25 July 2016

Kisah VBA3C : Dari Persepsi Seorang Suami - Part IV

  2 Komen    
label: , , ,
Namun begitu biar apa pun alasannya, kami tetap berpendirian untuk tidak melakukan BTL. Takkan nak dua orang anak je. Lagipun belum cukup korum lagi ni. Anak pertama, perempuan. Anak kedua, perempuan. Takkan nak berhenti kat situ je.

~bersambung~

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam alam maya ini untuk berkongsi kisah pengalaman hidup. Mana yang baik boleh dijadikan ikutan dan mana yang kurang baik tu jadikanlah peringatan dan sempadan.

Kembali kita kepada kisah pengalaman isteri aku melahirkan tiga orang anak melalui kaedah pembedahan dan anak keempat dengan cara normal pula. Selepas anak kedua dilahirkan, kami sentiasa dinasihatkan untuk menjalankan proses BTL, iaitu Bilateral Tubal Ligation atau bahasa mudahnya mengikat saluran peranakan.

Untuk mengetahui kisah lanjut, teruskan pembacaan episod keempat ni.

~sambungan kisah yang lalu~

Namun begitu biar apa pun alasannya, kami tetap berpendirian untuk tidak melakukan BTL. Takkan nak dua orang anak je. Lagipun belum cukup korum lagi ni. Anak pertama, perempuan. Anak kedua, perempuan. Takkan nak berhenti kat situ je.

Oleh kerana pada waktu ni kehidupan kami dah agak maju sikit. Dah boleh nak ada capaian internet di rumah maka senang la sikit nak buat kajian mendalam. Selain tu jugak aku sendiri ada bertanyakan kepada para doktor yang mana aku kenal mengenai perihal BTL tu.

BTL bukanlah satu ketetapan yang perlu. Kecuali jika keadaan memaksa. Mungkin kita lupa, apabila Allah izinkan seseorang wanita itu mengandung, janinnya ditempatkan ditempat yang paling kukuh dan selamat.

Jangan kecam aku pulak dengan kisah-kisah keguguran dan sebagainya tu. Betul aku akui antara penyebab punca keguguran adalah kerana rahim yang lemah. Tapi takkan kita nak menyangkal pulak ciptaan Allah ?

Untuk melakukan BTL tu samada atas kerelaan sendiri ataupun terpaksa. Terpaksa pun atas sebab kalau dalam bahasa perubatannya, rahim dah nipis. Takut terkoyak kalau mengandung lagi. 

Kita yang tak tahu mengenai anatomi ni mula la membayangkan keadaan rahim yang menipis. Kalau bijak sikit, mungkin boleh terfikir kemungkinan yang dimaksudkan itu adalah kawasan jahitan selepas dibedah untuk mengeluarkan bayi. 

Risiko parut pembedahan terbuka tu memang aku tak nafikan. Terutama kalau tukang jahitnya tak buat cantik-cantik. Tak payah nak borak kata memang kalau nak jahit tu nampak kasar dan sebagainya. Memang aku bukan doktor pakar tapi cuba fikirkan sebaik mungkin, sedangkan kalau kain terkoyak kalau kita jahit dengan kemas hasilnya (1) kesan koyakan tidak ketara, (2) lebih tahan lama.

Berbalik kepada kisah isteri aku. Selepas melahirkan anak kedua, kami meneruskan rutin lawatan ke klinik bagi pemeriksaan ke atas isteri dan anak kedua. Alhamdulillah sepanjang rutin pemeriksaan, tiada sebarang masalah yang dikesan. Cuma sering kami dinasihatkan agar menjarakkan kehamilan seterusnya dan 'dimomokkan' dengan akan dibedah lagi jika hamil kali ketiga dan perlu menjalani BTL.

Nak dijadikan cerita, tahun 2013 isteri aku disahkan hamil. Bertambah-tambah la nasihat dan 'kata-kata peransang' untuk melakukan BTL selepas melahirkan anak ke tiga ni. Tu belum lagi 'kata-kata hikmah' yang diterima mengenai risiko kehamilan ketiga ni.

Cuma untuk kali ini kami lebih 'bersedia' dengan maklumat-maklumat yang tersembunyi yang tidak dikatakan oleh doktor-doktor siswazah dan pengendali klinik ibu dan anak.


Kronologi Kehamilan ketiga
Boleh kata hampir setiap lawatan isteri ke klinik untuk membuat pemeriksaan, setiap kali itu jugalah kami dinasihatkan untuk melakukan BTL. Mungkin sekiranya kami melakukan pemeriksaan di klinik pakar atau diperiksa oleh doktor pakar, kisah-kisah 'momok' tu akan dijadikan kisah selingan je.

Kronologi Kelahiran Ketiga : Kisah BTL
Bukan kami tak prihatin mengenai risiko dan sebagainya tu tapi kenapalah harus orang-orang biasa seperti kami ni diracuni fikiran dengan perkara-perkara negatif. Bayangkanlah sekiranya orang-orang yang mungkin pengetahuannya kurang, dah mesti akan menelan bulat-bulat dengan apa yang diperkatakan.

Kronologi Kelahiran Ketiga : Kisah BTL
Tak cukup dengan nasihat dari JM, kami dinasihati pula oleh doktor siswazah. Dan kami tetap juga dengan pendirian untuk tidak memilih BTL sebagai keutamaan malah siap bercadang untuk mencuba kelahiran normal bagi kehamilan ketiga ni.

Aku bukan nak memperkecil-kecilkan para doktor siswazah dan mereka yang berkerja dalam bidang perubatan ni tapi dengan ilmu yang ada, takkan tak boleh nak terangkan apa yang sebenarnya.

Sehinggalah kami dibawa merujuk ke doktor pakar. Alhamdulillah walaupun beliau bukan beragama Islam, tapi setiap penerangan dan nasihat yang diberikan lebih memberansangkan. Dan tiada lansung beliau 'memaksa' kami untuk melakukan BTL dan sebagainya.

Dipenghujung trimester kehamilan, sekali lagi kami 'buat hal'. Sebagai suami, sebenarnya aku sendiri berbelah bagi perasaannya. Isteri aku mengharapkan dapat melahirkan secara normal. Aku juga tak putus-putus doa agar apa yang kami hajati tercapai.

Melepasi tarikh sepatutnya isteri aku dimasukkan ke wad, isteri aku dah mula merasai kontraksi. Aku buat-buat tenang je walaupun perasaan dan fikiran aku bergelora waktu tu. Sampai la satu ketika isteri aku seakan dalam kesakitan yang teramat sangat, kami ke hospital terus ke dewan bersalin.

Jam 4 pagi isteri aku terus dimasukkan ke dewan bersalin. Sebelum tu jenuh tadah telinga dengan bebelan akak-akak jururawat.

"Awat tak datang ikut tarikh"

"Kenapa baru nak datang ni ?"

"Bahaya betul la macam ni"

Bukaan diperiksa. Baru 6cm. Seorang demi seorang datang menjenguk. Hospital yang kata mesra suami pun tak la semesra mana. Aku tetap disuruh menunggu di luar. Menurut isteri aku, ketuban dipecahkan secara manual.

Kronologi Kelahiran Ketiga : 40 Minggu 10 hari

Akhirnya atas alasan kecemasan, isteri aku dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk menjalani cesarean. Walaupun hampa hajat tak tercapai, namun doktor pakar yang mengetuai kes isteri aku tetap memberikan pilihan kepada kami samada untuk meneruskan BTL atau tidak.

Kronologi Kelahiran Ketiga : Sepatutnya 'check-in' diminggu ke 36

Hanya melalui panggilan telefon kerana ketika itu aku terpaksa pulang sebentar ke rumah untuk mengambil dua orang anak aku tu yang ditinggalkan (waktu tu diorang tidur) sendirian. Selepas aku diterangkan keadaan rahim isteri aku yang tiada apa-apa masalah, aku memutuskan untuk tidak membenarkan prosedur BTL dilakukan.

Kronologi Kelahiran Ketiga : Hanya kerana dua parut sedia ada

Alhamdulillah segalanya berlalu dengan sempurna dan selamat. Seorang bayi lelaki dilahirkan. Tu pun ada jugak suara-suara yang sumbang yang berkata dah dapat anak lelaki boleh la ikat.

Bukan kami tak fikirkan risikonya. Bukan kami ego tak nak akur dengan pendapat orang-orang perubatan. Namun rasanya tak salah kalau ada pilihan sendiri. Kami meraikan pandangan dan pendapat dari mereka, cuma kami ada pilihan dan kemahuan kami sendiri. Tu je.

Memang kisah isteri aku tu tak berakhir di dewan bersalin je. Dah dimasukkan ke wad selepas pembedahan pun masih ada doktor-doktor siswazah yang sinis terhadap isteri aku. Mungkin mereka mencapai kemenangan dengan berjaya melakukan cesarean ketiga ke atas isteri aku tapi kami menang jugak dalam 'pertarungan BTL' tu.

~bersambung~










2 comments:


  1. اننا في شركة الرائد للخدمات المنزلية نقدم خدمات ممتازة في الدمام بافضل الاسعار بجودة عالية لمزيد من الخدمات تفضل بزيارة
    شركة تنظيف بالخبر افضل شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة كشف تسربات المياه بالاحساء افضل شركة كشف تسربات المياه بالحساء

    شركة مكافحة حشرات بالدمام افضل شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف سجاد بالدمام شركة تنظيف موكيت بالدمام
    شركة تسليك مجاري بالدمام شركة تسليك مجاري بالدمام

    ReplyDelete