29 November 2012

Soalan untuk para suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Malam tadi berjaya jugak pasukan Harimau Malaya memberikan senyuman kepada peminat peminat bolasepak negara dengan mengalahkan Laos 4 -1.

Pejam celik pejam celik dah hampir 20 hari cuti sekolah berlalu. Walaupun tak pergi mengajar ke sekolah tapi kelas tambahan persendirian masih lagi berjalan. Walau begitu masih jugak ada lebihan masa untuk diluangkan bersama isteri tercinta dan anak anak.


Ada satu persoalan buat kaum lelaki terutama yang bergelar suami. Sebelum tu, bayangkan situasi lebih kurang macam ni. 

Setelah penat dengan rutin kerja sepanjang minggu, anda diberikan cuti rehat sebanyak dua hari. Malamnya anda meluangkan masa bermain bersama anak anak hingga lewat malam memandangkan keesokkan harinya anda tidak perlu berkerja.

Sebelum melelapkan mata, anda sudah membayangkan untuk menikmati hari cuti anda keesokkan harinya. Namun apabila bangun pagi tu, tiba tiba isteri kesayangan anda 'memohon cuti' untuk satu hari dari melakukan kerja kerja rumah.


Apakah reaksi anda wahai para suami apabila menghadapi keadaan sebegini ? 
  1. Pura-pura demam.
  2. Bagi alasan kononnya ada urusan penting diluar.
  3. Biar je rumah bersepah, pakaian boleh hantar ke dobi, makanan beli je kat kedai mamak.
  4. Berjanji dengan diri sendiri takkan bagitau kat isteri bila dapat cuti lagi lain kali.
  5. Terus ceraikan isteri tu talak 100.
Tu contoh jawapan je. Bak kata orang, kaum lelaki ni egonya tinggi. Sebab tu nak tau jugak apa la agaknya reaksi kaum lelaki terutamanya yang bergelar suami andainya berhadapan situasi sebegini.

Bagi rakan rakan yang belum bergelar suami pun boleh jugak nak berkongsi rasa dengan ikhlas. Sekurang kurangnya andai banyak pendapat yang dapat dikongsikan, pasti boleh dijadikan manfaat dalam kehidupan.




27 November 2012

Menang Samsung Galaxy S3 pulak

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Demam iPhone 5 gadget impian masih lagi berbahang dikalangan rakan rakan blogger.

Berbagai cara dan kaedah digunakan para peserta untuk mendapatkan klik +1 dan menempatkan entri penyertaan dimukasurat pertama enjin carian google. Memang agak mencabar tugasan yang diberikan terutama pada blogger yang baru bertatih tatih dalam dunia blogging.

Namun apa yang penting, banyak ilmu dan kemahiran yang boleh diperolehi dari penyertaan kontest melibatkan SEO macam ni. Lagipun bukan calang calang taruhannya. iPhone 5 keluaran Apple bakal dimenangi.


Tapi...dalam berusaha untuk mendapatkan iPhone 5 gadget impian ni rasanya tak salah untuk aku mengajak rakan rakan lain merebut peluang mendapatkan gadget lain walaupun bukan sehebat iPhone 5 tu.

Ada masa lebih kurang dua minggu lagi. Bermakna tinggal lagi dua Samsung Galaxy S III untuk direbutkan. Kontest dari syarikat Pilot Pen menawarkan hadiah berupa telefon bimbit Samsung Galaxy S III.

Penyertaannya sangat mudah. Cuma klik pada gambar iklan dibawah dan jawab soalan mudah giler. Murah rezeki, Samsung Galaxy S III mungkin boleh dimenangi. 


Bukan nak curang pada iPhone 5 yang menjadi gadget impian. Rezeki tu kan Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba ni kena la berusaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Kalau ada gadget canggih ni, baru la boleh jadi blogger on the go.

Tarikh akhir peraduan ni pada 14 Disember 2012. Jadi sementara berkesempatan ni, tunggu apa lagi. 



