21 February 2013

Jangan marah, jangan denda, jangan rotan

  17 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Malam semalam kami meraikan hari ulangtahun yang ke 7. Sepatutnya pada hari sabtu baru ni tapi entah macam mana boleh pulak terlupa. Kebetulan pulak isteri aku pun sama sama terlupa. 


Rasa macam baru berbulan madu tapi rupanya dah hampir sepuluh tahun kami bersama. Alhamdulillah sepanjang menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri, belum pernah lagi berlaku insiden tidak diingini. Kalau sesekali merajuk tu memang tak dapat nak dielakkan la.

Mudah mudahan perhubungan yang terbina ni akan terus berkekalan hingga ke akhirat sana. Untuk perkongsian bersama, nak mendapatkan 'sakinah' tu perlulah ada 'mawaddah' dan 'rahmah' dalam membina perhubungan keluarga.

Semalam waktu melayari facebook, aku tertarik pada satu perkongsian dari Kelab Guru Malaysia. Sewaktu aku menaip entri ini pun masih agak segar komen-komen yang masuk melalui perkongsian tersebut seperti dalam gambar bawah ni.


Cuba bayangkan anda adalah seorang guru. Datang ke sekolah untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan ilmu. Katakanlah dalam satu kelas terdapat 35 orang murid secara purata.

Dari 35 orang murid dalam kelas tu terdapat beberapa murid yang tahap kenakalannya melebihi yang lain. Sewaktu anda mengajar, mereka berbual dibelakang. Apabila diberikan kerja rumah, sedikit pun tidak disiapkan. 

Adakah tindakan yang anda akan lakukan ? Adakah dengan lemah lembut anda akan membelai kepala anak murid tersebut lalu berkata, "silakanlah buat apa saja yang kamu suka".

Atau anda akan buat-buat tak nampak dan tidak memperdulikan mereka ? Dan tanpa rasa bersalah, cukup bulan bawa keluarga makan-makan dengan gaji yang diperolehi.


Aku tak pasti individu yang mengeluarkan kenyataan tu memang berniat mengugut guru-guru atau ianya dilakukan tanpa menggunakan pemikiran yang waras.

Aku tak nafikan terdapat satu fenomena pelik yang tak pernah berlaku pada zaman aku dulu tapi berlaku di zaman sekarang dimana waktu zaman aku dulu ibu bapa lebih mempercayai kata-kata guru tapi tidak mengenepikan aduan anak.

Sekarang ni terdapat ibu bapa yang terlalu mempercayai kata-kata anak mereka dan mengenepikan aduan dari guru. Siapa yang mengawal siapa sekarang ni ?

Memang tugas seorang guru itu adalah mendidik. Aku lebih suka menggunakan perkataan mendidik dan bukan mengajar kerana mendidik itu lebih mendalam maksudnya. 

Tapi bukanlah tanggungjawab mendidik itu terletak sepenuhnya ke atas bahu seorang guru semata-mata. Dalam mendidik ni, semua pihak perlu terlibat sama. 


Di sekolah sudah semestinya menjadi tanggungjawab kepada guru untuk memberikan didikan kepada anak-anak muridnya. Menghuraikan kefahaman agar anak-anak ini menyerap ilmu yang diterimanya.

Di rumah pula seharusnya menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memastikan didikan yang diterima anak-anak mereka itu ada hasilnya. Bukan menyerahkan sepenuhnya amanah itu kepada guru.

Aku percaya, individu yang mengeluarkan kenyataan seperti itu tidak pernah menyemak mata pelajaran anak mereka. Mungkin terlalu sibuk dengan kerjaya. Pulang ke rumah masih sibuk dengan dunia sendiri. Dan mungkin tidak pernah sempat untuk bertemu dengan anak itu sendiri lalu membiarkan mereka dengan segala apa yang anak itu inginkan.

Bagi aku sebagai seorang pendidik, tak jadi masalah untuk aku tak marah, tak merotan, tak mengenakan tindakan displin dan sebagainya tu kalau anak murid malas belajar atau tak siapkan kerja rumah. Memang aku tak rugi apa-apa. 


Yang akan jadi manusia bebal itu adalah anak-anak mereka. Dan mungkin di masa akan datang Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menghapuskan perjawatan guru dan digantikan dengan pendidikan secara maya je. Dah tentu tak kena rotan, tak kena denda, tak kena marah dan tak dikenakan tindakan displin. 

Tapi satu perkara aku nak bagitau, jauh didasar lubuk hati aku sebagai seorang pendidik ada rasa risau, ada rasa sedih, ada rasa serba salah dan sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk membantu apabila berhadapan dengan anak-anak murid yang sedikit bermasalah.

Ada masa memang terpaksa marah. Ada masa memang terpaksa merotan. Ada masa memang terpaksa mendenda. Dan ada masa memang terpaksa mengenakan tindakan displin.

Pernah berlaku, pihak sekolah yang diserang ibu bapa pelajar kerana anak mereka dikenakan hukuman kerana anaknya degil dan nakal di sekolah. Namun menurut ibu bapanya, anaknya itu tidak pernah melawan kata bila di rumah.

Bila disiasat, rupanya pelajar itu adalah anak tunggal. Ibu bapanya memang tegas dan garang, malah keduanya berjawatan besar. Mungkin mereka terlupa, di dalam kelas yang diduduki anak mereka itu terdapat berpuluh-puluh lagi pemikiran dan karenah yang perlu ditangani oleh guru tersebut.

Dan hairannya, guru itu juga dipersalahkan kerana anak mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Sabar aje la wahai warga pendidik. Mendidik manusia ni memang mencabar. Mudah mudahan ilmu yang kita bekalkan tu menjadi 'dividen' berterusan bila kita dah meninggal kelak.





17 comments:

  1. Salam..
    jgn marh2 nni kena jual cikgu yg mrotan anak murid hee...

    ReplyDelete
  2. ank murid skrg susah utk di didik apa lagi sy ank sndri klu d tegur marh kita tpi dia tak tahu tu utk kebaikan dri sndri gak

    ReplyDelete
  3. Ketika sekolah dahulu cukup takut melihat cikgu berjalan bawa rotan. :-)

    ReplyDelete
  4. kalau kelas pandai saya akan cakap kalau nak pandai buat..kalau tak buat cikgu tak rugi apa²..kamu yang rugi

    heh

    ReplyDelete
  5. Sebab tu kebanyakkan murid2 terlalu manja.. malah ibu bapa pun tidak peka mengenai perkembangan anaknya.. bila kena tangkap polis, baru menyesal tak sudah.. kalau kantoi dengan guru buat salah, memang guru kena hentam habis..

    ReplyDelete
  6. kerja cikgu mengajar je bukan merotan

    tapi bila dah banyak kali buat salah, aku bagi juga sebiji dua biji
    hehe

    ReplyDelete
  7. Ambe tak leh nak komen pepanjang sebab ambe bukan cikgu cuma pernah jugak jadi cikgu sementara beberapa bulan. Mmg ada jumpa pelajar bermasalah. Bukan setakat bercakap kat belakang, tak masuk kelas, tak buat kerja sekolah, tak hormat cikgu, buat bising masa perhimpunan dan macam2 lagilah.

    Apa jua masalah, ambe selalu ingatkan diri mungkin budak2 ni perlukan perhatian dan perlu didekati dengan pelbagai teknik.

    Merotan tu jugak salah satu teknik tapi kena tgk keadaan jugak..

    Bab ibubapa yg selalu menangkan anak tu mmg dah jadi biasa sekarang..

    Apa2pun, prfesion guru mmg mulia. Muliakanlah guru2 kita

    ReplyDelete
  8. Bagi aku, merotan utk mendidik itu perlu.
    Yg tak boleh nya, segelintir kecil guru jadi hilang akal & pertimbangan, merotan/menerajang/menghentak murid, yg ini memang tak boleh.

    ReplyDelete
  9. de baca gak, kat mana tah.. boleh macam tu ek.. susah jadi cikgu ni.. haha.. bila de salah, cikgu juga yg disalahkan... kalau perlu, tak salah kot merotan..

    ReplyDelete
  10. ibu bapa sekarang dah tak sama macam dulu......

    ReplyDelete