07 February 2013

Pos Laju yang tak laju

  16 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan kehidupan kita pada hari ini.

Semalam negara kita dikejutkan dengan pemergian seorang genius ICT yang terkenal, Allahyarham Azli Paat yang kembali ke rahmatullah pada usia 46 tahun. Semoga ALLAH merahmati roh beliau. Al-fatihah.

Hari ni nak berkongsi rasa tentang perkhidmatan poslaju negara kita. Bila diberikan pilihan antara perkhidmatan kurier swasta dan kurier Pos Malaysia, mungkin ramai yang memilih kurier Pos Malaysia.


Atas alasan tidak semua tempat mempunyai pejabat kurier swasta dan ramai juga beranggapan caj yang dikenakan lebih tinggi dari perkhidmatan kurier Pos Malaysia.

Dan lagi perkhidmatan kurier swasta jarang menerima alamat penerima yang duduk di ceruk kampung. Tak seperti Pos Malaysia yang kebanyakannya sanggup meredah ke mana saja.

Rakan rakan semua boleh membaca kehebatan Pos Laju Malaysia di SINI. Memang membanggakan sebagai rakyat Malaysia apabila kita mempunyai sebuah syarikat yang berkomitmen sebegitu.

Tapi, sepertimana label yang terdapat pada bungkusan mee segera. Gambar pada bungkusan hanyalah ilustrasi, isi kandungan mungkin berlainan dari apa yang dilihat. Dan bila kehebatannya dipertikaikan, mesti ada saja alasan diutarakan. Jom kita tengok sikit kronologinya berdasarkan gambar jadual tracking shipment yang aku 'kerat' dari halaman Pos Malaysia.


4 Februari 2013, jam 11:30:00 pagi - Item yang dibeli dari pembekal sudah dimasukkan ke dalam sistem.

Untuk pengetahuan, item itu diserahkan ke pejabat Pos Laju sejak hari Jumaat, 1 Februari 2013. Tapi kononnya sekarang ni Pos Laju tiada beroperasi pada hari sabtu dan ahad maka ianya diuruskan pada hari berkerja seterusnya.

5 Februari 2013, jam 01:25:11 pagi - Item dibawa keluar dari stesen pungutan ke pusat transit untuk pengagihan kawasan serahan.

5 Februari 2013, jam 23:57:29 malam - Item dibawa keluar dari pusat transit.

6 Februari 2013, jam 07:40:42 pagi  - Item telah sampai ke pusat pemprosesan dan pengagihan Pos Laju Ipoh.

6 Februari 2013, jam 10:52:36 pagi - Item dibawa untuk serahan ke alamat penerima.

6 Februari 2013, jam 20:13:29 malam - Item didakwa tidak dapat diserahkan kerana penerima tiada di kediaman ketika proses serahan.

Bila aku bukak tracking shipment, itu adalah jawapan yang diterima melalui bacaan setelah seharian isteri aku menunggu (sebenarnya sejak 5 Februari lagi dah tunggu).

7 Februari 2013, jam 05:44:35 pagi - Item dibawa kembali ke pusat pemprosesan Pos Laju Ipoh.

7 Februari 2013, jam 10:14:02 pagi - Item dibawa untuk serahan ke alamat penerima.


Dan pada jam 12:11 tengahari tadi, aku cuba menghubungi Pusat Pos Laju Ipoh untuk mengetahui status bungkusan yang sepatutnya aku terima semalam.

Berikut antara intipati perbualan aku dengan Operator Pos Laju yang bertugas ketika aku menghubungi Pejabat Pos Laju Ipoh tadi.

Aku : Selamat tengahari, saya nak check status bungkusan boleh ? Sebab mengikut data dari tracking shipment Pos Malaysia, semalam ada penghantaran tapi kononnya tiada penerima di rumah sedangkan sejak kelmarin lagi kami menunggu bungkusan yang dikirimkan melalui Pos Laju.

Operator Pos Laju : Boleh saya dapatkan tracking number encik ?

Aku : EM35*****08MY

Operator Pos Laju : Sebentar ye encik. (beberapa saat kemudian) Bungkusan encik memang sudah dibawa semalam TAPI SEBAB BANYAK SANGAT BUNGKUSAN LAIN YANG PERLU DISERAHKAN BERIKUTAN CHINESE NEW YEAR.

Agak agak boleh terima tak alasan semacam ni ? Banyak sangat tu sampai tak tertangan ? Chinese new year jugak dipersalahkan ? Tiada juga perkataan "maaf" yang disebut oleh operator itu atas kesalahan yang dilakukan oleh syarikat tempat dia berkerja.

Kita membayar kos perkhidmatan penghantaran barang mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pos Malaysia, tapi apa alasan Pos Malaysia untuk tidak memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut garis panduan kerja Pos Malaysia ?

Mohon pencerahan andai ada kesilapan dalam perkongsian aku hari ni. Kalau ada wakil Pos Malaysia atau mungkin Pengarah Jabatan Pos Malaysia sudi menjawab untuk menjadi makluman kami pelanggan semua ni lebih bagus.







16 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...entry yg merik utk dikongsikan bersama...:)

    ReplyDelete
  2. nampaknya jawapan yang diberi dengan data dalam tracking tak sama tu

    ReplyDelete
  3. nampaknya yang jawab panggilan tu budak baru keje part time...
    alasan x munasabah..
    ehehheee

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kita tu nak dengar dia cakap maaf je sebab lambat hantar..disebabkan dia xcakap yang membuatkan kita rasa sedikit terkilan..dah biasa dh pos malaysia ni..tengok dalam tu dah sampai pusat serahan..pergi pusat serahan tak ada pula barangnya..ni macam lagi aku bengang..haha

    ReplyDelete
  5. Bro Pipoq memang tidak bernasib baik. Setakat hari ini saya menerima barangan yang dibeli secara online dengan mengunakan perkhidmatan Pos Laju tidak mengecewakan menunggu tempoh penerimaannya.

    ReplyDelete
  6. biasa perayaan, mmg de masalah, dorang pun bagi tau kena hantar awal, sbb perayaan.. baisanya mmg tak de masalah.. pengalaman kami la..

    ReplyDelete
  7. bersabar la bro. Manusia ada tersalah jugak. tapi, setakat ni pengalaman saya dengan pos laju ok. mungkin kadang2 perkara ini berlaku mengikut hendakNya.

    salam perkenalan dari saya, Lily

    ReplyDelete
  8. saya guna www.expresstrack.net untuk track parcel saya sebab ia lebih mudah dan cepat

    ReplyDelete
  9. Pos laju memang palat!!!

    ReplyDelete
  10. Pos laju tek pernah hampakan aku...sbb ak xpernah lagi kena mcm tu...hari ni aku deal item...2 hari kemudian dah smpai...skrg ni item Dari HK China ke Malaysia 4 Hari...Harini item dah smpai....dah byak Kali guna pos lajuu...mmg therbaik....so..sy xbpe stuju bab entry ni yg mengatakan pos laju mcm tu...

    ReplyDelete
  11. aku pun dah trkene, takde orang dekat rumah alasannye..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. No matter what type of Michael Kors Bags Outlet each individual got, they all had one thing in common. We all know that getting something on sale is like winning a mini lottery, but to find a name brand handbag like Michael Kors Black Friday Sale for instance, discounted is like a slice of heaven on earth. I have personally attacked my husband with hugs and kisses when finding Official Coach Outlet Online at discounted prices.

    Michael Kors Factory Outlet stores can be found in malls all over. MK Outlet and other Coach merchandise can also be found in some boutiques. Inspired by the same material baseball gloves are made from, these Coach Bags On Sale Online are versatile and stylish. Since it's conception, the Michael Kors Handbags Outlet has been produced into a variety of designs, colors, shapes, and styles that have won top pick of millions of women the world over.

    New Michael Kors Bags are the most sought after handbag. Since Coach Outlet Online is one of the most recognized name brands in the world of fashion, you will find A-list celebrities down to small girls wearing them.

    tags:Coach Outlet|Coach Bags Factory Outlet|Coach Purses Outlet

    ReplyDelete