09 October 2012

Penghinaan terhadap Islam, sedarkah kita ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Bulan lepas boleh dikatakan seluruh dunia heboh memperkatakan tentang filem menghina agama islam yang ditayangkan di Youtube.

Hingga ada beberapa individu yang sudi menawarkan wang ganjaran bagi sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut.


Memandang pada duniawi, memang lumayan ganjaran yang ditawarkan. Namun rasanya untuk memperjuangkan agama Allah ni bukan ganjaran duniawi yang perlu dititikberatkan.

Dalam kekalutan menentang penghinaan filem kontroversi tu, aku terfikir jugak. Kenapa dan mengapa begitu mudahnya agama islam dipermainkan ?

Cuba lihat dalam diri, di mana kelemahan kita sebenarnya hingga mudahnya untuk diperkotak katikkan ?

Aku tak tau apa isi dan jalan cerita filem Innocence of Muslim's tu. Cuma apa yang aku baca, ianya mengandungi unsur unsur menghina agama islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan menambahkan kontroversi apabila laman Youtube enggan untuk menyekat terus filem tersebut dari ditayangkan secara total.

Apa yang kita tidak sedar dan mungkin tak pernah tahu, bukan hanya filem Innocence of Muslim's tu je yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Youtube.


Malah ratusan mungkin ribuan dan mungkin jutaan lagi filem filem dan rakaman yang dimuat naik ke laman Youtube yang kandungannya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan ianya terus dibiarkan tanpa ada sedikit pun bantahan dari sesiapa malah tiada sedikit pun ancaman untuk individu yang memuat naik filem dan rakaman tersebut di laman Youtube.

Mungkin kerana itulah Youtube tidak nampak tahap kesensitifan umat Islam sedunia ni dan lansung tidak gentar dengan ancaman boikot dan sebagainya tu.

Semoga Allah menetapkan hati kita semua di jalan yang diredhoi-NYA. Bukan hanya bermula dari kerasulan Nabi Muhammad SAW, malah penghinaan terhadap agama yang mengEsakan Allah ni telah berlaku lama dahulu.

Mudah mudahan kita sebagai umat Nabi terakhir ni dapat terus menjaga kesucian agama islam bermula dari diri kita sendiri dan ahli keluarga kita. 

Kerana kiranya kita sendiri berteriak mengancam penghinaan agama oleh individu lain tapi membisu apabila 'penghinaan' agama berlaku dalam keluarga kita sendiri, dimanakah sebenarnya letak keimanan kita tu ?



7 comments:

  1. Makin menjadi-jadi penghinaan barat terhadap umat islam.

    ReplyDelete
  2. panas hati nih bila nampak mereka nih hina ugama islam....

    ReplyDelete
  3. percayalah, setiap cercaan terhadap Nabi akan ada berjuta umat manusia nonmuslim di luar sana yang akan buka mata. Ingatlah sejarah Abu Lahab dan Abu Jahal yang tak habis-habis menghina Nabi. Akhirnya penduduk Yathrib (Madinah) mencari kebenaran dan berjumpa Rasulullah untuk masuk Islam.

    Tetapi itu kalau kita bersikap sabar macam Nabi. Masalahnya ada sesetengah orang sekarang menunjukkan kemarahan sehingga menampakkan gambaran keseluruhan orang islam itu jahat. macam mana dapat membuka hati orang-orang bukan islam utk menerima islam.

    ReplyDelete
  4. bila di asak kita marah mana tidak bila islam d permainkan..

    hati berdoa moga islam akan kekal untuh mata dunia nnti

    ReplyDelete
  5. kalau kita tak bersatu, org bukan Islam mmg boleh buat sesuka hati dorang..

    ReplyDelete
  6. tory burch outlet, http://www.toryburch.in.net/
    denver broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    lacoste polo shirts, http://www.lacostepoloshirts.cc/
    christian louboutin outlet, http://www.christianlouboutinonline.us.com/
    fred perry shirts, http://www.fredperrypoloshirts.com/
    nike air max shoes, http://www.nikeairmaxshoess.co.uk/
    michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com/
    insanity, http://www.insanityworkout.us.com/
    michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com/
    mcm backpack, http://www.mcm.in.net/
    marc jacobs, http://www.marcjacobs.cc/
    cheap nfl jerseys, http://www.cheap-nfljersey.us.com/
    kansas city chiefs jerseys, http://www.kansascitychiefs.us/
    nike air huarache, http://www.nikeairhuarache.org.uk/
    true religion jeans, http://www.truereligionjeansoutlets.us.com/
    nike air max 2015, http://www.airmax2015.com/
    ghd uk, http://www.ghdhairstraightenerssale.co.uk/
    louis vuitton outlet, http://www.louisvuittonus.us.com/
    marc jacobs outlet, http://www.marcjacobs.cc/
    broncos jerseys, http://www.denverbroncos.org/
    oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesoutlets.us.com/
    oklahoma city thunder, http://www.thunderjerseystore.com/
    cheap jordans, http://www.cheapjordans.us.org/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlauren-outletonline.co.uk/
    nfl jersey wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    ray ban sunglasses outlet, http://www.raybansunglass.us.com/
    supra footwear, http://www.suprashoes.us.com/
    hermes belt, http://www.hermesbelts.us/
    gucci,borse gucci,gucci sito ufficiale,gucci outlet
    the north face outlet, http://www.northface-outlet.cc/
    2015912caihuali

    ReplyDelete