29 September 2012

Selepas lebih seminggu

  5 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Kaku sudah jari jemari nak menaip entri baru setelah lebih satu minggu meninggalkan dunia blogging ni.

Bermula dari minggu lepas lagi aku agak sibuk menyiapkan dan menyediakan soalan-soalan latihan setiap hari untuk anak anak murid aku tu. 


Ada masa terluang pun dihabiskan untuk melayan anak anak kat rumah. Sambil tu disebabkan agak penat menonton rancangan rancangan yang entah berapa banyak kali diulang tayang di astro, kami melayan filem-filem yang dimuat turun melalui Youtube pulak.

Puas jugak la melayan filem-filem dari Youtube tu. Kalau sebelum ni berebut ruang untuk menonton, tapi sejak ada TV baru ni cuma sambungkan kabel HDMI je untuk menonton filem dari Youtube.

Hujung minggu lepas aku menjalankan projek mengecat rumah. Bukan rumah yang aku duduk ni tapi rumah kenalan yang minta tolong dicatkan bilik rumahnya. 

Minggu ni hanya bersantai di rumah. Cuma perlu menyiapkan sedikit kertas markah ujian tilawah dan beberapa lagi soalan untuk dilatih tubikan anak anak murid aku tu.



19 September 2012

WW - Kalau tak disapa jangan marah ye ...



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.






18 September 2012

Dulu ramping, kini kembang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Dua tiga hari ni jalan melintas hadapan pintu utama Institut Latihan Tentera Udara Ipoh, ternampak papan tanda berkenaan pemilihan awal rekrut Tentera Udara. 

Bagi yang berminat untuk menyertai pasukan tentera udara negara dah tentu takkan melepaskan peluang. Walaupun mungkin sesi pengambilan dan latihan awal tu agak 'keras' namun dengan niat untuk menjadi benteng hadapan mempertahankan negara insyaAllah semua tu berbaloi demi agama, bangsa dan negara.


Apa yang aku nak kongsikan kat sini pasal pemilihan untuk menyertai unit beruniform tu la. Tak kira samada tentera darat, tentera udara, tentera laut, polis mahupun bomba.

Kebiasaan syarat utama yang perlu ada pada setiap calon yang ingin menyertai pasukan beruniform ni ialah ukuran badan. Dada sekurang kurangnya mesti montok bila menarik nafas. Pinggang haruslah ramping mengikut ukuran.

Aku faham kerana tujuannya untuk memudahkan calon calon terpilih untuk mengikuti setiap kursus pemilihan dengan cerdas dan cergas. Maklum la sebab nak kena berlari lari, mengangkat beban, melakukan berbagai aktiviti sepanjang kursus tu.

Sudah pasti la negara kita memerlukan setiap anggota pertahanan negara yang sentiasa cergas dan tangkas. Sebab tu calon calon yang terpilih tu mesti mematuhi semua syarat syarat yang ditetapkan terutama bentuk badan.

Tapi (bukan semua ye) kebiasaannya bila sudah mula berkhidmat, lama kelamaan tubuh yang dahulunya sasa dan kelihatan perkasa sudah mula berubah. 

Pinggang yang dulunya ramping kini sudah mengembang. Tahap kecergasan pun mungkin sudah menyusut. Dengan keadaan sebegitu ada kemungkinan akan menjejaskan operasi.


Memang fizikal manusia ni kita tak boleh nak jangka. Tambahan pulak dengan dunia serba maju yang lebih banyak aktiviti duduk je. Dan negara kita sekarang ni pun dah berapa ramai individu yang mencapai tahap obesiti dan bilangannya semakin meningkat dari masa ke masa.

Buat anggota ahli pasukan pertahanan negara, jangan kecil hati pulak dengan perkongsian aku ni. Cuma sekadar berkongsi minda. Terkadang terfikir, memang susah nak kekalkan kecergasan dan fizikal ni terutama bila usia semakin meningkat.



13 September 2012

Kurang ajar. Murid atau guru ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Pagi tadi aku singgah sebentar untuk bertemu dengan pengetua sekolah tempat aku mengajar tu bagi membincangkan sedikit masalah yang melanda. Kisahnya berkenaan pelajar kelas sebelah yang tidak dibenarkan masuk oleh gurunya dan dipaksa pula masuk ke kelas aku sesuka hati.

