15 February 2013

Perancangan kita vs Perancangan ALLAH

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH dihari penghulu segala hari ini.

Kita sentiasa merancang. Dan semestinya dalam setiap apa juga yang kita lakukan, segalanya perlu ada perancangan. Malah bagi setiap apa yang terjadi juga segalanya telah dirancang.

Aku tidak malu untuk mengaku terkadang 'terlajak' subuh. Arwah mak aku dulu namakan situasi macam tu ialah subuh gajah. Walaupun sudah dikunci jam penggera namun terkadang tu terlepas jugak.


Kalau mendengar, tetapi dibuat tak dengar itu mungkin sudah 'dikencing' syaitan ke dalam lubang telinganya. Tapi bila tak dengar lansung, jelas sungguh apa yang kita rancang tidaklah sebaik yang telah dirancang.

Mungkin kita pernah terbangun di tengah malam. Walaupun baru melelapkan mata hanya satu jam tapi terasa seperti sudah puas tidur. Bila melihat ke arah jam, ternyata masih belum tiba masanya untuk bangun dari tidur seperti yang dirancangkan.

Dalam keadaan begitu, apakah yang biasanya kita lakukan ? Terus buka facebook untuk menaip status bahawa anda terbangun dari mimpi yang indah ? Pergi ke tandas lalu membuang air dan terus melelapkan mata semula ? 

Aku sendiri pun sering kali juga menghadapi keadaan sebegitu. Sedang enak dibuai mimpi, lalu terjaga dari lena. Bila melihat ke arah jam, rupanya masih awal. Lalu kebiasaannya aku akan tidur semula.

Itulah kekurangan apa yang kita rancangkan. Dan kita lupa, dalam kita merancang rupanya ALLAH juga ada perancangan untuk kita.

Di sini aku ingin sekali menawarkan satu tawaran hebat. Untuk diri aku sendiri dan untuk rakan rakan semua. Mudah mudahan ALLAH menambahkan keredhoanNYA dalam kehidupan kita.

Mungkin kita pernah terbaca, antara waktu yang mudah dimakbulkan doa adalah pada waktu di tengah malam, awal pagi ketika manusia kebanyakannya lena dibuai mimpi.


Kita mungkin bukan ahli ibadah yang sudah biasa dan tegar bangun setiap malam bertahajjud mengangkat tangan memohon doa kepada ALLAH. Namun mungkin kita tak sedar, kita diberikan peluang oleh ALLAH sekali sekala untuk bermunajat kepadaNYA.

Kalau nak mengharapkan kita yang bukan ahli ibadah ni bangun sendiri di tengah malam, memang tak boleh diharap sangat. Apa yang kita ada cuma mengunci jam penggera untuk membangunkan kita supaya tidak kelewatan bersiap ke tempat kerja, menyiapkan anak anak ke sekolah dan sebagainya. Dan dalam itu, kononnya kita dapat untuk bersolat subuh di dalam waktunya.

Mulai hari ini, apabila kita terbangun di tengah malam atau sebelum waktunya yang kita rancangkan, marilah kita biasakan diri untuk meluangkan sedikit waktu yang ALLAH berikan itu untuk bermunajat kepadaNYA.

Siapa tahu, ALLAH sengaja 'membangunkan' kita agar kita dapat memohon doa kepadaNYA dan barangkali itulah waktunya doa kita bakal dimakbulkan oleh ALLAH.

Kita merancang, ALLAH juga merancang. Dan perancangan ALLAH itu adalah lebih baik dari apa yang kita rancangkan.

Mudah mudahan perkongsian hari ini dapat memberikan banyak manfaat untuk kita semua. Mengantuk ? Lelah tubuh badan ? Apalah sangat meluangkan masa lebih kurang 10 minit untuk ALLAH dikala orang lain lena diulit mimpi.

Syurga itu manis. Namun jalan untuk menuju ke arah syurga itu biasanya pahit, sukar, payah dan memerlukan banyak pengorbanan. Biarlah kita bersusah di sini, mudah mudahan kita senang di sana kelak.




15 comments:

  1. prncgn Allah adalah sebaek2nye..ingtlah whai sahabat

    ReplyDelete
  2. apapun perancanganya..
    pasti yang terbaikk...

    ReplyDelete
  3. salam..
    andai dpt dilakukan dlm setahu skli cukup bagus apa lgi klu seminggu sekali.hari2 blh ;)

    bro bila dpt pokok tu? sy risau nak isi air tdk sebab tkut pokok tu basah habis sampul surat nnti.

    tu ada pokok 10 pgi, silap sy warna oren, cam merun..warna kuning.. pokok yang ada panjng batang dia tu bro cucuk jer atas tanah.pokok tu mudah hidup heee..

    ReplyDelete
  4. perancangan Allah SWT adalah yang terbaik buat umat-Nya...insya-Allah...

    bro jemput join contest den yer...:)

    http://www.papamifz.com/2013/02/contest-kaca-mata-papamifzcom.html

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg bagus ni.. pun terkadang lelap mata kembali lepas terjaga.. konon penat sgtlah..huhu.. in shaa Allah, mudah2 an lepas ni terbangun utk solat malam...

    ReplyDelete
  6. sama2 kita beramal
    moga2 kita bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete