24 January 2013

Elakkan Kemalangan

  12 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Sejak dulu hingga sekarang kita selalu menggunakan ayat "malang tidak berbau' apabila berlaku sesuatu bencana terutamanya kemalangan di jalanraya.

Kalau dalam entri INI, rakan rakan memberikan respon bahawa antara punca utama berlakunya kemalangan itu adalah kerana sikap manusia itu sendiri. Memang susah nak dinafikan bahawa kerosakan itu kebanyakannya berpunca dari tangan kita jugak.

Untuk perkongsian hari ni, apa kata kita fikirkan bersama antara langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan agar boleh menjadi peringatan kita bersama.

Memandu dalam keadaan sihat

Cuba bayangkan kalau kita sedang demam, sakit perut, senggugut dan sebagainya tu kemudian memandu kenderaan. Kalau jarak perjalanan tu singkat mungkin kita masih boleh fokus pada pemanduan. Tapi kalau terpaksa memandu jauh dan mengambil masa, tersangkut pula dalam kesesakan lalu lintas, macam-macam perkara yang boleh terjadi bila hilang fokus.



Begitu juga bila kita merancang untuk melakukan satu perjalanan yang jauh. Walaupun kita tak demam dan sebagainya, andai kita disahkan penghidap penyakit darah tinggi, lemah jantung, epilepsi atau apa-apa penyakit yang memerlukan pengambilan ubatan secara berkala maka seeloknya elakkan dari memandu.

Perlu rehat yang mencukupi

Antara punca berlakunya kemalangan ialah apabila terlelap ketika memandu. Walaupun kita hanya terlelap 5 saat sudah cukup untuk meletakkan kita dalam keadaan yang sangat merbahaya. 

Ada yang memberikan alasan tidak perlu membuang masa berehat di perhentian yang disediakan kerana biar cepat sampai walaupun terpaksa menahan kelesuan sedikit.



Kalau bernasib baik, memang benar akan cepat sampai ke destinasi. Kalau kurang bernasib baik, cepat juga sampai ke wad kecemasan kerana menaiki ambulan dan andai lansung tak bernasib baik, cepat pula sampai ajalnya.

Kenali kenderaan anda

Ramai yang tak ambil kesah tentang 'berkenalan' dengan kenderaan yang kita pandu atas alasan sudah biasa memandu kenderaan tersebut. Tapi kita mungkin terlupa dengan keupayaan semasa kenderaan yang kita pandu tu. 

Mungkin benar kita baru menukar tayar tapi agaknya kita terlupa untuk memeriksa keadaan brek. Mungkin betul kita sudah memasang aksesori terkini dalam kenderaan kita tapi kita terlupa nak menukar mentol lampu yang terbakar.

Fahami keupayaan kenderaan anda

Bayangkan kalau kereta yang kecil tapi dilenjan seperti kereta lumba F1. Jangan sanggup keluar modal banyak untuk tukar enjin supaya boleh lebih laju tapi terlupa untuk menukar ciri-ciri keselamatan yang lain.



Eh, kalau nak keluarkan duit untuk tukar keseluruhan lebih baik beli saja kereta yang sebenar

Ada sebab kenapa dan mengapa pengeluar kereta membina dan meletakkan piawaian pada setiap produk yang dikeluarkan tu. Bayangkan kereta lumba F1 dipasang dengan enjin kancil 660.

bersambung ...




12 comments:

  1. betul tu bro saga 1.3 tak kan sama dengan saga 1.6 hehe

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkan punca kemalangan adalah berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.

    ReplyDelete
  3. sikap pemandu sebenarnya penyumbang terbesar kepada kemalangan jalan raya.. kecuaian..

    ReplyDelete
  4. keupayaan kenderaan?
    kadang2 memecut sampai lupa bawa kancil je..
    hehehehhe

    ReplyDelete
  5. kena ikut undang2 jalan raya juga.. jgn main langgar je lampu isyarat tu...

    ReplyDelete
  6. ramai orang kita tak kenal kemampuan kereta mereka.

    ReplyDelete
  7. pagi tadi ade berita, kemalangan disebabkan seekor katak..

    terkejut ada katak dalam kereta, terus tak bole kawal. bahaya juga kan

    ReplyDelete
  8. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete
  9. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete