31 December 2012

Entri terakhir 2012

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Tinggal berapa ratus minit saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2012 dan insya-ALLAH akan melangkah ke tahun 2013 pula.

Di malam ambang sambutan tahun baru 2013 ni aku sekeluarga duduk-duduk berehat di rumah je. Sejak pagi tadi cuaca di Ipoh kurang cerah. Mendung dan hujan sekali sekala. 


Kebetulan pula anak sulung aku kurang sihat. Selsema dan batuk pulak melanda secara tiba-tiba. Bila anak jatuh sakit memang pastinya sebagai ibu bapa takkan senang hati.

Esok pagi pulak akan diadakan sesi pendaftaran untuk pelajar baru dan lama sesi 2013 di sekolah tempat aku mengajar. Kemungkinan besar akan berlanjutan hingga ke petang.

Hasrat nak menulis setiap hari belum kecapaian, mungkin boleh diteruskan bermula 1 Januari 2013. Mungkin akan ada beberapa peningkatan pada blog aku ni secara berperingkat. Mudah mudahan semuanya dipermudahkan ALLAH.




iPhone 5 Gadget Impian

  145 Komen    
label: 
iPhone 5 gadget impian. Kontest anjuran Denaihati yang sekarang ni hangat diperkatakan dikalangan blogger blogger Asia. Dan tak dapat aku nafikan, antara kata kunci terhangat dalam permainan SEO dipenghujung tahun ni tak lain tak bukan pastinya iPhone 5 gadget impian.



iPhone 5 keluaran apple menjadi rebutan. Siapa yang tak nak andainya berpeluang untuk memilikinya secara percuma. Cuma perlu menyahut beberapa cabaran bentuk tugasan yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.

Tugasannya tampak mudah. Para peserta cuma perlu mengumpulkan sebanyak mungkin bilangan klik g+1 pada entri penyertaan dengan tajuk iPhone 5 gadget impian

Selain itu juga, para peserta perlu berusaha untuk menempatkan entri penyertaan berada ditempat 10 teratas dalam enjin carian google.com yang pastinya bukan sesuatu yang mudah jika tidak kena pada caranya.

Tugasan seterusnya memerlukan kekuatan rangkaian sokongan dari pelbagai sudut. Setiap peserta perlu mencari cara untuk berkempen bagi mendapatkan undian terbanyak. 

Di sini aku berkongsi beberapa pautan dari blog penganjur kontest berkenaan iPhone 5 yang menjadi bualan terhangat serata dunia.


Setelah lama peminat iPhone seluruh dunia ternanti-nantikan khabar berita tentang iPhone 5, akhirnya penantian menjadi kenyataan apabila berita pelancarannya akan diumumkan.

Tarikh 12 September pastinya menjadi tarikh keramat bagi peminat iPhone apabila pihak apple memilih tarikh tersebut untuk pertama kalinya menayangkan seterusnya melancarkan iPhone 5 kepada umum.



Kepada anti-iPhone fans pastinya ada yang menjebik bibir dengan spesifikasi iPhone 5 yang dikeluarkan. Namun bukan bagi peminat tegar iPhone, pasti ianya yang terbaik untuk mereka.

Andai dikatakan telefon pintar lain lebih hebat dari iPhone 5 dari segi perisiannya, tetapi mungkin dari segi ketahanannya tiada yang se'super' iPhone 5.

Sungguh tak dikata. Belum pun pelancaran iPhone 5 di Malaysia namun rezeki sahabat kita ni sangat murah. Siapa sangka tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia letaknya dihati.

Apakah perbezaan antara iPhone yang terdapat disetiap negara di dunia ni ? Itulah persoalan yang perlu kita tahu sebagai pengguna. Kalau nak tahu, klik saja pautan di atas.



Disinilah segalanya bermula. iPhone 5 menjadi impian. Belum pun iPhone 5 dilancarkan di Malaysia namun ianya sudah menjadi  rebutan.

Setelah pensyaratan awal dipenuhi, hanya 85 yang terpilih untuk meneruskan cabaran. Keterujaan semakin meningkat namun adakah kesemuanya mampu berjuang tanpa kalah ?

Bermulanya cabaran G+1, cabaran SEO dan undian pembaca. Walaupun terdapat sedikit perbalahan mengenai G+1 akibat pengurangan jumlah klik  secara tiba-tiba namun bak kata penganjur, "Never give up!" 

Hebat kerana masih bertahan. Hebat kerana masih berjuang. Hebat kerana terus menyahut cabaran. Hebat kerana tidak putus asa dalam menggapai impian.

Pembakar semangat juang para peserta untuk terus berjuang. Tidak cukup dengan iPhone 5, bertambah lagi ganjaran menantikan peserta yang gigih berusaha menjadi yang terhebat.






Andainya iPhone 5 yang menjadi rebutan ni ditakdirkan menjadi milik aku, pastinya banyak manfaat yang boleh aku dapat darinya. Selain dari boleh menjadi seorang blogger yang 'on the go', pastinya ada aplikasi aplikasi yang boleh memudahkan aku mendapatkan bahan bahan rujukan apabila keluar bertugas.

Andai pula ditakdirkan ianya bukan menjadi milik aku, segala ilmu dan pengalaman dalam melangkah menjadi blogger terhebat pastinya dapat aku manfaatkan untuk meningkatkan kualiti dalam dunia blogging.

Dengan ini diharapkan rakan rakan dapat membantu bersama sama berkongsikan entri ini melalui klik g+1 yang ada diakhir entri ini atau yang terdapat dirangkaian perkongsian sosial disebelah kiri blog ini.  Mana la tau murah rezeki boleh dapat iPhone 5 secara percuma dari blog Denaihati. 

Bagi pengetahuan semua rakan rakan pengunjung, contest iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati ini ditaja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Noehas.com, Anarm.netServerfreak.com dan Denai.my.







26 December 2012

1.3 juta dalam masa tiga hari

  7 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah dalam apa juga kebaikan yang kita kerjakan.

Buat rakan rakan di kawasan Pantai Timur Semenanjung yang mungkin anda sendiri atau ada ahli keluarga yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda, bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Demam iPhone 5 gadget impian berterusan melarat hingga ke penghujung tahun 2012 apabila penganjur melanjutkan tarikh akhir untuk menyelesaikan tugasan.



Dengan berbaki kurang satu minggu ditambah dengan bermulanya tugasan kerja untuk menghadapi sesi bermulanya persekolahan 2013, mungkin dapat juga meneruskan usaha akhir untuk menempatkan diri diantara pencarian blogger terhebat.

Dalam entri yang INI aku ada berkongsi sedikit kesan setelah bertukar nama domain dari [dot] blogspot kepada [dot] my. Terutamanya kedudukan di alexa dan pastinya enjin carian google.


Kedudukan sebelum bertukar domain
Nak kata kedudukan ranking di alexa sebelum aku bertukar domain tu hebat sangat pun tidak juga. Tapi kenaikan yang dikecapi tu agak baik juga untuk blog yang tak berapa popular macam blog aku ni. 


Kedudukan selepas bertukar domain
Bila bertukar je domain, punya la jauh tercampak oleh alexa tu. Memang kedudukannya macam blog yang baru berusia sehari. Dan lebih menggugat apabila index google juga terkesan dari penukaran domain tu sendiri.


Kedudukan seterusnya di alexa
Namun alhamdulillah seperti kata kata semangat dari rakan rakan blogger lain bahawa keadaan sebegitu hanya sementara. Memang aku tak nafikan hanya dalam masa tiga hari, blog aku telah berjaya melangkaui kedudukan 1.3 juta blog lain dalam dunia ni. 


Kedudukan selepas hari ketiga berada dalam alexa
Dan bukan tu je. Apa yang aku dapat perhatikan, aktiviti pengiklanan dari pihak Nuffnang jugak sedikit rancak walaupun aku tak pernah bercerita atau berhikayat tentang Nuffnang ni. 