24 November 2012

Membina jenama blog @ Denaihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah nampaknya kemungkinan petang ni cuaca di Ipoh tidak hujan. Boleh la nak bawak keluarga beriadah kalau cuaca baik macam ni.

Hari ni masih lagi untuk calon calon peserta iPhone 5 gadget impian berkempen mendapatkan klik google +1 terbanyak untuk entri penyertaan iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati dan menempatkan blog dipaparan pertama carian google.


Sebagai salah seorang calon terpilih, aku dapat merasakan sedikit impak dari penyertaan sebegini. Selain dari impak peningkatan trafik, dapat jugak impak untuk mendalami seni berblogging tu sendiri.

Sedikit kelainan yang dibawakan oleh penganjur dalam kontest kali ni antaranya adalah dengan meletakkan syarat kepada calon calon agar mengumpulkan klik google +1 terbanyak bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Kebiasaan dahulu kebanyakannya meminta untuk mendapatkan undian 'like' facebook atau retweet terbanyak, kali ni memang mencabar bila memerlukan klik google +1 terbanyak kerana tak mungkin satu individu boleh nak melakukannya berkali kali kecuali beliau memiliki berbagai akaun.

Berbagai juga kaedah yang boleh dilihat melalui kontest iPhone 5 gadget impian yang dianjurkan ni. Ada peserta yang menganjurkan kontest bagi mendapatkan klik google +1 terbanyak. Ada juga yang berkerjasama sesama peserta untuk saling klik google +1 pada entri penyertaan. Ada juga yang mengharap rakan lain klik tapi dia tak klik pun pada penyertaan rakan tu.


Apa pun dalam dunia blogging ni bak kata Denaihati, membina jenama itu adalah salah satu aspek penting. Dengan menggunakan fungsi perkongsian  google +1 juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan jenama yang sedang kita bina.

Penyertaan dalam kontest sebegini memang banyak kelebihannya terutama bagi penulis blog yang baru bertatih seperti aku untuk menimba ilmu ilmu dalam blogging ni. 






22 November 2012

Jangan jadi ketam

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat hidup aman damai di negara Malaysia ni walaupun berbagai pertelingkahan kedengaran di sana sini namun tiada berlaku peperangan seperti mana yang berlaku di Semenanjung Gaza dimana saudara seagama kita diperangi dengan dahsyatnya.


Terkadang pernah juga terlintas dalam fikiran apakah generasi anak anak kita, cucu cucu kita nanti berpeluang untuk hidup aman seperti kita sekarang ni ? Dengan berbagai kisah keruntuhan moral dan akhlak berleluasa walaupun kita hidup aman makmur.

Apakah kita hanya mengharapkan kepada pemerintah untuk memperuntukkan undang undang agar dipatuhi di masa akan datang ? Janganlah kita terlalu  menaruh harapan terhadap undang undang andainya kita tidak memulakannya dari diri kita sendiri dalam mendidik generasi akan datang.

Sebagai ibu bapa, adakah kita sudah memberikan contoh yang terbaik untuk anak anak kita teladani ? Atau kita cuma mengarahkan mereka menurut perintah tanpa kita sendiri melakukan apa yang diarahkan itu ?


Aku sendiri selalu berjumpa dengan beberapa individu sebegini. Mereka sering mengharapkan anak anak mereka menjadi insan yang baik dan soleh. Tidak meninggalkan solat, pandai mengaji Al Quran dan sebagainya.

Namun diri mereka sendiri tenggelam dalam kealpaan dunia. Apakah kita terlupa dengan ungkapan "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus" ? 

Jangan kita lupa, anak anak kita tu lahir dengan fitrah yang sangat suci. Pemikiran mereka sangat bersih. Kita sebagai ibu bapalah yang bakal mencorakkan mereka untuk menjadi apa kemudian hari.

Patutkah kita menyuruh anak anak kita mendirikan solat sedangkan kita sendiri mengabaikan solat ? Patutkah kita memaksa anak anak kita pandai mengaji Al Quran sedangkan kita sendiri tak kenal huruf huruf dalam Al Quran tu sendiri ? 


