27 February 2013

25 February 2013

Pure Marine Collagen

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan mendapat keberkatan dari ALLAH dalam apa juga amalan baik yang kita lakukan.

Pure marine collagen (PMC) atau kolagen laut asli sudah pasti bukan lagi menjadi satu subjek yang asing bagi kebanyakan wanita mahupun lelaki di negara kita. 



Selain digunakan sebagai salah satu produk kecantikan, PMC ini juga sangat sesuai untuk diambil oleh lelaki dan wanita tidak kira peringkat usia sebagai sumber nutrisi tambahan yang sangat hebat.

Dengan kandungan kolagen yang lebih tinggi berbanding sirip ikan yu, kandungan kalsium 37 kali ganda melebihi hati ikan dan sifatnya sebagai antioksida yang lebih kuat dari vitamin C.

Pelbagai mineral, berprotein tinggi, kaya dengan vitamin dan iodin malah mengandungi pelbagai enzim laut seperti kolagen, kalium, kalsium, zat besi dan magnesium menjadikan PMC antara produk pilihan untuk kesihatan dan kecantikan.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk PMC ini atau berminat untuk menjadi pengedar, boleh la menghubungi rakan aku di Miya Pure Marine Collagen. Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan PMC juga boleh bertanyakan terus kepada beliau. 



24 February 2013

iPhone 5 termurah

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Demam iPhone 5 sudah lama berlalu. Para pemenang pun sudah merasai nikmat menggunakan gadget impian masing-masing. Bagi yang tidak berjaya merangkul hadiah utama macam aku, kalau berkenan sangat kena la mengumpul wang yang mencukupi untuk memilikinya.


Dan kemungkinan waktu wang yang dikumpul sudah mencukupi, keluar pulak model terbaru. Diketika inilah kebijaksanaan untuk mempergunakan wang simpanan boleh dipraktikkan.

Dalam masa yang sama juga, ketika pengeluar-pengeluar gadget berteknologi masing-masing sibuk menaiktaraf produk mereka atau mengeluarkan berbagai model terbaru, banyak juga produk tiruan membanjiri pasaran.

Kalau suatu masa dahulu kebanyakan produk tiruan hanya boleh didapati dalam pasaran gelap, namun sekarang ini ianya didedahkan tanpa segan silu tanpa sedikit pun memikirkan perasaan pengeluar yang asli.

Berbalik kepada iPhone 5, mungkin ramai dari kita yang sedar terdapat satu pengeluar yang berani mengklonkan iPhone 5. Walaupun ciri-cirinya tidak menepati ciri-ciri yang terdapat pada iPhone 5 asli namun mereka sangat berani meniru.


Dan yang paling terbaru berkaitan dengan iPhone 5 ni, hingga ada yang sanggup menjadikan iPhone 5 sebagai alas kaki. Ini bermakna iPhone 5 semakin mampu untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Tak perlu menabung lama untuk memilikinya. Malah mungkin boleh dimiliki oleh setiap ahli keluarga. Siapa sangka dengan kepakaran dan kejuruteraan yang tinggi, ada syarikat yang mampu menghasilkan produk iPhone 5 dalam skala yang sangat banyak dan dijual dengan harga yang sangat murah.

Apakah reaksi pengguna-pengguna iPhone 5 apabila produk bernama iPhone 5 dijadikan alas kaki ? Malah dijual dengan harga yang sangat murah ? Tanpa perlu memotong kad sim untuk menjadikannya kad sim nano. 

Ini bukan penipuan. Bukan juga mimpi. Ini adalah kenyataan. Dapatkan iPhone 5 dengan harga termurah. Nak tahu dimana korang boleh dapatkan iPhone 5 termurah ni ?  ...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan iPhone 5 dengan harga termurah ?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku temuinya di Billion Megoplex Ipoh.

|
|
|
|
|
|
|
|


Hahaha...jangan marah ye, gurau hujung minggu je.







21 February 2013

Jangan marah, jangan denda, jangan rotan

  17 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Malam semalam kami meraikan hari ulangtahun yang ke 7. Sepatutnya pada hari sabtu baru ni tapi entah macam mana boleh pulak terlupa. Kebetulan pulak isteri aku pun sama sama terlupa. 


Rasa macam baru berbulan madu tapi rupanya dah hampir sepuluh tahun kami bersama. Alhamdulillah sepanjang menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri, belum pernah lagi berlaku insiden tidak diingini. Kalau sesekali merajuk tu memang tak dapat nak dielakkan la.

Mudah mudahan perhubungan yang terbina ni akan terus berkekalan hingga ke akhirat sana. Untuk perkongsian bersama, nak mendapatkan 'sakinah' tu perlulah ada 'mawaddah' dan 'rahmah' dalam membina perhubungan keluarga.

