17 January 2013

Melatih anak berdikari

  14 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Semalam entah mengapa tak dapat nak akses draft [dot] blogger. Nak kata talian tak lancar, laman lain tiada masalah pulak bila dibuka. Kesudahannya niat nak mengemaskini entri semalam terus terbantut.

Bagi individu yang bergelar ibu bapa, pastinya suasana membesarkan anak-anak menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti. 


Menjadi saksi bagi setiap perkembangan anak bermula dari dalam kandungan lagi hinggalah membesar dewasa. Pada peringkat awal, pastinya melatih anak untuk berdikari merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap ibu bapa.

Kami mungkin memulakan sesi latihan untuk anak yang sulung belajar berdikari agak lewat. Bermula dari usianya mencecah dua tahun dan pandai menyebut beberapa patah perkataan, kami ajarkannya untuk memberitahu kehendaknya seperti hendak makan, minum, tidur dan sebagainya.

Sewaktu usianya tiga tahun ketika kami hendak membiasakannya tidak memakai lampin pakai buang, kami ajarkan beberapa perkataan untuk dia mudah memberitahu samada hendak membuang air kecil atau besar selain membiasakan dia menggunakan tandas untuk melepaskan hajat.

Untuk rekod, anak sulung kami tidak pernah terbuang air ketika tidur siang mahupun malam kecuali sekali dua sewaktu dia tidak sihat. Memang pada awal sesi latihan tanpa lampin pakai buang tu, terdapat kerisauan dalam fikiran kami namun alhamdulillah prestasinya sangat membanggakan.


Malah kami juga membiasakan anak untuk melakukan sesuatu perkara dengan memberikan galakan dan kata-kata pujian apabila dia berjaya melakukan sesuatu seperti mengemas kembali alat permainannya, buku dan sebagainya.

Jangan terlalu menyekat perlakuan anak apabila mereka mula belajar untuk berimaginasi, menjelajah perkara baru dan mempamerkan bakat kreativiti mereka. Kita sebagai ibu bapa harus memantau dan membimbing supaya mereka dapat belajar sedikit demi sedikit.

Jangan terus marah bila anak melakukan kesilapan. Terangkan kepada mereka kenapa dan mengapa kita melarang mereka melakukan kesilapan tersebut. Dari situ insyaALLAH perlahan-lahan mereka boleh menjadi individu yang berdikari.




14 comments:

  1. Anak saya baby Aslah 2 tahun sudah mula belajar tiak pakai lampin pakai buang.

    ReplyDelete
  2. Benar, terlalu menyekat/mengongkong/menjakan anak, menyebabkan anak anak tak dapat berdikari...masalah bila mereka masuk ke sekolah kelak

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...betul2 tu...:)

    ReplyDelete
  4. bagus dapat ajar anak awal dah tak pakai lampin, jimat dan senang bila dah nak sek tadika nanti

    ReplyDelete
  5. kami pun ajar anak sulung bila rasa dia dah makin pandai.. mmg risau mula2 tu, nak2 bila mak ayah yg hantar ke taska, susah sikit nak ajar bab lampin tu.. kat rumah ok, tapi bila ke sekolah, cikgu pun pakaikan.. mmg susah sikit la..

    alhamdulillah, senang sgt2 nak ajar kakak bila sampai waktunya.. cuma kadang2 bila time manja je nak kena buatkan itu ini.. dan org kata, perempuan mmg senang sikit berdikari..

    ReplyDelete
  6. perlu ambil masa terkadang bila ibu sedia utk ank tukar tnpa pakai lampin tapi si anak msh tdk bersedia.

    yes! sb sy pernah baca beberpa buku ttg keibubapaan dan pengalam sekitar sy sndri.

    mendidik memerlukan kesabaran dlm sabar ada manisnya heee..

    ReplyDelete
  7. hmm..... entri ni buat den berfikir.. mampu kah den nak menjadi seorang ayah yang baik satu hari nanti ? nak mengajar anak bukanlah sesuatu yang mudah..

    ReplyDelete
  8. entahlah anak sulung aku dulu umur tiga tahun aku dah mula paksa-paksa tak pakai lampin waktu siang, tapi untuk anak no dua aku rileks je takde pun nak suruh-suruh tapi cakap adala

    ReplyDelete
  9. lagi satu, jangan bercakap pelat dengan anak kita... bila kita pelat, dia pon pelat.. he he

    ReplyDelete