Jadilah 'role model' yang terbaik untuk anak anak kita. Biarlah walaupun dahulunya kita bukanlah insan yang baik di mata masyarakat namun bila mula bergelar ibu bapa, usahakanlah untuk menjadi ikutan yang terbaik buat generasi yang lahir dari darah daging kita sendiri.

Ingatlah, andai kita hidup hanya mengharapkan dunia semata mata maka di dunia sajalah pencapaian kita tu. Jadilah hamba Allah yang mementingkan akhirat tanpa melupakan kehidupan dunia agar kita dapat memperolehi kebaikan di dunia dan kelebihan di akhirat.

Jangan sampai tiba satu masa nanti anak cucu kita akan menyalahkan kita bila kehidupan mereka menjadi tunggang langgang. Ingat tu, siapa lagi yang kita nak harapkan kalau bukan diri kita sendiri. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk semua. 



p/s : Masih lagi ada masa untuk rakan rakan yang belum memberikan penambahan google +1 dalam entri iPhone 5 gadget impian disini berbuat demikian. Segala sokongan dan bantuan rakan rakan semua amatlah dihargai.




21 November 2012

Penangan iPhone 5 Gadget Impian

  4 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung tidak kira dimana saja pelusuk dunia ni anda berada mudah mudahan Allah memberkati dan merahmati kehidupan kita.

Hari ni takde entri bergambar rabu tanpa kata kata. Semuanya penangan kontest anjuran Denaihati, iPhone 5 gadget impian tu. Tapi bukanlah disebabkan kontest tu membuatkan hari rabu kali ni tiba tiba berkata kata pulak.


Ini adalah kontest ketiga yang aku sertai dari anjuran Denaihati. Kontest pertama masa demam EURO-UEFA 2012 tu aku berjaya memiliki t-shirt Denaihati.

Kali kedua pulak menyertai carian trafik google melalui entri "10 entri terbaik Denaihati" dan alhamdulillah murah rezeki jugak walaupun hanya berjaya menduduki muka ketiga carian google.

Dan kini menyahut cabaran untuk kontest iPhone 5 gadget impian pulak. Memang tak dapat aku nafikan, dengan mengikuti kontest sebegini membuatkan kedudukan alexa ranking blog aku ni ada peningkatan positif.



Walaupun aku bukan la dah sampai tahap pengejar trafik namun bila tengok reputasi blog kita sendiri semakin baik, sekurang kurangnya menaikkan semangat untuk terus berkongsi di alam maya ni.

Kontest iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati kali ni boleh dikatakan agak mencabar jugak. Cabaran G +1 tu boleh kata agak merunsingkan para peserta tambahan pulak pemilik blog baru merangkak macam aku punya ni. 


Tapi namanya pun cabaran, dah tentu la tak kira status apa pun boleh je nak mencabarkan diri. Biarpun bagi yang blognya berstatus macam 'selebriti' mempunyai peluang yang lebih cerah [mungkin] namun bagi blog orang awam cam aku punya ni boleh jugak mendapat tempias selebriti tu bila difikir-fikirkan kelebihannya.

Buat rakan rakan pengunjung yang ingin turut memberikan sokongan dengan berkongsikan entri iPhone 5 gadget impian tu dengan satu klik pada G +1 yang terdapat pada entri tersebut bolehlah berbuat demikian hingga tarikh akhir cabaran pada 24 November ni dan kerjasama rakan rakan semua amatlah dihargai.




18 November 2012

Aku terima nikahnya

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua beroleh rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

Biasanya di negara kita ni bila tiba je musim cuti sekolah pastinya akan penuh dengan jemputan jemputan kenduri terutamanya kenduri kahwin. Masa ni memang pendaftar pernikahan atau lebih dikenali dengan panggilan tok kadi akan senyum melebar la sebab poket penuh sentiasa.

