03 September 2013

Minyak terakhir

  15 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata-rata hari ni bermula dari malam semalam topik terhangat yang menjadi perbualan tak lain tak bukan tentang isu kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel.

Maka tersenyum lebar pemilik-pemilik stesen pam minyak seluruh negara malam tadi berikutan peningkatan carta keuntungan harian yang mendadak mencecah berkali-kali ganda.


Aku sendiri terjebak dalam perbarisan di stesen minyak malam tadi. Tapi bukan sebab isu harga minyak nak naik kerana sudah tiba masanya tangki motorsikal aku tu dipenuhkan kembali seperti kebiasaan penggunaan seminggu sekali je mengisi minyak.

Walaupun kelihatan banyak kenderaan yang beratur menunggu giliran, alhamdulillah tak kelihatan pulak insiden berebut pam dikalangan pengguna. Memang ramai yang beratur sampaikan aku terpaksa mencelah-celah untuk sampai ke pam yang dikhaskan untuk motorsikal.

Di media sosial pulak isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel ni dah jadi sampai nak bergaduh pun ada mengalahkan ahli parlimen yang bersidang dalam dewan. 

Aku sejujurnya lansung malas nak fikirkan pasal semua tu. Memang banyak bezanya bila harga petrol ni naik. Kalau dulu RM3 pun boleh penuh tangki, sekarang ni RM6 baru penuh. Ni lepas naik 20sen, mau RM8 baru leh penuh tangki Modenas 100 aku tu.

Cuma kena pandai-pandai la berjimat dan menggunakannya dengan bijak. Kalau dulu masa minyak murah, aku memang suka nak perah rempit laju-laju. Tangki penuh mesti abis dalam tiga hari je. Tapi bila aku bawak dengan berhemah, tangki penuh boleh tahan seminggu.


Aku faham mereka yang berbaris dan beratur panjang malam tadi pastinya masing-masing mengambil peluang mengisi minyak terakhir memenuhi tangki kenderaan sebelum kenaikan harga dengan harapan dapat menjimatkan beberapa ringgit wang mereka.

Cuma yang aku kurang faham sikit, berapa ramai dari kita ni yang betul-betul bila menggunakan kenderaan akan mempergunakan penggunaan bahan api kenderaan ditahap maksimum ? Maksudnya mengisi minyak sepenuh tangki setiap kali ianya mencapai tahap minimum.

Kalau satu kali je kita melatah nak menjimatkan < RM20 untuk satu tangki, tapi kemudiannya kita isi setengah tangki, suku tangki, maka dimanakah rasionalnya ? 

Dan dalam keghairahan mengisi minyak terakhir sebelum kenaikan harga minyak malam tadi, agak-agak ada tak yang baca bismillah waktu sebelum pam minyak tu dalam tangki kenderaan ? Siapa tahu berkat bismillah tu menjadikan tangki kenderaan kita tak pernah kering-kering.

Apa yang lebih utama dari peristiwa malam tadi, alangkah indahnya kehidupan kita andainya kita sentiasa bersedia memenuhi bekalan untuk menempuh hari esok yang entahkan naik ataupun turun timbangannya. 





02 September 2013

Kongsi malap

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seronok beraya sakan sampai lupa nak kemas kini blog. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan aktiviti berkongsi minda di alam maya ni.

Cakap pasal kongsi ni umumnya kita dah sedia maklum antara salah satu medium perkongsian tak lain tak bukan adalah melalui penggunaan internet. Berbagai perkara yang boleh dikongsikan.

Itulah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Dari sekecil-kecil maklumat hinggalah kepada rahsia-rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia. Dari maklumat yang diketahui sendiri sampailah ke tahap hanya menyebarkan tanpa usul periksa.


Tak terkecuali juga dalam dunia blogging. Kalau suatu masa dulu mungkin penulisan di alam maya ni lebih menjurus kepada hobi, perkongsian ilmu dan luahan minda melalui teks tanpa mengharapkan keuntungan, berbeza dengan dunia blog hari ini yang kebanyakannya menjurus ke arah keuntungan.

Memang tidak salah untuk kita menjana pendapatan melalui penulisan blog malah andainya kemahiran kita lebih menjurus dalam penulisan yang baik itu lebih digalakkan.

Cuma yang menjadi masalah apabila perkongsian itu adalah semata-mata mengharapkan penjanaan keuntungan tanpa memikirkan keberkatan pendapatan itu sendiri.


Dengan isu plagiat hasil nukilan orang lain, penyebaran fitnah tanpa usul periksa (dengan alasan mengaut sumber dari pihak lain), melebarkan aib orang lain ke serata dunia, berkongsi pendedahan aurat orang itu dan orang ini dengan harapan apa yang dikongsiakan itu mendapat sambutan hangat dari segenap penjuru dunia agar dari situ berduyun-duyun manusia memberikan kadar trafik yang tinggi kepada blog tersebut seterusnya meningkatkan punca pendapatan pemilik blog itu sendiri.

Ingat ingat, hasil yang tidak halal tempatnya di neraka. Takut-takut dalam kita mengejar keuntungan, kita terbabas dalam menetapkan standard punca rezeki kita sehari-hari. Itu yang namanya kongsi malap.