Dari aspek pembelajaran, aku sikit pun tak peduli sebab memang tujuannya aku ke sekolah untuk mengajar dan mendidk anak-anak yang dihantar oleh ibubapa tu cuma dari aspek sahsiah dan disiplin guru, aku rasa ianya sedikit terpesong.


Puncanya yang diberitahu adalah kerana pelajar tersebut 'kurang ajar' kepada guru kelas tu. Bila aku bertanyakan kepada pelajar sekelasnya, mereka mengatakan bahawa pelajar yang dihukum tu suka bersembang dan pada pemerhatian aku hampir keseluruhan pelajar lain telah tertanam dalam hati mereka untuk menyingkir pelajar tersebut.

Mungkin kerana guru tersebut adalah guru senior. Maka aku yang guru junior ni mudah untuk diperalatkan. Atas rasa hormat pada guru yang lebih senior dan tua usia dari aku, aku tak sanggup nak berdebat pasal perkara tu selain dari menyerahkan masalah ni kepada pihak atasan.

Perkara ni sebenarnya aku kesan bermula sejak jumaat lepas. Ketika aku menggantikan guru tersebut yang tidak hadir, pelajar yang 'dihalau' tu berada di luar kelas. Bila aku tanya alasan apa yang menyebabkan mereka tidak berada di dalam kelas, katanya guru kelasnya tidak benarkan mereka masuk.

Sikit lagi aku nak tendang budak-budak tu dari tingkat dua sekolah. Sampai macam tu sekali kesan yang diterapkan dalam jiwa budak-budak tu. Walaupun guru kelas diorang takde pun, masih perlu taat pada perintah guru tersebut. Aku tak nampak ada unsur 'kurang ajar' kat situ tapi macam terlebih ajar pulak.

Kalau nak dikatakan kelas 4B yang diketuai oleh guru tersebut adalah kelas anak-anak yang taat dan berhemah semuanya, tidak jugak sebab aku pun pernah bertindak sebagai guru ganti kat kelas tu apabila gurunya tidak hadir. 

Kelas aku yang seramai 41 orang tu pun bukan la semuanya taat belaka. Kalau aku bukan seorang yang penyabar rasanya dah lama duduk kat hospital sebab kena serangan darah tinggi. 


Cuma pada pendapat aku la sebagai seorang pendidik, tak seharusnya bagi seorang pendidik tu mempunyai emosi macam tu. Andai anak-anak kelas dikatakan kurang ajar, siapakah yang bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik mereka ketika mereka berada di sekolah ?

Andai anak-anak yang dihantar oleh ibubapa mereka ke sekolah kemudian mereka tidak mahu belajar, adakah wajar seorang guru tu untuk mengabaikan amanah yang dipikulnya tu ? 

Lagipun bukan sepanjang hari nak menghadapi pelajar yang kononnya bermasalah sebegitu. Dan sepanjang malam aku terfikirkan masalah ni, andainya anak kepada guru tersebut bersikap 'kurang ajar' terhadapnya, agaknya mungkinkah dia akan bersikap lepas tangan dan menyerahkan anak kurang ajarnya tu kepada jiran rumah sebelah ?



11 September 2012

Satu kongsi, dua bahagi, tiga ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Buat adik-adik dan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR 2012 didoakan mudah mudahan dipermudahkan Allah untuk menjawab semua soalan dengan cemerlang.

Ada yang terfikir untuk jadi bujang sepanjang hayat ? Lansung tak terfikir untuk berumahtangga, ada anak-anak dan sebagainya tu ? Jangan la camtu sebab nabi pun hidup berumahtangga. 

Lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. Aku teringat lagi masa mula-mula isteri hamil. Dalam kepala masa tu asyik fikir berapa ramai anak yang bakal dilahirkan kelak.


Masa anak baru seorang, semuanya dikongsikan bersama. Ada jugak la yang tak terkongsi tapi sebolehnya segalanya nak dicurahkan bersama-sama kepada anak yang seorang tu.

Bila dah lahir seorang lagi, perkongsian terhadap anak yang seorang tu sudah mula berubah sedikit. Kalau anak seorang, dikongsi. Dua anak pulak sudah terbahagi. 


Anak sulung kalau sebelum tu rapat kepada ibunya, bila dah lahir si adik maka arahnya sudah berubah kepada si ayah. Hinggakan terkadang bila si ayah melayan si adik terlebih sedikit sudah mula kelihatan bibit-bibit cemburu si kakak.

