29 October 2012

Buku laporan murid

  10 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Pagi isnin yang indah ni jangan ada yang masih terlantar pulak. Mana la tau kot terlebih makan daging dua tiga hari lepas sampai tekanan darah naik meningkat. 

Sesi persekolahan untuk tahun 2012 pun cuma tinggal beberapa hari je lagi. Lepas tu bercuti sakan la sebelum memulakan kembali amanah untuk mendidik anak anak di sekolah.

Bagi yang ingin merancang perancangan untuk hari persekolahan dan hari cuti persekolahan bagi tahun 2013, boleh la berkunjung ke perkongsian dari blog kak jie


Hari ni cuma perlu meminta guru besar menandatangani buku laporan murid sebelum boleh untuk aku edarkan kepada anak anak kelas aku tu untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga mereka pula.

Aku tak pasti samada semua sistem persekolahan sekarang ni memerlukan ibu bapa hadir ke sekolah untuk mengambil buku laporan prestasi pelajar berbanding zaman dulu yang mana pelajar hanya perlu bawa pulang untuk ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.

Kalau zaman aku dulu memang ibu bapa hanya perlu tandatangan di rumah tanpa perlu bertemu guru kelas untuk mengambil keputusan dan buku laporan anak anak mereka. Guru hanya perlu menulis sedikit ulasan dan ibu bapa hanya perlu menandatangani buku laporan tu je.

Tapi zaman sekarang ni ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas dan berbincang dengan guru tersebut tentang prestasi anak mereka di sekolah.


Pada aku, begitu lebih baik. Maknanya pelajar terbabit tak mungkin dapat nak lari dari kebenaran. Kalau baik segalanya dah tentu la takde apa yang perlu nak dirisaukan. Tapi kalau sebaliknya, waktu sesi bertemu guru ni la yang boleh digunakan untuk memahami pelajar terlibat.

Dan pada pendapat aku, sistem ibu bapa bertemu guru ni perlu diterapkan dalam semua institusi pendidikan tak kira dari peringkat rendah hingga yang tertinggi termasuklah institusi pendidikan milikan persendirian.

Sebabnya ada terkadang tu ibu bapa yang lansung tak tahu atau tak ambil tahu tentang anak yang mereka hantar ke sekolah dengan menyerahkan sepenuhnya anak mereka tu kepada pihak sekolah.

InsyaAllah akan aku kongsikan lagi dalam entri akan datang. Buat adik adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM, STAM dan MUET tu didoakan semoga tenang dalam menghadapi kertas soalan.





27 October 2012

Kakak dan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Alhamdulillah semalam seluruh umat islam menyambut perayaan Aidil Adha atau hari raya korban. Dan hari ni pastinya masih ada lagi yang sibuk mengagihkan daging korban untuk dinikmati.

Dalam tu jugak jangan pulak kita lupa untuk menghayati hikmah dan iktibar dari peristiwa korban tu sendiri mudah mudahan dengan itu menjadikan kita semakin taat dan bertaqwa kepada Allah.

Selalu orang kata, anak anak ni permata hati buat ibu dan bapa. Memang betul pun. Sungguh lain perasaannya waktu dari awal perkahwinan bila tinggal bersama pasangan hidup berdua, kemudian disusuli dengan kehadiran cahaya mata pulak mengisi kekosongan dalam keluarga.


Macam aku sekarang ni, sudah dikurniakan dua anak yang perlu dididik agar menjadi insan bertaqwa. Si kakak yang semakin bijak berfikir manakala si adik pulak semakin bertambah ligat.

Masa mula mula isteri tercinta disahkan hamil anak kedua, ada jugak sedikit kerisauan tentang penerimaan anak pertama kami tu terhadap adiknya kelak. Entahkan mungkin akan cemburu apabila tumpuan yang diberikan kepadanya beralih pula pada adik yang bakal lahir.

Tapi macam seakan memahami pulak, selain dari aku yang berasa macam tak sabar sabar nak ada anak baru, si kakak pun kelihatan begitu teruja untuk memiliki seorang adik.

Sekarang ni melihat kedua anak membesar dihadapan mata, memang satu pengalaman yang tak mungkin dapat diperolehi dari mana pun. Melihatkan keletah keduanya yang seringkali menghiburkan jiwa.

Walau antara keduanya sedikit berbeza karakter tapi keakraban keduanya sudah mula terserlah. Harap harap sampai ke akhir hayat pun biar begitu.



24 October 2012

Wordless Wednesday - Kertas bersejarah



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. 








23 October 2012

Ligat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan dilimpahkan keberkatan dari Allah.

Alhamdulillah minggu peperiksaan selesai sudah. Dan selepas berhempas pulak memeriksa kertas jawapan anak-anak murid dibantu oleh isteri tercinta bagi memudah dan mempercepatkan tugasan, akhirnya hanya tinggal untuk mencatatkan rekod keputusan dalam kad laporan pelajar sahaja lagi.


Dan untuk beberapa minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012 ni aku bercadang untuk mempersiapkan anak-anak murid aku tu dengan sedikit persediaan pelajaran tahun 5 yang bakal diorang hadapi tahun hadapan.