Alhamdulillah semua tu rezeki yang tidak disangka-sangka. Kalau boleh, teringin nak menjadi seperti blogger INI yang tak putus-putus berkongsi rezeki dengan rakan rakan blogger.



23 December 2012

Bertukar domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan beroleh keberkatan dari Allah dalam apa juga perkara baik yang kita kerjakan.

Alhamdulillah setelah mencecah tahun kedua menceburkan diri dalam dunia blogging, bermula dari bulan November 2010 hinggalah ke hari ini, terdapat beberapa perubahan dan peningkatan telah aku lakukan dan pastinya ia sebagai penambahbaikan blog aku ni sendiri.


Sejarah penceburan aku di dalam perkongsian minda melalui dunia maya ni sebenarnya sudah agak lama jugak. Aku mula berkenalan dengan penulisan di alam maya ni sejak tahun 2004 dimana ketika itu aku menggunakan khidmat geocities.yahoo.com.

Tidak lama kemudian aku beralih menggunakan perkhidmatan dari blogdrive pulak. Namun disebabkan kesibukan masa berkerja dan jarang sangat nak mengemaskini, aku mengambil keputusan untuk menutup laman jurnal tersebut.

Dan setelah aku memiliki sebuah komputer riba sendiri (sebelum tu guna perkhidmatan kafe siber je) ditambah dengan pendaftaran talian internet (aku memilih perkhidmatan dari P1) maka semangat untuk berkongsi minda di alam maya kembali mekar.

Bermula kembali kali ini dengan menggunakan platform blogspot pula. Walaupun terasa sedikit sukar untuk mendapatkan kembali momentum perkongsian minda melalui dunia alam maya ni namun dengan adanya sokongan dari isteri tercinta membuatkan aku cuba untuk terus komitmen.


Alhamdulillah setelah hampir dua tahun cuba untuk kembali aktif, ada juga rezekinya. Antaranya sedikit pendapatan dari Nuffnang Malaysia. Memang tak banyak mana pun berbanding blogger lain tapi ini antara bukti dengan blogging juga boleh mendatangkan pendapatan.

Itu tak termasuk lagi beberapa cenderahati melalui penyertaan GA dan beberapa kontest yang dianjurkan oleh rakan rakan blogger dan yang terkini dan terpanas tak lain tak bukan kontest iPhone 5 gadget impian yang bakal berakhir esok.

Dan perubahan yang paling terkini kalau ada yang sedar, nama domain blog aku ni sudah berubah dari pipoq [dot] blogspot kepada pipoq [dot] my. Terima kasih dan penghargaan aku ucapkan untuk blogger INI kerana sudi berkongsi rezeki untuk rakan rakan lain.

Ranking alexa domain pipoq.blogspot.com

Ranking alexa domain pipoq.my

Memang dengan perubahan nama domain blog aku ni sedikit sebanyak menggangu perjalanan blog aku ketika menggunakan [dot] blogspot. Kedudukan di alexa sudah pastinya menjunam jauh. Paling terkesan apabila ianya juga turut mempengaruhi enjin carian google yang pastinya menjejaskan penyertaan aku dalam kontest iPhone 5 gadget impian.

Adakah itu satu kesilapan ? Hidup berani untuk gagal. Tujuan utama aku berblogging bukan untuk mengejar kemahsyuran tapi mengharapkan perkongsian yang diterbitkan dapat memberi manfaat berpanjangan. 

Insya-ALLAH mungkin selepas ni boleh pulak bertukar hosting andai ada rezeki. Sebelum itu, sedang berkira-kira untuk memiliki gadget yang membolehkan aku menjadi seorang blogger on the go. Nak jadi pemenang utama kontest iPhone 5 gadget impian memang kontroversi kalau tiba tiba aku menang. 

Sampai bila akan terus bertahan blog ni dalam talian ? Insya-ALLAH selama mana ianya tidak digodam atau disekat oleh mana mana pihak, selama itu ianya akan terus berkesinambungan.




