06 November 2013

Terminal Amanjaya

  13 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam awal muharam buat semua rakan-rakan pengunjung yang beragama Islam. Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari sejarah perpindahan Rasulullah dan umat Islam pada awal perkembangan Islam dahulu.

"Semua diarah pindah", macam tu la lebih kurang salah satu tajuk berita akhbar Sinar Harian edisi Perak. Bagi rakyat Malaysia yang menetap di negeri Perak, sedikit sebanyak isu berkenaan negeri pastinya menjadi tarikan untuk difikirkan oleh minda.


Mungkin ramai yang sudah sedia maklum berkenaan isu pindah ni. Tentang pengusaha-pengusaha bas ekspress terutamanya untuk berpindah ke terminal bas yang baharu yang dinamakan Terminal Amanjaya yang terletak di Meru, Ipoh.

Aku memahami tujuan terminal tu dibina adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik bagi kemudahan rakyat. Buat masa ini, tiada yang baik dan tiada yang mudah pun untuk rakyat.

Memang terminal baru yang bernama Terminal Amanjaya ni aman. Jauh dari hiruk pikuk kesesakan lalulintas. Namun 'jaya' tu aku rasa tak sesuai sangat. Kenapa aku cakap camtu ? Sebab tiada yang baik dan tiada yang mudah pun untuk rakyat.

Berkongsi melalui pengalaman, aku bukanlah seorang pelanggan tetap pengangkutan awam namun sekali sekala tu menjadi pengguna jugak. Pertama kali aku menggunakan perkhidmatan bas awam yang baharu untuk ke bandar agak mengejutkan jugak.


Terkejut dengan nilai tambang yang dikenakan. Dua kali ganda tambang biasa. Mungkin sebab bas itu mempunyai penghawa dingin yang tidaklah dingin sangat. Kekerapan perjalanan pun rasanya tak membanggakan. 

Dan pengalaman pertama juga menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Amanjaya. Sangat mengharukan. Aku bertolak dari Terminal Pudu jam 8 malam dan tiba di Terminal Amanjaya hampir jam 11 malam.

Tiada lagi bas awam untuk ke bandar Ipoh yang mana perkhidmatan terakhirnya berakhir jam 9 malam. Hendak tak hendak, terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi untuk pulang ke rumah.



Tambang bas ekspres Transnasional dari Kuala Lumpur ke Ipoh, RM25.00. Tambang teksi dari Terminal Amanjaya ke rumah (lebih kurang 20 kilometer), RM30.00.

Sangat baik dan memudahkan rakyat berbelanja lebih untuk pengangkutan awam. Aku tau, isu macam ni mesti ada banyak perdebatan. Sebab tu, perkongsian ni takkan habis kat sini je. Akan datang insyaALLAH, bersambung lagi.




13 comments:

  1. Nampak kesan penambahan kos yang perlu dibelanjakan oleh penumpang setelah mengunakan terminal bas baharu.

    ReplyDelete
  2. Agak mahal jugak kalau menggunakan terminal bas yang baharu ini untuk ke bandar Ipoh.

    ReplyDelete
  3. naik teksi balik rumah lagi mahal...adeh..

    pernah singgah 3 kali di amanjaya masa ulang alik penang naik bas...ingat dah sesat...hohoho

    ReplyDelete
  4. amanjaya?
    di kedah pun ada amanjaya...
    meru?
    ingat di klang, meru..
    ehehehe

    ReplyDelete
  5. Mana boleh naik teksi dari KL ke Ipoh 30 ringgit

    ReplyDelete
  6. Jangan membandingkan tambang bas dengan tambang teksi
    tu nampak kebodohan penulis

    ReplyDelete
  7. mohamad helmi.penulis x bandingkan pun.awak salah tafsir ni.tolong malu skit.

    ReplyDelete