Bagi pasangan yang bakal bertukar status menjadi suami isteri setelah sah dinikahkan pulak pastinya perasaan bercampur baur. Lebih lebih lagi bagi pihak lelaki terutamanya sewaktu akad nikah.


Memang bagi yang belum menghadapinya tu boleh la memberikan pandangan tapi bagi yang sudah mengalaminya tu pasti lebih mengerti perasaan sebenar apabila tiba saat ijab qabul tu.

Cuma haruslah kita yang lelaki ni ingat sentiasa. Apabila kita melafazkan perkataan "aku terima nikahnya ..." tu bermakna kita sudah bersedia untuk  melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan apabila bergelar suami.

Rakan rakan yang sudah bergelar suami atau isteri pastinya ada pengalaman tersendiri ketika majlis ijab qabul yang semestinya menjadi kenangan seumur hidup. Lain pula andai ada yang bercadang untuk bersalaman dengan tok kadi untuk kali kedua, ketiga atau seterusnya.

Apa pun buat bakal bakal suami isteri terutamanya bakal suami tu, tuntutlah ilmu buat persiapan diri untuk menjadi pemimpin keluarga. Bila nak tiba hari ijab qabul tu pulak, tenang tenangkan diri agar tidak nanti tersasul atau tergagap pulak.

Sebelum menutup biaca entri hari ni, apa kata kita tonton sikit rakaman akad nikah yang sungguh menggelikan hati ni. Sekadar untuk hiburan semata mata.







16 November 2012

Bersediakah untuk berhijrah ?

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah di hari jumaat yang mulia ni.

Kita sudah memasuki tahun baru hijrah 1434. Sambutannya tidak segalak sambutan tahun baru masihi yang rata rata diraikan secara habis habisan. Namun apalah maknanya andai tahun baru itu tidak membawakan apa apa perubahan berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanakah penghijrahan kita sempena bermulanya tahun baru hijrah ni ? Adakah kita tiada berazam sempena masuknya tahun baru hijrah ni ? Apakah tiada tanda aras yang ingin kita capaikan ?


Hijrah seharusnya perpindahan atau perubahan ke arah yang lebih baik dari tahap sebelumnya. Bukan pula sebaliknya. Ianya juga boleh menjadi tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan berbagai nikmat yang dapat kita kecapi.

Andai sebelum ini kita seorang yang jarang bersolat diawal waktu, apa salahnya kita berhijrah menjadi seorang yang memelihara waktu solatnya dengan bersegera solat diawal waktu.

Andai sebelum ini kita hanya melaksanakan puasa wajib dibulan Ramdhan semata mata, apa salahnya kita berhijrah dengan meningkatkan amalan puasa kita dengan berpuasa sunat.

Andai sebelum ini kita jarang berzikir dan beristighfar, apa salahnya kita berhijrah membiasakan lidah dan bibir kita sentiasa membanyakkan zikir dan istighfar.


Cukup rasanya dengan hanya sedikit perumpamaan atau contoh sebagai panduan untuk kita hijrahkan diri menjadi yang lebih baik. Memang kalau nak melakukan penghijrahan secara drastik belum tentu kita mampu, jadi biarlah kita mulakan dengan usaha sedikit demi sedikit dan yang penting biarlah berterusan istiqomahnya.

Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk menghijrahkan diri dari tampuk lama ke arah yang lebih baik dimasa hadapan ?



15 November 2012

Bila cuti sekolah

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah kita sekarang sudah menganjak ke tahun baru hijrah. Apa azam untuk tahun baru ni ?

Bila dah cuti sekolah ni, lebih masa untuk berada di rumah bersama isteri dan anak anak. Dapat juga la membantu isteri dengan kerja kerja mengemas rumah, memasak dan melayan anak. 


Mengemas rumah tu tak dapat jugak nak buat secara keseluruhan. Faham faham je la bila ada anak kecik kat rumah. Pagi dikemaskan, menjelang tengahari dah penuh dengan barangan permainan dan sebagainya. 