Tu baru dua anak. Kalau bertambah yang ketiga pulak, macam mana la agaknya ye ? 





09 September 2012

Jumaat yang panik

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Petang jumaat yang lalu ketika aku baru sampai diluar pagar rumah selepas selesai tugasan di sekolah, baru saja menongkat motor tiba-tiba dari belakang aku disapa jiran sebelah rumah yang kelihatan agak kelam kabut.

Tanpa membuang masa aku mengekor terus ke rumahnya. Terdengar jugak anak aku tiba-tiba menangis sebab papanya sampai rumah tapi ke rumah sebelah pulak.

Paramedik sedang melakukan pemeriksaan awal

Rupanya isteri jiran aku tu diserang darah tinggi. Sudah terbaring agak tidak sedarkan diri. Kebetulan pula ketika kejadian, suaminya masih belum pergi ke tempat kerja. Suaminya berkerja sebagai pengawal keselamatan yang bertugas malam.

Tidak banyak yang dapat aku hulurkan bantuan. Kalau lelaki mungkin boleh jugak aku papah atau uruskan. Namun camtu, ikhtiar awal yang boleh aku hulurkan cuma sedikit air penawar. Nasib baik juga selepas tu ada jiran-jiran wanita yang berdekatan dapat membantu.

Al kisahnya ketika isteri jiran aku tu berada di dalam tandas, tiba-tiba terus terjatuh. Dan awalnya suaminya tak sedar pun kerana berada diluar rumah. Hanya jiran dibelakang rumah yang pertama sedar dan dengar 'kejatuhan' isteri dia tu.

Aku mencadangkan agar segera dibawa ke hospital. Jiran-jiran yang lain juga bersetuju. Aku faham situasi jiran aku tu. Memang mereka bukanlah orang yang senang. Pastinya akan terfikir bagaimana untuk menampung segala kos di hospital tu nanti.

Antara jiran-jiran yang turut sama membantu

Sempat aku yakinkan pada jiran aku tu agar isterinya harus dibawa ke hospital dengan segera. Setelah dia bersetuju, pantas aku mendail nombor kecemasan.

Aku tak pasti la macam mana prosedur sebenarnya talian kecemasan ni. Cuma aku rasa macam taliannya tak berapa kecemasan. Awalnya aku terpaksa melayan beberapa pertanyaan dari operator 999 sebelum panggilan aku disambungkan ke jabatan kecemasan Hospital Ipoh.

Aku menyangkakan sambungan panggilan tu akan segera disambut tapi hakikatnya aku terpaksa menunggu hampir dua minit sebelum kakitangan jabatan kecemasan Hospital Ipoh berada di talian.

Tu pun masih juga aku terpaksa melayan kembali pertanyaan dari pihak Ipoh pulak. Kalau bertanyakan keadaan pesakit tu memang aku faham la sebab tu semua untuk menyediakan diorang dengan kes yang akan diterima.

Cuma yang aku rasa leceh sikit nak bersoal jawab dalam talian tu bila mereka bertanyakan lokasi rumah dan bagaimana untuk ke tempat kejadian. Maka dengan tu terpaksa la aku menerangkan jalan untuk ke rumah mangsa dengan jelas.

Entah macam mana la kalau rumah yang berada di daerah sedikit pendalaman. Rasanya mau ada ambulan yang tersesat tak jumpa jalan. Bukan mahal pun kalau nak sediakan peralatan GPS dalam setiap kenderaan ambulan. Risau nanti kena kebas kot ?

Hampir lebih 30 minit kemudian baru la ambulan tu sampai. Bermakna sudah hampir lebih satu jam juga isteri jiran aku tu terlantar tanpa ada bantuan profesional dan terlatih. 

Sebelum dibawa ke Hospital, satu jam setengah kemudian

Tiba di hospital, isteri jiran aku tu terus dibawa ke jabatan trauma. Pembedahan terpaksa dilakukan malam tu jugak bagi mengeluarkan darah yang keluar dari urat darah yang pecah dibahagian otak menurut kata suaminya.

Sedih jugak bila memikirkannya. Anak mereka seusia dengan anak sulung kami. Baru seorang anaknya. Dengan suaminya yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan, mungkin sukar juga untuk menghadapi apa apa kemungkinan.

Buat masa ni kami suami isteri bercadang untuk membuat satu tabung bantuan kilat yang boleh disumbangkan dari jiran-jiran terdekat. Sekurang-kurangnya mungkin dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh jiran aku tu.

Semalam kami tak berkesempatan nak pergi melawat di wad ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Namun menurut kata suaminya yang sempat aku temui ketika dia pulang sebentar ke rumah, isterinya masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan malam tu.

Mudah mudahan Allah memelihara dan mempermudahkan segala urusan hamba-hambaNya. 



06 September 2012

Entri yang terlalu lucah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Panas sungguh al kisah punggung sekarang ni. Hinggakan ada desas desus punggung juga termasuk dalam agenda politik tanah air. Segala-galanya disebabkan punggung.

Aku bukan la nak bercakap pasal politik, tapi pasal punggung. Sebelum ni aku pernah berborak pasal telur ayam yang dipolitikkan difacebook dan hanya kerana aku mempertahankan fakta yang benar maka aku telah disingkirkan dari mencelah dilaman facebook kumpulan tersebut.

Berbalik tentang punggung tu tadi, nampaknya memang banyak bahananya punggung ni. Lebih-lebih lagi kalau tayang punggung. Siap boleh kena ditangkap polis lagi tu. Ingatkan cuma tak sah solat je kalau tayang punggung.


Dan disebabkan punggung jugak boleh terkenal hampir satu dunia. Kalau artis barat cam Kim Kardashian tu nak terkenal disebabkan punggung dia yang 'meletup' tu mungkin tak menghairankan sangat sebab tanpa punggung dia tu pun dah cukup terkenal dengan kehidupan dia yang penuh drama tu. Di negara kita pulak pakai singkat-singkat kasi orang nampak punggung dan terbaru siap sambutan merdeka dengan punggung.

Goyang gerudi Inul ke ? Tak pun goyang gaya Gangnam macam PSY ? Cuma tak sangka jugak la sebab sebelum ni rakyat negara kita cuma berani menayangkan sebahagian punggung je. Mungkin nak tunjuk 'karat-karat' dekat alur punggung tu.

Selepas 55 tahun Tanah Melayu menyambut merdeka, rakyat kita sudah maju kehadapan dengan meluahkan hampir keseluruhan punggung yang biasanya aksi sebegitu diperlakukan pada peringkat awal proses membuang air besar di dalam tandas.

Kalau aku dah semestinya tak sanggup nak berperilaku camtu. Malu sesangat. Bukan sebab punggung aku tak cantik tapi aku cuma menunjukkan punggung aku pada mangkuk tandas. 

Dan kerana punggung, cita-cita pun boleh terkubur. Kerana punggung jugak terpaksa belajar separuh jalan. Andai boleh diketepikan kisah punggung tu untuk menyambung di tempat lain bagus la jugak. Tapi kalau pergi ke mana mana, semua orang kenal kita dengan gelaran 'Mat Punggung' camne ?


Minta maaf la sebab entri hari ni banyak sangat perkataan punggung. Rasa macam menulis entri yang terlalu lucah pulak. Tu pun kira ok la sebab biasanya aku lebih suka menggunakan perkataan bontot tapi isteri aku cakap perkataan bontot tu kurang sopan berbanding menggunakan perkataan punggung.

Dan mungkin sebab tu jugak pihak berkuasa memberi jaminan untuk membebaskan punggung yang ditahan tu sebab kalau bontot mungkin akan ditahan lebih lama. Cuma aku harap, lepas ni pihak berkuasa akan lebih tegas lagi untuk menahan sesiapa sahaja yang menayangkan punggung dikhalayak ramai walaupun sebahagian punggung je.

Sebab aku sebagai rakyat Malaysia kadang-kadang tu rasa terhina bila berada dibelakang individu yang berani-berani dan tak malu menayangkan punggung diorang tu secara lansung. 



05 September 2012

Ada kaitannya




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 





p/s : tanpa pensil, siapalah kaset tu untuk di 'forward' atau 'rewind'kan..




03 September 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Keadaan cuaca di Ipoh dalam minggu ni agak kering dan panas. Tapi tak sepanas isu memijak gambar PM dan penghinaan terhadap bendera negara kita tu.

