29 November 2012

Soalan untuk para suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Malam tadi berjaya jugak pasukan Harimau Malaya memberikan senyuman kepada peminat peminat bolasepak negara dengan mengalahkan Laos 4 -1.

Pejam celik pejam celik dah hampir 20 hari cuti sekolah berlalu. Walaupun tak pergi mengajar ke sekolah tapi kelas tambahan persendirian masih lagi berjalan. Walau begitu masih jugak ada lebihan masa untuk diluangkan bersama isteri tercinta dan anak anak.


Ada satu persoalan buat kaum lelaki terutama yang bergelar suami. Sebelum tu, bayangkan situasi lebih kurang macam ni. 

Setelah penat dengan rutin kerja sepanjang minggu, anda diberikan cuti rehat sebanyak dua hari. Malamnya anda meluangkan masa bermain bersama anak anak hingga lewat malam memandangkan keesokkan harinya anda tidak perlu berkerja.

Sebelum melelapkan mata, anda sudah membayangkan untuk menikmati hari cuti anda keesokkan harinya. Namun apabila bangun pagi tu, tiba tiba isteri kesayangan anda 'memohon cuti' untuk satu hari dari melakukan kerja kerja rumah.


Apakah reaksi anda wahai para suami apabila menghadapi keadaan sebegini ? 
  1. Pura-pura demam.
  2. Bagi alasan kononnya ada urusan penting diluar.
  3. Biar je rumah bersepah, pakaian boleh hantar ke dobi, makanan beli je kat kedai mamak.
  4. Berjanji dengan diri sendiri takkan bagitau kat isteri bila dapat cuti lagi lain kali.
  5. Terus ceraikan isteri tu talak 100.
Tu contoh jawapan je. Bak kata orang, kaum lelaki ni egonya tinggi. Sebab tu nak tau jugak apa la agaknya reaksi kaum lelaki terutamanya yang bergelar suami andainya berhadapan situasi sebegini.

Bagi rakan rakan yang belum bergelar suami pun boleh jugak nak berkongsi rasa dengan ikhlas. Sekurang kurangnya andai banyak pendapat yang dapat dikongsikan, pasti boleh dijadikan manfaat dalam kehidupan.




13 comments:

  1. tanya kat husben..

    dier ckp...
    ok hney..x payah masak ,keje umah pun x yah buat..

    kiter makan kat luar..
    pastu yg kemas2 umah tu hari esok nyer leh buat..sbb mohon cuti sehari jek..hhuhu..

    kurang asam...hihihi

    ReplyDelete
  2. hahahaha..sampai nak kena ceraikan isteri tak menahan tu..haahahaha...

    nak kena kahwin dulu baru tau nak bagi jawapan ape..hehehee

    ReplyDelete
  3. @Gadis
    hahaha..kira win-win situation la tu..

    ReplyDelete
  4. Payah juga hendak jawab soalan ini nanti kantoi pula. :-)

    ReplyDelete
  5. @akubiomed
    hahaha..apa salahnya kalau nak berkongsi pengalaman dan pendapat bro..

    ReplyDelete
  6. mintak 1 hari cuti, beri 4 hari tanpa record....heee

    ReplyDelete
  7. @Denaihati wah, bagus ni.. nasib baik tak dapat seminggu terus..

    ReplyDelete
  8. de ke ek? lau mintak cuti, biasa nya tak leh duduk rumah, lau duduk rumah, jawabnya nak juga buat kerja rumah.. tak leh la.. tak tau la..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum pipoq...kesian nyer kalau ada suami yg mcm ni kan kesian la kat isteri dia..apa salahnya kalau cuti sesamakan itu lebih baik boleh tolong menolong...;)

    ReplyDelete
  10. As salam,
    Adui, tak pernah lagi alami situasi camni.

    Agaknya, kenalah sama2 cuti dan sama2 makan kat luar...win-win...hehe

    ReplyDelete
  11. lagi dia melompat seronok..sebab boleh buat apa dia suka bersepah kat dapur..hahaha

    ReplyDelete