25 April 2013

Gwiyomi tercomel di dunia

  8 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH dalam apa juga amal ibadah yang kita lakukan.

Aku akui aku jugak salah seorang peminat rancangan TV Korea Selatan. Tapi aku tak la layan drama Korea sangat, cuma lebih terlayan rancangan Running Man, Star King, Strong Heart, 2 Days 1 Night, Hello Conselor, Happy Togather dan yang terbaru Cool Kiz On The Block. (Haruskah untuk aku menyenaraikan kesemuanya ?)



Dan memang tak dinafikan, gelombang Korea ni menular sampai ke ceruk kampung di negara Malaysia kita ni. Apa saja yang nampak 'kiut', semua nak tiru. 

Kalau sebelum ni kecoh dengan PSY Gangnam Style, baru-baru ni pulak ramainya yang terkena demam Gwiyomi. Aku faham, memang la gwiyomi atau kwiyomi tu maksudnya perlakuan yang kiut. 

Dan kalau nak melakukan perlakuan tu mestilah perlu dilakukan sekiut mungkin. Tapi bila dilakukan oleh orang lain nampak tergedik lak. (Jangan marah kalau terasa)

Mula la masing-masing sibuk mengkiutkan diri, mencontohi perlakuan kiut artis Korea tu. Aku ingatkan kaum perempuan je yang berusaha mengkiutkan diri ntah nak tunjuk kat siapa tu, rupa-rupanya kaum lelaki yang gagah perkasa pun sanggup melucutkan keperkasaan diri untuk menjadi kiut.

Aku cuba jugak untuk menyelami jiwa dan perasaan mereka yang berusaha untuk kelihatan kiut tu, tapi aku tak mampu nak tengok satu-satu. Tak menghiburkan lansung berbeza dari pencipta asal perlakuan kiut tersebut.

Namun, ada satu dan satu-satunya gwiyomi yang paling membuatkan aku sangat terhibur. Bobo Bubu pun tak boleh nak lawan gwiyomi ni. Pastinya kalau korang semua tengok pun mesti takkan duduk diam.

Kalau tak percaya, meh sini kita layan sama-sama gwiyomi yang paling comel di dunia. Kepada wanita-wanita diluar sana, hentikan kegiatan anda semua untuk kelihatan kiut dengan gwiyomi. Jom kita layan yang terbaik punya.









8 comments:

  1. salam pipoq,

    barulah kak ati tahu maksud gwiyomo...
    bunyi pun dah kiut..ahaks

    ReplyDelete
  2. Memang comel sangat sebab bermisai dan berkumis. :-)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...hehehee wat lawak jer...:)

    ReplyDelete
  4. tgk jugak variety show dorang, tapi yg mana ada kat kbs je lah.. running man tak tgk.. yg boleh jelaskan, byk juga program dorang ni bersifat positif.. ambil g tu je, selain utk berhibur..

    bab2 tiru ni, entah.. kami suami isteri tgk gwiyomi ni dlm show dorang, tak de lak terfikir sampai nak meniru.. haha.. pilihan masing2..

    fiezaradzi dot com

    ReplyDelete