Selain mengemas, mengutip pakaian pakaian untuk dibasuh, selesai dibasuh (oleh mesin basuh) kemudiannya dijemurkan pula diampaian. Bila dah kering akan dikutip sebelum dilipat oleh isteri sebab katanya lipatan pakaian yang aku buat tak cantik. Hahaha..

Kerja dapur pulak lansung tak jadi masalah. Alhamdulillah dengan pengalaman sepuluh tahun berkerja dalam bidang masakan dan kerja kerja dapur, lansung tak kekok untuk menyediakan juadah santapan keluarga.

Bab melayan anak pulak memang agak memenatkan sikit. Maklum la karenah anak ni bukan boleh nak ditahan tahan. Kecuali la anak tu robot yang boleh menurut apa saja arahan. 


Macam anak anak kami ni, yang sulung tu alhamdulillah sudah boleh menurut kata dan mudah untuk diuruskan. Tapi yang bongsu tu terkadang agak sukar jugak untuk memahami kehendaknya.

Bila nak tidur pasti nak mencari mama dia. Kecuali kalau waktu dia terlalu penat, mudah sikit la aku nak mendodoikan sampai terlena. Kalau tidak, pasti menangis mencari mama dia sampaikan kalau mama dia hilang sebentar ke tandas pun menangis tak henti.

Apa pun, bila berpeluang meluangkan masa ni tak lain tak bukan yang terbaik adalah meluangkan masa bersama keluarga. 




14 November 2012

13 November 2012

Ubahsuai

  11 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dari Allah dan beroleh keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.

Tiba tiba terasa nak menukar paparan lain pulak. Dan masih lagi dalam proses untuk susun atur dan ubah suai yang belum selesai. Sehari dua ni memang sedikit sibuk dengan bermain kod kod html dan widget.


Alhamdulillah sabtu lepas sudah selesai majlis perasmian bangunan sekolah dan hari anugerah kecemerlangan akademik berserta majlis khatam Al Quran yang diadakan kat sekolah tempat aku mengajar tu.

Dan secara rasminya bermula jugak la cuti dari mengajar di sekolah tu hingga la sesi persekolahan 2013 bermula. Tapi walaupun cuti dari mengajar kat sekolah, ada jugak tugasan tugasan yang perlu aku selesaikan dalam waktu bercuti ni.

InsyaAllah ada kelapangan nanti pasti aku akan kunjungi blog rakan rakan lain seperti selalu. Dan pastinya ada banyak cerita yang akan dikongsikan bersama nanti. 



09 November 2012

iPod Shuffle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Hari ni dah masuk hari terakhir persekolahan bagi sesi 2012. Cuti sakan la anak anak yang bersekolah tu.

Dan insyaAllah esok akan diadakan majlis hari kecemerlangan akademik, majlis khatam Al Quran berserta majlis perasmian bangunan sekolah tempat aku menyampaikan ilmu tu yang akan disempurnakan oleh Dato' Seri Ahmad Husni Mohammad Hanadzlah.

Semalam setelah berkali kali menuntut, baru la sampai hak milik yang dimenangi tu. Kalau ingat lagi, aku pernah bagitahu dalam satu entri tentang P1 memilih aku sebagai pemenang cabutan bertuah untuk memenangi iPod Shuffle.


Punya la lama aku menunggu sampai rasa macam dah kena panggilan hangit pulak. Sebulan kemudian selepas aku terima panggilan pengumuman tu, aku menghantar satu email untuk bertanyakan status sebenarnya.

Setelah menerima email balasan yang mengatakan akan menyiasat perkara tersebut, aku menanti lagi. Dan terasa seperti kes aduan aku tu tidak diperdulikan pulak.

Sampai la aku 'bising' dekat laman facebook P1 dan disusuli dengan email berunsur sindiran, pagi rabu lepas aku mendapat panggilan dari pihak P1. Itu pun dengan beberapa penafian kononnya pihak mereka sudah beberapa kali menghantarkan email untuk aku tapi tiada sebarang maklumbalas dari aku sendiri.