21 December 2012

Aku dan pen

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang sudi meluangkan sedikit masa ke sini mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Masih ingat lagi tak waktu sekolah rendah dulu, antara tajuk karangan yang menjadi pilihan mesti ada yang memilih "Aku sebatang pen". Dan termasuk la aku sendiri yang pernah jugak menggunakan tajuk sedemikian.

Cuma yang agak menghairankan sedikit, kebanyakan karangan yang melibatkan fantasi diri menjadi sesuatu objek pastinya akan berakhir dengan penyudah yang menyedihkan. Jarang sekali karangan berbentuk sebegitu berakhir dengan penyudah yang menggembirakan.

Penglibatan hidup aku dengan pen secara rasminya bermula sejak berada ditahun lima sekolah rendah. Seronoknya bila cikgu mula mengizinkan para pelajar menggunakan pen untuk menulis dalam buku latihan.

Sejak dari hari itu, memang pelbagai jenis pen yang aku gunakan. Dari pen mata bola hinggalah pen berdakwat cecair. Dan menjadi salah satu kegemaran aku untuk mencuba pen keluaran terbaru tidak kiralah walau apa jenamanya yang dijual dinegara kita ni. Tapi kalau pen yang harganya mengalahkan nilai isian kegunaan minyak petrol motorsikal aku untuk seminggu tu memang terkecuali la.


Dan yang terbaru ni aku mencuba pen keluaran Pilot yang dinamakan wingel. Sebelum ni aku pernah juga menggunakan pen siri dakwat gel keluaran Pilot. Antaranya Pilot G-1, G-2 dan Dr Grip. 

Bagi seorang pengguna pen macam aku ni, ada beberapa ciri yang perlu ada pada sebatang pen apabila digunakan untuk menulis. Biasanya tabiat kita ni bila nak membeli pen, kita hanya mencuba samada pen yang bakal dibeli itu mengeluarkan dakwat atau tidak.

Setelah menggunakannya untuk beberapa ketika, pasti terkadang akan terasa beberapa masalah seperti ada yang tak kena dengan pen yang dibeli. Mungkin reka bentuk pen tu kurang sesuai dengan jari kita. Mungkin juga kualitinya tidak sebagus apa yang diiklankan.

Kerjaya sebagai seorang pendidik ni memang banyak memerlukan penggunaan pen samada untuk membuat catitan dalam buku persediaan mengajar ataupun menulis nota pelajaran untuk kelas. Jadi sebab itu aku perlukan keserasian bila memilih pen.

Buat masa ni keserasian aku bersama pen Pilot wingel masih belum mencapai tahap maksimum. Maklum saja la cuti sekolah ni kurang sikit menulis. Namun begitu setakat ni pencapaian pen Pilot wingel masih memuaskan hati aku.

Dengan rekabentuk yang mesra genggaman, dakwat yang tidak comot, tiada masalah 'kehilangan' dakwat apabila menulis laju dan tiada masalah tompokan dakwat melimpah.

Ini hanyalah review pertama menggunakan pen Pilot wingel. Maknanya akan datang setelah aku berpeluang 'membelasah' pen Pilot wingel ni ke tahap penggunaan maksimum pastinya aku akan mengulas kembali prestasinya tidak kira samada yang baik atau buruk.


Dan kisah aku bersama sebatang pen ni tidak akan berakhir disini. Manalah tahu kisah ini akan berakhir dengan penyudah yang menggembirakan dimana pihak Pilot Pen Malaysia telah melanjutkan peraduan Wingel Wow Contest dan menawarkan iPad sebagai hadiah cabutan bertuah. 

Dikesempatan yang masih berbaki ni, cuba-cubalah klik pautan Wingel Wow Contest yang ada disebelah kanan blog ni atau hantarkan saja penyertaan anda semua melalui SINI. 

p/s : iPhone 5 gadget impian atau iPad dari Pilot Pen Malaysia ? Dua-dua pun aku dambakan. 






Kiamat sudah dekat ?

  8 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati walau dimana juga berada mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Tahun 2012 semakin nak menghampiri ke penghujungnya. Macam-macam perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012 termasuklah kontest iPhone 5 gadget impian. Selain dari peristiwa-peristiwa menggemparkan yang ditayangkan melalui media sepanjang tahun 2012 ni, bab pasal hari kiamat pun menjadi topik panas yang dikongsikan di sana sini.


Sebagai seorang muslim yang beriman, pastinya kita wajib percaya yakin dengan akan berlakunya hari kiamat tu. Dengan meyakini janji Allah akan berlakunya kiamat tu mudah mudahan kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Jangan sampai kita menjadi manusia yang terleka dan lalai dengan kehidupan dunia hingga terlupa akan hari yang dijanjikan. Sebagaimana kita sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi kehidupan dunia ni, seharusnya kita juga perlu sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi kehidupan akhirat kelak.

Aku ada seorang pelajar yang suka bertanyakan berkenaan hari kiamat. Selain dari bertanya secara terus, beliau juga mencari serba sedikit maklumat melalui bahan bacaan. Antara persoalan yang sering diulang-ulang ialah bila berlakunya hari kiamat tersebut.


Melalui bacaan penulisan manusia, terlalu banyak ramalan dan konspirasi berkenaan hari berlakunya kiamat ni hingga membuatkan tercalit sedikit kepercayaan dan menimbulkan ketakutan terhadap apa yang dicanangkan dihati manusia yang gelap hatinya.

Berbagai teori boleh kita lihat. Ramalan Nostradamus, ramalan dari kalendar orang-orang Mayan dan bermacam lagi tipu daya yang diserapkan dalam pemikiran manusia. Malah ada juga sebahagian manusia yang mengaku beriman tapi percaya dengan andaian yang dibuat oleh manusia, hingga terlupa pegangan yang sepatutnya dipegang iaitu apa yang terkandung di dalam Al Quran dan hadis Nabi SAW.

Lebih menyedihkan, sebilangan manusia yang berhasrat untuk 'selamat' dari hari kiamat. Ada yang mengatakan mereka itu bijak kerana bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat dengan persiapan yang lengkap. 

Selalu aku berpesan pada anak-anak murid yang aku curahkan ilmu kepada mereka, kita sebagai umat Islam tidak perlu takut sedikitpun dengan hari kiamat. Biarlah bila dan bagaimana pun berlakunya hari kiamat tu, kerana tunjang keimanan kita antaranya adalah mempercayai akan hari akhirat tu sendiri.

Apa yang perlu kita khuatir ? Apa yang perlu kita risau ? Apa yang perlu kita takut ? Mati itu pasti, hidup pula insya-ALLAH. Kalau terasa hidup dan diri kita tak cukup dan belum bersedia untuk menghadapinya, tunggu apa lagi ? 


Selagi pintu taubat masih luas terbuka. Selagi rahmat Allah boleh diraih. Selagi nyawa masih dikandung badan. Kerana itu Allah merahsiakan bila berlakunya hari kiamat tu agar kita sentiasa bersegera berusaha menjadi hambaNYA yang paling bertaqwa.

Jangan kerana kita leka dan lalai dengan dunia, kita melupakan jarak waktu yang dikurniakan Allah untuk menyedari tujuan kita didatangkan ke dunia ni. Dan jangan pula kelak kita menyesali kealpaan kita apabila masa yang ada sudah tidak berguna lagi.

Dan ingat, Allah tidak sekali-kali pernah berbuat aniaya terhadap hamba-hambaNYA kecuali mereka sendiri yang menganiaya diri sendiri.


p/s : Dulu masa remaja suka layan band Tiamat.





16 December 2012

Kemalangan : Apa puncanya ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam apa juga yang kita lakukan.

Beberapa hari lepas aku ada terbaca dalam akhbar berkenaan peratusan kemalangan jalanraya di negara kita ni dimana 87% adalah berpunca dari sikap pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.


Memang tak dapat nak dinafikan kalau diletakkan puncanya 100% adalah dari kecuaian dan kesilapan manusia yang bergelar pemandu atau pengguna atau penyelenggara atau pembina jalanraya itu sendiri.

Namun begitu sebagai makhluk yang terbaik diciptakan Allah dengan memiliki akal fikiran melebihi dari makhluk yang lain, gunakanlah akal kurniaan Allah itu dengan sebaik mungkin.

Aku juga salah seorang pemandu dan pengguna jalanraya. Alhamdulillah sejak dari menjadi penumpang, kemudian memandu sendiri bermula dari kayuhan basikal seterusnya kenderaan berenjin, belum pernah lagi terlibat dalam kemalangan ngeri kecuali beberapa kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan parah.

Bagaimanapun aku pernah menyaksikan sendiri beberapa siri kemalangan berlaku di depan mata. Termasuklah beberapa siri hampir terjadinya kemalangan dan pastinya semua berpunca dari kecuaian dan kesilapan pemandu atau pengguna jalanraya itu sendiri.

Adakah jalanraya di negara kita benar benar tidak selamat ? Atau apakah pemandu atau pengguna jalanraya di negara kita memang tidak berhemah ? 



14 December 2012

Apple iPad gadget impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Sedikit mengecewakan apabila pasukan Harimau Malaya tewas 0 -  kepada pasukan Thailand.

Lebih mengecewakan apabila Samsung Galaxy S3 sudah kehabisan menjadi milik para peserta yang bertuah dalam peraduan Wingel Wow Contest anjuran Pilot Pen Malaysia. Nampak gayanya mungkin selepas ini perlu mandi bunga setiap hari.

Namun begitu sepertimana semangat iPhone 5 gadget impian yang takkan begitu mudah berputus asa hingga ke langkah terakhir, begitu juga semangat yang perlu ada dalam meneruskan penyertaan Wingel Wow Contest.


Berikutan sambutan menggalakkan yang diterima dalam penyertaan Wingel Wow Contest yang sepatutnya berakhir pada hari ini, pihak Pilot Pen Malaysia dengan berbesar hati melanjutkan tarikh tutup peraduan hingga 28 Disember 2012.

Bukan itu sahaja, malah sepanjang dua minggu ini pihak Pilot Pen Malaysia menawarkan dua buah iPad untuk dimenangi. Hanya perlu hantarkan penyertaan dan menjawab dua soalan mudah sahaja dan mungkin salah satu iPad bakal menjadi milik anda.


Untuk menyertai peraduan Wingel Wow Contest anjuran Pilot Pen Malaysia ini, cuma klik banner peraduan yang terdapat dalam entri ini atau yang berada disebelah kanan blog. Selamat menyertai peraduan.




12 December 2012

10 December 2012

Gigi baru

  12 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah dalam perjalanan hidup kita di muka bumi ini.

Dalam sibuk-sibuk 'mengerjakan' tugasan kontest iPhone 5 gadget impian, sempena musim cuti sekolah ni ada jugak masa lebih untuk berjimba bersama keluarga. 


Pagi tadi berlanjutan sampai ke petang aku menghadiri seminar taklimat untuk guru-guru KAFA daerah Ipoh serta penyerahan surat lantikan guru KAFA dari pihak JAKIM.

Selepas gelincir matahari, hujan bercucuran turun membasahi bumi Ipoh. Boleh tahan lebat jugak. Sampai waktu aku menaip entri ni selepas usai solat isya pun masih lagi bergerimis kat luar sana tu.

Anak-anak pulak alhamdulillah sihat belaka. Anak yang sulung sekarang ni sudah mula banyak makannya. Kalau sebelum ni memang susuh sungguh nak menghabiskan sepinggan juadah.


Tak pasti la pulak kalau-kalau asbab aku memberikan pil vitamin C yang mengandungi lysine menyebabkan selera makannya lebih terbuka. Cuma terkadang tu nak menghabiskan satu juadah nasi pun sejam lebih.

