21 November 2012

Penangan iPhone 5 Gadget Impian

  4 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung tidak kira dimana saja pelusuk dunia ni anda berada mudah mudahan Allah memberkati dan merahmati kehidupan kita.

Hari ni takde entri bergambar rabu tanpa kata kata. Semuanya penangan kontest anjuran Denaihati, iPhone 5 gadget impian tu. Tapi bukanlah disebabkan kontest tu membuatkan hari rabu kali ni tiba tiba berkata kata pulak.


Ini adalah kontest ketiga yang aku sertai dari anjuran Denaihati. Kontest pertama masa demam EURO-UEFA 2012 tu aku berjaya memiliki t-shirt Denaihati.

Kali kedua pulak menyertai carian trafik google melalui entri "10 entri terbaik Denaihati" dan alhamdulillah murah rezeki jugak walaupun hanya berjaya menduduki muka ketiga carian google.

Dan kini menyahut cabaran untuk kontest iPhone 5 gadget impian pulak. Memang tak dapat aku nafikan, dengan mengikuti kontest sebegini membuatkan kedudukan alexa ranking blog aku ni ada peningkatan positif.



Walaupun aku bukan la dah sampai tahap pengejar trafik namun bila tengok reputasi blog kita sendiri semakin baik, sekurang kurangnya menaikkan semangat untuk terus berkongsi di alam maya ni.

Kontest iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati kali ni boleh dikatakan agak mencabar jugak. Cabaran G +1 tu boleh kata agak merunsingkan para peserta tambahan pulak pemilik blog baru merangkak macam aku punya ni. 


Tapi namanya pun cabaran, dah tentu la tak kira status apa pun boleh je nak mencabarkan diri. Biarpun bagi yang blognya berstatus macam 'selebriti' mempunyai peluang yang lebih cerah [mungkin] namun bagi blog orang awam cam aku punya ni boleh jugak mendapat tempias selebriti tu bila difikir-fikirkan kelebihannya.

Buat rakan rakan pengunjung yang ingin turut memberikan sokongan dengan berkongsikan entri iPhone 5 gadget impian tu dengan satu klik pada G +1 yang terdapat pada entri tersebut bolehlah berbuat demikian hingga tarikh akhir cabaran pada 24 November ni dan kerjasama rakan rakan semua amatlah dihargai.




4 comments:

  1. lau join contest dari blog otai2 ni, memang trafik masuk byk, itu antara kebaikan tu..

    cuma, diri sendiri malas nak join, padahal iphone ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Dah klik G+1 buat anda, moga anda klik juga buat saya.
    Terbaiklah entri anda, Good Luck.

    ReplyDelete
  3. Memang hebat penangan iPhone 5 sebagai taruhan contest. :-)

    ReplyDelete