Aku kalau bab bukan salah kita tapi kesalahan tu diletakkan atas kita memang boleh hangin satu badan. Sudahnya selepas aku 'membebel' pagi rabu tu, pegawai P1 yang menghubungi aku tu terus meminta alamat pengesahan untuk menghantar hadiah yang aku menangi tu.


Dan sekarang ni, iPod Shuffle yang aku menangi tu sudah menjadi milik anak sulung aku sebab aku bukan rajin sangat nak sumbat telinga dengar audio lagu atau sebagainya tu.

Terima kasih aku ucapkan buat pihak P1 yang sudi memilih aku sebagai salah seorang pemenang cabutan bertuah dan sudi melayan karenah aku sebagai pelanggan yang tidak berpuas hati.

Pengajarannya, kalau dah boleh telefon je bagitau pasal menang apa benda pun dan pasti pulak tu yang menjawab telefon tu adalah pemenangnya, tak payah la menyusahkan diri pulak nak mintak alamat guna email. Kan senang kalau terus catat je masa buat panggilan tu.

Lepas ni nak tunggu tugasan seterusnya pulak untuk tugasan gadget impian kelolaan blog Denaihati. iPod Shuffle dah jadi milik aku. Tak pernah pernah termimpi dapat nak memiliki jenama apple. Mana la tahu, gadget impian berbentuk sebuah iPhone 5 bakal dimenangi pulak. 



05 November 2012

Sekolah jagaan anak anak ?

  5 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua memperolehi keberkatan dalam hidup dan dirahmati Allah.

Sekarang ni sudah memasuki minggu terakhir sesi persekolahan bagi tahun 2012. Agak mendebarkan bagi calon calon yang menduduki peperiksaan UPSR kerana keputusan UPSR akan diumumkan.


Dan lebih mendebarkan lagi buat calon calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Apa yang penting andainya sudah mantap dengan persediaan awal pastinya tiada masalah untuk menghadapi apa juga soalan.

Manakala bagi pelajar pelajar yang tidak terlibat dengan menanti keputusan peperiksaan dan bakal menduduki peperiksaan pastinya hari terakhir persekolahan adalah hari yang sangat dinanti nantikan.

InsyaAllah sekolah dimana aku diamanahkan untuk menyampaikan ilmu kepada anak anak sekolah rendah juga akan bercuti sakan. Ada jugak yang belum mula cuti sekolah pun dah buat cuti sendiri.

Dalam keseronokan cuti sekolah ni, mungkin ada jugak yang berasa susah hati. Terutama pada ibu bapa yang berkerja sepanjang hari. Kalau sebelum ni kebanyakan waktu siang untuk anak anak tu dihantarkan saje ke sekolah. 

Pagi bersekolah kebangsaan, petang pulak bersekolah agama. Kalau yang memang menghantar anak ke sekolah pagi dan petang tu bagi mengisikan rohani anak dengan ilmu ilmu yang berguna buat masa hadapannya tu takpe jugak.


Tapi ada jugak sebahagian yang menghantar anak ke sekolah terutamanya sekolah agama pagi dan petang kerana alasan mudah agar anak tidak berseorangan di rumah tanpa penjaga. Golongan macam ni pastinya sedikit susah hati bila tiba cuti sekolah.

Anak anak mereka belajar atau tidak, lulus peperiksaan atau tidak lansung tak ambil peduli. Dengan yuran bulanan sekitar RM15, mana nak cari 'pusat jagaan kanak kanak' yang semurah macam ni ?

Dan kebiasaannya golongan ibu bapa macam ni, anak anak mereka yang cukup 'bermasalah' bila di sekolah. Kaki ponteng, kaki langgar displin sekolah dan sebagainya. Anak belajar atau tak, tu semua belakang kira.

Jangan macam tu. Sekolah tu kan tempat untuk menimba ilmu. Bukan tempat untuk meletak anak. Betulkan niat, buat transformasi jiwa. Jangan jadikan anak anak mangsa keadaan.