16 November 2012

Bersediakah untuk berhijrah ?

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah di hari jumaat yang mulia ni.

Kita sudah memasuki tahun baru hijrah 1434. Sambutannya tidak segalak sambutan tahun baru masihi yang rata rata diraikan secara habis habisan. Namun apalah maknanya andai tahun baru itu tidak membawakan apa apa perubahan berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanakah penghijrahan kita sempena bermulanya tahun baru hijrah ni ? Adakah kita tiada berazam sempena masuknya tahun baru hijrah ni ? Apakah tiada tanda aras yang ingin kita capaikan ?


Hijrah seharusnya perpindahan atau perubahan ke arah yang lebih baik dari tahap sebelumnya. Bukan pula sebaliknya. Ianya juga boleh menjadi tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan berbagai nikmat yang dapat kita kecapi.

Andai sebelum ini kita seorang yang jarang bersolat diawal waktu, apa salahnya kita berhijrah menjadi seorang yang memelihara waktu solatnya dengan bersegera solat diawal waktu.

Andai sebelum ini kita hanya melaksanakan puasa wajib dibulan Ramdhan semata mata, apa salahnya kita berhijrah dengan meningkatkan amalan puasa kita dengan berpuasa sunat.

Andai sebelum ini kita jarang berzikir dan beristighfar, apa salahnya kita berhijrah membiasakan lidah dan bibir kita sentiasa membanyakkan zikir dan istighfar.


Cukup rasanya dengan hanya sedikit perumpamaan atau contoh sebagai panduan untuk kita hijrahkan diri menjadi yang lebih baik. Memang kalau nak melakukan penghijrahan secara drastik belum tentu kita mampu, jadi biarlah kita mulakan dengan usaha sedikit demi sedikit dan yang penting biarlah berterusan istiqomahnya.

Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk menghijrahkan diri dari tampuk lama ke arah yang lebih baik dimasa hadapan ?



6 comments:

  1. Hijrah ke arah kebaikan, perlu sentiasa dibuat..

    ReplyDelete
  2. Kalau tunggu sampai bila. Mahu tak mahu perlu perubahan walaupun impaknya kecil.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...berhijrah ke arah kebaikan adalah baikkan...:)

    ReplyDelete
  4. @Daddy Ziyyad

    ada sesetengah orang yang nak berubah jadi baik pun tak nak..

    ReplyDelete
  5. @akubiomed

    bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit

    ReplyDelete
  6. @maszull

    waalaikumsalam mama maszull..

    kalau boleh setiap masa menuju kebaikan je..

    ReplyDelete