21 December 2012

Kiamat sudah dekat ?

  8 Komen    
label: ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati walau dimana juga berada mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Tahun 2012 semakin nak menghampiri ke penghujungnya. Macam-macam perkara dan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012 termasuklah kontest iPhone 5 gadget impian. Selain dari peristiwa-peristiwa menggemparkan yang ditayangkan melalui media sepanjang tahun 2012 ni, bab pasal hari kiamat pun menjadi topik panas yang dikongsikan di sana sini.


Sebagai seorang muslim yang beriman, pastinya kita wajib percaya yakin dengan akan berlakunya hari kiamat tu. Dengan meyakini janji Allah akan berlakunya kiamat tu mudah mudahan kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Jangan sampai kita menjadi manusia yang terleka dan lalai dengan kehidupan dunia hingga terlupa akan hari yang dijanjikan. Sebagaimana kita sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi kehidupan dunia ni, seharusnya kita juga perlu sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi kehidupan akhirat kelak.

Aku ada seorang pelajar yang suka bertanyakan berkenaan hari kiamat. Selain dari bertanya secara terus, beliau juga mencari serba sedikit maklumat melalui bahan bacaan. Antara persoalan yang sering diulang-ulang ialah bila berlakunya hari kiamat tersebut.


Melalui bacaan penulisan manusia, terlalu banyak ramalan dan konspirasi berkenaan hari berlakunya kiamat ni hingga membuatkan tercalit sedikit kepercayaan dan menimbulkan ketakutan terhadap apa yang dicanangkan dihati manusia yang gelap hatinya.

Berbagai teori boleh kita lihat. Ramalan Nostradamus, ramalan dari kalendar orang-orang Mayan dan bermacam lagi tipu daya yang diserapkan dalam pemikiran manusia. Malah ada juga sebahagian manusia yang mengaku beriman tapi percaya dengan andaian yang dibuat oleh manusia, hingga terlupa pegangan yang sepatutnya dipegang iaitu apa yang terkandung di dalam Al Quran dan hadis Nabi SAW.

Lebih menyedihkan, sebilangan manusia yang berhasrat untuk 'selamat' dari hari kiamat. Ada yang mengatakan mereka itu bijak kerana bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat dengan persiapan yang lengkap. 

Selalu aku berpesan pada anak-anak murid yang aku curahkan ilmu kepada mereka, kita sebagai umat Islam tidak perlu takut sedikitpun dengan hari kiamat. Biarlah bila dan bagaimana pun berlakunya hari kiamat tu, kerana tunjang keimanan kita antaranya adalah mempercayai akan hari akhirat tu sendiri.

Apa yang perlu kita khuatir ? Apa yang perlu kita risau ? Apa yang perlu kita takut ? Mati itu pasti, hidup pula insya-ALLAH. Kalau terasa hidup dan diri kita tak cukup dan belum bersedia untuk menghadapinya, tunggu apa lagi ? 


Selagi pintu taubat masih luas terbuka. Selagi rahmat Allah boleh diraih. Selagi nyawa masih dikandung badan. Kerana itu Allah merahsiakan bila berlakunya hari kiamat tu agar kita sentiasa bersegera berusaha menjadi hambaNYA yang paling bertaqwa.

Jangan kerana kita leka dan lalai dengan dunia, kita melupakan jarak waktu yang dikurniakan Allah untuk menyedari tujuan kita didatangkan ke dunia ni. Dan jangan pula kelak kita menyesali kealpaan kita apabila masa yang ada sudah tidak berguna lagi.

Dan ingat, Allah tidak sekali-kali pernah berbuat aniaya terhadap hamba-hambaNYA kecuali mereka sendiri yang menganiaya diri sendiri.


p/s : Dulu masa remaja suka layan band Tiamat.





8 comments:

  1. ramai juga yang tak sensitif isu² kiamat ni, depa buat main².

    Kiamat itu pasti cuma bila kita tak pasti. Hanya Allah yang tahu.

    ReplyDelete
  2. @cikgu Naman
    apa yang penting persediaan kita untuk menghadapinya..

    ReplyDelete
  3. Kiamat itu pasti hadir. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  4. saya sangat bersetuju dengan awak.. kiamat itu adalah rahsia Dia.. manusia mana mampu untuk meramal apa yang akan berlaku pada esok hari...

    ReplyDelete
  5. Tajuk khutbah Jumaat hari nipun sentuh pasal isu ni. Moga kita sama2 persiapkan diri utk bekalan kat sana...ameen

    ReplyDelete
  6. semua yg sebok2 pasal kiamat tu, takde pulak penuhkan masjid or duduk diam2 dlm umah beramal ibadah ek? redah jgk shopping complex sbb tak nak terlepas YES. T__T

    ReplyDelete