24 November 2012

Membina jenama blog @ Denaihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah nampaknya kemungkinan petang ni cuaca di Ipoh tidak hujan. Boleh la nak bawak keluarga beriadah kalau cuaca baik macam ni.

Hari ni masih lagi untuk calon calon peserta iPhone 5 gadget impian berkempen mendapatkan klik google +1 terbanyak untuk entri penyertaan iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati dan menempatkan blog dipaparan pertama carian google.


Sebagai salah seorang calon terpilih, aku dapat merasakan sedikit impak dari penyertaan sebegini. Selain dari impak peningkatan trafik, dapat jugak impak untuk mendalami seni berblogging tu sendiri.

Sedikit kelainan yang dibawakan oleh penganjur dalam kontest kali ni antaranya adalah dengan meletakkan syarat kepada calon calon agar mengumpulkan klik google +1 terbanyak bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Kebiasaan dahulu kebanyakannya meminta untuk mendapatkan undian 'like' facebook atau retweet terbanyak, kali ni memang mencabar bila memerlukan klik google +1 terbanyak kerana tak mungkin satu individu boleh nak melakukannya berkali kali kecuali beliau memiliki berbagai akaun.

Berbagai juga kaedah yang boleh dilihat melalui kontest iPhone 5 gadget impian yang dianjurkan ni. Ada peserta yang menganjurkan kontest bagi mendapatkan klik google +1 terbanyak. Ada juga yang berkerjasama sesama peserta untuk saling klik google +1 pada entri penyertaan. Ada juga yang mengharap rakan lain klik tapi dia tak klik pun pada penyertaan rakan tu.


Apa pun dalam dunia blogging ni bak kata Denaihati, membina jenama itu adalah salah satu aspek penting. Dengan menggunakan fungsi perkongsian  google +1 juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan jenama yang sedang kita bina.

Penyertaan dalam kontest sebegini memang banyak kelebihannya terutama bagi penulis blog yang baru bertatih seperti aku untuk menimba ilmu ilmu dalam blogging ni. 






8 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....selamat berjaya yer...:)

    ReplyDelete
  2. join contest cmni mmg byk kelebihannya..boleh bina network lebih besar dikalangan blogger...

    ReplyDelete
  3. Google+ fungsinya hampir sama dengan Facebook like. Ramai yang lebih biasa gunakan Facebook like.

    ReplyDelete
  4. mmg de efek join contest blogger2 otai ni.. trafik pun masyuk jer.. hehe

    ReplyDelete
  5. hello,
    selamat berjaya untuk contest ini, banyak kelebihan menyertai contest blogger popular.

    ReplyDelete
  6. Setuju tu. Selain limpahan traffik, seni blogging tu yg penting.

    Sekarang dah makin rajin nak klik g+1, tweet dan like...hehe

    ReplyDelete