Semalam waktu melayari facebook, aku tertarik pada satu perkongsian dari Kelab Guru Malaysia. Sewaktu aku menaip entri ini pun masih agak segar komen-komen yang masuk melalui perkongsian tersebut seperti dalam gambar bawah ni.


Cuba bayangkan anda adalah seorang guru. Datang ke sekolah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan ilmu. Katakanlah dalam satu kelas terdapat 35 orang murid secara purata.

Dari 35 orang murid dalam kelas tu terdapat beberapa murid yang tahap kenakalannya melebihi yang lain. Sewaktu anda mengajar, mereka berbual dibelakang. Apabila diberikan kerja rumah, sedikit pun tidak disiapkan. 

Adakah tindakan yang anda akan lakukan ? Adakah dengan lemah lembut anda akan membelai kepala anak murid tersebut lalu berkata, "silakanlah buat apa saja yang kamu suka".

Atau anda akan buat-buat tak nampak dan tidak memperdulikan mereka ? Dan tanpa rasa bersalah, cukup bulan bawa keluarga makan-makan dengan gaji yang diperolehi.


Aku tak pasti individu yang mengeluarkan kenyataan tu memang berniat mengugut guru-guru atau ianya dilakukan tanpa menggunakan pemikiran yang waras.

Aku tak nafikan terdapat satu fenomena pelik yang tak pernah berlaku pada zaman aku dulu tapi berlaku di zaman sekarang dimana waktu zaman aku dulu ibu bapa lebih mempercayai kata-kata guru tapi tidak mengenepikan aduan anak.

Sekarang ni terdapat ibu bapa yang terlalu mempercayai kata-kata anak mereka dan mengenepikan aduan dari guru. Siapa yang mengawal siapa sekarang ni ?

Memang tugas seorang guru itu adalah mendidik. Aku lebih suka menggunakan perkataan mendidik dan bukan mengajar kerana mendidik itu lebih mendalam maksudnya. 

Tapi bukanlah tanggungjawab mendidik itu terletak sepenuhnya ke atas bahu seorang guru semata-mata. Dalam mendidik ni, semua pihak perlu terlibat sama. 


Di sekolah sudah semestinya menjadi tanggungjawab kepada guru untuk memberikan didikan kepada anak-anak muridnya. Menghuraikan kefahaman agar anak-anak ini menyerap ilmu yang diterimanya.

Di rumah pula seharusnya menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memastikan didikan yang diterima anak-anak mereka itu ada hasilnya. Bukan menyerahkan sepenuhnya amanah itu kepada guru.

Aku percaya, individu yang mengeluarkan kenyataan seperti itu tidak pernah menyemak mata pelajaran anak mereka. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya. Pulang ke rumah masih sibuk dengan dunia sendiri. Dan mungkin tidak pernah sempat untuk bertemu dengan anak itu sendiri lalu membiarkan mereka dengan segala apa yang anak itu inginkan.

Bagi aku sebagai seorang pendidik, tak jadi masalah untuk aku tak marah, tak merotan, tak mengenakan tindakan displin dan sebagainya tu kalau anak murid malas belajar atau tak siapkan kerja rumah. Memang aku tak rugi apa-apa. 


Yang akan jadi manusia bebal itu adalah anak-anak mereka. Dan mungkin di masa akan datang Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menghapuskan perjawatan guru dan digantikan dengan pendidikan secara maya je. Dah tentu tak kena rotan, tak kena denda, tak kena marah dan tak dikenakan tindakan displin. 

Tapi satu perkara aku nak bagitau, jauh didasar lubuk hati aku sebagai seorang pendidik ada rasa risau, ada rasa sedih, ada rasa serba salah dan sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk membantu apabila berhadapan dengan anak-anak murid yang sedikit bermasalah.

Ada masa memang terpaksa marah. Ada masa memang terpaksa merotan. Ada masa memang terpaksa mendenda. Dan ada masa memang terpaksa mengenakan tindakan displin.

Pernah berlaku, pihak sekolah yang diserang ibu bapa pelajar kerana anak mereka dikenakan hukuman kerana anaknya degil dan nakal di sekolah. Namun menurut ibu bapanya, anaknya itu tidak pernah melawan kata bila di rumah.

Bila disiasat, rupanya pelajar itu adalah anak tunggal. Ibu bapanya memang tegas dan garang, malah keduanya berjawatan besar. Mungkin mereka terlupa, di dalam kelas yang diduduki anak mereka itu terdapat berpuluh-puluh lagi pemikiran dan karenah yang perlu ditangani oleh guru tersebut.

