan sekarang ni berapa ramai yang menyalahgunakan teknoloji internet ni. Dengan fitnah bertaburan sana sini. Kata mengata kutuk mengutuk dah macam sambal belacan je dalam dunia maya ni.


Yang menjadi mangsa, pengguna yang lansung takde kena mengena dengan segala onar tu tapi berkemungkinan dipergunakan tanpa mengetahuinya pun. Bila dah dapat tau pun mungkin dah terlambat untuk bertindak.

Mudah mudahan kita semua terhindar dari segala perkara-perkara buruk tu semua. Dan mudah mudahan kita takkan teraniaya hasil mahsul dari perbuatan orang lain. 



8 comments:

  1. tahniah ada tv baru utk hari raya. memang kena berhati2 n beretika dlm blogging n komen supaya tak menundang masalah

    ReplyDelete
  2. Rumah masih belom ada tv baru. Pakai yang mana ada dulu.

    ReplyDelete
  3. ok lah kan.. yg mana mampu, kita guna..

    sebab tu guna internet sebaiknya. kalau kita tak buat salah, insyaallah siasatan buat, kita tak salah. Kalau buat baik, Allah bagi baik lah kan..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq...alhamdullilah sampai juga tv baru yg dinantikan itu boleh la menonton rancangan raya dgn tv baru...:)

    ReplyDelete
  5. syok lah..tgk tv screen beso...cerah sikit mata..hehe.. :)

    hmm...tul tu..kena hati2..tak pasal2 kita pula yang kena...

    ReplyDelete
  6. Wah Raya ini dapat menonton TV 32". Apa yang kita kesalkan apabila orang tidak semena disabit kesalahan yang tidak dilakukan. :-(

    ReplyDelete
  7. Your website seem very yummy!!! I love chocolate!
    Technology, Free Software and Best Tutorial
    your blog is good! I'll visit again :)
    God Bless You

    ReplyDelete