Lagipun dalam masa beberapa minggu ni jugak agak sibuk dengan persiapan untuk sambutan majlis hari anugerah kecemerlangan dan perasmian bangunan sekolah.


Anak kedua kami tu pulak semakin hari semakin ligat. Gigi bongsu dia dah tumbuh sebatang. Dan sekarang ni sangat pantang tengok orang makan, mesti nak mengamuk kalau tak dibagi rasa sikit.

InsyaAllah kalau ada rezeki, cuti sekolah ni kami akan pulang ke Sabah. Bila tarikhnya masih belum ditetapkan lagi tapi perancangan tu sudah sedia ada. Harap harap kalau ada terlibat kursus atau sebagainya tu pun biarlah di awal cuti persekolahan nanti.



17 October 2012

Wordless Wednesday - Pengawas peperiksaan



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.







10 October 2012

09 October 2012

Penghinaan terhadap Islam, sedarkah kita ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Bulan lepas boleh dikatakan seluruh dunia heboh memperkatakan tentang filem menghina agama islam yang ditayangkan di Youtube.

Hingga ada beberapa individu yang sudi menawarkan wang ganjaran bagi sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut.


Memandang pada duniawi, memang lumayan ganjaran yang ditawarkan. Namun rasanya untuk memperjuangkan agama Allah ni bukan ganjaran duniawi yang perlu dititikberatkan.

Dalam kekalutan menentang penghinaan filem kontroversi tu, aku terfikir jugak. Kenapa dan mengapa begitu mudahnya agama islam dipermainkan ?

Cuba lihat dalam diri, di mana kelemahan kita sebenarnya hingga mudahnya untuk diperkotak katikkan ?

Aku tak tau apa isi dan jalan cerita filem Innocence of Muslim's tu. Cuma apa yang aku baca, ianya mengandungi unsur unsur menghina agama islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan menambahkan kontroversi apabila laman Youtube enggan untuk menyekat terus filem tersebut dari ditayangkan secara total.

Apa yang kita tidak sedar dan mungkin tak pernah tahu, bukan hanya filem Innocence of Muslim's tu je yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Youtube.


Malah ratusan mungkin ribuan dan mungkin jutaan lagi filem filem dan rakaman yang dimuat naik ke laman Youtube yang kandungannya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan ianya terus dibiarkan tanpa ada sedikit pun bantahan dari sesiapa malah tiada sedikit pun ancaman untuk individu yang memuat naik filem dan rakaman tersebut di laman Youtube.

Mungkin kerana itulah Youtube tidak nampak tahap kesensitifan umat Islam sedunia ni dan lansung tidak gentar dengan ancaman boikot dan sebagainya tu.

Semoga Allah menetapkan hati kita semua di jalan yang diredhoi-NYA. Bukan hanya bermula dari kerasulan Nabi Muhammad SAW, malah penghinaan terhadap agama yang mengEsakan Allah ni telah berlaku lama dahulu.

Mudah mudahan kita sebagai umat Nabi terakhir ni dapat terus menjaga kesucian agama islam bermula dari diri kita sendiri dan ahli keluarga kita. 

Kerana kiranya kita sendiri berteriak mengancam penghinaan agama oleh individu lain tapi membisu apabila 'penghinaan' agama berlaku dalam keluarga kita sendiri, dimanakah sebenarnya letak keimanan kita tu ?



08 October 2012

Melihat perkembangan anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Semakin hari semakin menghampiri hari para jemaah menunaikan rukun islam yang ke lima. Seronoknya andai kita sendiri pun berpeluang menjadi tetamu Allah untuk ke sana.

Dan dari hari ke hari jugak rasa teruja melihat perkembangan anak di depan mata. Masa anak pertama dulu tak berapa nak ternampak sebab kurang masa berada di rumah. 

Selalunya hanya isteri yang menceritakan perkembangan terbaru yang berlaku pada anak yang pertama dulu tu. Tapi sekarang ni agak banyak masa jugak berada di rumah, dapat la melihat sendiri perkembangan anak tu.


Baru mencecah usia lima bulan, macam tak terasa cepat masa berlalu. Kalau sebelum ni anak yang kedua tu hanya berguling bila dibaringkan, sekarang ni sudah pandai nak menerokai setiap ruang rumah.

Dan antara dua anak ni memang agak berbeza. Ingatkan sama dan serupa je cara keduanya, rupanya banyak jugak perbezaannya. 

Kalau nak ditandingkan BMI antara kakaknya dan adiknya ni memang ada perbezaannya. Kakaknya walaupun sangat kuat menyusu tapi kadar peningkatan BMI dia tu sedikit perlahan. 


Adiknya pulak tak banyak menyusu macam kakaknya tapi badannya agak gebu dan matanya pantang melihat orang lain makan, macam tak sabar sabar nak menjamah makanan je.

Apa pun yang terpenting bagi setiap ibu bapa, pastinya kesihatan dan kesejahteraan anak anak tu yang lebih utama. Waima anak demam pun pastinya membuatkan hati ibu dan bapa sangat terseksa.



03 October 2012