04 January 2013

Practice make perfect

  6 Komen    
label: 
Hari pertama aku memulakan sesi pembelajaran semalam sangat menyeronokkan. Seronok melihatkan gelagat anak-anak murid baru aku tu terkesima bila aku sudah mula memberikan kerja latihan. 

Hanya satu matapelajaran yang aku mulakan semalam berserta kerja latihan. Dari 32 pelajar yang ada, cuma 6 orang yang gagal untuk menurut arahan menyiapkan kerja sebelum sesi persekolahan berakhir petang semalam.

Memang sedikit mencabar juga bila nak berhadapan dengan berbagai karenah dari lebih 30 pelajar berusia 10 tahun tu. Sedangkan di rumah untuk melayan karenah dua orang anak pun terkadang tak terlayan dibuatnya.


Dari 'ujian' awal yang aku lakukan semalam, sedikit sebanyak aku boleh mengetahui karekter dan keupayaan setiap pelajar dalam kelas aku tu walaupun aku belum dapat nak mengingati setiap nama mereka.

Sudah dapat dikesan siapa yang mampu berdikari, siapa yang bersungguh, siapa yang mengikut, siapa yang kaki tiru, siapa yang malu bertanya, siapa yang kaki main, siapa yang degil, siapa yang malas dan sebagainya.

Hari ni aku akan teruskan lagi dengan kerja-kerja latihan. Orang kata, "practice make perfect". Untuk kelas tahun 4 sesi 2013 ni, aku harap akan ada kenaikan peratus kecemerlangan dalam setiap ujian peperiksaan. 

Dan untuk itu, aku juga perlu melebihkan kerja menyiapkan nota-nota dan berbagai soalan dari semua matapelajaran. Sibuk ke nanti ? Sikit-sikit mungkin.





6 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...budak2 skg ni macam2 boleh dilakukan... :)

    ReplyDelete
  2. Seronok melihat gelagat anak-anak sekolah. Kita ketika masih kecil pun tidak banyak beza dengan mereka. :-)

    ReplyDelete
  3. Terbayang cabarannya tu bro..hadapi karenah kanak2 usia 10 tahun seramai 30 orang tu...:)

    ReplyDelete
  4. banyak gelagat..
    banyak juga cabarannya...
    yang penting, tugas mendidik tetap dilaksanakan..
    ehehehe

    ReplyDelete
  5. bukan senang nak jadi cikgu kan.. all d best.. selamat mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  6. No matter what type of Michael Kors Bags Outlet each individual got, they all had one thing in common. We all know that getting something on sale is like winning a mini lottery, but to find a name brand handbag like Michael Kors Black Friday Sale for instance, discounted is like a slice of heaven on earth. I have personally attacked my husband with hugs and kisses when finding Official Coach Outlet Online at discounted prices.

    Michael Kors Factory Outlet stores can be found in malls all over. MK Outlet and other Coach merchandise can also be found in some boutiques. Inspired by the same material baseball gloves are made from, these Coach Bags On Sale Online are versatile and stylish. Since it's conception, the Michael Kors Handbags Outlet has been produced into a variety of designs, colors, shapes, and styles that have won top pick of millions of women the world over.

    New Michael Kors Bags are the most sought after handbag. Since Coach Outlet Online is one of the most recognized name brands in the world of fashion, you will find A-list celebrities down to small girls wearing them.

    tags:Coach Outlet|Coach Bags Factory Outlet|Coach Purses Outlet

    ReplyDelete