06 September 2012

Entri yang terlalu lucah

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Panas sungguh al kisah punggung sekarang ni. Hinggakan ada desas desus punggung juga termasuk dalam agenda politik tanah air. Segala-galanya disebabkan punggung.

Aku bukan la nak bercakap pasal politik, tapi pasal punggung. Sebelum ni aku pernah berborak pasal telur ayam yang dipolitikkan difacebook dan hanya kerana aku mempertahankan fakta yang benar maka aku telah disingkirkan dari mencelah dilaman facebook kumpulan tersebut.

Berbalik tentang punggung tu tadi, nampaknya memang banyak bahananya punggung ni. Lebih-lebih lagi kalau tayang punggung. Siap boleh kena ditangkap polis lagi tu. Ingatkan cuma tak sah solat je kalau tayang punggung.


Dan disebabkan punggung jugak boleh terkenal hampir satu dunia. Kalau artis barat cam Kim Kardashian tu nak terkenal disebabkan punggung dia yang 'meletup' tu mungkin tak menghairankan sangat sebab tanpa punggung dia tu pun dah cukup terkenal dengan kehidupan dia yang penuh drama tu. Di negara kita pulak pakai singkat-singkat kasi orang nampak punggung dan terbaru siap sambutan merdeka dengan punggung.

Goyang gerudi Inul ke ? Tak pun goyang gaya Gangnam macam PSY ? Cuma tak sangka jugak la sebab sebelum ni rakyat negara kita cuma berani menayangkan sebahagian punggung je. Mungkin nak tunjuk 'karat-karat' dekat alur punggung tu.

Selepas 55 tahun Tanah Melayu menyambut merdeka, rakyat kita sudah maju kehadapan dengan meluahkan hampir keseluruhan punggung yang biasanya aksi sebegitu diperlakukan pada peringkat awal proses membuang air besar di dalam tandas.

Kalau aku dah semestinya tak sanggup nak berperilaku camtu. Malu sesangat. Bukan sebab punggung aku tak cantik tapi aku cuma menunjukkan punggung aku pada mangkuk tandas. 

Dan kerana punggung, cita-cita pun boleh terkubur. Kerana punggung jugak terpaksa belajar separuh jalan. Andai boleh diketepikan kisah punggung tu untuk menyambung di tempat lain bagus la jugak. Tapi kalau pergi ke mana mana, semua orang kenal kita dengan gelaran 'Mat Punggung' camne ?


Minta maaf la sebab entri hari ni banyak sangat perkataan punggung. Rasa macam menulis entri yang terlalu lucah pulak. Tu pun kira ok la sebab biasanya aku lebih suka menggunakan perkataan bontot tapi isteri aku cakap perkataan bontot tu kurang sopan berbanding menggunakan perkataan punggung.

Dan mungkin sebab tu jugak pihak berkuasa memberi jaminan untuk membebaskan punggung yang ditahan tu sebab kalau bontot mungkin akan ditahan lebih lama. Cuma aku harap, lepas ni pihak berkuasa akan lebih tegas lagi untuk menahan sesiapa sahaja yang menayangkan punggung dikhalayak ramai walaupun sebahagian punggung je.

Sebab aku sebagai rakyat Malaysia kadang-kadang tu rasa terhina bila berada dibelakang individu yang berani-berani dan tak malu menayangkan punggung diorang tu secara lansung. 



13 comments:

  1. Perbuatan biadap bukan budaya kita.

    ReplyDelete
  2. buang daerah je mamat yg tayang ponggong tu...buang negara pun ok kot

    ReplyDelete
  3. apakah yang mereka inginkan sebenarnya??

    tak de masalah saja cari masalah...kan dah naya...

    ReplyDelete
  4. Nampaknya, dia bukan setkat menyusahkan diri sendiri, bahkan ibubapa dia sekali yg dah keluarkan kenyataan maaf kpd PM.

    PM pulak berbesar hati utk jumpe mereka terima permohanan maaf.

    p.s-bila darah muda disalah guna, apapun tak guna!

    ReplyDelete
  5. @akubiomed Apa nak buat, bila buat tak berfikir.

    ReplyDelete
  6. @onn Lajerhahaha...kalau bau tu setakat dia sorang, tkpelah jugak, ni seluruh ahli keluarga nak kena tanggung...

    ReplyDelete
  7. ntahlah...

    tapi kak ati kesian juga dgn nasib budak tu
    ntah siapalah yg provok dia buat lagu tu
    semoga dia sedar dan insaf

    ReplyDelete
  8. Assalam..
    Patutnya, nak buat apa pun fikir dulu sebelum bertindak.
    Kalau yang dah berumur tu, rasanya mereka dah peruntukan sejumlah wang kot untuk ikat jamin kalau kena tangkap.

    ReplyDelete
  9. buat ikut perasaan...tak fikir dulu..mcm ni la jadinya..kesian kat mak ayah dia...tak pasal2 terlibat sekali..

    ReplyDelete