Dan hairannya, guru itu juga dipersalahkan kerana anak mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Sabar aje la wahai warga pendidik. Mendidik manusia ni memang mencabar. Mudah mudahan ilmu yang kita bekalkan tu menjadi 'dividen' berterusan bila kita dah meninggal kelak.





20 February 2013

19 February 2013

Batik ke Sabah

  17 Komen    
label: 
Assalamaualikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Petang hujung minggu yang lepas kami sekeluarga menjalankan satu misi yang diserahkan oleh mak mertua aku di Sabah sana tu. Sebenarnya sebelum cuti tahun baru cina minggu lepas lagi dah ada perbincangan berkenaan misi yang bakal dilakukan ni.

Disebabkan kami akan pulang bercuti ke Sabah masa cuti penggal pertama bulan Mac nanti, mak mertua aku suruh bawak kain sarung batik banyak-banyak sebab dia nak jual di sana nanti.

Misi bermula

Memang agak susah sikit nak mendapatkan kain batik dan sebagainya di sana dan kalau ada pun harganya mungkin sedikit mahal berbanding di sini. Mulanya mak mertua aku suruh cari ke Kelantan. Terus tengok di kilang katanya.

Dua hari dua malam jugak aku memikirkannya. Mesyuarat tergempar terpaksa aku adakan bersama isteri. Adakah perlu untuk kami mengadakan satu perjalanan menuju ke Pantai Timur dalam misi mencari kain batik ?

Banyak rintangan jugak yang perlu ditempuhi. Perjalanan untuk ke sana je sudah mengambil masa separuh hari. Penginapan lagi. Makan minum lagi. Karenah anak-anak lagi. Nak mencari lokasi lagi. Tu tak termasuk nak membandingkan harga dan kualiti kain antara pembekal, pengeluar dan pengilang.

Kesudahannya kami menjejakkan kaki ke pasaraya borong Mydin terbesar kat Ipoh ni. Kali terakhir aku memasuki pasaraya Mydin entah tahun bila aku sendiri pun tak ingat. Itu pun dengan keadaan yang sempit dan sesak. Mydin kat Jalan Masjid India tu la.

Tapi pasaraya Mydin yang terletak kat Meru, Ipoh ni memang luas. Sangat selesa untuk membawa anak-anak mahupun keluarga. Disebabkan kami mempunyai misi maka tak boleh la nak bersantai-santai.



Masuk je ke bahagian pakaian, rambang mata melihat lambakan kain sarung batik dan bermacam-macam sarung lagi. Nasib baik mak mertua aku tak ada bersama, kalau tak rasanya mesti terpaksa pasang khemah untuk bermalam.

Misi aku selain dari mencari-carikan barangan untuk dipilih semua oleh isteri aku, apa lagi kalau bukan membawa dua orang pengawal peribadi kecik aku tu berpusing-pusing bagi mengelakkan mereka kebosanan. 

Pengawal peribadi yang sudah kepenatan berkawal

Antara kepujian yang boleh aku nak kongsikan tentang pasaraya Mydin di Meru, Ipoh ni adalah kemudahan untuk pelanggan yang disediakan. Tandas boleh tahan selesa bersih dan terjaga.

Paling memuaskan hati ruangan solat yang sangat luas. Terasa macam berada dalam bangunan surau pulak. Tempat lain aku tak pasti la tapi memang aku akui surau pasaraya Mydin Meru, Ipoh adalah surau dalam pasaraya terluas dan selesa pernah aku masuk setakat ini.

Kawasan wajib singgah untuk anak aku
Disebabkan keadaan dan masa yang tidak begitu mengizinkan kami untuk berada lama di sana, maka agak banyak tempat jugak yang tak sempat untuk kami jelajahi. Mungkin dilain masa andai ke sana lagi akan aku kongsikan pengalamannya.

Apa pun misi pertama sudah tertunai. Cuma tunggu nak dibawa ke Sabah je nanti. Dan kemungkinan misi sebegini akan berulang lagi. Andai anda seorang pembekal yang boleh memberikan mak mertua aku kegembiraan (produk yang berkualiti, harga yang menarik), jangan malu-malu untuk memperkenalkan diri. 





15 February 2013

Perancangan kita vs Perancangan ALLAH

  16 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH dihari penghulu segala hari ini.

Kita sentiasa merancang. Dan semestinya dalam setiap apa juga yang kita lakukan, segalanya perlu ada perancangan. Malah bagi setiap apa yang terjadi juga segalanya telah dirancang.