Anak yang kedua tu pulak sekarang ni dah masuk bulan ke tujuh. Ligat sungguh bila dibiarkan tanpa dikendong. Tak sempat nak mengesot sudah terus merangkak. 

Sekarang ni pulak sudah mula bertatih berpaut pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya yang boleh dipaut berdiri. Tak cukup dengan tu, sudah pandai panjat memanjat lagi tu.

Dan yang paling terbaru, giginya sudah bertambah pulak. Kalau sebelum ni dua gigi bawah je yang tumbuh, sekarang ni gigi kapak sebelah atas sudah mula keluar.


Ganas dan gigih sungguh papa dan mama dia nak ambil gambar gigi barunya yang nak tumbuh keluar tu. Hehehe..Dan sekarang ni semakin besar selera makannya. 




09 December 2012

Tutorial untuk mengundi iPhone 5 gadget impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung didoakan mudah mudahan Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita di dunia ini insha'Allah.

Cabaran untuk melaksanakan tugasan iPhone 5 gadget impian amat hangat diperkatakan sekarang ni. Berbagai strategi dan taktik dikeluarkan oleh peserta-peserta yang terpilih. 

Namun dalam kemeriahan menjalankan tugasan yang diberikan, ada juga beberapa peserta terpilih yang menghentikan langkah setelah memasuki gelanggang.

Bagi peserta-peserta yang masih berjuang, semoga berjaya dalam perjuangan. Bak kata tuan penganjur, "Tiada yang mustahil dalam hidup ini, apa yang penting 'Never GIVE UP!'

Aku sendiri pun tak terkecuali dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dalam kontest iPhone 5 gadget impian ni. Aku sendiri akui memang agak sukar cabaran yang diberikan terutama bagi yang masih kecil liputan jaringan macam aku ni.

Tapi dah namanya pun cabaran, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kail panjang sejengkal, macam mana nak menduga di laut dalam. Dalam masa lebih kurang tiga minggu dari sekarang, kena la usaha gigih dalam menyahut cabaran iPhone 5 gadget impian ni.

Di bawah ni aku tunjukkan cara-cara atau tutorial untuk mengundi dan memberikan sokongan dalam cabaran iPhone 5 gadget impian terutama untuk blog aku ni la. 


Langkah pertama :

Mesti la kena masuk dulu ke blog aku ni. 


Langkah kedua :

Kalau rasa malas nak baca entri-entri menarik yang lain, terus je klik masuk entri yang bertajuk iPhone 5 gadget impian tu. 


Langkah ketiga :

Kalau rasa malas sangat nak baca sebab masuk pun cuma nak memberikan sokongan, klik je butang perkongsian sosial G +1 kat tepi tu. Kalau yang belum ada akaun gmail atau blogger tu, boleh la daftar sekejap secara percuma untuk memberikan sokongan.



 Langkah keempat :

Selepas selesai memberikan sokongan melalui perkongsian G +1 tu (pastikan butang g +1 tu bertukar menjadi warna merah), klik pulak kat pautan untuk mengundi dan memilih blog kegemaran.



Langkah kelima :

Dari situ, anda akan dibawa ke laman pendaftaran SPR ahli Denaihati Network (jika anda belum mendaftar). Mudah je, cuma masukkan nama ID pilihan dan alamat email untuk mendapatkan password untuk log masuk mengundi.


Langkah keenam :

Selesai mendaftar (5 saat je), periksa email yang dihantar dari pihak Denaihati Network, copy password yang diberikan dan pastekan pada ruangan untuk password tu selepas memasukkan nama ID yang dipilih tu kemudian tekan butang login.


Langkah ketujuh :

Anda akan dibawa ke laman profile pendaftaran dimana anda boleh mengubah suai profile anda terutamanya password yang diberikan bagi memudahkan anda untuk log masuk untuk mengundi dilain hari.


Langkah kelapan :

Selesai proses pendaftaran dan penukaran password baru, klik semula pautan untuk mengundi dan memilih blog kegemaran tu sekali lagi.


Langkah kesembilan :

Anda akan dibawa terus ke laman untuk memilih blog-blog kegemaran dan menghantar undian yang anda lakukan. Undi dari anda adalah rahsia kecuali anda sendiri yang memberitahu calon-calon tersebut.


Langkah kesepuluh :

Dari 85 blog yang tersenarai tu, pilih tiga blog yang anda rasa patut menang terutama sekali blog wajib pilih pipoq.blogspot.com tu kemudian klik butang hantar undian tu.


Langkah kesebelas :

Selesai mengundi, anda akan dimaklumkan bahawa undian anda sudah diterima dan selesailah tugasan anda sebagai penyokong untuk hari itu kerana anda dibenarkan untuk mengundi sehari sekali untuk 3 blog pilihan (terutamanya pipoq.blogspot.com la). 


Untuk mengundi hari berikutnya, anda cuma perlu ulangi dari langkah kelapan je selepas log masuk ke Denaihati Network

Diharapkan semua ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan semua faham dengan penjelasan yang aku berikan ni. Kalau ada pertanyaan tu jangan malu dan jangan segan untuk bertanya.

Anda semua juga digalakkan untuk mengajak, menjemput dan mempengaruhi saudara mara, sahabat handai dan kenalan tak kira dimana juga untuk sama-sama memberikan sokongan kepada blog pipoq.blogspot.com dan memeriahkan cabaran iPhone 5 gadget impian anjuran Denaihati ni.




03 December 2012

Undi saya untuk iPhone 5 gadget impian

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati lagi dikasihi mudah mudahan Allah merahmati dan memberkati setiap udara yang kita hirup setiap saat dan waktu sepanjang kehidupan di dunia ini.


Tugasan ketiga sudah bermula dalam cabaran merebut iPhone 5 gadget impian buat 85 peserta yang terpilih dari kontest anjuran Denaihati. Nampak mudah tapi cabarannya tetap ada.

Tugasan Ketiga
  • Peserta perlu menjemput rakan-rakan dan saudara mara yang dekat dan jauh untuk singgah blog Denaihati dan mengundi blog anda.
  • Pengundi boleh mengundi blog anda sehari sekali dan boleh diulang-ulang setiap hari sehingga tarikh akhir 24/12/12.
  • Pengundi boleh mengundi maksima 3 Blog pilihan setiap hari.
  • Pengundi MESTI menjadi ahli Denaihati Network kepada yang belum sila daftar/register di AHLI DENAIHATI NETWORK.
  • Tugas peserta adalah mengumpul undian terbanyak untuk blog anda.
Itulah tugasan ketiga yang perlu dilakukan oleh setiap peserta iPhone 5 gadget impian. Mendapatkan undian terbanyak untuk blog yang terpilih, terutama sekali blog aku, pipoq.blogspot.com

Klik button di bawah ini untuk memulakan undian. Untuk makluman, anda yang mahu mengundi akan dilencongkan ke laman mendaftar menjadi ahli Denaihati Network.


Jangan takut dan risau kerana ianya bukanlah satu skim cepat kaya atau memerlukan anda membayar apa apa yuran keahlian. Bagi yang pertama kali mendaftar, anda hanya perlu memasukkan nama ID dan alamat email yang sah.

Kemudian anda akan menerima katakunci untuk log masuk ke laman undian dan seterusnya anda boleh memilih blog pipoq.blogspot.com dan dua blog peserta lain sebagai tanda sokongan dalam cabaran merebut iPhone 5 gadget impian.


Dan jangan lupa, anda boleh mengundi setiap hari sehinggalah tamat cabaran pada jam 11.59PM 24 Disember 2012. Bagi blogger blogger yang nak merasai sama tempias peningkatan trafik penangan iPhone 5 gadget impian ini boleh la mempromosikan blog pipoq.blogspot.com yang pastinya kehangatannya turut dapat dirasai.