Masih lagi dalam mood gembira. Gembira merayakan kedatangan bulan Syawal dan gembira meraikan kemerdekaan negara. Minggu lepas sehari sebelum kita menyambut hari kemerdekaan, aku dan anak anak murid kelas aku sempat buat majlis sambutan hari jadi untuk yang lahir di bulan Ogos seterusnya majlis jamuan raya.


Memang meriah sangat la walaupun tak keseluruhan anak murid kelas aku tu hadir. Seronok sangat diorang tu sebab pertamanya aku benarkan hadir ke sekolah pakai baju raya masing-masing.

Abis bergaya sakan budak-budak tu sampaikan pelajar kelas lain agak 'cemburu' dengan jamuan yang diadakan di kelas aku tu. Tambahan lagi diorang nampak aku bawak kek dari Secret Recipe untuk jamuan tu. Mungkin tak pernah dibuat oleh guru guru sebelum ni kot.


Semalam pulak kami meraikan sambutan hari ulangtahun kelahiran anak sulung kami yang mencecah usia empat tahun. Alhamdulillah sepanjang empat tahun ni dikurniakan Allah tubuh badan yang sihat pada anak kami tu.

Terkadang rasa macam tak percaya umurnya dah empat tahun. Terasa masih macam baru setahun lepas lahirnya. Tu pun nasib baik dah bertukar panggilan kepada 'kakak' disebabkan sudah ada adik. Kalau dulu asyik panggil 'baby' je, rasa macam kecik je lagi.


Dan hari ni pulak kakak dan adik dah dapat headband yang dikait oleh rakan blogger. Paling seronok dah mesti la si kakak yang suka bergaya tu. Dia jugak la yang memilihkan warna untuk kepunyaannya dan si adik.

Untuk kegembiraan seterusnya, tak tau lagi. Minggu lepas aku ada dapat panggilan telefon dari pihak P1 yang bagitau aku menang iPod. Sekarang ni nak tunggu email pengesahan alamat je. Ingatkan iPad atau iPhone, tapi asalkan namanya menang tu kira rezeki murah la ye tak ? Syukur Alhamdulillah.



01 September 2012

Susulan "10 entri terbaik Denaihati"

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

Dua hari terlepas peluang nak mengemaskini kemasukan entri baru. Masa agak tidak mengizinkan. Kita hanya merancang namun segalanya adalah ketentuan dari Allah jua. 


Hari ni aku nak mengulas sedikit pasal entri aku yang bertarikh 28 Ogos baru ni yang bertajuk "10 entri terbaik Denaihati" tu. Kenapa dan mengapa aku memilih 10 tu yang terbaik ? 

Sebenarnya kalau nak diikutkan terdapat lebih dari 10 entri yang terbaik yang terdapat di laman blog Denaihati malah boleh dikatakan setiap entri adalah terbaik, bermanfaat dan penuh maklumat.

Jom kita terjah sikit kenapa aku menjadikan 10 entri dari blog Denaihati tu sebagai pilihan terbaik untuk aku kongsikan bersama rakan-rakan yang lain.

Entri ni walaupun pendek tapi penuh dengan kesinisan yang sepatutnya para lelaki yang bergelar suami renung-renungkan. Memang terdapat sebahagian kaum suami yang bersikap tidak patut bila diberikan peluang. 

Bila diberikan kepercayaan oleh isteri tapi kepercayaan tu disalahgunakan pulak. Hingga ada yang terlupa walaupun di luar rumah, diri tu sudah berpunya dan bukannya bujang ataupun duda.

Entri yang ni bukan lirik lagu dangdut nyanyian Salleh Yaakub tu tapi perkongsian menarik oleh Denaihati menerusi pengalaman beliau sendiri menghadapi dugaan. 

Tersenyum sendiri aku bila baca kisahnya yang cuba menyelesaikan masalah dengan mencari ilham di pusat permainan komputer tapi tak jugak selesai masalahnya, teringat pulak diri sendiri satu masa dulu pernah memperbodohkan diri macam tu jugak cuma tak la sampai ketagih.

Entri ni antara yang terbaik jugak pada aku sebab sekarang ni dalam keluarga yang aku bina bersama isteri tercinta ada dua orang anak dara yang pastinya akan melalui saat begitu. 

Selalu jugak aku terfikirkan bagaimana nanti bila anak-anak aku diwaktu dewasa. Pernah jugak aku memikirkan andainya ianya berkenaan bab-bab kewanitaan, serahkan saja pada isteri aku. 

Tapi bukankah sebagai seorang ketua keluarga, sebagai seorang ayah perlu jugak mengetahui dan mengambil berat tentang apa jugak masalah yang melanda pada pimpinannya ?
Entri pengalaman 'tersangkut' di lapangan terbang. Kebiasaan yang aku baca bila berkenaan penerbangan lewat, ditunda masa dan sebagainya tu, respon dari orang yang menulis tu penuh dengan emosi. 

Sepertimana tajuk yang diletakkan, penulis Denaihati yang aku kenal selama ni rasanya tak pernah menulis tentang beliau mengamuk di lapangan terbang. Tak tau la pulak kalau ianya tidak ditulis namun melalui penulisan sebegitu yang lebih berunsur sikap profesional memang terbaik.
Entri jiwang dari Denaihati. Kisah bagaimana beliau bertemu jodoh dengan isterinya yang tercinta sejak 23 tahun yang lalu. Dan entri ni jugak agak misteri bagi aku kerana ada persoalan bermain di minda. 

Siapakah yang ditemui oleh penulis Denaihati di lapangan terbang tersebut ? Dan bagaimanakah boleh tersasar mendail nombor telefon ke rumah lain ? (aku tau la, dah ditakdirkan Allah..hehehe)

Panjang sungguh tajuk entri dia tu. Tapi tetap jugak menarik dan terbaik bila aku menerjahnya. Pertamanya mengingatkan aku tentang kepentingan masa perdana untuk bersama keluarga. 

Seterusnya video yang ditampilkan dalam entri tu mengingatkan aku kenangan zaman persekolahan dulu. Dan pastinya lirik nasyid tu sangat sangat sangat bagus untuk dijadikan peringatan diri sepanjang hidup.


Tidak dinafikan bagi setiap lelaki yang bergelar suami, pasti yang menjadi kekuatannya adalah seorang wanita yang bergelar isteri. Entri perkongsian oleh pemilik blog Denaihati berkenaan pengorbanan isteri beliau amat menyentuh hati. 

Bukan mudah untuk melayari kehidupan berumahtangga ni andainya tidak kuat semangat. Membina rumahtangga memanglah mudah tapi untuk mempertahankan keutuhannya tu kalau tiada kesefahaman memang teramat susah jadinya.

Entri berkenaan kehidupan berumahtangga. Walaupun pendek tapi tetap juga dapat memberikan kesan mendalam pada orang yang mahu berfikir. Entrinya seakan menjurus kepada kisah menambah isteri namun ianya adalah peringatan bagi setiap lelaki bergelar suami. 

Biasa kita dengar bila hendak menambah isteri kononnya ingin mengikut sunnah. Tapi terkadang yang empunya diri pun tak berapa nak bersunnah, ada hati jugak tu nak tiru macam nabi.
Entri sempena hari bapa oleh penulis Denaihati. Mengingatkan para bapa-bapa semua tentang peranan sebenar seorang bapa. Sememangnya agak mencabar apabila bergelar seorang bapa ni. 

Setelah bergelar ketua rumahtangga, bukan semudah itu untuk melupakan setiap tanggungjawab terhadap setiap insan yang dipertanggungjawabkan atas kita ni. Tak cukup andainya sekadar sebagai pencari rezeki.
Kenapa entri yang pendek ni menjadi salah satu dalam 10 yang terbaik bagi aku ? Ianya hanya memaparkan sedikit jawapan dari soalan "Apa yang kita ingin dalam hidup ini ?" dan dijawab oleh beberapa rakan facebook Denaihati.
Mungkin bagi sesetengah pembaca, entri sebegini boleh dianggap sebagai entri terlalu santai dan mungkin penulis kekurangan idea untuk menaip panjang.
Tapi tidak begitu bagi aku. Walaupun entrinya pendek dan singkat, namun benar bak kata pemilik blog Denaihati, pernahkah kita sesaat terfikir apa yang kita ingin dalam hidup ini ?
Okay, rasa tak cukup dengan perkongsian entri pilihan terbaik ni ? Kalau rasa tak cukup lagi, sila la berkunjung ke blog Denaihati. Pastinya banyak perkongsian bermanfaat dan berguna untuk dijadikan panduan, pengetahuan dan perkongsian minda.