Aku tidak malu untuk mengaku terkadang 'terlajak' subuh. Arwah mak aku dulu namakan situasi macam tu ialah subuh gajah. Walaupun sudah dikunci jam penggera namun terkadang tu terlepas jugak.


Kalau mendengar, tetapi dibuat tak dengar itu mungkin sudah 'dikencing' syaitan ke dalam lubang telinganya. Tapi bila tak dengar lansung, jelas sungguh apa yang kita rancang tidaklah sebaik yang telah dirancang.

Mungkin kita pernah terbangun di tengah malam. Walaupun baru melelapkan mata hanya satu jam tapi terasa seperti sudah puas tidur. Bila melihat ke arah jam, ternyata masih belum tiba masanya untuk bangun dari tidur seperti yang dirancangkan.

Dalam keadaan begitu, apakah yang biasanya kita lakukan ? Terus buka facebook untuk menaip status bahawa anda terbangun dari mimpi yang indah ? Pergi ke tandas lalu membuang air dan terus melelapkan mata semula ? 

Aku sendiri pun sering kali juga menghadapi keadaan sebegitu. Sedang enak dibuai mimpi, lalu terjaga dari lena. Bila melihat ke arah jam, rupanya masih awal. Lalu kebiasaannya aku akan tidur semula.

Itulah kekurangan apa yang kita rancangkan. Dan kita lupa, dalam kita merancang rupanya ALLAH juga ada perancangan untuk kita.

Di sini aku ingin sekali menawarkan satu tawaran hebat. Untuk diri aku sendiri dan untuk rakan rakan semua. Mudah mudahan ALLAH menambahkan keredhoanNYA dalam kehidupan kita.

Mungkin kita pernah terbaca, antara waktu yang mudah dimakbulkan doa adalah pada waktu di tengah malam, awal pagi ketika manusia kebanyakannya lena dibuai mimpi.


Kita mungkin bukan ahli ibadah yang sudah biasa dan tegar bangun setiap malam bertahajjud mengangkat tangan memohon doa kepada ALLAH. Namun mungkin kita tak sedar, kita diberikan peluang oleh ALLAH sekali sekala untuk bermunajat kepadaNYA.

Kalau nak mengharapkan kita yang bukan ahli ibadah ni bangun sendiri di tengah malam, memang tak boleh diharap sangat. Apa yang kita ada cuma mengunci jam penggera untuk membangunkan kita supaya tidak kelewatan bersiap ke tempat kerja, menyiapkan anak anak ke sekolah dan sebagainya. Dan dalam itu, kononnya kita dapat untuk bersolat subuh di dalam waktunya.

Mulai hari ini, apabila kita terbangun di tengah malam atau sebelum waktunya yang kita rancangkan, marilah kita biasakan diri untuk meluangkan sedikit waktu yang ALLAH berikan itu untuk bermunajat kepadaNYA.

Siapa tahu, ALLAH sengaja 'membangunkan' kita agar kita dapat memohon doa kepadaNYA dan barangkali itulah waktunya doa kita bakal dimakbulkan oleh ALLAH.

Kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan ALLAH itu adalah lebih baik dari apa yang kita rancangkan.

Mudah mudahan perkongsian hari ini dapat memberikan banyak manfaat untuk kita semua. Mengantuk ? Lelah tubuh badan ? Apalah sangat meluangkan masa lebih kurang 10 minit untuk ALLAH dikala orang lain lena diulit mimpi.

Syurga itu manis. Namun jalan untuk menuju ke arah syurga itu biasanya pahit, sukar, payah dan memerlukan banyak pengorbanan. Biarlah kita bersusah di sini, mudah mudahan kita senang di sana kelak.




14 February 2013

Cukai dunia

  19 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung ke sini mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati segala amal baik kita pada hari ini.

Semalam aku ke pejabat cawangan LHDN di Ipoh. Pertama kali seumur hidup menjejakkan kaki ke sana. Bukan untuk mengisi borang BR1M 2.0 tapi nak minta panduan mengisi borang cukai pendapatan.


Secara rasminya aku mula berkerja makan gaji sejak tahun 2003. Sepanjang sepuluh tahun hingga kini, beberapa kali juga bertukar majikan. Kerja swasta ni kurang sikit terikat. Mana ada peluang lebih bagus, kena la pandai menyesuaikan diri.

Terkini baru la aku berkerja di sektor bermajikankan Kerajaan. Itu pun cuma menerima elaun bulanan untuk perjawatan guru KAFA. Alhamdulillah walaupun bukanlah mencecah empat lima angka namun keterlibatan dalam menyampaikan ilmu tu memberikan kepuasan dan mudah mudahan ianya diredhoi ALLAH.

Kembali kepada kisah LHDN, minggu lepas aku ada menghubungi pegawai LHDN untuk panduan mengisi borang yang aku terima melalui pos. Tapi dipertengahan perbualan, talian terputus pulak. 


Hanya sedikit maklumat yang aku perolehi ketika itu. Dan aku masih tidak berpuas hati malah bercadang untuk ke pejabat cawangan LHDN bagi memudahkan urusan.

Hasilnya cukup memuaskan. Dari awal kemasukan di kaunter pertanyaan,  penjelasan dari pegawai kaunter yang bertugas yang sangat mesra pertanyaan hinggalah waktu menunggu giliran. 

Cuma untuk kes aku ni, sepatutnya urusan perlu dibuat pada bulan hadapan. Aku tidak menyalahkan pegawai kaunter yang bertugas dengan cemerlang, hanya sedikit rasa ralat kerana aku dibekalkan dengan borang yang salah.

Atas bantuan dan penerangan dari pegawai kaunter LHDN yang bertugas, aku diberikan nombor pin untuk membolehkan aku menggunakan perkhidmatan e-filing LHDN. 


Kalau ikutkan, aku memang dikecualikan cukai sebab pendapatan tahunan pun tak cukup syarat. Namun disebabkan menjadi kesalahan kalau tak mendaftarkan maklumat pendapatan, harus jugak la menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat berwarganegara Malaysia.

Apa pun aku amat berpuas hati dengan maklumat dan makluman yang diperolehi melalui pegawai kaunter LHDN yang bertugas. Nombor pin e-filing sudah berada dalam simpanan, cuma perlu menunggu lebih kurang satu bulan sebelum pendaftaran melalui perkhidmatan e-filing dibuka.

Oh ya, dalam kita sibuk sibuk memperkatakan cukai dunia ni jangan pula kita lupakan 'cukai' yang ditetapkan ALLAH. Sekali sekala kena periksa juga simpanan kita dalam bank, pendapatan kita, harta harta kita, perniagaan kita dan sebagainya.

Mana la tahu sudah cukup nilainya untuk dizakatkan. Dengan LHDN mungkin kita boleh nak 'lari lari', tapi kalau dengan ALLAH mungkin kat dunia ni kita boleh sembunyi tapi jangan lupa kat sana nanti takde apa yang tak digali.





13 February 2013

Cek pertama dari Nuffnang

  21 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. 

Terlebih dahulu dikesempatan yang ada ni marilah sama sama kita sedekahkan bacaan al-fatihah pada arwah rakan blogger kita yang telah kembali ke sisi ALLAH seterusnya ibubapa kita, saudara mara kita, guru guru kita, seterusnya kepada semua muslimin muslimat yang lebih dahulu pergi dari kita.

Alhamdulillah selepas empat hari menghabiskan cuti sempena tahun baru cina di kampung, petang semalam selamat sampai ke Ipoh kembali walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai renyai.


Sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh melalui jalan lama dari Sungai Manik, Teluk Intan ke Kampar agar lancar tanpa sebarang kesesakan. Ketika menyusur memasuki lebuhraya di persimpangan Gopeng, kelihatan sebuah bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan namun kami hanya melihat sepintas lalu kerana tidak mahu menambahkan kesesakan di pintu masuk tol lebuhraya PLUS.

Perjalanan melalui lebuhraya PLUS menuju arah utara agak lancar berbanding laluan ke selatan. Kelihatan berlaku beberapa kesesakan terutama di persimpangan keluar lebuhraya. 

Bila terperangkap dalam kesesakan lalulintas macam tu, tak perlu la kita nak tergesa-gesa hingga membahayakan diri sendiri dan keluarga ataupun orang lain dengan menggunakan laluan kecemasan dan mungkin juga menukar lorong sesuka hati.


Sampai di perkarangan rumah, kelihatan dua sampul surat menanti. Satu sampul besar datangnya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Surat yang mengandungi borang B 2012. Untuk kali yang kedua.

Kenapa aku bagitau untuk kali yang kedua ? Sebab awal Januari lepas aku ada menerima borang yang sama tapi aku kebuntuan untuk mengisi borang tersebut. Maklumat dan tatacara pengisian borang yang dibaca melalui laman web LHDN sangat mengelirukan.

Penyudahnya aku terpaksa menelefon pegawai LHDN namun ditengah perbualan talian pulak terputus. Mungkin kerana itu aku menerima borang kedua dan kali ni walaupun orang ramai digalakkan membuat taksiran sendiri tapi aku tekad untuk terjah pejabat LHDN mintak pencerahan.

Macam la pendapatan aku melangkaui RM25 ribu setahun (syarat wajib dikenakan cukai pendapatan) Katanya cuma untuk rekod dan menjadi kesalahan kalau aku tak menyerahkan borang cukai tu. 

Satu lagi sampul datangnya dari HSBC Bank Malaysia Berhad. Cawangan utama di Kuala Lumpur. Surat perintah kepada pihak HSBC dari Nuffnang Sdn Bhd agar membenarkan aku menukarkan sekeping kertas kepada beberapa keping wang Ringgit Malaysia.


Alhamdulillah walaupun tak mencecah ratusan atau ribuan, ada juga hasil dari blogging ni. Ini yang pertama sejak awal aktif dalam perkongsian maya. Penat jugak nak menyelongkar entri blog dari awal perkongsian entri pertama hingga terkini. 

Risau dan takut kalau ada entri yang berunsur fitnah atau perkongsian yang tak sepatutnya. Kemudian dari perkongsian tu pulak terhasil pendapatan sebegini. Takkan nak suburkan darah daging dengan bakal bahan bakar api neraka. Nauzubillah.

Panjang pulak entri lepas cuti ni. Semangat lebih kot. Pada yang masih bercuti macam makcik INI, selamat bercuti bersama keluarga dan sahabat handai. Pada yang sudah memulakan tugasan, selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.




10 February 2013

Sehari di kampung

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa aktiviti sempena bercuti tahun baru cina ni ? Berkunjung ke rumah rakan rakan yang berbangsa cina atau mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman ?

Hari ni mood berehat. Layan anak dan anak anak buah. Layan BBQ je. Berkelah ramai ramai bawah pokok tepi rumah. 


Sedang menunggu hasil panggangan siap untuk disantap. Disebabkan aktiviti yang bercanggah dengan kenduri kendara yang perlu dihadiri, maka terlewat sikit acara BBQ kat rumah.


Dia ni bukan taukeh kelapa muda. Cuma nak tunjuk buah kelapa muda yang berjaya dikaitnya. Nak tunjuk skill panjat pokok kelapa, banyak sangat kerengga pulak.


Pembantu pembantu cilik yang sentiasa suka dan rela untuk terlibat sama dalam apa jugak aktiviti. Tambah pulak bila ada geng sebaya.


Sambil membantu sambil mencari isi kelapa muda. Kalau beli di tepi jalan tak puas nak makan isi kelapa muda. Kat kampung atuk ni belasah je la sampai banyak mana pun.


Perut dah kenyang, minum air kelapa muda pun dah puas, lepas usai solat layan beriadah depan halaman rumah pulak. Bapak bapak dan mak mak sibuk membakar kalori dengan bermain badminton, anak anak pulak layan bermain buih.





09 February 2013

Kasih seorang bapa

  11 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. 

Sempena tahun baru cina ni ramai jugak yang ambil kesempatan pergi bercuti atau pulang ke kampung masing-masing. Walau ke mana juga destinasi yang kita nak tujui tu, pastikan kita menjaga keselamatan dan elakkan kemalangan.


Ketika berkunjung dan membaca entri hasil nukilan blogger INI, aku segera terfikir beberapa perkara berkaitan entri tersebut terutama dari perspektif dan persepsi seorang bapa, ayah, abah, abi atau apa juga panggilannya.

Sungguh tak dinafikan, jarang sekali ada kaum bapa yang berterusan memanjakan atau menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak-anak selepas anak anak itu meningkat usia secara zahir.

Dan kebiasaannya cara seorang bapa itu mempamerkan kasih sayang terhadap si anak yang melepasi tahap mummayiz terkadang begitu sukar untuk diduga.

Berbanding dengan kaum ibu, kasih sayang dan sifat memanjakan anak tidak pernah berubah walaupun anak sudah meningkat dewasa. Sikap prihatin dari seorang ibu sentiasa terzahir dari segi masakannya, layanannya, pertuturannya dan perbuatannya.


Namun tidaklah seorang bapa itu tidak mengasihi akan anaknya apabila dia tidak mempamerkan perasaannya. Mungkin ada yang beranggapan hanya ketika anak itu kecil sahaja disayangi dan apabila dewasa lansung tak dipeduli.

Pada aku, ianya mungkin sebahagian dari naluri kebapaan. Seorang bapa yang mahu anaknya mampu untuk berdikari dan belajar erti kehidupan melalui beberapa percubaan dan kegagalan.

Dan pastinya seorang bapa itu tidak sekali kali akan membiarkan anaknya berada di landasan kehidupan yang salah walaupun mungkin terpaksa mengorbankan beberapa perkara.

