29 July 2016

Kisah VBA3C : Dari Persepsi Seorang Suami - Part V

  2 Komen    
label: , , ,
Memang kisah isteri aku tu tak berakhir di dewan bersalin je. Dah dimasukkan ke wad selepas pembedahan pun masih ada doktor-doktor siswazah yang sinis terhadap isteri aku. Mungkin mereka mencapai kemenangan dengan berjaya melakukan cesarean ketiga ke atas isteri aku tapi kami menang jugak dalam 'pertarungan BTL' tu.

~bersambung~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang mengikuti perkembangan kisah dan perkongsian dari blog ini. Mudah-mudahan anda semua ceria dan bahagia. Melahirkan anak ni ibarat satu perjuangan. Kejayaan melahirkan anak tu sendiri dah dikira sebagai satu kemenangan. 

Termasuklah bagaimana cara melahirkan itu sendiri pun adalah satu perjuangan. Mungkin ada yang tidak peduli dan kesah bagaimana cara anak itu dilahirkan asalkan anak atau bayi yang dikandung selamat keluar.

Namun bukan semua yang sedar, adakalanya perjuangan itu dimanipulasi oleh satu pihak dan dipihak kita hanya mampu menerima apa sahaja keputusan yang ditetapkan.

Ada orang yang tidak menyedari tentang pilihan yang ada. Pilihan untuk membuat pemilihan. Ada yang secara sukarela memilih untuk menuruti pilihan yang dicadangkan dan kebanyakan terpaksa memilih apa yang diperkatakan malah ada juga yang 'secara tidak sengaja' dipilih untuk mengikut apa yang ditetapkan dari kesilapan satu pihak.

Suka untuk aku ingatkan kembali, perkongsian ini bukanlah untuk menidakkan sistem. Bukan untuk menjadi 'anti' itu ini. Namun sebagai pembuka mata dan minda kita sebagai pihak yang menerima perkhidmatan kita perlu peka tentang hak-hak dan pilihan yang boleh kita tuntut dari mereka.

*AMARAN*

Kisah sambungan ini hanya sekadar untuk perkongsian pengalaman. Dilarang keras untuk meniru, mengamalkan atau mengadaptasi apa yang dikongsikan kecuali anda sedar akan kesan-kesan, risiko dan akibat dari apa yang ingin dipraktikkan.

Sebarang kecederaan, kemalangan atau malapetaka yang berlaku adalah di atas tanggungjawab pelaku sendiri.

~sambungan kisah yang lalu~

Memang kisah isteri aku tu tak berakhir di dewan bersalin je. Dah dimasukkan ke wad selepas pembedahan pun masih ada doktor-doktor siswazah yang sinis terhadap isteri aku. Mungkin mereka mencapai kemenangan dengan berjaya melakukan cesarean ketiga ke atas isteri aku tapi kami menang jugak dalam 'pertarungan BTL' tu.

Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak melalui kaedah pembedahan cesarean, kebiasaan selepas pembedahan ketiga, pihak Hospital akan meletakkan pilihan mengikat saluran peranakan sebagai yang utama kepada ibu-ibu ini. 

Begitu juga isteri aku. Dari sebelum bersalin lagi dah 'diracuni' pemikiran kami untuk melakukan prosedur BTL selepas melahirkan anak ketiga ini sehinggalah kes kami dirujuk kepada doktor pakar kerana 'kedegilan' kami untuk menerima cadangan mereka.

Hingga ke saat akhir, diwaktu selepas anak ketiga kami dikeluarkan dengan kaedah cesarean (juga) dan perut yang dibelah masih belum dijahit kembali, doktor pakar tersebut menghubungi aku dari dalam dewan pembedahan bagi meminta kepastian samada hendak meneruskan prosedur BTL atau 'terpaksa' menanggung sendiri risiko jika hamil lagi dimasa akan datang.

Kronologi Kelahiran Keempat : VBA3C

Nak dijadikan cerita, tahun 2015 isteri aku kembali hamil. Bukan tak merancang, tapi dah rezeki. Memang kami tak mengamalkan sebarang perancang kehamilan. Dan bermula dari mengetahui isteri aku hamil (periksa sendiri je), memang kami tak pernah menjejakkan kaki ke klinik ibu dan anak seperti rutin sebelumnya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana isteri aku menjaga kandungan ? Isteri aku ni agak teliti orangnya. Berdasarkan pengalaman siri-siri kehamilan terdahulu, begitulah dia mengadaptasikan cara penjagaan kehamilan yang keempat ni.

Risiko tinggi tu memang tak dinafikan. Risiko darah tinggi, kencing manis, ibu dan kandungan tak cukup nutrien, tu antara perkara utama yang diambil berat. Adakah kami memperjudikan nasib ? Secara logiknya, ya. Namun kami sedaya upaya menjaga setiap rutin dan mengelakkan sebarang masalah.

Sepanjang kehamilan keempat ni, alhamdulillah tiada sebarang komplikasi yang dihadapi oleh isteri aku. (*PERINGATAN : Lain orang lain situasinya) Isteri aku mengamalkan pengambilan pemakanan seimbang ditambah dengan pengambilan suplimen bagi memastikan kesihatan berada ditahap yang memuaskan.

Pemakanan juga adalah penting bagi ibu-ibu hamil ni. Pil vitamin dan ubat tambah darah tu memang kemestian. Bukan saja diet dan pemakanan, ilmu pun penting jugak apabila menghadapi kehamilan ni.

Alhamdulillah seperti yang aku nyatakan di atas, isteri aku tiada menghadapi sebarang komplikasi sepanjang kehamilan. Pada trimester terakhir baru kami ke klinik swasta untuk melakukan imbasan bayi bagi memastikan saiz bayi, kedudukan uri dan sebagainya. 

Hinggalah ke saat akhir, isteri aku sudah mula mengalami kontraksi yang kerap. 


~bersambung~







2 comments: