13 February 2013

Cek pertama dari Nuffnang

  19 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. 

Terlebih dahulu dikesempatan yang ada ni marilah sama sama kita sedekahkan bacaan al-fatihah pada arwah rakan blogger kita yang telah kembali ke sisi ALLAH seterusnya ibubapa kita, saudara mara kita, guru guru kita, seterusnya kepada semua muslimin muslimat yang lebih dahulu pergi dari kita.

Alhamdulillah selepas empat hari menghabiskan cuti sempena tahun baru cina di kampung, petang semalam selamat sampai ke Ipoh kembali walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai renyai.


Sepanjang perjalanan menuju ke Ipoh melalui jalan lama dari Sungai Manik, Teluk Intan ke Kampar agar lancar tanpa sebarang kesesakan. Ketika menyusur memasuki lebuhraya di persimpangan Gopeng, kelihatan sebuah bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan namun kami hanya melihat sepintas lalu kerana tidak mahu menambahkan kesesakan di pintu masuk tol lebuhraya PLUS.

Perjalanan melalui lebuhraya PLUS menuju arah utara agak lancar berbanding laluan ke selatan. Kelihatan berlaku beberapa kesesakan terutama di persimpangan keluar lebuhraya. 

Bila terperangkap dalam kesesakan lalulintas macam tu, tak perlu la kita nak tergesa-gesa hingga membahayakan diri sendiri dan keluarga ataupun orang lain dengan menggunakan laluan kecemasan dan mungkin juga menukar lorong sesuka hati.


Sampai di perkarangan rumah, kelihatan dua sampul surat menanti. Satu sampul besar datangnya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri. Surat yang mengandungi borang B 2012. Untuk kali yang kedua.

Kenapa aku bagitau untuk kali yang kedua ? Sebab awal Januari lepas aku ada menerima borang yang sama tapi aku kebuntuan untuk mengisi borang tersebut. Maklumat dan tatacara pengisian borang yang dibaca melalui laman web LHDN sangat mengelirukan.

Penyudahnya aku terpaksa menelefon pegawai LHDN namun ditengah perbualan talian pulak terputus. Mungkin kerana itu aku menerima borang kedua dan kali ni walaupun orang ramai digalakkan membuat taksiran sendiri tapi aku tekad untuk terjah pejabat LHDN mintak pencerahan.

Macam la pendapatan aku melangkaui RM25 ribu setahun (syarat wajib dikenakan cukai pendapatan) Katanya cuma untuk rekod dan menjadi kesalahan kalau aku tak menyerahkan borang cukai tu. 

Satu lagi sampul datangnya dari HSBC Bank Malaysia Berhad. Cawangan utama di Kuala Lumpur. Surat perintah kepada pihak HSBC dari Nuffnang Sdn Bhd agar membenarkan aku menukarkan sekeping kertas kepada beberapa keping wang Ringgit Malaysia.


Alhamdulillah walaupun tak mencecah ratusan atau ribuan, ada juga hasil dari blogging ni. Ini yang pertama sejak awal aktif dalam perkongsian maya. Penat jugak nak menyelongkar entri blog dari awal perkongsian entri pertama hingga terkini. 

Risau dan takut kalau ada entri yang berunsur fitnah atau perkongsian yang tak sepatutnya. Kemudian dari perkongsian tu pulak terhasil pendapatan sebegini. Takkan nak suburkan darah daging dengan bakal bahan bakar api neraka. Nauzubillah.

Panjang pulak entri lepas cuti ni. Semangat lebih kot. Pada yang masih bercuti macam makcik INI, selamat bercuti bersama keluarga dan sahabat handai. Pada yang sudah memulakan tugasan, selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.




19 comments:

  1. taniah untuk rezeki yang datang ,
    err borang yang dekat atas tu macam tak pandai isi la hehe

    ReplyDelete
  2. borang B??tak pernah dapat lagi ni..hehe..tahniah la..ada jugak hasil blogging tu..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.

    Terima kasih bro Pipoq utk peringatan ttg rezeki yg kita dapat melalui blogging ni.

    Tahniah sbb dapat cek, bolehla belanja mana yg patut =)

    Al-fatihah utk arwah bro jejai..

    ReplyDelete
  4. kenapa tak guna E-Filling bro? Guna online la..cepat dan pantas.

    ReplyDelete
  5. Tanniah dapat cek dari Nuff. Satu permulaan yang baik. Mungkin selepas ini lebih banyak cek yang menyusul.

    ReplyDelete
  6. @Daddy Ziyyad
    baru tadi dapat no pin e-filing..tapi bulan mac baru bukak..

    ReplyDelete
  7. syukur itu namakan rezeki tahun baru heeee

    ReplyDelete
  8. sy harap akan dpt juga ya amin hee...

    ReplyDelete
  9. abg long saya ada dpt jenuh nak isi tpi klu tak isi mmg depa akan dendan kita huhu..

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILAH...

    wan x pernah cash kan lg

    sbb sikit je

    hahaha

    ReplyDelete
  11. Tengah tunggu cek juga tapi dari MCIS.Earning Nuffnang simpan dulu bagi ribu-ribu.Tapu tulah, tak jejak seribu pun lagi.

    ReplyDelete
  12. tahniah...
    xpernah lagi dpt cek nuffnang...
    hehehehhee

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum pipoq...alhamdullilah rezeki dtg tu...:)

    ReplyDelete
  14. Dapat juga merasa hasil daripada berblogging ni kan... Tahniah...

    ReplyDelete
  15. tahniah utk rezeki tu.. in shaa Allah, akan datang de lagi tu. hehe..

    biasa lalu kat persimpangan gopeng tu.. lalu jln lama balik kg..

    ReplyDelete