22 July 2016

Kisah VBA3C : Dari Persepsi Seorang Suami - Part III

  2 Komen    
label: , , ,
Macam yang aku katakan tadi, disebabkan kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kami akur apabila isteri aku diarahkan untuk 'check-in' wad bersalin. 

~bersambung~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah macam drama bersiri pulak. Tapi biasa la tu sedangkan drama yang kita tonton di kaca TV pun bersambung-sambung kisahnya tu belum lagi yang banyak kali ulang siar. Yang pasti selagi ada capaian internet, kisah ni masih boleh dibaca dimana pun anda semua berada.

Memang tak dinafikan pengalaman mengajar kita untuk lebih 'dewasa' dalam menghadapi kehidupan di dunia ni. Sama juga dengan pentingnya pengetahuan. Terutamanya berurusan dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan.

Kita sebagai pengguna atau pelanggan mungkin peka dengan cara kerja mereka yang memberikan perkhidmatan namun jangan kita lupa bahawa kita juga ada hak-hak yang boleh kita tuntut dari perkhidmatan yang diberikan tu.

Tanpa membuang masa, jom kita ikuti sambungan dari kisah kedua cerita tentang pengalaman isteri aku menghadapi VBAC selepas tiga kelahiran melalui pembedahan.

~
~sambungan yang lalu~

Macam yang aku katakan tadi, disebabkan kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kami akur apabila isteri aku diarahkan untuk 'check-in' wad bersalin pada tarikh yang ditetapkan.

Hakikat sebenarnya, kami 'dipaksa' untuk check-in selepas melangkaui tarikh sebenar jangkaan bersalin tu.

Manakan tidak, trauma dan fobia pembedahan pertama masih menghantui isteri aku. Lagipun masih belum lagi ada tanda-tanda kesakitan nak bersalin.

Aku faham, nak bersalin bukan kena tunggu dah sakit baru boleh bersalin. Namun pilihan masih tetap ditangan ibu mengandung jugak kan. Memang dipenghujung kehamilan, sering kami diterangkan tentang risiko percubaan melahirkan normal selepas pembedahan. Tapi takkan tak boleh nak bagi peluang lansung kot.

Sehinggalah kakitangan Klinik Ibu dan Anak berhampiran datang bertamu di rumah dan 'memaksa' isteri aku untuk pergi ke wad bersalin waktu tu usia kandungan sudah pun mencapai 40 minggu (ikutkan tarikh diberi, usia 38 minggu dah nak kena masuk wad).


Sungguh aku khabarkan, walaupun usia kandungan ketika tu 40 minggu, isteri aku masih lagi belum ada tanda-tanda sakit nak bersalin dan sebagainya.

Sehari selepas isteri aku mendaftar di wad, esoknya tanpa membuang masa terus dihantar ke dewan bersalin. Tanpa diberi peluang untuk menunggu, atas alasan 'perkembangan yang lambat", isteri aku dimasukkan ke dewan bedah.

Aku diterangkan isteri aku perlu juga dibedah kerana faktor keselamatan. Risau jika berlaku rahim pecah. Risau anak dalam kandungan kelemasan. Risau ibu mengandung terlalu lemah.
Kronologi Kelahiran Pertama - Fetal distress

Kronologi Kelahiran Kedua - Poor Progress

Kronologi Kelahiran Kedua - Poor Progress
Tanpa ada pilihan lain, kami terpaksa akur untuk kesekian kalinya. Bukan setakat tu je, malah kami dinasihatkan untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau mengikat saluran peranakan isteri aku tu atas alasan takut mengandung lagi.

Namun begitu biar apa pun alasannya, kami tetap berpendirian untuk tidak melakukan BTL. Takkan nak dua orang anak je. Lagipun belum cukup korum lagi ni. Anak pertama, perempuan. Anak kedua, perempuan. Takkan nak berhenti kat situ je.

~bersambung~



2 comments: