15 November 2012

Bila cuti sekolah

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah kita sekarang sudah menganjak ke tahun baru hijrah. Apa azam untuk tahun baru ni ?

Bila dah cuti sekolah ni, lebih masa untuk berada di rumah bersama isteri dan anak anak. Dapat juga la membantu isteri dengan kerja kerja mengemas rumah, memasak dan melayan anak. 


Mengemas rumah tu tak dapat jugak nak buat secara keseluruhan. Faham faham je la bila ada anak kecik kat rumah. Pagi dikemaskan, menjelang tengahari dah penuh dengan barangan permainan dan sebagainya. 

Selain mengemas, mengutip pakaian pakaian untuk dibasuh, selesai dibasuh (oleh mesin basuh) kemudiannya dijemurkan pula diampaian. Bila dah kering akan dikutip sebelum dilipat oleh isteri sebab katanya lipatan pakaian yang aku buat tak cantik. Hahaha..

Kerja dapur pulak lansung tak jadi masalah. Alhamdulillah dengan pengalaman sepuluh tahun berkerja dalam bidang masakan dan kerja kerja dapur, lansung tak kekok untuk menyediakan juadah santapan keluarga.

Bab melayan anak pulak memang agak memenatkan sikit. Maklum la karenah anak ni bukan boleh nak ditahan tahan. Kecuali la anak tu robot yang boleh menurut apa saja arahan. 


Macam anak anak kami ni, yang sulung tu alhamdulillah sudah boleh menurut kata dan mudah untuk diuruskan. Tapi yang bongsu tu terkadang agak sukar jugak untuk memahami kehendaknya.

Bila nak tidur pasti nak mencari mama dia. Kecuali kalau waktu dia terlalu penat, mudah sikit la aku nak mendodoikan sampai terlena. Kalau tidak, pasti menangis mencari mama dia sampaikan kalau mama dia hilang sebentar ke tandas pun menangis tak henti.

Apa pun, bila berpeluang meluangkan masa ni tak lain tak bukan yang terbaik adalah meluangkan masa bersama keluarga. 




3 comments:

  1. Cuti sekolah bermula boleh suruh anak buat kerja rumah.

    ReplyDelete
  2. cuti sekolah adalah masa anak-anak happy..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...seronokkn melayan keletah anak2 ni walaupun penat tapi hati gembira melihat mereka membesar di depan mata...:)

    ReplyDelete