Perlu kita ingat, walau kaum bapa jarang dan kurang mempamerkan perasaan terhadap anak anak tak bermakna bapa itu sudah berubah. Sokongan dari seorang bapa itu pasti sentiasa ada.





07 February 2013

Pos Laju yang tak laju

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan kehidupan kita pada hari ini.

Semalam negara kita dikejutkan dengan pemergian seorang genius ICT yang terkenal, Allahyarham Azli Paat yang kembali ke rahmatullah pada usia 46 tahun. Semoga ALLAH merahmati roh beliau. Al-fatihah.

Hari ni nak berkongsi rasa tentang perkhidmatan poslaju negara kita. Bila diberikan pilihan antara perkhidmatan kurier swasta dan kurier Pos Malaysia, mungkin ramai yang memilih kurier Pos Malaysia.


Atas alasan tidak semua tempat mempunyai pejabat kurier swasta dan ramai juga beranggapan caj yang dikenakan lebih tinggi dari perkhidmatan kurier Pos Malaysia.

Dan lagi perkhidmatan kurier swasta jarang menerima alamat penerima yang duduk di ceruk kampung. Tak seperti Pos Malaysia yang kebanyakannya sanggup meredah ke mana saja.

Rakan rakan semua boleh membaca kehebatan Pos Laju Malaysia di SINI. Memang membanggakan sebagai rakyat Malaysia apabila kita mempunyai sebuah syarikat yang berkomitmen sebegitu.

Tapi, sepertimana label yang terdapat pada bungkusan mee segera. Gambar pada bungkusan hanyalah ilustrasi, isi kandungan mungkin berlainan dari apa yang dilihat. Dan bila kehebatannya dipertikaikan, mesti ada saja alasan diutarakan. Jom kita tengok sikit kronologinya berdasarkan gambar jadual tracking shipment yang aku 'kerat' dari halaman Pos Malaysia.


4 Februari 2013, jam 11:30:00 pagi - Item yang dibeli dari pembekal sudah dimasukkan ke dalam sistem.

Untuk pengetahuan, item itu diserahkan ke pejabat Pos Laju sejak hari Jumaat, 1 Februari 2013. Tapi kononnya sekarang ni Pos Laju tiada beroperasi pada hari sabtu dan ahad maka ianya diuruskan pada hari berkerja seterusnya.

5 Februari 2013, jam 01:25:11 pagi - Item dibawa keluar dari stesen pungutan ke pusat transit untuk pengagihan kawasan serahan.

5 Februari 2013, jam 23:57:29 malam - Item dibawa keluar dari pusat transit.

6 Februari 2013, jam 07:40:42 pagi  - Item telah sampai ke pusat pemprosesan dan pengagihan Pos Laju Ipoh.

6 Februari 2013, jam 10:52:36 pagi - Item dibawa untuk serahan ke alamat penerima.

6 Februari 2013, jam 20:13:29 malam - Item didakwa tidak dapat diserahkan kerana penerima tiada di kediaman ketika proses serahan.

Bila aku bukak tracking shipment, itu adalah jawapan yang diterima melalui bacaan setelah seharian isteri aku menunggu (sebenarnya sejak 5 Februari lagi dah tunggu).

7 Februari 2013, jam 05:44:35 pagi - Item dibawa kembali ke pusat pemprosesan Pos Laju Ipoh.

7 Februari 2013, jam 10:14:02 pagi - Item dibawa untuk serahan ke alamat penerima.


Dan pada jam 12:11 tengahari tadi, aku cuba menghubungi Pusat Pos Laju Ipoh untuk mengetahui status bungkusan yang sepatutnya aku terima semalam.

Berikut antara intipati perbualan aku dengan Operator Pos Laju yang bertugas ketika aku menghubungi Pejabat Pos Laju Ipoh tadi.

Aku : Selamat tengahari, saya nak check status bungkusan boleh ? Sebab mengikut data dari tracking shipment Pos Malaysia, semalam ada penghantaran tapi kononnya tiada penerima di rumah sedangkan sejak kelmarin lagi kami menunggu bungkusan yang dikirimkan melalui Pos Laju.

Operator Pos Laju : Boleh saya dapatkan tracking number encik ?

Aku : EM35*****08MY

Operator Pos Laju : Sebentar ye encik. (beberapa saat kemudian) Bungkusan encik memang sudah dibawa semalam TAPI SEBAB BANYAK SANGAT BUNGKUSAN LAIN YANG PERLU DISERAHKAN BERIKUTAN CHINESE NEW YEAR.

Agak agak boleh terima tak alasan semacam ni ? Banyak sangat tu sampai tak tertangan ? Chinese new year jugak dipersalahkan ? Tiada juga perkataan "maaf" yang disebut oleh operator itu atas kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tempat dia berkerja.

Kita membayar kos perkhidmatan penghantaran barang mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pos Malaysia, tapi apa alasan Pos Malaysia untuk tidak memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut garis panduan kerja Pos Malaysia ?

Mohon pencerahan andai ada kesilapan dalam perkongsian aku hari ni. Kalau ada wakil Pos Malaysia atau mungkin Pengarah Jabatan Pos Malaysia sudi menjawab untuk menjadi makluman kami pelanggan semua ni lebih bagus.







06 February 2013

05 February 2013

Alhamdulillah

  11 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dikurniakan rahmat dan keberkatan dari ALLAH.

Alhamdulillah dua hari lepas genap sudah usia aku menghirup udara di muka bumi ALLAH ni selama 34 tahun. Tiada sambutan secara besar besaran pun, cuma sempena hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 34 baru ni seluruh Malaysia berganding bahu menjayakan program My Beautiful Malaysia. Hahaha..

Terharu jugak la dengan kemeriahan diseluruh negara walaupun dipagi sambutan ulangtahun kelahiran aku tu aku sendiri terpaksa mensukarelakan diri menyertai gotong royong membersihkan kawasan sekolah tanpa sebarang paksaan.


Terima kasih tak terhingga pada rakan blogger INI yang mengingati hari ulangtahun kelahiran aku. Siap ada entri khas ucapan hari lahir lagi tu. Mudah mudahan ALLAH mengurniakan berkat dan rahmat ke atas beliau dan ahli keluarganya. 

Minggu lepas mungkin ada rakan rakan yang tak berjaya nak menembusi laman blog aku ni hinggakan encik google pun tak menemui alamat blog aku. Pada yang mencuba dua tiga kali tu aku mohon maaf kerana itu perkara yang aku tak mampu nak selesaikan sesegera mungkin.

Dan kalau rakan rakan prihatin, hampir kesemua laman blog yang berdomain dot my tidak boleh diakses. Kalau tak percaya tengok bawah ni, 

Kepada Pelanggan yang dihargai,

Kami dari Asiahost ingin meminta maaf atas masalah dari pengguna nama domain .my yang menggunakan perkhidmatan DNS Server kami. Ingin kami maklumkan bahawa masalah ini berpunca dari DNS ISP (Internet Service Provider) anda tidak menerima respond dari SOA record server kami. Sebenarnya proses pemindahan DNS Server kami ini tidak ada kesan keatas pengguna namun begitu, kesan dari SOA Record tidak dapat respond kepada ISP anda, anda gagal membuka blog anda. Tetapi jika anda menggunakan Public DNS ianya tiada kesan. Kami juga meminta maaf atas penyelesaian yang agak lambat berikutan hari bercuti di Malaysia menyebabkan tiada tindak balas dari semua ISP. 

Alhamdulillah masalah sudah selesai walaupun berlaku beberapa insiden ketegangan urat antara pelanggan sepanjang masalah tersebut berlaku. Itu semua mengingatkan kita, kita hanyalah makhluk ciptaan ALLAH yang lemah. 

Sehebat mana pun ciptaan yang kita makhluk ciptakan, takkan mampu nak mencipta sehebat penciptaan ALLAH. Terima kasih kepada pihak Asiahost atas usaha bertungkus lumus menyelesaikan masalah sesegera mungkin.

Baru-baru ni jugak Google PageRank sudah dikemaskini. Rakan rakan semua sudah tengok samada kedudukan blog kita naik atau turun ? Alhamdulillah blog pipoq.my melompat dari PR0 ke PR2. 




Kedudukan di Alexa Traffic Rank juga semakin hari semakin memberansangkan. Boleh dikatakan setiap hari pasti bergerak kedudukannya.  Walaupun agak sibuk dengan kerja kerja dan urusan di rumah namun sempat juga mencuri sedikit masa berada dalam talian.

Kalau tak sempat nak mengemaskini entri, cuba cuba juga untuk berkunjung ke laman blog rakan rakan. 

Esok ada Program Transformasi Diri Individu Berkualiti yang akan diadakan di Sunway Lost World, Tambun. Dari pagi sampai lewat petang. Dalam surat hebahan siap ada nota kat situ. Peserta diminta agar membawa pakaian sukan / basah bagi aktiviti luar. 

Hehehehe..aku dah terbayangkan gelongsor tiub berputar tu. Dan sekurang kurangnya dapat berendam dalam kolam air panas kat Lost World of Tambun tu pun jadilah.



p/s : Terima kasih kepada rakan blogger INI yang sudi membantu memberi tajuk untuk entri ini.